Anda di halaman 1dari 27

1.0 PENGENALAN Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untukbergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikandengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari daripada konsep

kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif,emosi, sosial atau psikomotor. Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

2.0 TERAPI SENI VISUAL

Pengenalan

Kolaj merupakan satu bentuk hasil seni visual dalam bidang menggambar. Menggabungkan unsur lukisan dan tampalan dari bahan terbuang seperti surat khabar, majalah, tali, kekacang dan rumput kering. Merupakan karya seni yang berunsurkan organik (hidupan dan tumbuh-tumbuhan) atau unsur bukan organik (bahan buatan manusia). Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid-murid menghasilkannya dengan menggunting atau mengoyak bahan-bahan kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.

Definisi

Menurut American Art Therapy Association terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu dibawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.

Murid Sasaran i. ii. iii. Autisme Down Syndrome Cerebral Palsi

Matlamat

Untuk membantu murid berkeperluan khas mengekspresikan perasaan mereka dan meningkatkan motor halus dan kasar serta menajamkan penelitian mata/koordinasi mata dan tangan. i. ii. iii.

Objektif Dapat meningkatkan kemahiran bersosial Semangat kerajinan Mendisplinkan murid


Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 2

iv.

Memberi keyakinan kepada murid

Rasional

Secara rasionalnya, murid dapat menggunakan teknik kolaj untuk mengekspresikan emosi mereka di samping mempamerkan bakat yang ada pada diri mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkat disiplin mereka sementara menghasilkan kolaj yang menarik dan kreatif.

Analisis Tugasan Waktu Sebelum Aktiviti i) Memilih teknik seni visual (Kolaj) ii) Menyenaraikan alat/bahan yang diperlukan a) gam b) kertas warna (4 warna biru, merah, kuning & hijau) c) kertas lukisan yang telah dilukis iii) memilih tempat yang sesuai untuk mengadakan terapi iv) pastikan meja dalam keadaan yang bersih. Semasa i) Memberi arahan/penerangan cara/teknik ii) Mengedarkan alatan/bahan kepada murid iii) Menunjukkan cara/teknik kepada murid iv) Membimbing murid yang lemah Selepas i) Menunjukkan hasil kerja kolaj ii) Memberi penghargaan kepada murid (cth: memberi cap/bentuk bintang) iii) Membersih tempat amali dijalankan iv) Refleksi diri i. ii. iii. Pengendali

Bahan/Alatan Gam x 2 botol kecil kertas lukisan x 1 buku kertas warna x 5 keping (sudah digunting secara kecil-kecil)

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kos

Gam 2 botol kecil = 2 x Rm2.00 = rm4.00 Sebuku kertas lukisan = 1 x Rm3.80 5 keping kertas warna = 5 x Rm 0.80 = Rm4 Jumlah = Rm11.80

Cara Melaksanakan

i.

Menyediakan bahan yang diperlukan terlebih dahulu (kertas warna, kertas lukisan dan gam)

ii. iii. iv. v.

Mengedarkan kertas lukisan kepada setiap murid Menerangkan arahan, tujuan dan kegunaan kolaj. Menerangkan fungsi warna dengan emosi yang ada pada diri mereka. Memberi peluang untuk murid memilih sendiri warna mengikut

emosi/kehendak mereka. vi. Membimbing murid supaya mereka tidak leka dan sesuaikan penggunaan bahan dengan aktiviti yang dijalankan. vii. viii. Murid menunjukkan hasil kolaj yang telah mereka hasilkan. Guru memberi penghargaan kepada hasil kolaj murid seperti menandakan bintang. ix. Guru meminta murid untuk membersihkan tempat seperti sampah di atas meja dan bawah kerusi x. i. ii. Refleksi guru dan murid.

Langkah Keselamatan Bersihkan meja terlebih dahulu. Perlahankan kipas semasa menjalankan aktiviti menampal kertas warna pada kertas lukisan supaya cebisan kertas warna yang disediakan tidak terbang ke merata tempat. iii. Setelah aktiviti tamat, murid dikehendaki menyimpan semua peralatan.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

i. ii. i. ii. iii.

Langkah Kebersihan Kutip sampah/ kertas yang berterbangan di sekeliling (jika ada) Cuci tangan selepas aktiviti tamat.

Unsur Terapi Koordinasi mata dan tangan Kreativiti Motor halus

Carta Aliran Semasa Amali

Menerangkan terapi seni visual

Menyatakan aktiviti yang akan dilakukan dan menerangkan fungsi warna

Mengedarkan bahan/alatan

Melaksanakan aktiviti yang dipilih

Bincang/refleksi

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

Carta Aliran Proses Keseluruhan

Memilih tajuk

membahagi tugas

menyediaka n bahan

mencari maklumat

membuat perbincangan dalam ahli kumpulan

melaksanaka n aktiviti

Ahli AJK Penganjur

AJK Dokumentasi Mohd Zulkarnaen AJK Maklumat Nur Afifah AJK Bahan/Peralatan Andrew Anderson AJK Dana Christer Ritter

Penutup

Terapi seni visual merupakan satu terapi yang banyak membantu individu dalam mengatasi masalah konflik dalam. Terapi ini juga dikatakan lebih berkesan sekiranya dijalankan secara berkumpulan. Terapi ini juga tidak memerlukan kos yang banyak disamping dapat dilakukan pada masa terluang.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

Refleksi

Kekuatan ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Kelemahan ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Cara Membaiki ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.0 AMALI TERAPI MUZIK Pengenalan

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.

Nama aktiviti

Menyanyi sambil menari. i. ii. iii.

Murid sasaran. Disleksia Autisme Slow Learner

Matlamat

Untuk membantu murid berkeperluan khas meluahkan perasaan melalui aktiviti menyanyi sambil menari mengikut rentak muzik yang dimainkan. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. i. ii.

Objektif meningkatkan keupayaan motor kasar murid. memberi keyakinan kepada murid. pengurusan tingkah laku murid. meningkatkan dan memupukkan komunikasi murid. melatih pergerakan lokomotor. dapat mendisiplinkan murid. kembangkan emosi latihan pertuturan

Rasional melatih murid berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan. memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah. iii. iv. melatih murid bersosial dan beriadah dengan orang luar. meningkatkan bakat murid.
Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 8

v.

memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan.

Analisis Tugasan Projek.

Sebelum i) Guru mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan oleh murid. ii) Guru membuat alat muzik menggunakan bahan terpakai. iii) Guru menyediakan aktiviti berperingkat untuk murid.

Semasa. i. ii. Guru menjalankan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Guru membuat warming up sebelum membuat aktivti menari untuk mengelakkan kekejangan otot. iii. iv. Guru menyanyi dan menari bersama-sama dengan murid. Guru memberikan alat muzik yang dibina kepada murid untuk dimainkan bersama sambil menyanyi lagu mengikut rentak muzik.

Selepas i. Murid berhenti menyanyi dan guru meminta murid untuk berkongsi perasaan mereka selepas melakukan aktiviti. ii. Murid diminta untuk menyimpan semula alat muzik yang diberikan sejak awal tadi.

Persediaan Bahan dan Alatan. i) 3 botol (1 kecil & 2 besar) ii) kg biji saga (warna merah) iii) Sebatang kayu (15 cm) iv) Speaker v) Komputer riba vi) Video lagu vii) Kompang viii) Kerincing xv) Keretek

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kos

i) Selotep (RM2.50 x 1 = RM2.50) i. ii.

Cara Melakukan Terapi Guru menerangkan aktivti yang akan dijalankan. Guru mendemonstrasikan pergerakan mengikut rentak lagu dan

memperkenalkan sebuah lagu kepada murid. iii. iv. v. Guru meminta semua murid untuk berdiri. Guru dan murid menyanyi bersama-sama Sesi kedua, guru memperkenalkan alat-alat muzik yang sedia ada dan alat-alat muzik yang dibuat oleh guru. vi. Guru mendemonstrasikan aktivti seterusnya menggunakan alat-alat muzik tersebut mengikut rentak muzik. vii. Kemudian, guru memberikan alat muzik seperti kompang, botol berisi biji saga, kerincing, keretek dan botol yang dilekatkan pada sebatang kayu. viii. Guru meminta murid menggunakan alat-alat muzik yang telah diagihkan kepada setiap murid.

Amalan Kebersihan

i) Guru meminta murid untuk mengutip sampah yang berdekatan dengan mereka. ii) Murid menyusun semula kerusi ke tempat asal.

Unsur Terapi

i) Motor kasar ii) Pendengaran iii) Penglihatan iv) Kreativiti

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

10

Carta Aliran Proses Semasa Amali

Menerangkan terapi muzik

Menyatakan aktiviti yang akan dilakukan dan menerangkan konsep muzik

Mengedarkan bahan/alatan

Melaksanakan aktiviti yang dipilih

Bincang/refleksi

Carta Aliran Proses Keseluruhan

Memilih tajuk

membahagi tugas

menyediaka n bahan

mencari maklumat

membuat perbincangan dalam ahli kumpulan

melaksanaka n aktiviti

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

11

Ahli Jawatankuasa Penganjur

AJK Dokumentasi Mohd Zulkarnaen AJK Maklumat Nur Afifah AJK Bahan/Peralatan Andrew Anderson AJK Dana Christer Ritter

Penutup

Terapi muzik merupakan satu alternatif guru bagi membantu muridnya untuk meluahkan perasaan mereka disamping menggunakan pergerakan lokomotor kasar murid. Terapi muzik ini juga merentas kurikulum kerana ianya dapat digunakan bagi mana-mana matapelajaran dan ianya juga berkesan bagi menarik perhatian murid terutama sekali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Refleksi

Melalui perlaksanan terapi muzik ini, kami menyedari bahawa terapi ini mudah menarik perhatian murid kerana ianya tidak ada skema yang perlu dipatuhi. Murid dapat meluahkan perasaan mereka dengan sebaik mungkin dan tidak berasa bosan. Maka, kami yakin dengan adanya terapi muzik dalam setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas murid pasti akan berasa semangat dan sedia untuk belajar dengan fokus yang baik. Sehubungan itu, semasa menjalani terapi muzik, kami dapati bahawa kami menggunakan sepenuhnya bahan bantu kami untuk menarik perhatian murid. Oleh itu, kami merasakan bahawa ini adalah salah satu kekuatan yang kami ada. Selain itu juga, kami telah menerapkan nilai disiplin kepada murid. Contohnya, murid perlu dengar arahan guru tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain. Akan tetapi, terdapat kelemahan juga dalam perlaksanaan terapi muzik kami ini. Contohnya kami tidak mementingkan aspek kawalan kelas walhal ianya sangat penting bagi murid untuk bersikap positif di dalam kelas. Mereka perlu tahu bahawa disiplin diri adalah perkara penting sebelum melakukan aktiviti. Cadangan untuk menambahbaikan perlaksanaan terapi muzik ini adalah kami perlu mengutamakan kawalan kelas supaya aktiviti tidak kelihatan serabut. Kami perlu menitikberatkan penggunaan ruang kelas juga supaya tidak terlampau sempit semasa melakukan pergerakan.
Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 12

4.0 TERAPI PERGERAKAN Pengenalan

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping

meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

Nama aktiviti

Senam 1 Murid 1 Sukan

Murid sasaran.

i) Disleksia ii) Autisme iii) Slow Learner

Matlamat

Untuk membantu murid berkeperluan khas meningkatkan kecerdasan dan meredakan ketegangan perasaan dan jiwa.

Objektif

i) meningkatkan keupayaan motor kasar murid. ii) memberi keyakinan kepada murid. v) melatih pergerakan lokomotor. vi) dapat mendisiplinkan murid.

Rasional

i) melatih murid berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan. ii) memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah. iii) melatih murid bersosial dan beriadah dengan orang luar. iv) meningkatkan bakat murid. v) memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti.
Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 13

Analisis Tugasan Projek.

Sebelum i) Guru mencari video yang sesuai untuk dijadikan panduan. ii) Guru memilih pergerakan serta lagu yang sesuai untuk murid. iii) Guru menyediakan aktiviti berperingkat untuk murid.

Semasa i) Guru menjalankan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. ii) Guru meminta murid berdiri dan jarakkan diri daripada rakan iii) Guru membuat warming up sebelum membuat aktivti pergerakan untuk mengelakkan kekejangan otot. iii) Guru mula menunjukkan pergerakan yang akan dibuat serta kiraannya. iv) Guru menunjukkan contoh beserta iringan muzik. v) Guru melaksanakan pergerakan bersama murid.

Selepas i) Murid diminta untuk membuat aktiviti penyejukan badan ii) Murid berkongsi perasaan selepas melaksanakan aktiviti tersebut bersama rakan dan guru.

Persediaan Bahan dan Alatan.

i) Speaker ii) Komputer riba iii) MP3 lagu

Kos

-Tiada Kos diperlukan

Syarat-Syarat Terapi Pergerakan Cara Melakukan Terapi

i) Guru menerangkan aktivti yang akan dijalankan. ii) Guru melaksanakan aktiviti pemanasan badan iii) Guru mendemonstrasikan pergerakan
Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 14

iv) Guru mendemonstrasi bersama iringan muzik v) Murid diminta melakukan pergerakan yang diajar sebentar tadi

Amalan Kebersihan

i) Guru mematikan tiada alatan tajam di sekitar kawasan

Unsur Terapi

i) Motor kasar ii) Pendengaran iii) Penglihatan iv) Kreativiti

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

15

Carta Aliran Proses Semasa Amali

Menerangkan terapi pergerakan

Menyatakan aktiviti yang akan dilakukan dan menerangkan konsep pergerakan

Melaksanakan aktiviti yang dipilih

Bincang/refleksi

Carta Aliran Proses Keseluruhan

Memilih tajuk

mencari maklumat

membuat perbincangan dalam ahli kumpulan

membahagi tugas

menyediakan aktiviti pergerakan

melaksanakan aktiviti

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

16

Ahli Jawatankuasa Penganjur

AJK Dokumentasi Nur Afifah AJK Maklumat Mohd Zulkarnaen AJK Bahan/Peralatan Christer Ritter AJK Dana Andrew Anderson

Penutup

Terapi pergerakan merupakan satu cara untuk guru menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Terapi pergerakan ini boleh digunakan untuk mengembangkan motor murid dan menjadikan aktiviti P&P menjadi lebih menarik. Melui

Refleksi

Melalui aktiviti terapi pergerakan ini, kami mendapati aktiviti ini antara aktiviti yang menarik untuk dijalankan. Aktiviti ini memerlukan murid bergerak mengikut iringan muzik dan mengembangkan motor kasar murid. Murid juga tidak akan merasa bosan dengan aktiviiti terapi muzik ini.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan juga dalam perlaksanaan terapi pergerakan kami ini. Contohnya kami tidak mementingkan aspek kawalan kelas walhal ianya sangat penting bagi murid untuk bersikap positif di dalam kelas. Mereka perlu tahu bahawa disiplin diri adalah perkara penting sebelum melakukan aktiviti. Selain itu juga, pergerakan yang kami reka juga perlu lebih seragam dan lancar apabila dilaksanakan

Cadangan untuk menambahbaikan perlaksanaan terapi pergerakan ini adalah memastikan murid dikawal dalam masa yang sama terapkan disiplin dalam diri mereka. Pergerakan juga perlu dihafal serta mempunyai kiraan supaya ianya lebih lancar dan kemas.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

17

5.0 TERAPI MAIN Pengenalan

Terapi main ini biasanya di jalankan di sekolah dengan pelbagai cara perlaksanaannya. Terapi ini juga sesuai untuk di jalankan bagi murid pendidikan khas khususnya.

Nama Permainan I. II. Kaki Tiga Bola Cinta/ Baling-baling Basah

Sasaran Murid bermasalah: i. ii. Hyperaktif Down Syndrome

Matlamat

Terapi main ini di jalankan untuk meningkatkan psikomotor murid.

Objektif i. ii. iii. Murid berasa seronok apabila bermain Murid dapat meningkatkan kemahiran motor kasar mereka Murid dapat meningkatkan daya berfikir mereka melalui perancangan strategi

Rasional

Terapi ini di jalankan supaya murid dapat mempelajari serta meluahkan perasaan mereka secara tidak langsung dan mereka tidak menyedarinya. Melalui terapi main ini juga murid dapat menyihatkan tubuh badan mereka di samping dapat menstabilkan emosi mereka.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

18

Persediaan bahan/alatan

Permainan Kaki Tiga Kayu chopstick (diikat) Bola Gym Kon Permainan Bola Cinta/ Baling-Baling Basah Pita pelekat Belon (diisi dengan air) Wisel

Kos Unit 3 1 (plastik) 1 Harga (RM) 3.oo 3.99 11.90 Jumlah 18. 89

Bahan Kayu chopstik Belon Wisel

Syarat-Syarat Permainan

Permainan Kaki Tiga i. ii. iii. iv. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan Murid tidak boleh keluar daripada had kawasan yang telah ditetapkan Murid hendaklah membaling bola kea rah dirian kayu chopstick Kumpulan penyerang akan mematikan kumpulan lawan dengan membaling bola pada bahagian bawah lutut kumpulan lawan v. Markah akan dikira melalui bilangan pemain yang tinggal dalam permainan tersebut Permainan Bola Cinta/ Baling-baling Basah i. ii. Murid dibahagikan secara berpasangan Murid akan menghadap rakan mereka sejauh 2 kaki di belakang net
Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 19

iii.

Guru akan membunyikan wisel dan murid akan membaling kepada lawan mereka

iv. v.

Pasangan mereka akan menyambut belon tersebut tanpa memecahkankanya Setiap pasangan yang berjaya menyambut belon, mereka akan melangkah 1 langkah kebelakang

vi.

Pasangan pemain yang terakhir akan dikira sebagai pemenang

Cara Permainan

Lakaran gelanggang Permainan Kaki Tiga

Kedudukan pemain di gelanggang Simbol

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

20

Langkah Keselamatan i. ii. Tidak boleh berasak-asak hingga boleh menyebabkan kecederaan Tidak boleh mengkasari pihak lawan

Amalan Kebersihan i. ii. iii. Membersihkan kawasan permainan selepas tamat permainan Mengutip sampah sarap yang terdapat pada kawasan permainan Mengemas dan mengembalikan alatan yang telah digunakan

Unsur Terapi

Terapi main kami ini menyelitkan unsur terapi motor kasar. Selain itu, kami juga menyelitkan unsur koordinasi mata dan tangan dalam permainan balingan kami ini.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

21

Carta Aliran Proses Semasa Amali

Kawalan Kelas

Sesi pemanasan badan

Penerangan peraturan permainan

Perlaksanaan permainan

Sesi penyejukkan badan/ kemas

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

22

Carta Aliran Proses Keseluruhan

mendapat tajuk dan merangka aktiviti yang hendak dilaksanakan pembahagian tugasan dalam kalangan ahli kumpulan menyediakan bahan bantu mengajar/ alatan pengajaran

melaksanakan aktiviti permainan kepada pelajar

membuat feedback/ post mortem selepas perlaksanaan aktiviti

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

23

Ahli Jawatankuasa Penganjur Pengerusi: Mohd Zulkarnaen Bin Ismail Pengadil: Christer Ritter Badon Ajk peralatan: Andrew Anderson Ak Sang Ajk pemanasan dan penyejukkan badan: Nur Afifah Binti Mohd Asri

Penutup

Terapi main ini adalah sesuai untuk dijalankan kepada murid-murid berkeperluan khas. Biasanya, terapi ini akan diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran

harian. Selain itu, guru haruslah bijak untuk menarik minat murid agar murid dapat berasa seronok dan mempelajari sesuatu daripadanya.

Refleksi Kendiri

Permainan Kaki Tiga Kekuatan: Permainan yang menarik Menyeronokkan dan menyihatkan Menyemai sikap berdaya saing secara sihat Memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan ahli kumpulan Kelemahan: Bilangan murid yang terlibat terlalu ramai dan menyebabkan gelanggang menjadi sesak Kayu chopstick sukar untuk didirikan oleh pemain Bola gym ringan dan sukar untuk dibaling kepada dirian kayu chopstick Pengurusan dan pengendalian murid-murid agak kurang efisyen Cadangan penambahbaikkan: Perlu mempertingkatkan pengurusan dan pengendalian murid-murid Perlu menukarkan kayu chopstick kepada tin untuk memudahkan mendirikannya Kurangkan bilangan murid yang terlibat
Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas 24

Membahagikan murid kepada kumpulan yang lebih kecil Permainan Bola Cinta/ Baling-baling Basah Kekuatan: Permainan yang unik dan lain daripada yang lain Menarik dan mencabar Memerlukan pengamatan koordinasi mata dan tangan Kelemahan: Belon bersaiz kecil dan mudah pecah Tempat kawasan permaianan menyebabkan kebasahan Penambahbaikkan: Gunakan belon yang bersaiz kecil dan lebih tebal sedikit

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

25

6.0 PENUTUP Kesimpulannya, terapi sangat penting untuk dijalankan khususnya kepada muridmurid pendidikan khas. Terapi merupakan satu langkah latihan dan pemulihan kepada individu yang mengalami masalah fizikal, pengamatan dan sebagainya. Selain daripada itu, terapi ni juga dapat membantu meningkatkan kemahiran bersosial murid-murid pendidikan khas, memperbaiki kualiti hidup, keyakinan diri, mengurangkan tekanan, membantu merangsang pertuturan, merangsang pemikiran dan kreativiti murid. Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan khas yang berpengetahuan adalah wajib bagi mereka untuk menerapkan setiap kemahiran terapi yang mereka ketahui dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

26

RUJUKAN Tiada Nama Penulis. Terapi Dalam PEndidikan khas. (2013) Dilayari pada 12 Mac 2013 di laman web http://www.scribd.com/doc/58813205/51720279Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas Tiada Nama Penulis. TERAPI. (2013) Dilayari pada 12 Mac 2013 di laman web http://www.scribd.com/doc/67282885/APA-ITU-TERAPI Tiada Nama Penulis. Jenis-Jenis Terapi. (2-13) Dilayari pada 12 Mac 2013 di laman web http://blogpemulihanbm.blogspot.com/2012/04/jenis-jenisterapi.html

Folio Terapi Dalam Pendidikan Khas

27

Anda mungkin juga menyukai