Anda di halaman 1dari 5

UNIVERISITI UTARA MALAYSIA

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK:
APAKAH FAEDAH PENGETAHUAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN
KEPADA SEORANG GURU

DISEDIAKAN UNTUK:
PROFESOR MADYA DR. ZAHYAH HANAFI

DISEDIAKAN OLEH:
HISHAMUDIN MOHAMAD TWONTAWI
840522085569
817490

27 SEPTEMBER 2014

Pendahuluan
Sebagai seorang guru, pengetahuan sosiologi pendidikan sangat diperlukan untuk
berinteraksi dengan pelajar. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat menghasilkan
proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Ab. Halim (2005) dalam Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail, K. A. J. (2012)
menyatakan bahawa interaksi yang berkesan antara guru dan murid sangat diperlukan dalam
membentuk proses pendidikan yang berkesan termasuk aspek bimbingan dan kaunseling. Pelajar
yang bermasalah juga akan mendekati guru yang peramah dan mudah dihampiri dari segi peribadi.
Ini menunjukkan kemahiran sosiologi pendidikan bukan sahaja membantu seorang guru dalam
proses mengajar subjek malah mendidik pelajar dalam kelangusungan hidup sepanjang hayat.
Justeru, pengetahuan sosiologi pendidikan membantu guru menjadi lebih professional
bertepatan dengan Robiah (1998) dalam Yahya Buntat & Zainuddin Masrom (2003) yang
menyatakan untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu haru menekankan tiga aspek
penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Guru yang
profesional mempunyai sikap, tingkahlaku dan disiplin diri dalam mengajar dan mengembangkan
ilmu.
Definisi
Pendidikan ialah proses penyerapan adab yang berterusan dan bersepadu sepanjang hayat
(Ismail, W., Ahmad, I. F., Hamid, N. A., Ismail, K., & Ahmad, S. N. 2013). Berdasarkan Ringkasan
Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013) pendidikan adalah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan
ekonomi negara. Melalui sistem pendidikan, negara dapat mendidik generasi dengan dan
membantu mereka mengembangkan bakat, kekuatan, keterampilan dalam menyiapkan mereka
memikul tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. (smail, W., Ahmad, I. F., Hamid,
N. A., Ismail, K., & Ahmad, S. N., 2013). Salah satu elemen penting yang menjadi penyumbang
kepada kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).
Manakala sosiologi pula merujuk kepada kajian terhadap tingkah laku manusia dan
hubungan didalam masyarakat (Trowler, P. R. 2005) bagi memahami kehidupan sosial manusia. Ia
penting sebagai pemudah cara dalam menjiwai kelompok masyarat tersebut. Sosiologi pendidikan
pula adalah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan
dalam sesebuah masyarakat. Ia dapat disimpulkan sebagai kajian sosiologi terhadap sekolah, guru
pelajar dan mereka yang ada kaitan dengan dunia pendidikan.
Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Malah mereka
juga berperanan meningkatkan penguasaan dan penghayatan ilmu pelajar. Guru harus menggunakan
pendekatan yang berhikmah dalam mendorong sikap dan tingkah laku pelajar ke arah kebaikan
melalui pendekatan yang berhikmah. (Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail, K. A. J., 2012).
Oleh itu, seorang guru harus mendapat latihan yang cukup, termasuk bidang asas pendidikan iaitu
pengetahuan sosiologi pendidikan bagi mempersiapkan diri untuk mendidik pelajar. (Tamuri, A. B.
H., Khairul, M., & Ajuhary, A., 2010).

Faedah Pengetahuan Sosiologi Pendidikan kepada seorang guru


Setiap individu adalah unik dan masing-masing mempunyai karekter yang pelbagai. Sukar
untuk guru memahai perbezaan potensi pelajar dan memastikan tahap tumpuan pelajar sentiasa
berada pada tahap yang memuaskan. Dengan adanya pengetahuan sosiologi pendidikan, seorang
guru dapat meransang semangat, minat dan motivasi pelajar (Nor Aishah Buang1 & Yap Poh Moi
2007) didalam kelas. Ia dapat ditunjukkan melalui pelbagai kaedah-kaedah pengajaran yang
berbeza bukan sekadar memberi syarahan seperti simulasi dan kerja lapangan. Pelajar akan cepat
bosan sekiranya proses pembelajar dan pengajaran disampaikan dengan kaedah yang sama atau
tradisional (Abdul Jamir, M. S., Ab. Halim, T., & Adawiyah, I., 2012).
Oleh itu, guru yang memahami ilmu sosiologi pendidikan bersedia untuk mengajar akan
menguasai isi kandungan subjek itu dengan sempurna, memahami pendekatan terbaik untuk
menyampaikan isi kandungan kepada pelajar serta bersemangat tinggi terhadap pengajaran(Nor
Aishah Buang1 & Yap Poh Moi, 2007). Ia boleh memaksimumkan tumpuan pelajar kepada subjek
yang disampaikan kepada mereka.
Mahamod, Z. dan Noor, N. A. M. (2011) telah menjalankan kajian khusus terhadap persepsi
guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa Melayu
dan mendapati ianya menunjukkan implikasi positif. Aplikasi yang dinamakan sebagai kaedah
PPBK telah berjaya membuktikan bahawa guru dapat meringatkan beban pengajaran mereka
berdasarkan dapatan analisa kajian mereka. Dengan kesedaran sosiologi, kajian ini berjaya
meningkatkan mutu pengajaran dengan pendekatan yang lebih menarik seterusnya dapat
memaksimumkan proses pembelajaran pelajar. Kaedah pengajaran yang baik akan dapat membantu
pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran
serta memupuk minat yang mendalam dalam diri pelajar (Abdul Jamir, M. S., Ab. Halim, T., &
Adawiyah, I., 2012).
Menurut Zaharah Hussin (2005) guru-guru perlu menghayati dan mengamalkan peranannya
dalam menyampaikan sesuatu subjek. Ia penting kerana latar belakang setiap pelajar yang berbezabeza menyebabkan tahap penerimaan ilmu bagi subjek tersebut juga pelbagai. Dengan ini, pelbagai
kaedah pengajaran perlu dikaji bagi memudahkan ilmu untuk disampaikan. Sebagai contoh, satu
kajian telah dijalankan oleh Kamarul Azmi, J., Ab. Halim, T., & Mohd Izham, M. H. (2011); telah
menghasilkan satu model matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dibina untuk
dijadikan pegangan kepada semua guru dan bakal guru Pendidikan Islam dalam merencana dan
melaksana pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Ini, salah satu bukti yang
mengambarkan kepentingan kajian terhadap sosiologi pendidikan dalam membantu guru-guru.
Dengan ini, jelas menunjukkan kepentingan ilmu sosiologi pendidikan dalam meningkatkan
mutu pengajaran untuk peningkatan prestasi pelajar. Oleh kerana setiap pelajar mempunyai
keserasian tertentu dan kemampuan yang pelbagai penggunaan teknik yang pelbagai akan
menyediakan peluang yang lebih baik untuk pelajar menguasai kemahiran (Samah, R., Abdul
Hamid, M. F., Hafes Shaari, S., & Helmi Mohamad, A. 2013). Kaedah pengajaran yang mendatar
seorang guru mungkin sekadar dapat memberi kefahaman kepada sesetengah pelajar sahaja.
Budaya dan nilai yang berbeza dikalangan pelajar menjadi penghalang untuk menjayakan
keberkesanan pengajaran di dalam kelas.
Hubungan dan interaksi yang baik antara guru dan pelajar dapat diwujudkan dengan
kemahiran sosiologi pendidikan baik. Ia sangat penting dalam mewujudkan suasana belajar . Di
sini, peranan sosiologi dapat membantu merapatkan jurang kemesraan antara kedua-dua komponen.
Melalui kajian Implikasi Alatan Rangkaian Sosial Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

yang dijalankan oleh Asniza Musa, & Zaidatun Tasir (2010) telah menghasilkan sebuah Web 2.0
yang mengandungi pelbagai jenis alatan rangkaian sosial menyediakan kemungkinan untuk
berkongsi dan membina pengetahuan. Melalui rangkaian sosial ini, Proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan alatan rangkaian sosial menyediakan satu model pembelajaran
dan juga penglibatan dalam masyarakat kepada pelajar. Ia membantu pelajar mendapat keyakinan
baru dan pengalaman perkembangan diri yang membolehkan mereka membina pengetahuan secara
kreatif. Melalui platfom ini, guru lebih mudah untuk memberi bimbingan serta dorongan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengetahuan sosiologi pendidikan sangat penting kepada seorang guru
dalam mengendalikan kelas yang berkesan. Ia membantu guru dalam memilih dan merancang
kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan cara yang kreatif. Sosiologi pendidikan
menjadikan interaksi antara guru dan pelajar lebih berkesan seterusnya proses penerimaan dan
menyampaikan ilmu berjalan dengan lancar.
Cadangan
Setiap guru harus dilengkapi dengan ilmu sosiologi pendidikan bagi menghadapi cabaran
dunia pendidikan masa kini dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) didalam Ringkasan
Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan perubahan drastik
dalam pendidikan berlaku dalam dekat terakhir abad ke-20 dengan pembangunan pesat dalam ICT
telah mempercepatkan era globalisasi. Dengan kepantasan era globalisasi ini, kepelbagaian latar
belakang, budaya, nilai, dan sosioekonomi dikalangan pelajar semakin ketara jurangnya. Ia akan
membentuk tingkah laku yang sukar untuk dikawal sekiranya guru-guru tiada persediaan
pengetahuan sosiologi pendidikan yang sepatutnya.

Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail, K. A. J. (2012). Komponen Asas Untuk Latihan Guru
Pendidikan Islam. Global Journal Al-Thaqafah, 2, 5363. doi:10.7187/GJAT232012.02.02
Tamuri, A. B. H., Khairul, M., & Ajuhary, A. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan Berteraskan Konsep Mu allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2, 4356.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Ismail, W., Ahmad, I. F., Hamid, N. A., Ismail, K., & Ahmad, S. N. (2013). PENDIDIKAN
BERASASKAN ADAB: INTIPATI SISTEM PENDIDIKAN. In 3rd International Conference
on Islamic Education 2013.
Malaya, U. (2005). Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 79. Masalah Pendidikan 2005,
Universiti Malaya, 7995.
Nor Aishah Buang1 & Yap Poh Moi (2007). Kesediaan guru-guru perdagangan di wilayah
persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek
pengajian keusahawanan. Jurnal Teknologi, 37, 116.
Trowler, P. R. (2005). A Sociology of Teaching , Learning and Enhancement: improving practices
in higher education, 1332.

Zaharah Hussin (2005). Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 79. Masalah Pendidikan
2005, Universiti Malaya, 7995.
Ismail, W., Ahmad, I. F., Hamid, N. A., Ismail, K., & Ahmad, S. N. (2013). PENDIDIKAN
BERASASKAN ADAB: INTIPATI SISTEM PENDIDIKAN. In 3rd International Conference
on Islamic Education 2013.
Kamarul Azmi, J., Ab. Halim, T., & Mohd Izham, M. H. (2011). Penerapan Matlamat Pendidikan
Islam Oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes di Beberapa Buah Sekolah
Menengah di Malaysia. Jurnal Teknologi, 55, 3753.
Mahamod, Z., & Noor, N. A. M. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia
dalam pengajaran komponen sastera bahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language
Studies, 11, 163177.
Samah, R., Abdul Hamid, M. F., Hafes Shaari, S., & Helmi Mohamad, A. (2013). Aktiviti
pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan jurulatih debat. GEMA Online
Journal of Language Studies, 13, 99116.
Abdul Jamir, M. S., Ab. Halim, T., & Adawiyah, I. (2012). Pembelajaran Aktif dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Berkesan Pendidikan Islam. Jurnal IPG Kampus Pendidikan Islam, 122.
Asniza Musa, & Zaidatun Tasir. (2010). Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Edupress 2010, 114.
Yahya Buntat & Zainuddin Masrom. (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru
Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kulai Johor.Satu Tinjauan. Jurnal Teknologi,
Jun, 6574.
Abdul Jamir, M. S., Ab. Halim, T., & Adawiyah, I. (2012). Pembelajaran Aktif dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Berkesan Pendidikan Islam. Jurnal IPG Kampus Pendidikan Islam, 122.

Anda mungkin juga menyukai