Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Terapi seni visual adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreativiti dalam lukisan

untuk penambahbaikan dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensel dan marker yang diintegrasikan dengan terapi psiko terapeutik dan teknik proses kreatif.

Nama Aktiviti Membuat Obor-Obor

Kumpulan Sasaran I. II. III. ADHD Autisme Down Syndrome

Matlamat Untuk membantu murid berkeperluan khas mengekspresikan emosi mereka dan meningkatkan keupayaan motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata dan tangan murid.

Objektif I. II. III. Dapat meningkatkan kemahiran bersosial. Dapat mendisiplinkan murid. Dapat memberikan keyakinan kepada murid.

Rasional Secara rasionalnya, murid dapat menggunakan teknik menghasilkan kraf tangan untuk mengekspresikan emosi mereka di samping mempamerkan bakat yang ada pada diri mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan disiplin murid.

Analisis Tugasan Sebelum I. II. III. Merancang aktiviti yang ingin dijalankan. Menyenaraikan alatan / bahan yang diperlukan. Memilih tempat yang sesuai untuk mengadakan terapi

Semasa

I. II. III. IV.

Memberikan arahan / penerangan yang jelas kepada murid. Mengedarkan alatan / bahan kepada murid. Mendemonstrasikan cara melaksanakan aktiviti yang dirancang. Membimbing murid sepanjang aktiviti berlangsung.

Selepas

I. II. III.

Mempamerkan hasil kerja murid. Memberikan ganjaran kepada murid. Membersihkan tapak.

Bahan / Alatan gam (3 botol) pensel warna (3 kotak) pinggan kertas (3 keping) kertas warna yang telah dipotong dalam bentuk-bentuk tertentu

Cara Pelaksanaan I. II. III. IV. V. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh murid. Memperkenalkan aktiviti yang akan dilakukan oleh murid. Guru mendemonstrasikan cara menghasilkan obor-obor kepada murid. Guru membimbing murid-murid langkah demi langkah membuat obor-obor. Murid tidak semestinya mengikut cara guru, murid dibenarkan untuk menghasilkan obor-obor mengikut kreativiti mereka. VI. Setelah tamat sesi pengajaran, guru mempamerkan hasil kerja murid di hadapan kelas. VII. Guru memberikan ganjaran kepada murid sebagai penghargaan atas usaha mereka.

VIII.

Guru meminta murid untuk membersihkan sampah di atas meja dan di bawah meja.

IX.

Sesi refleksi.

Unsur Terapi Antara aspek yang dititikberatkan dalam terapi ini ialah untuk memulihkan murid dari segi: I. II. III. pengamatan koordinasi mata dan tangan motor kasar dan motor halus

REFLEKSI KENDIRI NAMA: CLEARANCE FLORA ANAK GOMBEK

Syukur sekali lagi kepada Tuhan kerana telah memberkati perjalanan terapi kami yang ketiga iaitu terapi seni. Walaupun pada mulanya agak kelam-kabut sedikit dengan perancangan terapi ini, namun kami boleh menjalankan dengan

memuaskan. Terapi seni yang kami jalankan adalah mewarna dan menghasilkan kraf tangan ringkas melalui medium cat air. Terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti ini. Secara peribadi, saya merasakan semua yang saya lakukan pada hari amali tersebut tidak memuaskan. Namun, apa yang saya lakukan menarik perhatian rakan lain. Contohnya, sebelum memulakan sesi terapi seni yang sebenar, saya menunjukkan video ringkas yang berkaitan dengan obor-obor. Melalui video ini, saya mengemukakan soalan yang mana saya berusaha untuk menarik minat murid saya dalam perbualan lisan. Bukan itu sahaja, saya mengaitkan video yang dilihat dengan pengalaman sedia ada dan kehidupan seharian murid. secara tidak langsung, sebenarnya kita boleh kenal murid kita bagaimana melalui perbualan. Tambahan pula, kesediaan belajar murid sangat penting untuk mendapatkan mood belajar sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih mendalam. Selain itu, kekuatan juga terletak pada arahan guru yang jelas. Dengan adanya arahan yang jelas, kelas juga terkawal. Setiap langkah murid dibimbing supaya murid tidak tertinggal dan akhirnya hilang tumpuan terhadap sesi terapi seni. Kawalan kelas baik yang ditunjukkan bukan sahaja berdasarkan arahan yang elas, malah terletak pada aktiviti yang dijalankan. Aktiviti seni yang dijalankan memberi fokus kepada murid kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan pengamatan penglihatan serta koordinasi mata dan tangan yang tinggi. Hal ini kerana murid berusaha mewarna kraf dengan bersungguh-sungguh dan tidak cincai. Aktiviti ini membantu murid mengasah dan mencungkil bakat murid dalam seni. Seperti yang kita ketahui, murid berkeperluan khas mempunyai kelebihan tersendiri. Murid yang mempunyai bakat, kita perlu galakkan melibatkan diri dalam

terapi seni. Bagi murid yang tidak berbakat, guru juga perlu bimbing kerana kita tidak tahu kebolehan individu. Aktiviti ini bukan sahaja mampu mencungkil bakat murid, malah membantu guru untuk menilai personaliti dan kreativiti murid. Contohnya, salah seorang murid pada ketika itu telah berfikir di luar kotak. Dia tidak menghasilkan obor-obor mengikut hasil guru namun, dia mereka sendiri iaitu obor-obor yang seolah-olah berada di air.. Di akhir aktiviti menghasilkan seni kraf tangan ini, guru ada menyelitkan unsur peneguhan dan apresiasi. Contohnya, guru bertanya tentang hasil kraf tangan yang dibuat oleh murid-murid dan tunjuk hasil kepada rakan lain. Hal ini membantu guru untuk menganalisis masalah atau minat murid melalui soal jawab berkaitan lukisannya. Kami juga mempamerkan hasil kerja murid di hadapan kelas supaya murid rasa dihargai dan gembira melihat hasilnya. Namun terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Antaranya kami telah mengehadkan penggunaan warna kumbang iaitu merah dan hitam sahaja. Murid hanya mengikut warna yang diberikan dan secara tidak langsung, kami telah menyekat kemahiran kreativiti mereka. Sebenarnya kumbang adalah pelbagai dan mempunyai warna yang berbeza. Jadi bagi mengatasi masalah yang timbul ini, kami telah bercadang untuk menunjukkan pelbagai jenis dan warna kumbang supaya murid tahu bahawa itulah jenis kumbang yang mereka boleh perhatikan dalam kehidupan mereka. Kami juga perlu menyediakan warna yang lebih pelbagai supayan murid mempunyai pilihan untuk menghasilkan kraf tangan berdasarkan imaginasi dan kreativiti masingmasing.

NAMA: HAZELINE BENEDICT Amali terapi seni ini merupakan terapi ketiga yang kami lakukan. Dalam terapi ini, kami telah membuat satu aktiviti kraf membuat ladybird dan obor -obor daripada piring kertas. Ini bersempena dengan Hari Sahabat sedunia di mana murid-murid P.Khas boleh memberikan hasil kraf kepada rakan baik mereka. Murid-murid melakukan aktiviti mewarna, menggunting dan menampal. Perkara yang menjadi kekuatan dalam terapi kami ialah kerjasama daripada setiap ahli kumpulan yang sedia membantu dan memainkan peranan masing-masing. Kekuatan lain ialah, aktiviti membuat lady bird boleh dikaitkan dengan baju jenama ladybird yang dijual di pasaran. Perkara yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Aktiviti yang kami lakukan ini juga menyeronokkan dan berwarna-warni dari aspek penggunaan kertas warna dan warna air. Perancangan juga tersusun dan aktiviti yang dilakukan jelas dan karya murid dipamerkan di hadapan kelas. Selain itu, aktiviti ini boleh melatih pengamatan dan seterusnya menyebabkan murid leka menggunting dan menghasilkan obor-obor dan ladybird mereka. Apabila murid leka membuat kerja, kelas akan jadi terkawal. Pada satu masa apabila Dora bertanyakan nama lady bird dan obor -obor buatan mereka, dia sudah memberikan konsep nama kepada abor-obor tersebut dan secara tidak langsung setiap obor-obor mempunyai nama dan watak yang berbeza berdasarkan personaliti kanak-kanak tersebut. Selain daripada itu, aktiviti yang dijalankan juga adalah unik dan mampu mencungkil bakat serta kreativiti setiap murid. Di sebalik kekuatan, terdapat juga kelemahan yang dilihat iaitu guru tidak memberikan satu contoh yang telah siap dan guru tidak membenarkan murid mewarnakan lady bird mengikut warna yang dipilih murid sebaliknya mewarnakan lady bird tersebut berwarna merah. Sebagai penambahbaikan, pada awal pengajaran, guru boleh menayangkan gambar lady bird berwarna biru atau hitam kepada murid agar murid tahu terdapat juga lady brid yang berwarna lain dan guru juga sepatutnya membenarkan murid mewarnakan lady bird mengikut warna pilihan mereka. Kesimpulannya, aktiviti ini memberikan idea serta pengalaman kepada kami dalam menjalankan terapi seni di sekolah nanti.
6

NAMA: LEONG CHEAN HOI Setelah menghabiskan sesi terapi seni visual bersama-sama rakan saya, saya telah menyedari tentang betapa pentingnya terapi seni visual khususnya dalam membentuk motor-motor halus di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Terapi seni visual adalah sesuai dalam menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Melalui pemerhatian saya, terapi seni visual membantu dalam mencungkil kreativiti kanak-kanak khususnya mereka yang menghadapi masalah disleksia yang mempunyai bakat dalam bidang seni. Selain itu, saya juga menyedari bahawa terapi ini dapat memberikan peluang kepada seseorang individu meluahkan perasaannya melalui lukisan. Ini adalah penting terutamanya untuk membantu kanak-kanak autisme yang kurang suka bercakap meluahkan apa yang dalam fikiran mereka. Dalam amali terapi seni visual kali ini, saya dan ahli kumpulan saya telah menyediakan aktiviti menghasilkan kraf tangan, iaitu membuat obor-obor dengan menggunakan pinggan kertas. Aktiviti ini membantu untuk memperbaiki koordinasi mata tangan murid serta meningkatkan kreativiti murid dengan mencipta kraf tangan menggunakan bahan-bahan terpakai. Dalam akhir sesi terapi seni visual ini, saya telah menyedari terdapat penambahbaikan-penambahbaikan tertentu yang boleh dilakukan agar aktiviti ini lebih manarik dan sesuai untuk murid-murid berkeperluan khas. Antara

penambahbaikan-penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh rakan-rakan dan guru pembimbing ialah kita boleh menayangkan gambar-gambar obor agar dapat memberikan idea kepada murid tentang bentuk obor-obor. Selain itu, guru perlu menyediakan contoh model yang telah siap dibina untuk dijadikan rujukan kepada murid. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuang yang banyak menyumbangkan idea-idea yang bagus kepada kumpulan saya agar aktiviti menghasilkan obor-obor ini menjadi lebih menyeronokkan kepada murid-murid berkeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai