Anda di halaman 1dari 26

Terapi Bercerita

suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej dan suara.

Cerita sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya dan pemupukan nilai-nilai moral.

Pendahuluan

Konsep Bercerita
Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita.

Tujuan Terapi Bercerita

Melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita.

Satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.

sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu

Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981).

Kaedah terapi

pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok.

Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Kelebihan Terapi

Meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawan kawan mereka.
guru kaunseling kerana dapat memahami konflik murid dengan lebih senang secara sukarela.

mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap masalah yang dihadapi.

murid akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalahmasalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya murid yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.

Meluahkan perasaan secara refleks Kepercayaan antara ahli kumpulan

meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh

kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.

Jenis Terapi Bercerita

Beg Cerita Ajaib


Membina satu cerita berdasarkan objek ajaib. Peralatan yang digunakan ialah satu beg kertas yang mengandungi pelbagai objek. Ketua kumpulan akan mempunyai pelbagai objek di dalam sebuah beg kertas. Setiap ahli kumpulan perlu mengambil satu bagi setiap seorang.

Dengan tidak memandang ke dalam beg, ahli kumpulan akan menarik objek secara rawak.

Objek tersebut akan diletakkan di dalam sebuah beg yang tidak menampakkan bahagian dalam beg.

Objek tersebut boleh diambil daripada objek yang digunakan setiap hari seperti berus gigi, batu, bulu ayam dan sebagainya.

Objek tersebut dianggap ajaib dan penting dalam penceritaan. Ahli kumpulan diberikan beberapa minit untuk membuat cerita berdasarkan objek yang dipilih.

Ahli kumpulan akan menceritakan sebuah cerita berdasarkan objek tersebut.

Buku Cerita
Kaedah ini memerlukan murid untuk mereka sebuah buku cerita. Murid akan memilih sebuah cerita atau mereka sebuah cerita mereka sendiri.

Setelah mereka memilih cerita atau mereka cerita, murid akan membina sebuah buku cerita.

Penghasilan buku cerita boleh dilakukan berdasarkan kekreatifan murid tersebut.

Alatan yang boleh digunakan ialah kad manilakat, kertas putih, penebuk lubang, marker, reben dan sebagainya.

Pihak Ketiga
Guru akan memilih beberapa cerita dan murid akan memilih watak lain yang ada selain watak yang ada dalam cerita.

Murid akan menulis semula cerita daripada sudut pandangan watak yang berbeza.

Untuk kaedah ini,tiada alatan yang khusus digunakan.

Watak dan cerita yang direka perlulah sama dengan cerita asal.

Dalam hal ini,guru akan dapat melihat motivasi atau masalah dalam diri murid semasa mereka menulis semula cerita.

Satu Gambar Seribu Makna


Objektif kaedah ini adalah untuk merangsang visual dan imaginasi serta perhatian murid kepada lebih terperinci. Kaedahnya adalah dengan menunjukkan gambar yang menunjukkan objek dengan lebih dekat. Gambar tersebut boleh diambil dengan sendiri atau diambil daripada majalah.

Selepas itu, murid akan mereka sebuah cerita berdasarkan pandangan mereka tentang gambar yang dilihat.

Murid akan memberikan pandangan mereka tersendiri tentang gambar yang dilihat.

Perlu dipastikan bahawa gambar tersebut mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai.

Montaj Keluarga
Objektif kaedah ini adalah untuk menggalakkan murid untuk menceritakan tentang keluarga mereka.

Kaedah ini dijalankan melalui gambar-gambar keluarga atau peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka.

Satu montaj akan direka di atas sehelai kertas sehingga menjadi kolaj gambar. Setelah montaj disiapkan, murid akan membina bingkai bagi montaj tersebut.

Murid akan menceritakan cerita tentang gambar yang mereka pilih. Alatan yang digunakan ialah gambar keluarga, gam dan kertas.

Kapsul Masa
Objektif kaedah ini adalah untuk menggalakkan murid menceritakan tentang masa lepas. Murid diminta untuk membawa gambar, lukisan, atau barang peribadi yang penting dalam hidup mereka. Murid akan menulis cerita tentang peristiwa dan kejadian yang penting dalam hidup mereka.

Murid akan mereka sebuah kotak atau tiub daripada surat khabar, gambar majalah atau lukisan mereka.

Sebelum meletakkan barang peribadi ke dalam kotak tersebut, murid akan menceritakan tentang kejadian di sebalik barang tersebut dan mengapa barang tersebut penting bagi mereka.

Apabila barang telah diletakkan ke dalam kapsul masa, kapsul tersebut akan ditutup dan murid tidak boleh membuka sehingga sampai suatu masa.

Pastikan arahan diletakkan di luar kapsul tersebut.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITA

Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip panduan berikut;

1. Memilih cerita yang sesuai dengan minat,kebolehan,umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.

2. Sebelum sesi bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu.

3. Alat bantu mengajar juga harus disediakan dan diikuti dengan soalan-soalan.

4. Pastikan murid sudah bersedia sebelum memulakan cerita.

5. Guru boleh berdiri atau duduk.

6. Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.

7. Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir.

8. Pastikan suara guru jelas, lantang dan adanya variasi suara.

9. Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami cerita dengan lebih jelas. 10. Guru boleh menanyakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. 11. Pastikan pemilihan perkataan dan ayat boleh difahami oleh murid.

12. Isi cerita haruslah disampaikan dengan gerak-geri semulajadi.


13. Selepas bercerita,aktiviti susulan harus dijalankan. Cth: soal-jawab

1. Perancangan dan Persediaan


Guru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai. Kriteria : a. Tema : mengandungi nilai moral yang murni. b. Isi : menarik dan perkataan yang dipilih sesuai dengan pengalaman murid. c. Tempoh : panjang cerita sesuai dengan peruntukan masa.

1. Perancangan dan Persediaan


Selepas cerita dipilih, guru hendaklah: a. Cuba berlatih menghafaz dan bercerita sendiri tanpa pendengar. b. Menyediakan alat bantu mengajar semasa bercerita. c. Menyediakan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid.

1. Perancangan dan Persediaan


Sebelum mula bercerita, guru hendaklah: a. Menyusun tempat duduk murid agar murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. b. Tempat bercerita dihias dengan alatan atau gambar yang sesuai.

2. Sesi Bercerita
Dimulakan dengan satu set induksi yang menarik dan berkaitan. Guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid. Pastikan setiap murid telah memberi perhatian sepenuhnya. Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing.

3. Penutup
Tujuan: membantu murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan. Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya: a. Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan. b. Menyuruh murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai