Anda di halaman 1dari 34

Bahagian B:Sejarah

Asia Tenggara
 1.2 SISTEM SOSIAL (INDONESIA)
Menjelaskan konsep dan susun lapis
Masyarakat Indonesia
Pendahuluan
1. Masyarakat Indonesia telah membentuk susun lapis masyarakat berdasarkan kepada pengaruh agama
Hindu dan Buddha yang kuat dan diikuti dengan pengaruh Islam kemudiannya. Kedatangan Islam telah
membawa perubahan kepada masyarakat peribumi. Pedagang Islam yang berdagang ke India dan China
akan singgah ke Acheh di bawah Kerajaan Koetaradja. Di Jawa pula, Kesultanan Mataram di Yogjakarta
mempunyai susun lapis masyarakat Islam yang tersusun.
2. Islam telah mempengaruhi bentuk susun lapis masyarakat tempatan di Indonesia berdasarkan budaya,
agama, suku kaum dan kedudukan geografi mereka. Struktur masyarakat Indonesia dapat dilihat dalam
masyarakat Acheh dan masyarakat di Pulau Jawa.
Konsep Indonesia
1. Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan
sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah.
A.Raja
1. Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan
etnik mereka sendiri.
2. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami
kawasan ibu kota.
3. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara
keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka.
4. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang
sebagai pusat kosmos.
B. Kerabat Diraja.
1. Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada
beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan
Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat
peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar
anak-anak mereka ke sekolah.
C.Rakyat
1. Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan
pemerintah.
2. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan
ekonomi bagi seluruh kawasan.
3. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih
penting berbanding bidang lain.
D.Hamba
1. Hamba menduduki lapisan paling bawah.
2. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani
dengan hutang-piutang.
3. Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza,
gelaran, dan peraturan perkahwinan.
4. Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila
muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada
perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi
memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
1. Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan
kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja /maharaja
mereka.
2. Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat Indonesia mula melalui perubahan.
Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) merosot kerana mereka
digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.
Bahagian B:Sejarah
Asia Tenggara
 1.3SISTEM EKONOMI (VIETNAM &
INDONESIA)
Ekonomi tradisional / ekonomi sara diri di Vietnam

Pendahuluan
1. Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Vietnam menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan komersial.
Kegiatan ekonomi komersial berkembang selepas perluasan kuasa Perancis di Vietnam pada tahun 1880-an.
2. Ekonomi sara diri ialah aktiviti ekonomi yang bertujuan untuk keperluan asas diri dan keluarga dan bukan
untuk diperdagangkan. Ekonomi ini tidak mementingkan lebihan hasil dan tidak wujud pengkhususan kerja.
Kegiatan ekonomi sara diri adalah berasaskan pertanian, penangkapan ikan yang dijalankan seiring dengan
perusahaan secara kecil-kecilan.
A. Tanaman Padi
1. Kegiatan ekonomi sara diri utama masyarakat Vietnam ialah penanaman padi kerana padi
(beras) merupakan makanan ruji.
2. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam bergantung kepada kawasan mengikut
iklim dan jenis tanah. Di Delta Sungai Vietnam Utara terdapat sekurang-kurangnya 300 jenis
padi dan ditanam mengikut kesesuaian tanah sawah dan iklim tempatan. Dengan
menggunakan sistem tali air yang dibina membolehkan petani di Vietnam Utara menjalankan
usaha menanam padi dua kali setahun khususnya di Delta Song-koi (Sungai Merah).
3. Di Delta Mekong (Selatan Vietnam) tanaman padi bergantung kepada kesuburan tanah
kerana kesan daripada limpahan lumpur. Namun, kegiatan penanaman hanya dilakukan
sekali setahun kerana kawasan ini mendapat hujan yang kurang dan suhu yang lebih panas.
Tambahan pula, para petani bergantung kepada musim hujan untuk mengairi sawah mereka.
Sistem tali air di sini tidak sebaik di Vietnam Utara.
B. Tanaman-tanaman lain
1. Masyarakat di Vietnam juga mengusahakan tanaman lain seperti jagung, ubi keledek,
buah- buahan dan kacang. Tanaman ini ditanam di luar musim tanaman padi.
Tanaman ini ditanam di Cochin-China dan Annam.
2. Tanaman teh juga diusahakan secara kecil-kecilan di Tonking dan Utara Annam.
3. Masyarakat Vietnam juga menjalankan kegiatan ekonomi pertanian secara berpindah.
Suku kaum nomad menjalankan aktiviti pertanian pindah di kawasan bukit dengan
menanam berbagai jenis tanaman untuk keperluan hidup. Kawasan tanaman ini
dikenali sebagai rai. Selepas menuai hasil tanaman mereka akan berpindah mencari
kawasan lain untuk bercucuk tanam.
C. Kegiatan perikanan
1. Petani di Vietnam juga menjalankan kegiatan perikanan di Tasik Tonle Sap dan
Sungai Mekong. Mereka menjalankan kegiatan seiring dengan aktiviti pertanian.
Penangkapan ikan air tawar dijalankan sepanjang tahun untuk keperluan makanan.
D. Kegiatan-kegiatan ekonomi lain
1. Penduduk Vietnam juga menjalankan kegiatan ekonomi sara diri yang lain seperti
membuat tembikar, tenunan, menganyam, bertukang dan penyulingan arak (tapai beras).
Kegiatan-kegiatan ini dijalankan secara kecil-kecilan untuk keperluan diri dan keluarga
sama ada oleh petani dan bukan petani. Petukang juga mendapat lebih pengiktirafan.
2. Walaupun perdagangan berlaku dalam kalangan masyarakat petani melalui kegiatan
selain pertanian, tetapi aktiviti ini hanya berlaku antara kawasan daratan dan kawasan
bukit di pedalaman.
3. Barangan seperti buluh dan kayu hutan dijual untuk mendapatkan barangan seperti ikan,
ikan kering, garam dan kapur dari kawasan daratan.
4. Penduduk Vietnam juga menjalankan kegiatan perlombongan arang batu sebagai
kegiatan sara diri terutamanya di Quang Yen.
Kesimpulan
1. Masyarakat Vietnam mempunyai sistem ekonomi yang tersusun dalam kegiatan
ekonomi sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri bertujuan memenuhi
keperluan diri dan keluarga. Lebihan hasil akan dijual dan dianggap sebagai
komersial.
2. Asas utama kegiatan ekonomi di Vietnam ialah pertanian iaitu penanaman padi.
3. Penjajahan Perancis di Vietnam sejak 1885 telah mengubah ekonomi tradisional
Vietnam kepada ekonomi komersial dengan memberi tumpuan kepada penanaman
padi dan kegiatan pengkomersialan ekonomi lain.
Ekonomi komersial di Vietnam

Pendahuluan
1. Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Vietnam menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan komersial.
Kegiatan ekonomi komersial berkembang selepas perluasan kuasa Perancis di Vietnam pada tahun 1880-an.
2. Ekonomi komersial pula ialah aktiviti ekonomi yang bukan hanya tertumpu untuk keperluan asas diri dan
keluarga sahaja, tetapi juga dijalankan secara besar-besaran untuk jualan atau diperdagangkan Dalam
kegiatan ekonomi komersial wujud aktiviti jual beli dan urus niaga barangan. Kegiatan ekonomi komersial
di Vietnam tertumpu kepada pertanian, perdagangan, perikanan dan perlombongan.
3. Selepas kedatangan Perancis, ekonomi komersial di Vietnam mengalami perubahan dan berkembang pesat
A. Pertanian
1. Penanaman padi merupakan kegiatan ekonomi komersial yang utama di Vietnam.
Padi ditanam secara besar-besaran. Selepas kehadiran Perancis, kegiatan penanaman
padi berkembang pesat. Vietnam menghasilkan satu per empat daripada pengeluaran
beras dunia.
2. Kawasan padi meliputi lima per enam daripada keluasan Vietnam. Antara tahun
1870-1890 pengeluaran beras dari Vietnam bertambah sebanyak dua kali ganda.
3. Penanaman padi juga melibatkan tiga per empat daripada penduduk Vietnam
terutamanya di Delta Sungai Mekong dan Delta Sungai Mekong.
4. Perancis memperkenalkan tanaman baru iaitu getah. Penanaman getah dijalankan
secara komersial dengan penggunaan teknologi moden. Vietnam menjadi pengeluar
getah ketiga terbesar di dunia.
B.Perikanan
1. Terdapat juga kegiatan perikanan di Tasik Tonle Sap. Ikan-ikan disalai dan
dikeringkan untuk dieksport atau diperdagangkan kegiatan ini hanya menggunakan
kaedah secara tradisional seperti kail, kelong, pukat, bubu dan jala.
C. Kegiatan perdagangan
1. Masyarakat Vietnam juga menjalankan aktiviti jualan dan perdagangan melibatkan
kawasan daratan dan pedalaman. Antara barangan yang diperdagangkan ialah kayu
bukit, buluh, garam, kicap, ikan kering dan kapur.
2. Aktiviti perdagangan hasil galian dijalankan dengan China sebagai kegiatan
perdagangan luar.
3. Sementara perdagangan luar dengan Siam ialah gula, besi, rempah, lada dan
barangan mewah.
Kesimpulan
1. Masyarakat Vietnam mempunyai sistem ekonomi yang tersusun dalam kegiatan
ekonomi sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri bertujuan memenuhi
keperluan diri dan keluarga. Lebihan hasil akan dijual dan dianggap sebagai
komersial.
2. Asas utama kegiatan ekonomi di Vietnam ialah pertanian iaitu penanaman padi.
3. Penjajahan Perancis di Vietnam sejak 1885 telah mengubah ekonomi tradisional
Vietnam kepada ekonomi komersial dengan memberi tumpuan kepada penanaman
padi dan kegiatan pengkomersialan ekonomi lain.
Ekonomi tradisional / ekonomi sara diri di Indonesia

Pendahuluan
1. Masyarakat tempatan di Indonesia mengamalkan ekonomi sara diri pada abad ke-19.
2. Ekonomi sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk menampung keperluan asas harian
keluarga dan tidak bertujuan untuk dijual atau diperdagangkan.
3. Jika berlaku lebihan hasil, ia akan ditukarkan dengan keperluan asas yang lain (sistem barter) atau
diperdagangkan dengan keperluan asas yang lain.
4. Terdapat dua kegiatan utama kegiatan ekonomi sara diri masyarakat peribumi Indonesia, iaitu pertanian dan
perdagangan kecil-kecilan.
1.Kegiatan pertanian
A. Tanaman Padi
1. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat Indonesia.
2. Padi merupakan tanaman utama di Indonesia kerana merupakan makanan asas masyarakat.
3. Terdapat dua jenis tanaman padi, iaitu padi sawah dan padi bukit.
4. Padi sawah ditanam di sepanjang dataran pantai lanar dan lembah-lembah, lembangan dan lereng-lereng gunung
berapi. Padi sawah banyak diusahakan di Pulau Jawa dan Madura kerana sistem pengairan yang baik dan faktor
kesuburan tanah.
5. Kaedah yang digunakan oleh masyarakat petani ialah kaedah tradisional dan primitif dan dijalankan sekali
dalam setahun. Kebiasaannya musim menuai ialah pada bulan April.
6. Padi bukit atau padi huma pula banyak di tanam di Timur Jawa kerana muka bumi yang berbentuk lereng-lereng
bukit yang tinggi. Kaedah tebang dan bakar digunakan untuk mengusahakan tanaman padi bukit. Petani akan
melakukan penebangan dan membakar berkali-kali sebelum musim hujan untuk mendapatkan kesuburan tanah.
Selepas dua atau tiga tahun kawasan tersebut ditanam, petani akan berpindah ke kawasan lain dengan kaedah
yang sama. Jelaslah, sistem pertanian ini berbentuk primitif kerana petani sering berpindah-randah.
1.Kegiatan pertanian
B. Tanaman lain
1. Selain tanaman padi, petani juga menanam tanaman lain seperti jagung dan tanaman berasaskan
ubi seperti keledek dan ubi kayu. Tanaman ini juga menjadi sumber makanan masyarakat.
2. Tanaman jagung ialah tanaman penting yang di tanam di Madura, Jawa Timur dan Sumatera.
Tanaman ini diperkenalkan oleh orang Portugis. Tanaman ini juga menjadi tanaman sampingan
di kawasan tanaman padi yang lain.
3. Selain itu, masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu banyak ditanam di
wilayah Cheribon, dataran pantai utara, bahagian tengah Jawa, Surakarta dan Jogjakarta. Kelapa
pula terdapat di seluruh kawasan di Indonesia.
4. Rempah-ratus juga menjadi tanaman sara diri sampingan. Antaranya ialah bunga cengkih, buah
pala dan kulit kayu cendana yang banyak terdapat di Maluku, Pulau Bonda dan Pulau Timur.
2.Perdagangan
1. Perdagangan dijalankan secara kecil-kecilan yang berlaku antara kawasan pedalaman
dengan kawasan pantai di pelabuhan. Pedagang dan saudagar membawa barangan
seperti garam, periuk belanga, kain dan candu ke kawasan pedalaman. Mereka
membawa pulang hasil kampung terutamanya barangan makanan ke pelabuhan. Urus
niaga banyak berlaku dalam sistem barter sebelum pengenalan mata wang untuk
urusan jual beli.

2. Perusahaan batik juga menjadi kegiatan ekonomi sara diri yang penting. Pedagang-
pedagang Jawa menjadi perintis perusahaan ini yang dijalankan secara sambilan
sementara menunggu hasil padi. Perusahaan kecil-kecilan ini menjadi tradisi turun
temurun masyarakat peribumi di Indonesia. Hasil dagangan batik akan ditukarkan
dengan barangan lain daripada pedagang dan pemborong China.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, pertanian menjadi kegiatan sara diri yang utama di Indonesia pada
abad ke-19. Padi adalah tanaman utama di samping tanaman lain. Perdagangan
berlaku secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan lain selain makanan.

2. Kedatangan Belanda telah mengubah sistem ekonomi tradisional masyarakat


Indonesia. Belanda telah mengeksplotasi kesuburan tanah dan kesesuaian iklim di
Indonesia untuk kepentingan mereka dengan mengkomersialkan ekonomi berasaskan
pertanian. Dasar penjajah Belanda yang mengault hasil keuntungan telah membawa
penderitaan kepada rakyat Indonesia.
Ekonomi komersial di Indonesia

Pendahuluan
1. Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan ekonomi yang mengutamakan urusan jual beli dan
bermotifkan keuntungan. Ekonomi komersial tidak terhad kepada memenuhi keperluan hidup harian
keluarga.
2. Kegiatan ekonomi ini dijalankan secara besar-besaran, memerlukan modal yang banyak, penggunaan
teknologi tinggi, sistem pengairan moden dan kawasan pertanian yang luas.
3. Sebelum kedatangan Belanda, kegiatan ekonomi komersial di Indonesia bersifat tradisional yang dijalankan
mengikut kemampuan dan keperluan masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun.
4. Setelah campur tangan Belanda pada abad ke-19 Masihi, ekonomi komersial bersifat moden berkembang
pesat di Indonesia.
5. Antara kegiatan ekonomi komersial yang dilakukan di Indonesia ialah pertanian komersial, perlombongan,
perdagangan dan perusahaan garam.
Pertanian komersial
1. Kegiatan ekonomi komersial yang pertama di Indonesia adalah kegiatan pertanian yang
dijadikan sumber eksport. Pihak Belanda telah memperkenalkan dasar untuk menggalakkan
perkembangan ekonomi komersial. Pertanian komersial berkembang selepas pelaksanaan
Sistem Kultur (Sistem Tanaman Paksa) antara tahun 1830-1863.
2. Pelbagai jenis tanaman komersial baharu tela diperkenalkan di Indonesia selepas
pelaksanaan sistem tersebut. Antara tanaman komersial yang ditanam secara besar-besaran
di Indonesia adalah tebu, kopi, teh, tembakau nila, kina, lada hitam, kayu manis dan kapas.
3. Selepas Undang-undang Pertanian de Waal diperkenalkan pada tahun 1870, perusahaan
swasta telah berkembang pesat.
4. Undang-Undang gula menyebabkan tebu ditanam secara besar-besaran.
5. Tanaman teh berkembang di Indonesia sejak tahun 1824 ekoran kemajuan dalam teknik
menanam dan memproses teh.
6. Pengeluaran kopi meningkat ekoran pembukaan ladang dan syarikat kopi oleh
pemodal-pemodal.Eropah seperti Syarikat Molukse Handels Veremiging di Sulawesi
Utara yang terlibat dalam pengeluaran dan eksport kopi ke Eropah.
7. Dalam pada itu, penanaman tembakau berkembang pesat di Sumatera dan Jawa pada
abad ke- 19 Masihi. Syarikat memproses tembakau iaitu Syarikat Tembakau Deli
ditubuhkan oleh Jacobus Nienhuys pada tahun 1869.
8. Perusahaan kina berkembang apabila kerajaan memberi perlindungan kepada
pengusaha-pengusaha kina. Penanaman kina secara ladang bermula pada tahun 1854
di Bandung.
9. Tanaman getah, kelapa sawit dan koko untuk keperluan pasaran di Eropah mula
berkembang selepas pengenalan Dasar Liberal 1863.
Perlombongan
(a) Bijih timah
1. Perlombongan bijih timah dijalankan di Bangka, Belitong dan Singkep di pantai timur Sumatera.
2. Pada tahun 1887, konsesi perlombongan diperoleh daripada Sultan Riau-Lingga. Syarikat Bijih
Timah Singkep ditubuhkan.
3. Apabila orang Cina melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah secara komersial, mereka
memperkenalkan kaedah melombong seperti lombong dedah dan pam rantai. Ini meningkatkan lagi
hasil pengeluaran.
4. Menjelang tahun 1890, pengeluaran bijih timah di Bangka mengatasi pengeluaran dari Negeri-
Negeri Selat.
5. Pada tahun 1890, pengusaha Eropah memperkenalkan teknologi jentera wap untuk melombong di
Bangka, timur Sumatera.
6. Penglibatan masyarakat peribumi dalam perusahaan bijih timah sangat kurang.
Perlombongan
(b) Minyak
1. Industri minyak terdapat di Sumatera dan Kalimantan.
2. Kawasan pengeluaran minyak di Sumatera adalah Pangkalan Brandan, Jambi-Palembang. Kawasan
industri minyak di Kalimantan terletak di Lembangan Mahakam-Balik Papan dan Kutai.
3. Firma seperti Royal Dutch Shell, Dordrecht Oil Company dan Standard Oil Company menguasai
kegiatan cari gali dan pengeluaran minyak.
4. Kedatangan tenaga kerja dari luar terutamanya buruh Cina pada abad ke-19 menggalakkan
perkembangan industri perlombongan.
5. Kegiatan perlombongan mula berkembang ekoran kemasukan pengusaha dan pemodal dari Eropah.
6. Kegiatan perlombongan berkembang ekoran penggunaan teknologi moden dan permintaan tinggi di
pasaran dunia.
Perdagangan
1. Kegiatan ekonomi komersial di Indonesia pada awalnya adalah perdagangan secara kecil
kecilan. Perdagangan berlaku antara kawasan pedalaman dengan kawasan pantai di pelabuhan.
2. Pedagang-pedagang tempatan khususnya pedagang Jawa membawa barangan dari Kawasan
pantai (pelabuhan) untuk dijual kepada penduduk di kawasan pedalaman.
3. Antara barangan yang dijual oleh adalah garam, periuk, belanga, kain dan rempah. Barangan
yang dibawa dari kawasan pedalaman ke pelabuhan pula adalah barangan makanan dan hasil-
hasil kampung.
4. Menjelang akhir abad ke-19, Perdagangan import dan eksport berkembang seiring dengan
penggunaan teknologi moden. Misalnya, penggunaan mesin pemprosesan membuat gula dari
tebu.
5. Kemunculan beberapa pelabuhan baharu seperti di Surabaya, Makasar dan Balawan
memudahkan kegiatan eksport dan import.
Perusahaan garam
1. Perusahaan garam juga merupakan hasil komersial di kalangan pengusaha di
Indonesia.
2. Garam merupakan bahan urus niaga yang penting bagi masyarakat peribumi
Indonesia yang tinggal di kampung. Kegiatan pemprosesan garam banyak didapati di
Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur.
3. Saudagar-saudagar Cina menjadi orang tengah dalam perniagaan garam yang
diperdagangkan oleh mereka ke kampung di pedalaman.
4. Perusahaan garam merupakan aktiviti ekonomi komersial yang menjadi sumber
pendapatan kepada masyarakat Indonesia.
Perusahaan tradisional
1. Perusahaan tradisional seperti kegiatan membuat alatan rumah, genting, batu bata dan
alat-alat daripada besi juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat
peribumi di Indonesia.
2. Penggunaan mata wang membolehkan produk yang dihasilkan dijual di pasar.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya,sistem ekonomi komersial mengalami perubahan ketara pada abad
ke-19 setelah kehadiran kuasa penjajah Belanda di Indonesia melalui Sistem Kultur
dan Dasar Liberal yang diperkenalkan oleh Belanda.
2. Selain kegiatan ekonomi pertanian, kegiatan ekonomi diperluaskan kepada kegiatan
perdagangan,perusahaan, pertukangan dan perlombongan.
3. Perkembangan ekonomi komersial di Indonesia berlaku disebabkan oleh dasar-dasar
Belanda, kemasukan modal asing, kemasukan orang Cina, penggunaan teknologi dan
sebagainya.
4. Penjajah Belanda mengaut keuntungan daripada perkembangan pesat ekonomi
komersial di Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai