Anda di halaman 1dari 23

Siti Fatihah Binti Osman

Jabatan Ilmu Pendidikan


IPGKTI
PENGENALAN

TERAPI INTERVENSI KAUNSELING


• Terapi juga • Intervensi • Kaunseling
dikenali sebagai membawa adalah satu
rawatan di maksud perhubungan
dalam bidang mengubah dan yang dicirikan
perubatan membuka oleh keyakinan,
dimana pesakit pemikiran, saling
diberi rawatan perasaan dan mempercayai
Bentuk-Bentuk Intervensi Kaunseling

• Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai


dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi
meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan.
• Bentuk-bentuk intervensi kaunseling adalah Terapi Bercerita, Terapi
Seni, Terapi Muzik, Terapi Biblio dan Terapi Bermain.
Terapi Bermain

• Apabila konsep main digunakan dalam terapi sebagai intervensi kaunseling kanak-
kanak, ia dikenali sebagai terapi bermain.

• Terapi bermain adalah satu model pelbagai dimensi yang dikonseptualisasikan


berdasarkan konsep-konsep seperti berikut : a) Melalui aktiviti main, kanak-kanak
lebih memahami dunia ini b) Proses berulang-alik sepanjang kontinum
perkembangan semasa menjalani terapi memberi kanak-kanak peluang untuk
menemui dan meneroka identiti masing-masing. c) Unsur simbolik berhubung dengan
aktiviti main memberi peluang mereka untuk mengkaji serta menguji pilihan-pilihan
secara imaginasi d) Kedua-dua ruang fizikal serta teraputik dibekalkan melalui aktiviti
bermain. Penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk membentuk proses
interpersonal.
• Terapi Bermain : Suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi
berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak-kanak. Sumber :
Carmichael 2006
Terapi Bermain

• Terapi bermain memberi kepentingan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah dari
segi :

• a) Kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik perpisahan atau perceraian ibu bapa
• b) Kanak-kanak yang telah mengalami trauma (seksual, penderaan fizikal atau emosi)
• c) Kanak-kanak yang berhadapan dengan isu-isu seperti sakit atau kematian orang yang
dikasihi
• d) Kanak-kanak yang telah menyaksikan keganasan rumah tangga
• e) Kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kurang tumpuan (ADD/ADHD)
• f) Kanak-kanak yang telah mengalami kemalangan atau bencana yang serius
Rasional

• Rasional
• i) Menolong kanak-kanak menggambarkan masalah yang dihadapi dan bukan
melalui bahasa verbal.
• ii) Objek mainan dan main (perkataan dan bahasa kanak-kanak )
• Membantu kanak-kanak belajar tingkah laku positif
• Memperkembangkan kognitif dan memberi persepsi untuk menyelesaikan konflik
dalaman pemikiran negatif kanak-kanak.
Langkah-Langkah Aktiviti Bermian
• Langkah-langkah prosedur bagi terapi bermain ialah :
• a) Kenal pasti kanak-kanak yang boleh dapat manfaat daripada terapi bermain
• b) Buat keputusan untuk sesi berasingan atau duduk bersama dengan kanak-
kanak
• c) Dapatkan bahan-bahan untuk sesi tersebut d) Letakkan bahan di tempat yang
mudah diambil dan selamat
• e) Berjumpa dengan murid dan perkenalkan kepada kawasan permainan
• f) Beritahu tentang tempoh sesi. Tempoh sesi mestilah berada di antara 30
hingga 60 minit.
• g) Benarkan kanak-kanak memilih bahan sendiri
• h) Gunakan teknik refleksi sebagai respon kepada komen murid
• i) Beritahu murid tentang tempoh masa yang tinggal
• j) Beritahu masa telah tamat dan simpan bahan ke tempat asalnya beritahu murid
Terapi Bercerita

 Konsep : Manusia mengatur kehidupan merek membentuk dan menjadi sebuah cerita
Masalah yang berkaitan dengan koklusi-identiti (kendiri) atau persembahan (tindakan)
adalah berhubung kait dengan kehidupan yang didominasi oleh “problem-satured”
Sumber : Micheal White & David Epston)

 Bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo serta mengenali kanak-
kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa bercerita, kanak-kanak berkongsi maklumat
penting mengenai diri serta keluarga mereka. Melalui cerita yang disampaikan, mereka
melahirkan perasaan terpendam. Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik
kanak-kanak.

Melalui tema yang menjelma atau berulang semasa analisis, guru kaunseling dapat
memahami perasaan mereka serta perjuangan mereka dengan lebih dekat lagi.
Prinsip-Prinsip Panduan Bercerita

• Prinsip-prinsip panduan bercerita:


 Bagi perlaksanaan dan penguasaan dalam kemahiran bercerita, guru harus memahami
dan mematuhi prinsip-prinsip panduan bercerita di mana ia boleh dibahagikan kepada
sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan seperti berikut :
Sebelum : a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan
pengalaman murid serta objektif pelajarannya.
b) Sebelum sesi bercerita bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung
dalam cerita itu.
Prinsip Panduan Bercerita

a) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung


atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan
sbelum sesi bererita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus
disediakan.

b) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia


untuk mendengar cerita.

Semasa : a) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua
murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru.
Terapi Bercerita

• b) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh dengan


emosi. c) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara
ini sangat berkesan untuk melibatkan murid dalam tumpuan
kepada cerita yang disampaikan. d) Pastikan suara guru jelas dan
lantang. Kemahiran variasi ransangan harus digunakan untuk
mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut
watakwatak dan kandungan cerita itu. e) Kad-kad perkataan dan
gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi
cerita dengan lebih jelas.
• f) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid
meramal perkembangan cerita selanjutnya.
• Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan
daya imaginasi mereka.
• g) Pastikan ayat dan perkataan yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh
murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya bukan mengajar murid
perkataan-perkataan yang sukar.
• h) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dngan gerak geri secara semulajadi. Aktiviti
lakonan guru haruslah dielakkan.
Terapi Bercerita

• Selepas : a) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal
jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu.
• Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid-murid untuk
menjalankan aktiviti lakonan. Melalui terapi bercerita ini, guru bimbingan dan kaunseling
perlu peka kepada lima komponen utama iaitu wira dan watak jahat, peristiwa utama dan
sampingan, perkaitan antara watak, bagaimana cerita merentasi masa dan mesej yang
disampaikan dalam cerita. Selain daripada itu, antara contoh bahan-bahan yang boleh
digunakan di dalam terapi bercerita alat tulis, bahan seni, boneka dan anak patung serta
pita rakaman dan video. *Bagi contoh bahan seni ialah kertas, krayon, pensel warna di
mana digunakan sebagai alat ilustrasi cerita
Terapi Seni

Konsep utama bagi terapi seni :

a) Seni dianggap sebagai sublimasi di mana kehendak tidak sedar kanak-kanak ditunaikan

b) Mempunyai lambang visual

c) Mendorong luahan pemikiran positif dan negatif tentang diri, keluarga dan dunia

d) Melahirkan keunikan dan kreativiti kanak-kanak Bagi prosedur dan hasil terapi seni ini,
menurut Jung (dalam Nystul 2003)

e) warna boleh dikaitkan dengan persepsi dan pertimbangan. Contohnya, warna kuning
berhubung kait dengan intuisi, merah melambangkan perasaan, hijau pula sensasi manakala
bagi biru ialah pemikiran.
Terapi Seni

• Pilihan warna berkait rapat dengan emosi di mana warna warna hitam
dan kelabu mewakili kemurungan manakala warna putih menandakan
ketegaran emosi.

• Tiga jenis lukisan yang digunakan di dalam terapi seni ialah potret diri,
lukisan bebas atau spontan dan lukisan keluarga
Terapi Muzik

Konsep :

Suatu profesion penjagaan kesihatan yang menggunakan muzik untuk menjaga keperluan
individu dari aspek fizikal, emosi kognitif dan sosial.

Intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang
dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang
diakui. Sumber : (American Music Theraphy Association)

 Selain itu, konsep lain yang diketengahkan ialah : a) Secara intrinsik muzik sebahagian
daripada budaya kita

 b) Memberi kanak-kanak peluang untuk mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam
Terapi Muzik

Terapi muzik merangkumi empat muzik :

a) Pengalaman rekreasi dan berorientasikan hiburan untuk memupuk proses sosiolisasi

b) Kelompok teraputik yang mendengar lagu bertujuan meningkatkan kejelekitan kelompok

c) Aktiviti mirip psikoterapi untuk meransang emosi, galakkan perbincangan, memupuk

pemahaman kendiri dan meningkatkan hubungan sosial

d) Terapi individu dan kelompok yang menuju kepada masalah klien.


Terapi biblio

• Terapi ini melibatkan penggunaan buku-buku untuk membantu individu menyelesaikan masalah.

• Merupakan satu teknik menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien.

• Pemudahcara dengan klien berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur yang dibaca.

• Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang

terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan

keperluan terapeutik kanak-kanak (peroleh ilmu, luahkan perasaan dan selesaikan masalah).

• Ia juga dikenali sebagai “bimbingan melalui bacaan”. Konsep Menurut Fleshman dan Fryrear (dalam

Nystul,2003).
Kebaikan dan Keburukan Terapi

• Terapi biblio ini juga mempunyai keburukan dan kebaikannya.


• Ia boleh dijelaskan seperti dalam rajah di bawah :
• Kebaikan dan Kelemahan
• Bagus untuk individu yang tidak boleh ditegur (cepat terasa) kerana membantu proses
dalaman secara tidak langsung.
• Tidak boleh dijalankan terhadap individu yang tidak boleh membaca.
• Memupuk sifat suka membaca.
• Lebih efektif kepada individu yang lebih dewasa, lebih matang untuk memahami dan
mengaplikasi apa yang dibaca. Konsep yang digunakan ialah “do it yourself”
Soalan Tutorial
• 1.Nyatakan definisi terapi
• 2.Jelaskan keperluan terapi kepada murid
• 3. Huraikan tentang kepentingan terapi kepada murid
• 4. Nyatakan jenis-jenis terapi

Anda mungkin juga menyukai