Anda di halaman 1dari 7

KANDUNGAN

Bil Senarai Kandungan Muka Surat


Soalan Tugasan
Beberapa orang sarjana bahasa barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-
bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain.

Secara individu anda dikehendaki menjelaskan asal usul dan sejarah awal
perkembangan bahasa Melayu secara bertulis.
1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan fitrah kejadian manusia. Secara umumnya bahasa merupakan


satu hakikat yang amat penting dalam kehidupan manusia di dunia ini. Nikmat
kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa bahasa. Bahasa Melayu hari ini telah
berkembang begitu pesat dan mendadak sehingga ramai penutur dan penggunaan
dalam Bahasa Melayu menghadapi kesulitan untuk mengikuti perkembangan
tersebut. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila mereka sukar memperoleh
sebuah buku tatabahasa pegangan yang dapat dijadikan sebagai padoman umum
(Nik Safiah Karim, 2008). Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan kedatangan
pedagang yang menjadi punca perubahan Bahasa Melayu sehingga pada masa kini.
Asal usul bahasa Melayu menjadi topik debatan antara tokoh-tokoh sasterawan.
Sejarah bahasa Melayu haruslah diungkitkan dan perlu diambil tahu untuk mengenali
bahasa Melayu secara mendalam terutamanya perubahan bahasa Melayu dari satu
evolusi ke evolusi yang lain.

2.0 Asal usul Bahasa Melayu

Teori mengatakan penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan


Austronesia iaitu termasuk dalam golongan Sumatera yang datang dari daerah Yunan
dalam bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia sejak
tahun 2,500 sebelum masihi. Golongan ini adalah golongan pertama yang disebut
sebagai Melayu Proto. Kemudian, kira-kira 1,500 sebelum masihi, terdapat
gelombang kedua muncul yang disebut sebagai Melayu Deutro. Golongan ini telah
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang mahir dalam
berlayar serta bercucuk tanam. Perkembangan bahasa-bahasa di daerah yang
berbeza berpunca daripada penyebaran luas masyarakat Austronesia. Bahasa
Melayu berasal daripada bahasa rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa Austronesia
mempunyai kira-kira 1,000 bahasa dan dituturkan di Kawasan yang terentang dari
pinggir Amerika Utara dan Amerika Selatan hingga ke pinggir Afrika serta dari Taiwan
hingga ke New Zealand. Perkataan “Austronesia” membawa maksud “pulau-pulau
selatan” berasal daripada bahasa Yunani Kuno. Sebelum nama Austronesia ini
diperkanalkan, rumpun ini dikenali sebagai Melayu-Polinesia yang terdiri daripada
bahasa-bahasa Austronesia (Awang Sariyan, 2012). Nik Safiah Karim menerangkan
bahawa terdapat tiga rumpun bahasa iaitu bahasa Austroasia, bahasa Austronesia
dan Tibet-China di bawah keluarga bahasa-bahasa Austris. Bahasa Melayu di bawah
rumpun keluarga bahasa Austronesia dalam golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

3.0 Sejarah awal perkembangan bahasa Melayu

Menurut konsep Ferguson, bahasa Melayu mengalami perkembangan bahasa


semenjak sebelum merdeka lagi. Daripada tinggalan zaman Hindu terbukti bahawa
bahasa Melayu (bukan dalam bentuknya yang ada sekarang) telah dituliskan orang
(Raja Mukhtaruddin, 1992). Ini terbukti bahawa bahasa Melayu mengalami perubahan
dari masa ke semasa dalam pelbagai aspek. Dengan meyakinkan lagi wujudnya
evolusi bahasa Melayu, terdapat pelbagai bukti perubahan bahasa Melayu pada masa
lalu sebagai contoh batu bersurat.

3.1 Bahasa Melayu Kuno

Bermulanya penggunaan bahasa Melayu dengan dinamakan sebagai bahasa


Melayu Kuno. Bahasa Melayu ialah salah satu daripada 200 bahasa dalam
cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia. Berdasarkan bukti-bukti
sejarah, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai Lingua Franca (bahasa
perantaraan) daerah kepulauan Melayu sejak berzaman-zaman. Bahasa ini
digunakan sebagai bahasa komunikasi antara orang-orang yang tinggal di
kepulauan Melayu dan pendatang luar seperti pedagang-pedagang dari
Eropah dan Asia Barat serta pengembara-pengembara dari India dan China.
Beberapa buah Kerajaan penting terutamanya kerajaan Hindu pada abad
pertama tahun Masihi. bahasa agama Hindu yang dikenali sebagai bahasa
Sanskrit telah digunakan secara meluas kerana dipengaruhi oleh pengaruh dari
India terutamanya agama Hindu. Mengikut Ismail Hussein (1966:10-11),
‘melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusinya yang
pertama… Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu
pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama kearah
bahasa sarjana yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi-
tinggi’. Segi perbendaharaan kata mempunyai pengaruh utama dan banyak
perkataan baharu dimasukkan ke dalam bahasa Melayu yang menyatakan
aspek-aspek kebudayaan dari India dan perkara-perkara yang belum pernah
dialami oleh kaum bumiputera. Aspek ini meliputi bidang-bidang seperti nama
bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama
binatang, tumbuh-tumbuhan,senjata dan perkataan-perkataan agama serta
ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu adalah bersifat sederhana,dapat dibentuk
dan dilentur menyebabkan pengaruh bahasa Sanskrit ke atas bahasa Melayu
amat berkesan. Ini adalah salah satu faktor utama yang telah menjadikannya
bahasa yang mudah dipelajari dan diterima sebagai bahasa perhubungan.
Terdapat bukti konkrit yang pertama berkenaan dengan bentuk dan sifat
bahasa Melayu iaitu batu bersurat yang terdapat sejak tahun 683. Ada yang
berpendapat bahawa bentuk dan susunan bahan bertulis ditulis dalam bahasa
Melayu dan ini dijadikan sebagai bukti catatan tertua sekali tentang bahasa
Melayu itu. Batu bersurat ini dijumpai di Kedudukan Bukit, Palembang yang
dipercayai ditulis pada kira-kira akhir abad ketujuh. Semua batu bersurat
terawal yang dijumpai dipercayai bahawa ditulis pada tarikh zaman mula
naiknya kerajaan Sriwijaya yang merupakan sebuah kerjaan tempatan yang
berkembang luas mempengaruhi seluruh kepulauan Melayu. Empat batu
bersurat yang penting yang telah dijumpai di Kedudukan Bukit, Palembang,
(683 M), di Talang Tuwo, Palembang (684 M), di Kota Kapur, Pulau Bangka
(686 M) dan di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) jelas
menunjukkan bahawa tulisan itu dibuat atas perintah raja. Ini membuktikan
bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan kerajaan
tersebut.

3.2 Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan kerajaan Islam di kepulauan Melayu mengasaskan bahasa


Melayu Klasik yang bermula di bahagian timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-
Pasai di bawah naungan Sultan Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik terus
berkembang dengan pesatnya dan mencapai kegemilangan pada zaman
kerajaan Melayu Melaka serentak dengan agama Islam yang mula bertapak
pada abad ke-13, kemudian berpindah ke Aceh dan akhirnya ke Johor-Riau.
Bahasa Melayu Klasik mudah difahami serta jelas berbanding dengan Bahasa
Melayu Kuno.dan bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam. Bukti
penggunaan bahasa Melayu Klasik dapat dilihat daripada beberapa sumber
seperti batu bersurat, karya sastera dan agama serta surat rasmi Raja-raja
Melayu. Batu bersurat yang dijumpai adalah Batu Bersurat Kuala Berang yang
ditemui di Sungat Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu mencatatkan Tarik
22 Februari 1303 Masihi bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah.

Selain itu, Bahasa Melayu Klasik banyak ditemui dalam karya-karya sastera
dan agama. Aqai’id al-Nasafi adalah salah satu contoh karya agama yang
tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik. Kitab ini menjelaskan tentang
hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori
cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Kitab ini membuktikan bahawa
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu (Puteri Roslina, 2011). Menurut
Asmah Hj. Omar (1985), kitab Aqai’id al-Nasafi adalah teks tertua bahasa
Melayu dan mengandungi hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata
bahasa Melayu Asli. Terdapat kata pinjaman dari Bahasa Arab, Parsi, dan
Sanskrit. Penulisannya juga mempunyai penanda wacana seperti bermula,
hatta, syahadan serta kalakian yang tidak digunakan dalam Bahasa Melayu
Moden.

3.3 Bahasa Melayu Moden

Pada awal abad kedua puluh, semangat kebangsaan bergema dan orang-
orang Melayu mula memperjuangkan bahasa ibunda mereka pada zaman
British. Bahasa Melayu pada ketika itu digunakan secara rasmi di lima buah
Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Melayu Bersekutu iaitu Johor,
Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri
Sembilan. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli
politik berganding bahu dalam memperjuangkan bahasa Melayu. Saluran
utama untuk melaungkan hasrat ini adalah dengan menggunakan akhbar serta
majalah. Pertubuhan -pertubuhan bahasa serta sastera muncul. Setiap
pertubuhan memberikan komitmen dalam menyuarakan semangat baharu,
secara langsung dan tidak langsung. Perjuangan bahasa Melayu dan
perjuangan politik membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan
bergerak secara serentak. Akhirnya, kejayaan tercapai dengan termaktubnya
artiel 152 dalam perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu yang menyatakan
bahawa “Bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu….” Dengan
kenyataan yang diberikan, maka bermulalah era baharu bagi bahasa Melayu
dan dijadikan sebagai lingua franca bagi kepualauan Melayu. Bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan
umum dan institusi-institusi pengajian tinggi. Angkatan Sasterawan 50
diwujudkan bagi mengembangkan bahasa Melayu, kesusasteraan bahasa
Melayu, menjaga kebajikan dan kepentingan penulis, melindungi hak
pengarang serta mengadakan pembaharuan dalam bidang penulisan. Bahasa
Melayu Moden telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh bahasa Melayu seperti
Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said bin
Haji Sulaiman dan Zainal Abidin Ahmad. Bahasa Melayu Moden juga
ditugaskan dalam bidang penggunaan seperti penyebaran agama, penghasilan
karya sastera, lingua franca, bidang ilmu dan urusan pentadbiran kerajaan.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mengalami evolusi yang mengubah bahasa


Melayu dari pelbagai aspek seperti penulisan dan kosa kata. Bahasa Melayu
mempunyai asal-usul dan sejarah perkembangan sendiri sehigga dijadikan sebagai
bahasa rasmi kebangsaan serta bahasa komunikasi yang digunakan oleh masyarakat
dalam kehidupan seharian. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memartabatkan
bahasa Melayu agar tidak pudar di bumi Nusantara ini.

Anda mungkin juga menyukai