Anda di halaman 1dari 17

TERAPI UNTUK MURID DISLEKSIA

Keperluan Terapi untuk Murid Disleksia

Keperluan terapi dalam pendidikan murid-murid disleksia adalah untuk


membantu murid bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang
diajarkan. Selain itu, terapi membantu murid memenuhi potensi diri dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Oleh itu, terapi dapat membantu
murid dari aspek:

1. Mencapai objektif pembelajaran


2. Melatih murid menguasai kemahiran yang diajar
3. Merangsang murid bergerak balas secara positif terhadap aktiviti
pembelajaran
4. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan
psikomotor murid disleksia
5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna

Jenis-jenis Terapi yang sesuai :

1. Terapi Pertuturan

Murid disleksia menghadapi masalah untuk membezakan bunyi yang


seakan-akan sama. Contohnya abjad [b] dan abjad [d]. Oleh itu, terapi
pertuturan dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri menyebut
perkataan. Penekanan sebutan yang betul dapat dihasilkan dengan cara
latihan pertuturan yang berulang kali sehingga perkataan tersebut dapat
disebut oleh murid dengan bunyi yang betul.
Contoh Pelaksanaan aktiviti Terapi Pertuturan

1. Aktiviti untuk terapi pertuturan boleh dimulakan dengan perkataan


pasangan minimal. Contoh : pantai – pandai, naga-raga
2. Selain itu, aktiviti pemintal lidah boleh dilaksanakan untuk murid
menguasai bunyi sebutan yang betul apabila membaca ayat mudah
atau ayat kompleks. Contoh : “Kukikis-kikis kuku kaki kakakku”. “Bibi
bawa biri-biri balik Baling”.
3. Guru merancang aktiviti pasangan minimal dan pemintal lidah dan
bahan belajar mengikut tahap keupayaan murid.

Tip menggalakkan murid disleksia berkomunikasi :


● Berikan pilihan dengan memegang permainan di kedua-dua belah
tangan. Nantikan permintaan murid itu untuk satu daripada barangan
tersebut.
● Susun semula persekitaran seperti permainan atau alatan belajar tidak
dapat dicapai dengan sendiri. Pastikan murid itu boleh melihat barang itu
dan membuat permintaan.
● Lakukan sesuatu di luar jangkaan seperti menyarung kasut kanak-kanak
tersebut. Tunjuk ke arah kasut itu dan lakukan isyarat supaya dia boleh
menyebut kasut dan selepas itu tanya kasut siapa, emak, ayah, adik,
atau nama kanak-kanak itu.
● Jangan beri sesuatu sebelum dia meminta.
● Lakukan kesilapan atau sebut sesuatu yang tidak betul dengan sengaja
dan perhatikan sama ada kanak-kanak itu menyedari kesilapan anda,
jika tidak menyedari, beritahu dan galakkan membuat pembetulan.
● Gunakan ayat yang ringkas, pendek dan jelas.
● Baca kepada kanak-kanak setiap hari sama ada di sekolah atau di
rumah.
2. Terapi Bercerita

Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan


peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang
terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan
nilai-nilai murni. Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan
hidup emosi dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka
memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan
perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan
mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas
sewaktu menghadapi masalah harian.

Terapi bercerita untuk murid-murid disleksia bertujuan supaya mereka dapat


menajamkan pengamatan pendengaran dan kemahiran bertutur. Bercerita
juga dapat mengukur tahap kefahaman murid. Selain itu, guru dapat
melihat adakah murid-muridnya dapat meluahkan semula cerita yang
didengar dengan plot, watak dan latar dengan betul. Terapi bercerita yang
sesuai untuk murid disleksia ialah teknik boneka dan buku besar.

Terapi Bercerita dengan Boneka


Terdapat pelbagai jenis boneka yang dapat digunakan oleh guru untuk
meningkatkan keupayaan membaca murid-murid disleksia. Contohnya
boneka tali, boneka jari, boneka kayu dan sebagainya. Guru boleh
membina sendiri boneka yang sesuai untuk murid atau membelinya di
pasaran.

Contoh 1 : Boneka Tangan

Contoh 2 : Boneka Jari

Contoh 3 : Boneka Tali


Cara Pelaksanaan :
1. Pilih skrip, watak dan plot cerita yang sesuai. Bilangan watak tidak lebih
daripada 3 watak supaya tidak mengelirukan murid.
2. Plot cerita hendaklah mudah namun mempunyai unsur dramatic,
bermula dengan permulaan cerita dengan memperkenalkan watak-
watak, seterusnya perkembangan cerita, diikuti dengan tahap klimaks
atau puncak cerita dan diakhiri dengan peleraian. Cerita juga boleh
ditutup dengan unsur moral.
3. Murid mendengar cerita boneka yang ditunjuk cara oleh guru
4. Seterusnya, murid pula bercerita dengan menggunakan boneka. Guru
membetulkan sebutan murid. Ulang langkah 4 hingga murid dapat
bercerita dengan lancer dan fasih.

Tip : Terapi bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai untuk murid yang
telah menguasai kemahiran membaca aras tinggi. Jika guru mahu murid
menguasai kemahiran ayat kompleks terapi ini sesuai dilaksanakan.

Terapi Bercerita Menggunakan Buku Besar

Buku Besar sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran bacaan
peringkat awal dan peringkat pertengahan bacaan mekanis. Guru boleh
membina buku besar dengan membuatnya sendiri atau memilih bahan
bacaan di pasaran. Jika guru ingin membuatnya sendiri, guru hendaklah
mengambil kira beberapa perkara berikut:
1. Cerita yang hendak disampaikan, pemilihan kosa kata yang sesuai
dengan keupayaan murid dan ilustrasi yang boleh digunakan.
2. Buku besar yang baik hendaklah menggunakan ilustrasi 2/3 daripada
halaman dan ayatnya 1/3 sahaja. Tujuannya, jika murid tidak dapat
membaca ayat, murid boleh melihat gambar dan menginterpretasi
gambar tersebut. Oleh itu, ilustrasi hendaklah menarik, tepat dan selari
dengan ayat / cerita.
3. Guru boleh bercerita dengan meriba buku besar. Tunjuk gambar dan
bersoal jawab dengan murid maklumat yang terdapat dalam gambar.
Setelah itu, guru bercerita dengan intonasi suara yang menarik. Nada
suara hendaklah jelas dan tidak terlalu laju. Berikan masa untuk murid
mendengar sebutan guru.
4. Setelah itu, murid bercerita dengan menggunakan buku besar. Jika
peringkat awal, ada murid yang bercerita sendiri tanpa mempedulikan
ayat yang ada dalam buku. Situasi begini sebenarnya baik kerana guru
dapat mengukur kefahaman murid dan tahu keupayaan murid
menginterpretasi gambar. Seterusnya, ulang langkah 4 sehingga murid
dapat membaca ayat dalam buku dengan betul dan fasih.

Saiz buku besar juga hendaklah sesuai dengan tahap keupayaan membaca
murid. Jika peringkat awal, saiz kertas A3 boleh digunakan.
3. Terapi Teater

Terapi teater sesuai untuk membantu murid menguasai kemahiran


membaca ayat. Dengan berlakon, murid disleksia dapat mengungkapkan
kosa kata dengan bertujuan dan bersahaja. Ekspresi bahasa dilafazkan
dengan intonasi yang betul bergantung pada watak yang dilakonkan.
Semasa melakonkan watak, murid boleh melukis watak pada topeng atau
wajah dan melafazkan dialog atau puisi dengan lebih berkesan. Guru
dapat membantu murid dalam memilih cerita dan watak yang sesuai
dengan murid. Pada peringkat awal, lakonan bisu boleh dilakukan untuk
murid belajar pergerakan yang sesuai. Selain itu, solekan dan kostum yang
bertemakan ‘cosplay’ juga boleh dijadikan terapi untuk murid menguasai
watak.

Contoh 1 : solekan dan kostum ‘cosplay’


Contoh 2 : solekan untuk watak teater/drama

Cara Pelaksanaan :

1. Sediakan peralatan dan kostum yang sesuai dengan watak murid


2. Solekkan wajah/topeng mengikut watak (lihat contoh 1 dan contoh 2)
3. Demonstrasikan pergerakan watak
4. Murid bergerak mengikut watak yang dilakonkan
5. Murid melafazkan dialog
6. Murid melakonkan drama sebabak

Cadangan tambahan :
Untuk permulaan, ada baiknya guru menunjukan ‘cosplay’ yang menjadi
kegemaran murid. Contohnya, spiderman, atau Didi and Friends.
Demonstrasikan cosplay tersebut dengan pergerakan yang sesuai disertai
dengan iringan muzik terpilih. (Demonstrasi boleh dilaksanakan oleh guru
atau tayangan video)

Setelah murid biasa dengan watak ‘cosplay’, guru boleh tambah dengan
lakonan bisu dan akhrinya dengan lakonan berdialog.

4. Terapi Permainan

Bermain ialah sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan


kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti
itu. Bermain penting kepada kanak-kanak untuk mereka meluahkan
pendapat masinf-masing. Terapi bermain memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat
membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Konsep terapi bermain :

∙                     Melaluibermain kanak-kanak lebih mengenali dunia


∙                     Ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
∙                     Kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain :


∙                     Mengurangkan masalah tingkah laku
∙                     Meningkatkan komunikasi
∙                     Mampu menilai keupayaan diri sendiri
∙                     Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 
∙                     Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan
∙                     Dapat menyuarakan masalah 
∙                     Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
∙                     Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak – kanak
∙                     Mendorong kanak – kanak untuk lebih aktif
∙                     membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
∙                     mendapat sokongan emosi
∙                     belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
∙                     belajar mengurus perhubungan

Cara Pelaksanaan Terapi Permainan

1. Guru kenal pasti jenis permainan yang sesuai untuk murid disleksia dan
sediakan peralatan main
2. Terangkan peraturan permainan dan cara bermain.
3. Biarkan murid bermain mengikut tempoh yang diberi.

Permainan Sahiba :
Sahiba merupakan permainan terapi disleksia yang dapat dimainkan oleh
dua orang murid atau lebih. Permainan ini merupakan permainan
menyusun kata pada papan kotak-kotak sejumlah 15 kolom dan baris
dengan menggunakan kepingan huruf yang telah disediakan. Murid dapat
menyusun kata secara menegak mahupun melintang sesuai dengan kotak
yang disediakan. Murid memilih huruf yang sesuai dan menyusunnya sesuai
dengan kata.

1. Guru sediakan papan huruf yang berukuran 15 X 15 dan bergaris empat


segi
2. Sediakan huruf-huruf yang sesuai dengan perkataan yang perlu dikuasai
murid
3. Terangkan peraturan permainan Scrabble kepada murid dan jumlah
perkataan yang perlu dibentuk dengan betul.
4. Ruang permainan hendaklah selesa

Permainan Kad Suku Kata

Cara Permainan :

1. Guru tentukan bilangan kad berdasarkan isi pelajaran


2. Gunting kad suku kata (seperti contoh di atas) dengan ukuran yang
sama pada kertas keras
3. Kocokkan kad dan agih kepada murid.
4. Murid membentuk perkataan daripada suku kata dan menunjukkan kata
yang betul kepada guru.
5. Main kad suku kata hingga semua perkataan dibentuk dengan betul

Permainan Domino

Permainan kad domino dapat membantu murid disleksia mengukuhkan


kemahiran bacaannya dengan cara amali permainan. Guru hendaklah
merancang perkataan yang sesuai dengan isi pelajaran.
Cara Pelaksanaan :
1. Guru bina set perkataan dan gambarnya sebelah-menyebelah seperti di
bawah:

2. Tentukan perkataan-perkataan yang perlu dikuasai oleh murid.


3. Pasangan kad perkataan yang pertama mesti bermula dengan kata
‘mula’ seperti contoh di bawah:

4. Guru beri penerangan cara bermain dan peraturannya


5. Kad gambar dan kad perkataan hendaklah disusun ke bawah atau
sederet. Contoh :
6. Murid menyusun kad domino sambil menyebut nama perkataannya
dengan betul. Ulang susunan kad hingga tamat.

Pautan : http://alamlinus.blogspot.my/2012/12/permainan-bahasa.html

5. Terapi Muzik
Terapi muzik ialah kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-
bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan
harmoni. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang
iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba,
menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal
akhlaknya. Oleh itu, dengan menggunakan terapi muzik ini, murid lebih
bersedia untuk belajar dan dapat menguasai kemahiran dengan baik.

Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

  Muzik Tradisional
● Dipalu          - loceng, gong, kompang.
● Digesek       - rebab, gambus, kecapi.
● Ditiup            - serunai, seruling,nafiri.
● Digoncang   - angklung

 Muzik Barat
● Perkusi tidak berpic   - loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
● Tiup dan bras              - rekoder, trompet, seksofon.
● Bertali                          - gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
Cara Pelaksanaannya :

1. Memperkenalkan alat muzik


2. Guru demonstrasi menggunakan alat muzik
3. Murid memainkan alat muzik
4. Latihan menggunakan alat muzik untuk lagu yang mudah dan sesuai
dengan isi pelajaran.
5. Murid membunyikan corak ritma
6. Murid memainkan alat muzik sambil membunyikan corak ritma
Contoh :
Memainkan alat muzik dengan corak ritma “Bapaku Pulang Dari Kota”

Pautan : https://youtu.be/_vm3I3fUqow
6. Terapi Multisensori

Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas, pendekatan multisensori


sesuai bagi mereka yang mengalami disleksia khususnya membantu
menguasai kemahiran membaca. Selain masalah disleksia, terapi
multisensori juga membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti autisme,
epilepsi, pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan kelengahan global.

Kaedah multisensori adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran


serentak yang menjurus kepada aplikasi visual, auditori dan kinestetik-taktil.
Malah kaedah terapi ini antara pendekatan berkesan untuk merangsang
perkembangan minda kanak-kanak berkeperluan khas menerusi lima
rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan
rangsangan sendi. Di samping itu, kaedah multisensori untuk memulihkan
kanak-kanak menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca ini
adalah hasil penyelidikan yang dijalankan Samuel T Orton yang juga dikenali
sebagai ‘Bapa Disleksia’. Penerapan teknik seperti menulis berdasarkan
‘feel’ melalui penggunaan deria rasa dan alatan seperti kertas pasir
menjadikan strategi multisensori lebih berjaya membantu kanak-kanak
disleksia.

Cara pelaksanaannya :

Kaedah multisensori lebih menekankan deria sampingan yang digunakan


sebagai agen penyampai. Murid disleksia biasanya menghadapi masalah
untuk mengaitkan bunyi dengan simbol huruf. Melalui kaedah multisensori guru
akan mengajar murid disleksia ini menghubungkan bunyi dan bentuk huruf di
samping membayangkan bentuk huruf berkenaan. Apabila murid disleksia ini
melalui proses awal mengenal huruf, mereka dengan berhati-hati menyurih,
meniru dan menulis huruf sambil menyebut bunyi huruf berkenaan. Guru
berperanan dengan menunjukkan huruf dan murid pula menyebut bunyinya.
Bermula daripada huruf, proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya
membabitkan pembentukan suku kata, perkataan serta ayat. Proses
pengajaran dan pembelajaran sebenarnya akan melalui tiga elemen penting
iaitu visual, auditori dan kinestetik-taktil secara serentak.
1. Guru tunjuk huruf.

2. Murid sebut bunyi huruf tersebut


3. Murid sentuh bentuk huruf dan sebut bunyinya.

4. Ulang proses 1, 2, dan 3 hingga murid mahir.


5. Ulang proses pembelajaran pembentukan suku kata, perkataan dan
ayat.

Cadangan Bahan Pengajaran :


Kad huruf tebuk Kad perkataan tebuk Kad ayat tebuk
Kad huruf timbul Kad perkataan timbul Kad ayat timbul
Kad surih huruf (kertas pasir)
Program “Doctor Speech” (boleh rujuk juruterapi pertuturan daerah masing-
masing)

Cadangan Tambahan :
Untuk murid disleksia pelihatan, sebaik-baiknya guru menggunakan ‘font’ putih
dan latar belakang hitam.

Anda mungkin juga menyukai