Anda di halaman 1dari 4

LAOS

Laos adalah sebuah Negara Republik yang dikelilingi oleh daratan dan terletak di
bahagian utama Semenanjung Indochina. Laos berasal dari kata Lan Xang yang memberi
maksud ‘Kerajaan Gajah’. Laos adalah satu-satunya negara di kawasan Asia Tenggara yang
tidak memiliki pantai. Oleh itu, keadaan tersebut dianggap kurang menguntungkan dari segi
pertahanan dan keamanan. Namun begitu, Laos mempunyai lembah sungai yang subur
sehingga mampu menghasilkan banyak hasil tanaman pertanian dan perkebunan
terutamanya tanaman padi, kopi dan tembakau. Pada abad ke-19, hasil mata pencarian
utama bagi penduduk Laos adalah dalam sektor pertanian.36 Hasil pertanian utama yang
diusahakan ialah tanaman padi, jagung, tembakau dan lain-lain. Daerah pertanian tersebut
berada di daerah dataran rendah terutamanya di tepi sungai Mekong.

Selain itu, aktiviti seperti ternakan dan penangkapan ikan turut dijalankan di Sungai
Mekong oleh petani namun bertujuan untuk keperluan tempatan sahaja.38 Terdapat
banyak pusat-pusat penangkapan ikan ditubuhkan di negara Laos iaitu Vientiane, Pakxan,
Savvanakhet, Thakhet dan Hovayzay.

Di samping itu, Laos juga menghasilkan hasil lain seperti bijih timah dan bijih besi.
Laos memiliki sumber-sumber mineral seperti timah, tembaga, emas dan perak namun
sumber-sumber tersebut masih belum dapat dimanfaatkan secara maksimum.40 Kawasan
hutan yang luas dan lebat juga turut membantu dalam memberikan sumbangan kepada
negara Loas dari segi perindustrian. Hal ini menjadikan hasil hutan seperti kayu jati, dammar
dan kayu keras menjadi bahan industri yang utama. Negara Laos telah memanfaatkan
berbagai bentuk kegiatan industri terutamanya bagi sumber hutan. Antaranya ialah industri
pemotongan kayu dan pengolahan kayu. Seterusnya, bagi aktiviti perdagangan pula Laos
telah mengembangkan sektor perdagangan dengan cara mengeksport hasil utama negara
iaitu hasil pertanian (beras, tembakau, kopi), hasil hutan (kayu mentah, kayu jati, kayu pain),
dan hasil mineral seperti bijih timah.42
Vietnam
Vietnam terbahagi kepada dua negeri iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.
Konflik di antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagai
Perang Vietnam dimana telah dicampur tangan oleh Amerika Syarikat di pihak Vietnam
Selatan dari 1965 sehingga 1973. Perang tersebut berakhir dengan kemenangan Vietnam
Utara pada tahun 1975. Vietnam kemudia disatukan di bawah pemerintahan komunis. Pada
tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik
reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia.

Pada abad ke-19, kegiatan ekonomi yang telah dijalankan oleh Vietnam adalah
pertanian iaitu mengusahakan tanaman padi. Padi merupakan makanan utama bagi
penduduk Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang telah ditanam dan jenis padinya
berbeza mengikut iklim dan jenis tanah. Di Delta Sungai Vietnam Utara, terdapat sekurang-
kurangnya tiga ratus jenis padi telah ditanam. Para petani akan memilih padi yang sesuai
dengan sifat sawahnya. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta
Mekong. Delta Mekong mempunyai tanah yang rendah, rata, serta tanah lanar yang subur.
Delta Song-Koi( Sungai Merah ) yang terletak di Vietnam Utara menggunakan sistem tali air
yang dibina sepanjang 1000 batu pada abad yang ke-19. Tali air berfungsi untuk
melembapkan kawasan tanah yang kering. Najis binatang atau manusia pula digunakan
untuk menyuburkan tanaman. Dengan cara ini, petani di Vietnam Utara dapat
mengusahakan tanaman padi dua kali setahun. Penanaman padi di Delta Mekong ( Cochin-
China ) berbeza dengan penanaman padi di Vietnam Utara. Kawasan ini mendapat hujan
yang kurang dan suhu yang lebih panas. Sistem tali air yang tidak sebaik Vietnam Utara
menyebabkan mereka bergantung kepada air hujan untuk mengairi sawah padi. Sistem
kawalan banjir juga kurang bermutu, ini menyebabkan  penanaman pati hanya setahun
sekali sahaja di Delta Mekong. Para petani yang terikat dengan sawah-sawah mereka atau
petani yang menyewa tanah untuk pertanian lazimnya ditindas oleh tuan tanah.

          Selain penanaman padi, penduduk Vietnam juga mengusahakan tanaman lain seperti
ubi keledek, jagung, kacang,  dan buah-buahan. Tanaman ini ditanam sebagai tanaman luar
musin kering di sawah padi.  Penanaman ini dilakukan di kawasan Cochin-China dan Annam.
Di samping itu, mereka juga menanam tanaman teh di tengah-tengah Tonkin dan Utara
Annam untuk mempelbagaikan hasil pertanian.
Pada abad ke-19, terdapat beberapa tempat di Negara Vietnam diperintah oleh
kerajaan Champa iaitu Quang Nam, Pulau Cham, Pelabuhan Dai CHiem dan Teluk Tra
Nhieu.46 Tempat-tempat tersebut telah dijadikan kawasan menjalankan perniagaan
pengangkutan, tempat persinggahan kapal-kapal pedagang dan perahu yang bertujuan
untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Teluk Tra Nhieu yang terletak di selatan Hoian telah
dijadikan tempat persinggahan untuk kapal-kapal pedagang asing untuk berlayar. Hoian
telah dijadikan sebagai gudang sementara untuk menyimpan komoditi. Komoditi tersebut
akan dihantar ke Dermaga yang berada di sepanjang tebing Sungai Cui dimana dikenali
sebagai Sungai Thu Bon pada zaman pemerintahan kerajaan Champa atau Dai Viet. Menurut
laporan Pierre Poivre, Hoian merupakan pelabuhan untuk jong-jong China dan bot-bot
tempatan. Pada musim perdagangan, kapal-kapal Eropah akan datang untuk singgah di
pelabuhan Hoian pada musim perdagangan. Namun, apabila angin monsun menjelang,
kapal-kapal tersebut akan berlayar ke Teluk Turon di Vietnam Tengah. Faifo (Hoian) di
Cochinchina merupakan tempat yang paling banyak dikunjungi oleh para pedagang yang
bertujuan untuk berdagang. Barang-barang yang didagang merupakan barang-barang
komoditi dari China dan Vietnam.

Di samping itu, penduduk Vietnam juga telah menjalankan aktiviti perlombongan


pada abad ke-19. Hasil perlombongan yang utama ialah arang batu. Longgokan arang batu
telah dijumpai di Quang Yen. Selepas  pendudukan Perancis, galian pencarian arang batu ini
telah diusahakan secara komersial. Selain itu, kegiatan perikanan juga diadakan di Tasik
Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport
atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan
Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.
P-B. Lafont, 1996, Semenanjung Indochina Suatu Pengenalan, (Mohd. Zain Musa,
Penterjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

KH Ong, 2015, Kawasan petempatan orang cina di Vietnam Selatan, Universiti


Malaya: Diperoleh daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/6800/9/Bab_3_Kawasan_Petempatan_Orang_Cina_di_Selatan
_Vienam.pdf

D.J.M. Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan
Sosial, Jilid Kedua,

D.G.E Hall, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Gilbert khoo, 1976,Sejarah

Anda mungkin juga menyukai