Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,

PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


1.0

PENGENALAN

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa
berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan
lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya
hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat
lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka
sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat
keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai
loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.
Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa
Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada
batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya
dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu
bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa
perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah
tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu
Purba.
Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh budaya
yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7,
ramai peniaga dan pedagang India (dari barat) yang bertukar-tukar

barang perniagaan

dengan pedagang China (dari timur). Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah
di Kepulauan Melayu.
Namun, pada tugasan untuk subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan
Terjemahan kali ini lebih menjurus kepada persamaan antara tulisan Rumi di antara semasa
pemerintahan British dan Zaba. Selain itu tentang penggunaan bahasa rojak di lamanlaman sosial dan menterjemahkan petikan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dengan
teknik terjemahan terus.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
2.0 PERSAMAAN ANTARA TULISAN RUMI SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH
DENGAN TULISAN RUMI ZABA.
Sistem Ejaan Zaba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa
Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi -Rumi 1949. Sistem ejaan
ini telah dihasilkan di SITC ( Maktab Perguruan Sultan Idris ) dan juga merupakan sistem
ejaan rumi yang terkenal selepas tulisan rumi semasa pemerintahan British. Justeru itu
terdapat beberapa persamaan antara tulisan rumi semasa pemerintahan British dengan
tulisan rumi Zaba.
Persamaan yang ketara dapat dilihat diantara tulisan rumi zaman British dan tulisan
rumi Zaba ialah kedua-dua tulisan ini menggunakan huruf latin dalam semua ejaan dan
memadankan huruf jawi dan juga rumi untuk mendapatkan sebutan dan bunyi yang betul.
Huruf jawi digantikan kepada huruf rumi latin agar dapat di baca dan disebut dengan betul
dengan sebutan rumi.
Seterusnya, persamaan yang dapat dilihat bagi kedua-dua tulisan rumi ini ialah
masing-masing menggunakan transliterasi Jawi-Rumi iaitu mengambil huruf jawi dan
memadankannya dengan huruf-huruf rumi tertentu sebagai contoh, huruf alif dengan <a>,
huruf wau dengan <u> dan sebagainya dalam bunyi vokal.
Kedua-dua tulisan ini juga digunakan di sekolah dan urusan-urusan rasmi kerajaan.
Keperluan kepada adanya satu sistem ejaan rumi yang seragam dan selaras amat di
perlukan untuk memudahkan pengajaran di sekolah dan urusan-urusan rasmi kerajaan
sekaligus mengelakkan perasaan ragu-ragu untuk menggunakannya terutama keperluan
bagi menulis nama khas seperti nama orang dan juga nama tempat.
Tulisan rumi semasa pemerintahan British dan tulisan rumi Zaba masing-masing
mengeluarkan buku tentang tulisan rumi seperti ejaan rumi Swettenham (1881) telah
menerbitkan sebuah kamus Jawi-Rumi yang lebih kepada sistem ejaan menurut ejaan
Inggeris manakala Zaba meghasilkan buku Pelita Bahasa Melayu 1 yang mengandungi
huraian tentang penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
Persamaan yang sangat ketara dalam kedua-dua tulisan rumi ini adalah, keduaduanya sentiasa membuat kajian untuk menyesuaikan sistem-sistem ejaan yang dapat
menyelaraskan ejaan dan sebutan dalam huruf rumi. Sebagai contoh, tulisan rumi Wilkinson
dan Zaba ada mengkaji tentang pelambangan vocal untuk mencari keserasian lambing
vokal tetapi juga mengkaji jenis-jenis konsonan yang menutup kata serta kesepadanannya
dengan ejaan jawi yang menjadi landasan trasliterasi.
Kesimpulannya, pelaksanan sistem ejaan rumi

dapat menyatukan bidang

pendidikan dan urusan-urusan rasmi yang ada di Negara pada waktu dulu dan
memudahkan untuk masyarakat berkomunikasi secara bukan lisan iaitu dalam penulisan
khususnya.

3.0

BAHASA ROJAK YANG TERDAPAT DI LAMAN SOSIAL DAN TUJUAN


PENGGUNAANNYA

Bahasa rojak adalah dua jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih
kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa. Walau
bagaimanapun, bahasa dasarnya ialah bahasa Melayu. Misalnya, percampuran bahasa
Melayu dengan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahas India dan sebagainya. Apa yang
dapat diperhatikan , kewujudan bahasa rojak acap kali hadir dalam situasi tidak rasmi
seperti dalam perbualan seharian dan ia turut hadir di dalam program televisyen, radio, atau
novel serta di dalam akhbar, komik majalah dan sebagainya. Namun, budaya seperti ini kian
menular

hingga

ke

dalam internet

iaitu

dilaman-laman

sosial

seperti

facebook,

twitter, dan mesej pesanan ringkas.


Selama ini, kesimpulan mudah yang dapat rumuskan ialah laman sosial perosak
bahasa. Pelbagai alasan dan justifikasi diberikan untuk memperkukuh rumusan tersebut.
Walaupun ada pihak yang melontarkan pandangan bahawa anggapan itu merupakan
tuduhan yang melampau dan melulu, adakala tuduhan ini mempunyai asasnya dan
kewajarannya. Hal ini dikatakan demikian kerana budaya bahasa rojak dilihat cukup
bermaharajalela dalam laman sosial ini. Kita perlu menerima hakikat bahawa majoriti
pengguna laman sosial memang melakukan kesalahan bahasa yang cukup serius malah
boleh dikatakan berada pada tahap yang cukup kritikal dan memudaratkan sehingga kita
boleh melabelnya sebagai tindakan merosakkan bahasa Melayu. Contoh yang paling mudah
ialah penggunaan bahasa rojak, iaitu gabungan antara bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris. Penggunaan bahasa rojak dapat dilihat dalam contoh di bawah.
3

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

Ride to tawau. Approve sudah cuti.

aku belajar menabung start dari sem 3..


alhamdulillah,x sia2 aq latih kau slma ni,front support lbih,starjump beratus2 akhirny
kau pkar sda menabung...lps ni teda sda yg latih tu sbb P*M dduk blik sdri teda rumet..

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

hari ni interview utk msa dpan..moga sntiasa sukses/berjaya dunia & akhirat

Terdapat beberapa tujuan yang membuatkan pengguna-pengguna bahasa rojak ini


melanjutkan penggunaan bahasa tersebut ke dalam laman-laman sosial. Salah satunya
ialah, bahasa rojak juga merupakan satu bahasa yang boleh menimbulkan rasa seronok
kepada pengguna-pengguna bahasa tersebut untuk bersembang tidak kiralah dalam laman
sosial mahupun bersembang secara bersemuka, ini kerana bahasa rojak sangat mudah
dituturkan kerana bahasa ini tidak terikat dalam peraturan tatabahasa. Justeru itu, bahasa
rojak ini secara automatiknya dijadikan sebagai alat komunikasi masa kini.
Kebanyakan

penutur

bahasa

rojak

biasanya

mengalami

kesukaran

untuk

berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh
sebab itu, mereka akan cuba melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya
dalam kalangan para pelajar sekolah di luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan
bahasa Inggeris dalam perbualan harian hingga ke penggunaan di laman-laman sosial
meskipun tidak mempunyai kemahiran. Akhirnya, wujudlah fenomena penggunaan bahasa
rojak dalam perbualan seharian sehinggakan dalam penggunaan ICT pada masa kini.
Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah
mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan
status mereka dalam masyarakat.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
Selain itu, pengguna bahasa rojak ini lebih suka menggunakan bahasa ini kerana
bahasa ini senang untuk difahami dan penggunaanya amat menjimatkan masa. Sebagai
contoh, apabila menggunakan bahasa rojak pengguna dapat menaip perkataan-perkataan
yang ringkas dari bahasa Melayu seperti perkataan memandu yang boleh di pendekkan jika
menggunakan perkataan drive dalam bahasa Inggeris.
kesimpulannya, tahap penggunaan bahasa rojak ini amat membimbangkan kerana
penggunaan bahasa rojak akan melenyapkan jati diri bahasa kita. Pengguna bahasa rojak
seolah-olah melupakan asal-usulnya dan bahasa ibundanya dengan lebih mengagungkan
bahasa luar. Pada hari ini penggunaan bahasa rojak bukan sahaja berlaku di laman sosial
tetapi berlaku juga di alam nyata apabila ramai daripada kita sudah cukup terbiasa
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini berlaku dalam
komunikasi antara satu dengan yang lain, termasuklah golongan pelajar, profesional dan
ahli politik, sama ada ketika berucap, bermesyuarat ataupun berbual melalui telefon.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
TUGASAN 2
Dalam tugasan penterjemahan ini, saya telah menterjemahkan teks ini mengikut dua
teknik penterjemahan terus berdasarkan kefahaman saya sendiri.
4.0 TERJEMAHAN PETIKAN BAHASA INGGERIS ( TEKNIK TERJEMAHAN TERUS 1)

Menurut sejarah, bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca yang pernah
mempengaruhi perdagangan dunia pada masa dahulu, sehingga masyarakat di seluruh
dunia mempelajari bahasa Melayu kerana kepentingannya di dalam hal-hal perdagangan di
Asia Tenggara. Para pedagang menggunakan tulisan Jawi iaitu sistem penulisan dalam
Bahasa Arab. Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang, masyarakat Cina,
India, Eropah, dan Arab sangat suka tinggal di Malaysia.
Kebanyakan orang-orang barat, india, cina, mahupun arab dapat menguasai bahasa
Melayu dengan hanya mempelajarinya selama seminggu kerana bahasa Melayu merupakan
salah satu bahasa yang mudah dipelajari di dunia. Masyarakat India di Malaysia lebih lancar
untuk bertutur dalam bahasa Melayu berbanding masyarakat cina yang hanya mampu untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Hal ini juga dapat dilihat
melalui masyarakat Nepal, Burma, dan Pakistan yang mampu untuk bertutur dengan fasih
dalam bahasa Melayu setelah bekerja selama setahun di Malaysia berbanding dengan
kaum cina yang berstatuskan warganegara Malaysia. Jika dikaji secara mendalam, dapat
dilihat bahawa kosa kata yang terkandung dalam bahasa Melayu merupakan sebahagian
daripada perkataan yang di pinjam dari bahasa Cina, India, Arab dan juga barat, kata-kata
ini dapat dibuktikan oleh sesiapa yang pernah mengambil bahasa Melayu dalam Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia.
Di mata dunia, Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai
kepelbagaian kaum. Malaysia dan Singapura menjadi tempat dialog tamadun dunia dengan
menyingkirkan tamadun cina, india , barat dan tamadun Islam. Dapat dilihat bahawa
Malaysia menjadi tumpuan dunia kerana keadaan geografinya yang strategik dan
pembangunan ekonominya yang pesat. Tahukah kamu bahawa terdapat -300,000 penutur
bahasa Melayu di serata dunia yang menjadikan penutur bahasa Melayu lebih banyak
berbanding penutur bahasa Jernan dan Jepun, sekaligus membuatkan jumlah penutur
bahasa Melayu ini menyamai penutur-penutur bahasa lainnya seperti bahasa Sepanyol,
Russia, dan Portugis.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
Kenyataanya pada hari ini, penduduk di Malaysia menghadapi konflik identiti
terutamanya dalam penggunaan bahasa. Jika anda bertanya pendapat saya bagaimana
hendak membezakan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia, saya akan mengatakan tidak
ada perbezaan sedikitpun kecuali pada label nama untuk bahasa tersebut. Bahasa Melayu
dan Bahasa Malaysia adalah satu bahasa yang sama, menurut pakar bahasa dari Universiti
Malaya iaitu Profesor Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim. Bahasa Malaysia terbentuk kerana
pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia menggunakan satu bahasa yang sama.
Sebaliknya, Bahasa Melayu dianggap lambang kepada kaum Melayu. Penukaran nama
Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia adalah salah satu usaha kerajaan untuk
melambangkan kepelbagian kaum yang ada di Malaysia.
Bagaimanapun, dari sudut pandangan ilmiah, saya tidak bersetuju dengan
penukaran ini. Kita seharusnya mempertahankan nama Bahasa Melayu tersebut kerana
ianya sudah termaktub dalam perlembagaan dan merupakan bahasa rasmi Negara kata
beliau. Sebagai contoh, bahasa Inggeris, yang mana bahasa ini telah di tuturkan oleh
penutur di seluruh dunia namun ia di kekal namanya sebagai bahasa Inggeris. Bukan
bahasa Amerika, bahasa Australia mahupun bahasa New Zealand.
Menurut Nik Safiah kemajuan Bahasa Melayu dari segi penutur adalah sangat terhad
kerana ianya hanya digunakan di Asia Tenggara dan sebahagian kecil di Afrika Selatan.
Menurut beliau, bahasa Melayu kaya dengan sejarah penyataan yang rasmi mahupun tidak
rasmi. Bahasa Melayu boleh bertukar dari bahasa longkang kepada bahasa standard yang
digunakan dalam bidang sains dan teknologi, ringkas beliau.
Pada dasarnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dan rakyat
Malaysia sangat beruntung kerana dapat mempelajarinya di sekolah. Oleh itu, kita haruslah
melindungi bahasa ibunda kita kerana ia merupakan sebahagian dari kebudayaan negara
serta kita haruslah merasa bangga untuk menuturkannya tidak kira dari kaum Melayu, India,
Cina mahupun Bumiputera. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa terpenting di dunia jika
kita menguasai, mempertahankan dan menggunakan bahasa Melayu ini dengan betul.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
TUGASAN 2 : TUGASAN TERJEMAHAN TEKS

Dikenali
terjemahan
hurufiah atau
literal.

Penterjemah
mencari kosa kata
yang serupa antara
bahasa sumber
dengan bahasa
penerima.

Teknik
Terjemahan
Terus

Setiap perkataan
dalam bahasa
sumber diberikan
padanannya
dalam bahasa
penerima.

Padanan perkataanperkataan yang


dihasilkan selalu
tidak mengandungi
makna teks asal.

TERJEMAHAN TERUS TEKS THE IMPORTANCE OF MALAY LANGUAGE


Sejarah, Melayu adalah lingua franca yang mempengaruhi dunia perdagangan sekali
sebelum, manusia seluruh dunia datang ke ini negara untuk belajar Melayu salam dalam
kepentingan dalam Tenggara Asia dan perdagangan perkara. Mereka semua menggunakan
jawi skrip yang mana ialah sebahagian daripada Arab penulisan sistem. China, India,
Eropah, Arab orang hanya cinta tinggal dalam Malaysia saya boleh cakap sekarang atau
walaupun kita dalam Melaka Kerajaan belakang terdapat.
Sebagai untuk Bahasa Melayu, ia disenaraikan antara paling mudah bahasa untuk belajar
bagi apa apa Barat / India / china / Arab orang, banyak daripada ini orang menguasai
bercakap / menulis Melayu hanya dalam 1 intensif minggu kursus. India dalam Malaysia
9

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
menghadiri ukepada menjadi fasih bercakap ia tanpa ton masalah dan china orang biasanya
berakhir ia dengan A dalam peperiksaan. Melihat pada masyarakat nepal, burma, paskistan
dengan hanya 1 tahun bekerja disini tetapi mereka lebih fasih bercakap ia berbanding
sesetengah masyarakat Malaysia dilahirkan cina. Melayu bahasa mengandungi seperti yang
besar cina, india, arab dan barat perbendaharaan kata kalau melanjutkan ia dalam lebih
mendalam kajian, mereka siapa mengambil BM STPM harus meluluskan saya.
Malaysia diberkati dengan pelbagai budaya masyarakat yang kita boleh katakan yang paling
unik tempat ini dunia boleh tawaran. Malaysia dan Singapura bertukar ke tempat untuk
dunia tamadun dialog yang bertempung China tamadun, India, Islam dan Barat dunia. Jadi
kita boleh katakan Malaysia sebagai pusat daripada dunia dengan hanya melihat kepada ia
geografi lokasi dan ekonomi kenaikan. Lakukan semua orang tahu Melayu bahasa
diucapkan mengenai -300,000 orang seluruh dunia, mengikut kepada nombor ia setanding
dengan Spanish, Rusia, Portugis dan lebih tinggi daripada orang yang menggunakan
Jerman dan Jepun dalam syarat daripada pembesar suara.
Yang memalukan realiti hari ini ialah kita Malaysia mempunyai konflik dalam kita identiti
terutamanya dalam bahasa. Kalau anda tanya saya kepada membezakan di antara Bahasa
Melayu dan Bahasa Malaysia, saya

akan katakan terdapat adalah tiada signifikan

perbezaan, kecuali kepada label. Menurut kepada Emeritus Professor Datuk Dr. Nik Safiah
Abdul Karim, yang terkenal ahli bahasa di Universiti Malaya Akademi Pengajian Melayu,
kedua dia Bhasa Melayu dan Bahasa Malaysia adalah sama bahasa. Bahasa Malaysia
adalah kerana daripadanya menjadi digunakan dalam Malaysia oleh orang daripada
berbeza kaum. Bahasa Melayu pada yang lain tangan adalah biasanya dialamatkan kepada
bahasa daripada melayu kaum. Perubahan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa
Malaysia adalah kerana kerajaan daripada itu hari mahu untuk mewakili semua daripada
kaum dalam Malaysia.
bagaimanapun, daripada yang cendikiawan titik daripada pandangan, saya tidak bersetuju
dengan ini. Kita harus mempunyai dikekalkan yang bahasa nama sebagai Bahasa Melayu
kerana dalam kami persekutuan perlembagaan, Bahasa Melayu adalah rasmi bahasa,dia
berkata. Bagus titik. Jika kita lihat pada Inggeris bahasa, ia dituturkan dalam banyak
English-penutur bahagian daripada dunia, tetapi tidak pernah melakukan kita panggil ia
sebagai Amerika bahasa, Australia bahasa, New Zealand bahasa.
Nik Safiah berkata perkembangan daripada Bahasa Melayu dalam syarat daripada nombor
daripada adalah penutur adalah daripada kursus sangat terhad sebagai ia adalah hanya
ditutur dalam Selatan Timur Asia dan juga beberapa bahagian daripada Selatan Afrika. Dia
10

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
berkata yang Bahasa Melayu mempunyai kaya sejarah daripada rasmi dan tidak rasmi
ungkapan ungkapan. Bahasa Melayu boleh mengubah diucapkan bahasa daripada
bahasa longkang kepada sain dan teknologi bahasa, dia tidak sopan berkata.
Jadi pada dasarnya, Melayu Bahasa harus sedar sebagai satu daripada penting bahasa dan
kita semua bernasib baik untuk belajar dalam sekolah dan harus menjaga ia sebagai kami
budaya dan harus bangga menggunakan ia tidak kira kita ialah Melayu, India, Cina, Bumis..
kita patut cinta dan menguasai Melayu kerana ia akan menjadi lagi berubah sebagai dunia
paling penting jika kita berdiri untuk melawan ia dan guna ia.

11

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,


PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

RUJUKAN
1. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Khairuddin Mohammad, Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi, 2014. Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan, Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
3. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Wikipedia, ensiklopedia bebas ( 2014 ) : Penterjemahan. Diakses pada 16. 03. 2016
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penterjemahan
5. Zamilah Abdulrani ( 2013 ) : Definisi Penterjemahan . Diakses pada 23. 03. 2016.
http://zamilahabdrani.blogspot.my/2013/02/terapi-diri.html

6. Mohd Kodri bin Ab Malik ( 2012 ) : Bahasa Rojak. Diakses pasa 28. 03. 2016.
http://kodrimohd.blogspot.my/2012/03/bahasa-rojak.html

7. Saiful ( 2013 ) : Sistem Ejaan Za ba. Diakses pada 28. 03. 2016.
http://mpi10crew.blogspot.my/2013/11/sistem-ejaan-jawi-zaba.html

12

Anda mungkin juga menyukai