Anda di halaman 1dari 14

1

KANDUNGAN

PENDAHULUAN _______________________________________________________2
DEFINISI GLOBALISASI_________________________________________________3
DEFINISI NASIONALISME_______________________________________________4
GLOBALISASI DAN NASIONALISME_____________________________________6
KOMPONEN NASIONALISME ___________________________________________8
PUNCA DAN CONTOH KONFLIK ETNIK__________________________________9
BAGAIMANA GLOBALISASI MEMBURUKKAN KEADAAN _________________11
KESIMPULAN__________________________________________________________13
RUJUKAN______________________________________________________________14







2

PENDAHULUAN
Globalisasi merupakan satu fenomena baru yang wujud kerana telah membawa
perubahan dalam pelbagai aspek. Era globalisasi juga telah mencipta pelbagai ancaman di dalam
negara sehingga ianya mewujudkan konflik dan mengancam keselamatan negara. Globalisasi
merupakan satu fenomena dan satu dimensi baru yang mempunyai pelbagai proses yang
kompleks dan saling berkaitan serta mempunyai kedinamikan yang tersendiri. Globalisasi telah
mewujudkan interaksi dalam dunia di mana ianya telah membuka satu ruang baru untuk
berkongsi perkambangan teknologi, komunikasi dan media. Di samping itu, globalisasi adalah
arena merentas sempadan dan juga interaksi seluruh dunia.
Isu nasionalisme dan konflik etnik yang berlaku menjadi satu isu politik global. Peristiwa
konflik etnik yang berlaku adalah seperti dalam yang di hadapai oleh kalangan minoriti Muslim
di selatan Thailand, konflik etnik Uighur di China dan di Mindanao. Sumber utama berlakunya
konflik dan ancaman keselamatan di dalam negara adalah daripada semangat nasionalisme yang
menjadi semakin memburuk dan berkembang di era globalisasi. Nasionalisme juga pencetus
kepada konflik yang berlaku di dalam negara seperti etnik konflik terutamanya di negara-negara
dunia ketiga.
Walaupun doktrin atau fahaman nasionalisme berasal daripada Eropah, namum
nasionalisme di lihat sebagai satu fenomena di negara-negara lain yang menggunakannya
sebagai satu retorik bagi menghalang penjajahan dan imperalisme.
1
Nasionalisme sangat berkait
dengan dimensi politik kerana ia melibatkan perasaan rakyat kepada negara dan apabila perasaan
kecintaan tersebut terlalu tinggi menyebabkan impak negatif dan membawa pengaruh yang tidak
baik. Globalisasi yang wujud akan menjana tindak balas nasionalis kepada reaksi dan
kecenderungan dalam mengancam identiti dan budaya tempatan. Kesannya, isu nasionalisme dan
konflik etnik akan menjadi isu besar di peringkat global serta menjadi topik perbincangan politik
dunia. Oleh yang demikian, persoalannya, adakah globalisasi boleh memberi ancaman
keselamatan di dalam negara dalam aspek nasionalisme serta bakal mencetuskan konflik. Di
samping itu, bagaimanakah globalisasi menyebabkan isu ini semakin memburuk.

1
Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. Bandung: ITB. hlm
9.
3

DEFINISI GLOBALISASI

Pengertian globalisasi menurut cendekiawan barat adalah suatu proses kehidupan yang
sangat luas tidak hanya berbatas pada satu aspek kehidupan melainkan seluruhnya yang
mencakup ekonomi, politik dan sosial dan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini. dari
pengertian ini kita bisa mengambil kesimpulan bahwa suatu proses yang semakin hari semakin
berkembang dan maju yang bertujuan untuk peradaban yang jauh lebih baik sehingga tercipta
kehidupan yang harmonis, damai dan sejahtera di seluruh dunia. Dengan dua pengertian ini
diharapkan manusia mampu mengambil hikmah dan manfaat dari perkembangan teknologi.
Dalam Kamus Dewan edisi ketiga, globalisasi memberi makna suatu fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Terdapat banyak lagi pentakrifan tentang
globalisasi. Sesetengah sarjana seperti Viotti dan Kappi (1997) dan Riggs (1999) menyebut
bahawa globalisasi yang berlaku pada masa kini sebenarnya adalah lanjutan daripada
kolonialisme yang telah berlaku dalam abad ke-13 hingga abad ke-18. Hal yang sedemikian
kerana gelombang pertama globalisasi pada waktu itu juga telah melahirkan perubahan sistem,
kemasukan budaya luar ke dalam budaya hidup Negara terjajah, serta bermulanya pembentukan
budaya global. Keadaan ini disokong oleh Hall (1991) yang menyifatkan perkembangan yang
persamaan kerana berlakunya pembentukan budaya hybrid, iaitu berlaku dalam zaman
kolonialisme dan kini mempunyai banyak transformasi budaya tempatan akibat penyebaran
budaya Barat.
Proses globalisasi bukan hanya satu fenomena perdagangan dan informasi yang dibawa
oleh kemajuan ICT, bahkan ianya merupakan satu proses transformasi budaya yang berlaku
dalam budaya sekunder iaitu budaya tempatan negara yang mengalami terjahan budaya luar.
2

Globalisasi pemodenan Barat secara tidak langsung mengubah entiti sistem kehidupan
masyarakat negara membangun baik daripada segi politik, sosial, budaya mahupun ekonomi
(Lukman Z. Mohamad dan Azmi Abdul Manaf, 2003). Namun begitu, Kenichi Ohmae (dalam

2
John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction to International
Relations. Oxford University Press.
4

Aizuddin et al., 2004) telah menerangkan bahawa pengaruh budaya luar yang menyelinap masuk
ke segenap aspek budaya tempatan itu tidak semestinya berlaku secara paksaan. Wujudnya
tanda-tanda dan ianya berlaku secara sukarela atas sebab keinginan masyarakat setempat untuk
meniru budaya tersebut kerana menyangkakan mereka akan ketinggalan dan dipencilkan
daripada aliran kemajuan ekonomi, perdagangan dan informasi global.

Globalisasi dikatakan suatu fenomena sedunia yang muncul hasil percantuman pelbagai
proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan
ideologi sesuatu negara menembusi sempadan negara lain. Globalisasi merupakan suatu
fenomena pelbagai dimensi meliputi aspek ekonomi, politik, budaya dan ideologi (Waters, 1995;
Mittelman 1996). Sebagai fenomena pelbagai dimensi, globalisasi sama ada secara perlahan atau
revolusi telah membawa perubahan ke atas kehidupan masyarakat plural di negara ini.
Globalisasi juga dapat ditinjau menerusi makna yang lebih luas dengan melihatnya tidak lain
daripada proses penerusan penjajahan barat ke atas dunia terutama dunia Asia. Lantaran itu ada
sarjana yang melihatnya tidak lain daripada proses kolonialisasi (Omar Jah, 2001). Globalisasi
mempunyai hubungan dengan pembangunan sejarah kapitalisme Eropah yang cuba untuk
menakluki seluruh dunia dan membawanya berada dibawah satu sistem ideologi politik yang
dinamakan kapitalisme atau nasionalisme fascisme.



DEFINISI NASIONALISME

Nasionalisme adalah satu ideologi yang dicipta untuk mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara(dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti
bersama untuk sekumpulan manusia. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan
beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu
"identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari
kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori. Dalam zaman moden ini, nasionalisme meruju
kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta
5

keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada
nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.
Menurut Dr Hertz dalam bukunya yang berjudul Nationality in History and Politics telah
mengemukakan empat unsur nasionalisme, iaitu pertama, hasrat untuk mencapai kesatuan.
Kedua, hasrat untuk mencapai kemerdekaan. Ketiga, hasrat untuk mencapai keaslian. Keempat,
hasrat untuk mencapai kehormatan bangsa. Daripada definini ini, jelas menunjukkan bahawa
negara dan bangsa adalah sekelompok yang manusia yang memiliki cita-cita bersama di mana
telah mengikat warganegara menjadi satu kesatuan dan memiliki sejarah hidup bersama.
Menurut Sneyder, nasionalisme adalah hasil daripada perpaduan faktor-faktor politik, ekonomi,
sosial, dan intelektual.
Apakah kaitan kumpulan etnik dan nasionalisme? Kumpulan etnik adalah koleksi orang-
orang yang percaya bahawa mereka mempunyai keturunan yang sama.
3
Terdapat dua bentuk
negara, iaitu: negara sosial etnik dan negara. Negara etnik berdasarkan satu kumpulan etnik dan
negara sosial adalah sebuah negara yang berdasarkan kumpulan multi-etnik.
4
Kedua-dua negara
etnik dan negara mempunyai komponen sosial yang sama, iaitu sejarah, bahasa, dan nilai yang
sering digunakan sebagai asas yang sama. Golongan elit politik yang kemudiannya
menggalakkan rasa perpaduan negara dan iainya dirujuk sebagai nasionalisme. Nasionalisme
adalah satu usaha golongan elit untuk mencapai matlamat politik, dan ini bermakna bermakna
nasionalisme adalah pembinaan politik.
5








3
Suryadinata, Leo (eds). 2000. Nationalism and Globalization: East and West. Institute of
Southeast Asian Studies, Singapore.
4
Ibid.
5
Ibid, 344.
6

NASIONALISME DAN GLOBALISASI

Terma globalisasi telah menjadi satu konsep yang sering digunakan bagi menggambarkan
fenomena dunia kontemporari dan realiti hubungan antarabangsa. Memasuki era moden, dunia
telah berubah dengan pesat serta membawa kepada kesan-kesan yang sangat kompleks, iaitu
kemunculan pergantungan bersama (saling bergantung) dalam hampir semua dimensi kehidupan
dalam hubungan antara negeri (negara-bangsa) dan hubungan transnasional.
6
Skop Negara tidak
lagi dilihat sebagai ruang yang berkaitan dan berkelayakan untuk membuat keputusan atau dasar
kerana banyak isu-isu yang perlu diselesaikan di peringkat yang lebih tinggi di peringkat
serantau dan global. Fakta ini memaksa kerajaan-kerajaan negara untuk mengintegrasikan diri
mereka dalam sistem kerjasama global.
Globalisasi mempunyai implikasi yang sangat serius bagi kewujudan negara. Globalisasi
telah meningkatkan identiti etnik dan nasionalisme yang boleh mengancam negara-bangsa. Ada
yang meramalkan bahawa dengan globalisasi, peranan negara-negara akan berkurang dengan
ketara. Globalisasi dapat dicirikan dalam kemajuan teknologi komunikasi, maklumat,
pengkomputeran dan pengangkutan yang begitu pesat. Realitinya, globalisasi telah mewujudkan
satu keadaan di mana halangan yang pada masa lalu seperti interaksi antara individu yang terhad
dan sebagainya. Kemajuan dalam teknologi telah menjadikan ia interaksi semakin intensif,
kerana peningkatan secara drastik dari segi kelajuan dan kos yang menjimatkan. Dalam contoh
politik antarabangsa; tragedi kemanusiaan di satu lokasi dengan cepat dapat mencetuskan
kemarahan global dan simpati di pelbagai tempat di dunia kerana penyampaian maklumat yang
pantas. Selain itu, globalisasi juga membawa pengaruh budaya di mana ia akan memberi
perubahan dalam gaya hidup masyarakat. Dalam aspek ekonomi, kemajuan teknologi telah
membawa kepada barangan dan perkhidmatan yang boleh dihasilkan di mana-mana sahaja di
dunia selagi ia memenuhi kebolehlaksanaan teknikal dan ekonomi, dan ianya juga boleh dijual di
mana-mana sahaja.
7


6
Winarno, Budi.(2009). Pertarungan Negara vs Pasar. Yogyakarta. Media Pressindo. hlm 9
7
Wibowo, Drajat. 2007. Menjadi Pemenang dalam Globalisasi dalam Stiglitz, J.E. 2007.Making Globalization
Work (edisi terjemahan) Mizan, Bandung.
7

Globalisasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyediakan peluang
yang besar bagi kumpulan etnik untuk mengukuhkan kewujudan mereka di peringkat global
dengan tujuan untuk berjuang untuk hak-hak sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan teknologi
juga telah menyedari identiti kumpulan etnik dan kedudukan mereka dalam negara. Dengan
huraian di atas menunjukkan bahawa globalisasi mempunyai pengaruh besar ke atas
nasionalisme. Nasionalisme boleh dilihat dari kedua-dua pihak yang berbeza. Nasionalisme
dilihat pada satu tangan (sebagai tindak balas terhadap globalisasi) sebagai tindak balas kepada
globalisasi, dan di sisi lain (sebagai produk globalisasi) dianggap sebagai hasil daripada
globalisasi nasionalisme sendiri (Halliday, 2001: 523).
Semangat nasionalisme yang wujud selaras dengan proses globalisasi telah mula
mengganggu dan mengancam kepentingan kumpulan etnik tertentu. Walaupun di bawah keadaan
yang berbeza, ia diandaikan nasionalisme sebagai hasil daripada proses globalisasi.
8
Globalisasi
yang melanda dunia serius menjejaskan kewujudan negera ini, ia juga boleh dikatakan telah
berlaku dalam kegagalan pembanggunan negara, seperti yang berlaku di Soviet Union,
Czechoslovakia, Yugoslavia, Ethiopia yang sebenarnya-negeri negeri berbilang kaum.
9
Empat
negeri di atas dan berpecah belah menjadi 22 negara baru untuk pembinaan sebuah nasionalisme
baru juga.
Nasionalisme dalam konteks negera boleh bertindak sebagai ideologi atau gerakan sosial.
Sebagai ideologi, nasionalisme adalah idea yang normatif mana negara boleh wujud secara
objektif dan mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh
Halliday,
nationalism is all above a moral principle which claims that nations do exist, that they should
coincide with i.e. cover the same people as political communities and that they should be self
ruling.
10



8
John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction to International
Relations. Oxford University Press.
9
Ibid.
10
Halliday, Fred. 2001.Nationalism dalam John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World
Politics: An Introduction to International Relations. Oxford University Press. hlm 524.
8

Dalam sesebuah negara, nasionalisme itu wujud untuk membebaskan diri daripada ikatan
penjajahan. Harapan yang menggunung dalam memperjuangkan hak berdasarkan kumpulan
nasionalis adalah untuk menjadi sebuah negara yang merdeka tanpa perlu dikawal oleh kuasa-
kuasa penjajah. Nasionalisme boleh digunakan sebagai alasan untuk memisahkan ibu negara
yang mengalami masalah dalam proses pembinaan negara atau pada masa-masa pergerakan
sosial adalah konflik etnik, terutamanya di negara multi-etnik.
11




KOMPONEN NASIONALISME

Komponen nasionalisme penting bagi sesebuah negara dalam mengekalkan perpaduan
dan kesejahteraan negara. Komponen ini mempunyai 5 perkara asas dan antaranya adalah
budaya, sejarah, bahasa, wilayah dan agama. Kelima-lima komponen ini perlulah sama-sama di
jaga dan tidak dicabar dan di pertikaikan supaya konflik dalaman negara dapat di elakkan.
Kelima-lima komponen ini adalah seperti perkongsian utama dalam sesebuah negara yang aman
dan damai tanpa wujudnya perasaan tidak puas hati atau nasionalisme untuk mencabar kepada
komponen tersebut kerana wujudnya perbezaan dalam nilai, kepercayaan, perkongsian sejarah,
perkongsian budaya dan juga bahasa.





11
Nodia, Ghia. 1998. Nasionalisme dan Demokrasi dalam Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998.
Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. Bandung: ITB.

9

PUNCA DAN CONTOH KONFLIK ETNIK

Kemunculan beberapa konflik etnik dalam politik antarabangasa bukanlah sesuatu yang
baru atau tiba-tiba, namun ianya adalah melalui proses yang berpanjangan dan dipengaruhi oleh
pelbagai faktor.
12
Punca kepada konflik berlaku dapat diklasifikasikan kepada empat kelompok
faktor-faktor utama, antaranya adalah struktur, politik, sosio-ekonomi, budaya dan persepsi.
Pertama, faktor struktur, punca utama kemunculan konflik etnik adalah disebabkan oleh
struktur negeri yang lemah (keadaan lemah). Banyak negara, terutamanya negara-negara dunia
ketiga yang kebetulan adalah negara-negara bekas penjajah mempunyai legitimasi politik yang
kurang, serta tidak mempunyai institusi politik yang kuat. Fakta ini juga dipengaruhi oleh
kekurangan sokongan luar kedua-dua dari segi moral dan kewangan untuk pembangunan negeri,
lebih banyak negara sering lemah dengan masalah dalaman seperti rasuah, kompenten birokrasi,
ketidakupayaan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi. Keadaan ini biasanya keadaan
yang sangat lemah mudah terdedah kepada konflik ganas di kalangan ahli politik untuk
mendapatkan kuasa, yang seterusnya juga akan melibatkan kumpulan etnik di negara itu untuk
menentang. Akibat kelemahan struktur negeri itu sendiri, keadaan itu akan menyebakan
kemunculan ancaman keselamatan. Keadaan yang lemah inilah yang akan menyebabkan setiap
kumpulan dan individu berusaha untuk mewujudkan rasa keselamatan mereka sendiri. Keadaan
ini sudah pasti mempunyai potensi bagi tercetusnya konflik etnik, di mana kumpulan etnik yang
mendominasi negeri tersebut akan sentiasa mengawal kumpulan yang minoriti.
Keduanya adalah faktor politik. Politik menjadi punca utama dalam merangsang
kemunculan konflik etnik. Bagi negara yang mengamalkan diskriminasi politik terhadap
kumpulan etnik tertentu akan menyebabkan konflik dalam negara itu wujud. Di samping itu,
pembentukan ideology negara yang tidak bersefaham kepada kaum minoriti akan menyebabkan
tercetusnya konflik yang ganas. Dalam negara yang mempunyai politik yang ditadbir oleh
kumpulan-kumpulan tertentu juga akan menyebabkan berlakunya ketidak puasan hati dan
menyebabkan konflik berlaku.

12
Brown, E. Michael & Owen R. Cote. Jr., (edt).2001. Nationalism and Ethnic Conflict. MIT Press, Cambridge.
Hlm 5-13
10

Ketiga adalah faktor sosial dan ekonomi. Setiap negara di dunia pasti mempunyai
masalah ekonomi pada peringkat yang berbeza-beza. Antara masalah ekonomi yang dihadapi
adalah seperti pertumbuhan ekonomi yang lemah, inflasi, kemelesetan ekonomi, krisis mata
wang, dan pengangguran. Bagi menyelesaikan masalah ekonomi, pelbagai dasar pembaharuan
ekonomi cuba dijalankan, namun begitu pembaharuan dasar ekonomi tidak semestinya dapat
membantu menyelesaikan masalah ekonomi dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian,
pembangunan ekonomi penting bagi setiap negara untuk membendung masalah yang berlaku.
Walau bagaimanapun, proses pembangunan ekonomi yang memberi tumpuan kepada
pemodenan industri akan memudaratkan keselamatan negara. Di samping itu, sistem ekonomi
diskriminasi akan memburukkan keadaan dalaman negara kerana ianya akan membawa kepada
peningkatan dalam perbezaan taraf ekonomi dalam masyarakat. Justeru, keadaan ini akan
membawa kepada konflik dalam kumpulan masyarakat taraf yang berbeza kerana keperluan asas
ekonomi mereka terjejas dan tidak dapat dipenuhi.
Faktor terakhir yang boleh membawa kepada konflik etnik adalah budaya dan persepsi.
Budaya merupakan faktor yang paling sensitif kerana perbezaan budaya atau diskriminasi
budaya yang dialami oleh kumpulan etnik minoriti merupakan potensi besar kepada konflik. Di
samping itu, hak-hak sama rata seperti pendidikan, undang-undang, kesihatan, politik, bahasa,
kebebasan beragama yang tidak dipenuhi bakal membentuk konflik dalaman di dalam negara.
Faktor persepsi juga sangat penting dan berbahaya kerana setiap kumpulan mempunyai pendapat
untuk melihat diri mereka dan kumpulan-kumpulan lain berdasarkan warisan sejarah dalam
kepercayaan masing-masing. Keadaan akan menjadi rumit apabila terdapat satu kumpulan yang
merasakan hak untuk memerintah dalam sistem kehidupan sosial.
Bedasarkan punca berlakunya konflik, kita dapat lihat situasi yang berlaku di Selatan
Thailand. Thailand merupakan sebuah negara yang terletak di asia tenggara dan bersempadan
dengan Laos dan Kemboja. Thailand di anggarkan mempunyai lebih 63 juta orang penduduk dan
merupakan negara 23 terbesar di dunia. Komposisi kaum di Thailand adalah 75% rakyatnya dar
bangsa Siam, 14% Cina, dan 3% daripadanya adalah berbangsa melayu. Thailand adalah
merupakan negara yang kerap mengalami perubahan pucuk pimpinan. Rampasan kuasa yang
berlaku berkali-kali, membuktikan bahawa keadaan politik di Thailand adalah tidak konsisten,
dan mampu berubah bila-bila masa. Jadi punca konflik di wilayah selatan Thailand yang
11

berpanjangan adalah di sebabkan keadaan politik dalaman itu sendiri yang kucar kacir dan tidak
stabil. Polisi kerajaan ke atas wilayah yang bergolak juga sentiasa berubah dan akhirnya
membawa kegagalan mencapai objektif keamanan.Keadaan ini berlaku seperti faktor-faktor yang
dinyatakan iaitu struktur, politik, sosio-ekonomi, budaya dan persepsi.
Di bawah pemerintahan Thailand, rakyat di kebanyakan wilayah selatan Thailand kurang
di beri perhatian yang baik dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, dan sebagainya.
Pemerintahan yang kurang adil dan berat sebelah oleh kerajaan Thailand membuatkan rakyat di
wilayah selatan Thailand tertekan dan mula memberontak untuk menuntut hak dan keadilan
mereka.
13
Selain itu, perbezaan taraf hidup dan peluang pekerjaan di wilayah selatan Thailand
berbanding Bangkok begitu ketara, hal ini mengundang rasa tidak puas hati dan benci penduduk
di Selatan Thailand. Faktor sejarah juga menjadi penyebab kepada wujudnya gerakan pemisah di
Selatan Thailand. Di samping itu, Rakyat di selatan Thailand juga mempunyai budaya, bahasa
yang berbeza dengan bangsa siam lain. Ini membuatkan mereka bersa terpinggir dan bagai di
anak tirikan oleh kerajaan Thailand.



BAGAIMANA GLOBALISASI MEMBURUKKAN KEADAAN

Globalisasi yang wujud telah membentuk nasionalisme yang baru di mana ianya telah
membuka budaya global dalam revolusi teknologi, serta perubahan-perubahan dalam budaya
manusia. Namum begitu, terdapat lima komponen utama di dalam sesebuah negara iaitu sejarah,
budaya, agama, wilayah dan bahasa apabali salah satunya dicabar akan menyebabkan berlaku
konflik. Mengapahkah konflik ini berlaku? Ini jelas di lihat kerana semangat cintakan negara
atau wujudnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Realitinya, sesebuah negara

13
Nik Anuar Nik Mahmud, (2008), Konflik Selatan Thai: Mungkinkah Ada Jalan Penyelesaian, di dalam Muslim
Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan disuntimg oleh Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed, Karisma Publication,
hlm 281.
12

mempunyai penduduk yang berbeza-beza etnik dan ini akan mengamcam komponen utama
negara kerana setiap itu mempunyai perbezaan dalam komponen tersebut.
Oleh itu, apakah peranan globalisasi dalam berlakunya konflik beasaskan nasionalisme
ini? Globalisasi di gunakan sebagai instrumen atau alat oleh golongan elit politik atau nasionalis
untuk memanipulasi masyarakat dan menjamin kekuasaan meraka. Sebagai contoh, penyebaran
ideologi dan informasi yang mudah dengan menggunakan saluran penyebaran maklumat yang
luas. Oleh yang demikian, kesan dalam membentuk kognitif, persepsi rakyat atau kumpulan
masyarakat lebih cepat. Semangat nasionalisme dalam memperjuangkan hak masing-masing
akan lebih tinggi. Globalisasi ini akan memberi pengaruh yang negatif kepada perjuangan
kumpulan berhaluan kiri dalam negara kerana kerajaan sukar membendung penyebaran
maklumat.
Munculnya era globalisasi ini juga telah membentuk masyarakat global yang membentuk
gerakan dalam memperjuangkan hak asasi masing-masing. Keadaan ini berlaku sebagai konflik
dalaman sesebuah negara. Globalisasi telah memberi kesan yang berganda dan kadang-kadang
bercanggah dengan corak dan arah globalisasi itu sendiri. Ini kerana glabalisasi mewujudkan
ketidaksamaan yang berterusan dalam aspek kemiskinan, hak beragama dan sebagainya.
Globalisasi juga menjadi faktor kepada keadaan yang semakin memburuk. Globalisasi
telah menyebabkan rakyat atau kumpulan masyarakat semakin sedar tentang identiti kumpulan
etnik mereka serta kedudukannya dalam negara. Jadi mereka menuntut hak-hak yang tidak
mereka dapatkan dari negera itu, syarat-syarat ini adalah terdedah kepada kemunculan konflik
antara etnik yang disertai dengan keganasan dan seterusnya mengancam keselamatan negara.






13

KESIMPULAN

Kesimpulannya, globalisasi telah menggalakkan keadaan yang membawa kepada
pergolakan, ketidaksamaan,dan konflik. Globalisasi telah menyebabkan sentimen dan ideologi
mudah disampaikan kerana kemajuan global. Di samping itu, pergolakan yang berlaku adalah
disebabkan oleh lahirnya nasionalis yang cuba mengatasi masalah yang di hadapai oleh
kumpulan masyarakatnya dan cuba merubah keadaan mereka. Ini dapat di lihat dalam contoh
konflik di Selatan Thailand apabila wujud beberapa organisasi yang memperjuangkan hak dan
keadilan rakyat wilayah selatan Thailand, seperti Gabungan Melayu Patani Raya (GAMPAR)
Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional Melayu (BRN) dan
sebagainya.
Globalisasi telah membawa ancaman dan menjadi asas dalam nasionalisme untuk
mewujudkan konflik dan memberi ancaman kepada keselamatan negara. Isu nasionalisme ini
juga sangat berkait dengan identity kebangsaan. Ini kerana ia mengandungi orentasi politik yang
berkaitan dengan kedaulatan negara. Nasionalisme atau konflik etnik telah mulai popular selepas
perang dingin dan dalam lingkuangan permulaan gelombang globalisasi. Dengan itu, dipercayai
bahawa nasionalisme menjadi faktor dan pencetus utama dalam kemunculan konflik etnik.
Konflik etnik sukar di kawal kerana terdapat faktor-faktor yang globalisasi yang telah berjaya
meningkatkan kesedaran mengenai identiti kumpulan etnik dan kedudukan mereka. Globalisasi
telah menjadikan mereka berpandangan luas dalam pemikiran kerana mereka mula merasai
ketidakadilan dan ketidaksamaan. Oleh sebab itu, mereka yang mengambil tindakan untuk
berjuang dalam menuntut hak-hak, dan kepentingan mereka. Jadi, globalisasi telah mengancam
keselamatan dan mencetuskan konflik etnik dalam sesebuah negara.




14

RUJUKAN

Brown, E. Michael & Owen R. Cote. Jr., (edt).2001. Nationalism and Ethnic Conflict. MIT
Press, Cambridge.
Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi.
ITB Bandung.
John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction
to International Relations. Oxford University Press.
Nodia, Ghia. 1998. Nasionalisme dan Demokrasi dalam Diamond, Larry dan Marc F. Plattner
(eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. Bandung: ITB.
Ryan, Stephen.2001.Nationalism and Ethnic Conflict dalam Brian White, Richard Little and
Michael Smith (eds).2001. Issues in World Politics. Second Edition. Oxford University
Press.
Suryadinata, Leo (eds). 2000. Nationalism and Globalization: East and West. Institute of
Southeast Asian Studies, Singapore.
Viotti Paul R and Mark V. Kauppi.2007. International Relations and World Politics: Security,
Economy, Identity, Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.
Wibowo, Drajat. 2007. Menjadi Pemenang dalam Globalisasi dalam Stiglitz, J.E. 2007.Making
Globalization Work (edisi terjemahan) Mizan, Bandung.
Winarno, Budi. 2009. Pertarungan Negara vs Pasar. Yogyakarta. Media Pressindo

Anda mungkin juga menyukai