Anda di halaman 1dari 44

Hidup Berkualiti Untuk

Kanak-kanak
Berkeperluan Khas
(PKU 1044)

Nama pensyarah : En. Zainal Abidin bin


Nasir

Disampaikan oleh :
1. Christy Yong Nyet May
2. Debbie Debra Morgan
Tajuk 7 : Rekreasi Untuk Kanak-
kanak Berkeperluan Khas.

7.1 Definisi dan konsep rekreasi.

7.2 Kepentingan rekreasi kepada kanak-


kanak berkeperluan khas.

7.3 Jenis-jenis aktiviti rekreasi.


7.1Definisi dan konsep
rekreasi.
Istilah rekreasi berasal daripada perkataan Latin,
recreatio yang bermaksud menyegarkan.

Rekreasi dianggap sebagai masa untuk melakukan


aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan.

Rekreasi juga merupakan aktiviti yang dapat


merehatkan manusia daripada kerja.

Ia berkaitan dengan perkataan Latin, re-creare,


yang bererti membuat ulang, yang membawa
maksud kegiatan yang dilakukan untuk
penyegaran kembali jasmani dan rohani
seseorang.
7.1Definisi dan konsep
rekreasi.
Menurut..
Collins Australian Pocket English Dictionary,
Rekreasi bermaksud sebarang bentuk permainan
atau aktiviti yang digunakan bagi tujuan
menyegarkan kembali badan dan aktiviti minda.

Grant Cushman dan Allan Laider (1990),


Rekreasi boleh dianggap sebagai satu aktiviti
lapang yang menyeronokkan dan dinikmati yang
dilihat juga sebagai salah satu aspek bagi tujuan
pembentukan institusi sosial.

Salleh Aman (2004),


Rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang
membina (positif) sama ada bentuk riadah bersifat
aktif atau santai bersifat pasif.
7.1Definisi dan konsep
rekreasi.
Menurut..
Abu Bakar Yang (2001),
Rekreasi meliputi berbagai-bagai aktiviti yang selalu
dilakukan oleh anggota masyarakat pada masa lapang
seperti bersukan, bermain, mendengar muzik, melukis,
bersiar-siar, bercuti dan sebagainya.

Mayer & Brightbill (1956),


Rekreasi membawa maksud aktiviti yang dijalankan di waktu
lapang dan dimotivasikan oleh kepuasan yang dicapai
daripadanya. Aktiviti rekreasi lazimnya dijalankan dengan
mengambil masa yang lama. Oleh itu, ia memerlukan masa
lapang agar aktiviti lain tidak terganggu olehnya. Kepuasan
yang dicapai melalui aktiviti rekreasi ini bermaksud, apabila
seseorang melaksanakan aktiviti rekreasi berbentuk
pertandingan sebagai contoh, apabila beliau menang dalam
pertandingan tersebut, satu kepuasan akan tercapai.
7.2 Kepentingan rekreasi kepada
kanak-kanak berkeperluan khas.

Aspek kognitif
Aspek psikomotor
Aspek afektif
Aspek emosi
7.2 Kepentingan rekreasi kepada
kanak-kanak berkeperluan khas.

Aspek kognitif (mental),


Rekreasi melibatkan beberapa aspek penting
seperti pengumpulan pengetahuan dan
keupayaan berfikir serta menginterprestasi.

Pembangunan kognitif melibatkan rangsangan


pemikiran yang terdiri daripada elemen
penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan.

Rekreasi berperanan dalam membimbing


kemahiran kognitif murid menginterprestasikan
kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti.
Kepentingan rekreasi dalam aspek kognitif
bagi kanak-kanak :

1. Bermasalah pendengaran
Dapat memahami dan mengurus dunia mereka.
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berbahasa.
Mengurangkan masalah dalam bahasa reseptif dan
ekspresif.

2. Bermasalah penglihatan
Mampu menimba ilmu, berfikir dan menginterpretasi
sesuatu maklumat.

3. Terencat akal
Meningkatkan tahap mental dengan belajar membaca,
mengenal simbol dan mengira.
Mengurangkan masalah bahasa dan pertuturan.
4. Autisme
Meningkatkan perkembangan bahasa.

5. Palsi serebrum
Memupuk kemahiran bertutur.

6. Bermasalah dalam komunikasi


Mengatasi masalah pertuturan dan perkembangan
bahasa.

7. Sindrom down
Melatih untuk bertutur dan menguasai kemahiran
bertutur.

8. Disleksia
Mendorong perkembangan pertuturan dan bahasa yang
lambat.
7.2 Kepentingan rekreasi kepada
kanak-kanak berkeperluan khas.

Aspek psikomotor (fizikal),


Menumpukan kepada kuantiti pergerakan yang
dipamerkan.

Melibatkan beberapa prinsip asas seperti


kekuatan, kelenturan, daya tahan
kardiovaskular dan otot, ketangkasan,
kepantasan dan kelajuan.

Kesesuaian aspek ini perlu difokus untuk


meningkatkan kemahiran ini kepada murid
berkeperluan khas.
Kepentingan rekreasi dalam aspek
psikomotor bagi kanak-kanak :
1. Terencat akal (ringan)
Meningkatkan kemahiran motor dan kemahiran
vokasional.

2. Palsi seberum
Memperkembangkan kemahiran motor yang lebih
baik.

3. Sindrom down
Meningkatkan kemahiran motor halus dan motor
kasar.

4. Disleksia
Memperbaiki kemahiran motor yang lemah.
7.2 Kepentingan rekreasi kepada
kanak-kanak berkeperluan khas.
Aspek afektif (sosial),
Matlamat utama aktiviti rekreasi luar seperti
perkhemahan tertumpu kepada perkembangan individu
dan kemahiran bersosial.

Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi,


apreasiasi, nilai dan pembentukan sahsiah.

Kemahiran bersosial melibatkan interaksi dan corak


komunikasi dengan orang lain.

Sebahagian daripada murid berkeperluan khas


menghadapi masalah dalam aspek ini. Tanpa kemahiran
komunikasi yang baik, mereka sukar untuk mendapatkan
pekerjaan dan berinteraksi dengan orang ramai.
Kepentingan rekreasi dalam aspek afektif
bagi kanak-kanak :

1. Bermasalah pendengaran
Menggalakkan kanak-kanak ini bersosial dan meningkatkan
kemahiran bersosial.

2. Bermasalah penglihatan
Meningkatkan interaksi dengan golongan yang dapat
melihat.
Membina keyakinan diri.

3. Bermasalah pembelajaran
Menggalakkan kemampuan belajar dan pembentukan
pemahaman.

4. Autisme
Menggalakkan interaksi sosial.
Mudah menerima sesuatu perubahan.
7.2 Kepentingan rekreasi kepada
kanak-kanak berkeperluan khas.
Aspek emosi,
Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada
murid berkeperluan khas untuk meluahkan perasaan,
mengurangkan tekanan, menambah keyakinan diri,
bersedia menerima risiko, bersemangat dan berani.

Mereka berasa bangga akan pencapaian dalam aktiviti


tersebut sekali gus meningkatkan perasaan seronok
untuk menyertai semula aktiviti rekreasi tersebut.

Perkhemahan dapat menenangkan fikiran murid-


murid serta mereka akan bersikap ceria dan melupai
perkara yang tidak baik.
Dalam latihan dalam kumpulan (LDK), satu
kumpulan akan ada murid yang berbeza dari
segi latar belakang, jantina dan etnik.

Hartley, Frank dan Goldensen (1964)


menyatakan bahawa :

Dengan membiarkan kanak-kanak bermain


secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang
sesuai dan selamat; kita membolehkannya
untuk menghadapi dan menyelesaikan
masalah-masalahnya yang paling
membebankannya dengan cara yang
memuaskan dan sihat.
Kepentingan rekreasi dalam aspek
emosi bagi kanak-kanak :
1. Bermasalah pendengaran / pekak
Mengelakkan kanak-kanak ini berasa
dirinya terasing.

2. Terencat akal
Meningkatkan daya tumpuan dan
menangani masalah tingkah laku.

3. Autisme
Mengurangkan gangguan deria dan
mampu mengawal emosi.
4. Sindrom down
Lebih mudah memberi tumpuan ketika
melakukan sesuatu aktiviti.

5. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity


Disorder)
Melatih kanak-kanak ini untuk bertenang.
Faedah aktiviti rekreasi
Fizikal
Sosial
Sahsiah
Emosi
Bahasa
Faedah aktiviti rekreasi
Fizikal,
Melahirkan murid yang cergas dan sihat.

Meningkatkan kemahiran motor halus.

Meningkatkan kemahiran motor kasar.

Membantu mengurangkan penyakit kronik.

Meningkatkan sistem imunisasi badan.

Membina kebolehan mental dan fizikal.


Faedah aktiviti rekreasi
Sosial,
Memberikan perasaan selamat dan diterima dalam
masyarakat.
Menggalakkan interaksi sosial.

Merapatkan hubungan dengan anggota keluarga.

Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak


berekreasi golongan berkeperluan khas.
Kanak-kanak berkeperluan khas diberi hak yang sama
untuk berekreasi.
Dapat mengikis pandangan masyarakat bahawa kanak-
kanak berkeperluan khas tidak perlu rekreasi.
Faedah aktiviti rekreasi
Sahsiah,
Melatih kemahiran membuat keputusan berdasarkan
situasi dan pengalaman.

Menimbulkan perasaan seronok dan gembira.

Memupuk semangat kesukanan.

Membina moral yang positif.

Membina keyakinan diri dan penghargaan kendiri.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran


memimpin.

Memupuk sikap menjaga kesihatan.


Faedah aktiviti rekreasi
Emosi,
Mengurangkan tekanan murid berkeperluan
khas.

Mengikis perasaan malu.

Melatih untuk berasa tenang.

Mengelakkan daripada perasaan tersisih.

Membantu menstabilkan emosi.


Faedah aktiviti rekreasi
Bahasa,
Meningkatkan kemahiran
berkomunikasi.

Meningkatkan kemahiran bahasa.


7.3Jenis-jenis aktiviti
rekreasi
Rekreasi aktif,
Rekreasi aktif merupakan satu senaman.

Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas

untuk memastikan tahap daya kardiovaskular


mencapai

tahap ideal.
Dengan melakukan senaman atau aktiviti sukan dan

perkara-perkara yang boleh mengeluarkan peluh,

seseorang itu akan berasa lebih segar.


Rekreasi pasif,
Rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan
tidak

memerlukan tenaga yang banyak.


Rekreasi pasif berupaya membantu murid-murid

berkeperluan khas menghilangkan tekanan dan rasa

bosan.

Antara aktiviti yang tergolong dalam rekreasi ini ialah

mendengar muzik dan bersiar-siar.


Aktiviti-aktiviti rekreasi
Perkhemahan
Sukaneka
Merentas halangan
Latihan dalam kumpulan (LDK)
Aktiviti kecergasan fizikal
Kembara hutan
Malam persembahan atau malam
kebudayaan
Aktiviti kraftangan
Aktiviti rekreasi
Perkhemahan,
Individu berkeperluan khas dapat mendedahkan
diri dengan pengalaman baru dan menyeronokkan.
(Borhanudin Abdullah et. al, 2006)

Pada asasnya boleh didefinisikan sebagai


penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik
darjah untuk mencapai matlamat dan objektif
pendidikan. (Richard G. Kraus, 1995)

Suatu aktiviti yang menarik di mana ia boleh


dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti
sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan.
Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai
merentas kurikulum.
Aktiviti rekreasi
Sukaneka,
Boleh membentuk kecerdasan kanak-kanak ini.

Lebih bersifat aktif dengan fizikal yang kuat dan sihat.

Akan berasa seronok dengan aktiviti ini.

Aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tunjang


perkembangan fizikal dan kesihatan.

Aktiviti ini juga dilakukan oleh kebiasaan kanak-kanak


untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang.
Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, bermain
bukan sahaja menyeronokkan malah terapeutik.
Salah satu bentuk terapi yang digunakan oleh pakar
tertentu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini serta
membantu mereka meluahkan perasaan dan emosi.

Mereka perlu bermain untuk mengembangkan kemahiran


motor kasar dan halus serta perkembangan deria mereka.
Aktiviti rekreasi
Merentas halangan,
Melibatkan kekuatan dan ketahanan mental dan
fizikal.

Aktiviti ini penting bagi membentuk kecergasan


seseorang individu serta semangat kerjasama
dalam menjalankan aktiviti.

Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan secara latihan


individu dan berkumpulan di mana mereka perlu
melepasi setiap halangan yang dibentuk iaitu
sekurang-kurangnya 7 halangan.

Contoh aktiviti halangan ini ialah seperti


memanjat tembok, bergayut, merangkak bawah
dawai duri, titi goyang dan sebagainya.
Aktiviti rekreasi
Latihan dalam kumpulan (LDK),
Antara aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti LDK
ialah aktiviti berkumpulan dalam melaksanakan
sesuatu permainan dan kegiatan di bawah
penyeliaan dan bimbingan seorang pemudah-cara
atau fasilitator.

Aktiviti LDK ini boleh melatih kanak-kanak bekerja


dalam kumpulan dengan saling bantu membantu,
tolong menolong dan berani mengeluarkan
pendapat.

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberi


pendedahan dan pendidikan mengenai sesuatu isu,
membina jati diri dan keyakinan kepada pelajar
untuk mengeluarkan pendapat dan idea.
Aktiviti rekreasi
Aktiviti kecergasan fizikal,
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang
melakukan aktiviti seharian tanpa berasa letih serta masih
mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan


prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan
kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan
fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi,
aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. (Falls,
1980)

Aktiviti fizikal ini termasuklah duduk, bangun, berjalan,


melompat, berlari, mendaki dan lain-lain lagi. Antara contohnya
ialah seperti aktiviti senamrobik, merentas halangan dan
mendaki gunung. Aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran
motor kasar murid berkeperluan khas. Contoh aktiviti ini ialah
senamrobik, joging, latihan jeda dan lain-lain lagi.
Aktiviti rekreasi
Kembara hutan,
Aktiviti ini melatih kanak-kanak mematuhi
arahan yang diberi.

Mereka juga dilatih untuk mempunyai


ketahanan diri dan fizikal serta mental.

Aktiviti kembara ini melibatkan aktiviti berjalan


atau pergerakan secara individu dan
berkumpulan. Ia biasanya mempunyai
matlamat tertentu di akhir aktiviti ini.
Ia juga perlu melepasi
sesuatu halangan serta
mencari sesuatu dalam
mengikuti arahan yang
telah ditetapkan.

Aktiviti ini biasanya


menekankan konsep
aplikasi pengalaman
dan pengetahuan serta
kerjasama dalam
kumpulan. Contoh
aktiviti ini ialah
mendaki bukit atau
gunung, ekspedisi
pendakian dan
ekspedisi berbasikal.
Aktiviti rekreasi
Malam persembahan atau malam kebudayaan,
Aktiviti ini dapat mengembangkan kebolehan murid di
samping menonjolkan bakat kanak-kanak.

Mereka juga dilatih untuk bersikap berani berhadapan


dengan orang ramai atau penonton. Mengikis sikap
malu dan membentuk keyakinan diri.
Aktiviti rekreasi
Aktiviti kraftangan,
Melatih murid belajar
sesuatu kemahiran yang
berguna untuk mereka.

Di samping membentuk
minat, aktiviti ini juga
mendidik sikap tekun
kepada mereka.

Mereka akan lebih


bersifat sabar dan teliti
dalam melakukan
sesuatu kerja.
Kesimpulan
Menurut Holah (2005), Freud, sebagai teori
pembangunan psikologi kanak-kanak telah
menekankan bahawa dengan bermain, seseorang
kanak-kanak itu akan menjadi lebih
bertanggungjawab dan belajar serta berusaha untuk
mencapai matlamat yang diingini.

Ini kerana dalam sesuatu permainan terutamanya


yang bersifat berkumpulan, terjalin kerjasama antara
individu untuk mencapai matlamat iaitu menang.

Dalam kerjasama tersebut juga, sifat peneraju atau


kepimpinan akan terbentuk dalam diri segolongan
kanak-kanak, manakala sikap penyokong pula akan
terbentuk dalam diri segolongan yang lain.
Aktiviti rekreasi yang dibina untuk golongan
berkeperluan khas ini haruslah dirancang supaya
dapat memenuhi minat, kehendak dan kebolehan
mereka.

Di samping itu, dengan adanya penyertaan murid


berkeperluan khas ini memberi pelbagai faedah
kepada golongan ini dalam meneruskan
kehidupan serta membantu mereka berdikari
dalam kehidupan agar tidak bergantung kepada
orang lain di kemudian hari.
Rujukan
http://nurhumairaaisha.blogspot.my/2013/10/rekreasi
-dan-pendidikan-khas.html
http://jomrekreasi.blogspot.my/2008/07/definasi-dan-
konsep.html
http://wuiling212.blogspot.my/2011/12/pengenalan-
rekreasi.html
http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2013/04/ringkasan-
pendidikan-khas.html
https://www.youtube.com/watch?v=DjkIuVw9Gwg
Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk
kanak-
kanak istimewa. Pahang: PTS Professional
Publishing.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai