Anda di halaman 1dari 1

Kata Kerja Pasif

Cikgu Razali, Guru Pendidikan Kesihatan, menerangkan kepentingan penjagaan


mata kepada Nadia dan rakan-rakannya.
Cikgu Razali : Murid-murid, mata digunakan oleh manusia untuk melihat. Mata
juga kita gunakan untuk membaca dan menonton.
Hafiz

: Lihat kawan kita, Lalita. Dia bercermin mata.

Nadia

: Lalita, cermin mata kamu pakai kerana kecacatan mata?

Lalita

: Tidak, Nadia. Cermin mata saya pakai kerana penglihatan saya


tidak jelas. Ketika menggunakan cermin mata, penglihatan saya
lebih jelas.

Nadia

: Oh, begitu! Maksudnya, cermin mata dipakai oleh mereka yang


penglihatannya tidak jelas. Betulkah, cikgu?

Cikgu Razali : Betul, Nadia. Murid-murid, semua orang perlu menjaga kebersihan
dan kesihatan mata. Mata dijaga oleh manusia kerana mata amat
sensitif. Mata tidak boleh disentuh oleh tangan yang kotor. Tangan
perlu kamu cuci sebelum menyentuh mata. Tuala pula tidak boleh
kita kongsi dengan orang lain.

Aktiviti:
Bulatkan kata kerja pasif dalam petikan di atas.

Anda mungkin juga menyukai