Anda di halaman 1dari 4

LAOS

Laos adalah sebuah Negara Republik yang dikelilingi oleh daratan dan terletak di
bahagian utama Semenanjung Indochina. Laos berasal dari kata Lan Xang yang memberi
maksud ‘Kerajaan Gajah’. Laos adalah satu-satunya negara di kawasan Asia Tenggara yang
tidak memiliki pantai. Oleh itu, keadaan tersebut dianggap kurang menguntungkan dari segi
pertahanan dan keamanan. Namun begitu, Laos mempunyai lembah sungai yang subur
sehingga mampu menghasilkan banyak hasil tanaman pertanian dan perkebunan terutamanya
tanaman padi, kopi dan tembakau. Pada abad ke-19, hasil mata pencarian utama bagi
penduduk Laos adalah dalam sektor pertanian.1 Hasil pertanian utama yang diusahakan ialah
tanaman padi, jagung, tembakau dan lain-lain. Daerah pertanian tersebut berada di daerah
dataran rendah terutamanya di tepi sungai Mekong.

Selain itu, aktiviti seperti ternakan dan penangkapan ikan turut dijalankan di Sungai
Mekong oleh petani namun bertujuan untuk keperluan tempatan sahaja.2 Terdapat banyak
pusat-pusat penangkapan ikan ditubuhkan di negara Laos iaitu Vientiane, Pakxan,
Savvanakhet, Thakhet dan Hovayzay.

Di samping itu, Laos juga menghasilkan hasil lain seperti bijih timah dan bijih besi.
Laos memiliki sumber-sumber mineral seperti timah, tembaga, emas dan perak namun
sumber-sumber tersebut masih belum dapat dimanfaatkan secara maksimum.3 Kawasan hutan
yang luas dan lebat juga turut membantu dalam memberikan sumbangan kepada negara Loas
dari segi perindustrian. Hal ini menjadikan hasil hutan seperti kayu jati, dammar dan kayu
keras menjadi bahan industri yang utama. Negara Laos telah memanfaatkan berbagai bentuk
kegiatan industri terutamanya bagi sumber hutan. Antaranya ialah industri pemotongan kayu
dan pengolahan kayu. Seterusnya, bagi aktiviti perdagangan pula Laos telah mengembangkan
sektor perdagangan dengan cara mengeksport hasil utama negara iaitu hasil pertanian (beras,
tembakau, kopi), hasil hutan (kayu mentah, kayu jati, kayu pain), dan hasil mineral seperti
bijih timah.4

1
P-B. Lafont, 1996, Semenanjung Indochina Suatu Pengenalan, (Mohd. Zain Musa, Penterjemah). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2
Ibid, hlm. 69

3
D.J.M. Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan Sosial, Jilid Kedua
Vietnam
Vietnam terbahagi kepada dua negeri iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.
Konflik di antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagai
Perang Vietnam dimana telah dicampur tangan oleh Amerika Syarikat di pihak Vietnam
Selatan dari 1965 sehingga 1973. Perang tersebut berakhir dengan kemenangan Vietnam
Utara pada tahun 1975. Vietnam kemudia disatukan di bawah pemerintahan komunis. Pada
tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik
reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia.

Pada abad ke-19, kegiatan ekonomi yang telah dijalankan oleh Vietnam adalah
pertanian iaitu mengusahakan tanaman padi. Padi merupakan makanan utama bagi penduduk
Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang telah ditanam dan jenis padinya berbeza
mengikut iklim dan jenis tanah. Di Delta Sungai Vietnam Utara, terdapat sekurang-
kurangnya tiga ratus jenis padi telah ditanam. Para petani akan memilih padi yang sesuai
dengan sifat sawahnya. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta
Mekong. Delta Mekong mempunyai tanah yang rendah, rata, serta tanah lanar yang subur.
Delta Song-Koi (Sungai Merah) yang terletak di Vietnam Utara menggunakan sistem tali air
yang dibina sepanjang 1000 batu pada abad yang ke-19. Tali air berfungsi untuk
melembapkan kawasan tanah yang kering. Najis binatang atau manusia pula digunakan untuk
menyuburkan tanaman. Dengan cara ini, petani di Vietnam Utara dapat mengusahakan
tanaman padi dua kali setahun. Penanaman padi di Delta Mekong (Cochin-China) berbeza
dengan penanaman padi di Vietnam Utara. Kawasan ini mendapat hujan yang kurang dan
suhu yang lebih panas. Sistem tali air yang tidak sebaik Vietnam Utara menyebabkan mereka
bergantung kepada air hujan untuk mengairi sawah padi. Sistem kawalan banjir juga kurang
bermutu, ini menyebabkan penanaman pati hanya setahun sekali sahaja di Delta Mekong.
Para petani yang terikat dengan sawah-sawah mereka atau petani yang menyewa tanah untuk
pertanian lazimnya ditindas oleh tuan tanah.

          Selain penanaman padi, penduduk Vietnam juga mengusahakan tanaman lain seperti
ubi keledek, jagung, kacang dan buah-buahan. Tanaman ini ditanam sebagai tanaman luar
musin kering di sawah padi.  Penanaman ini dilakukan di kawasan Cochin-China dan Annam.
4
D.G.E Hall, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gilbert khoo, 1976,
Sejarah
Di samping itu, mereka juga menanam tanaman teh di tengah-tengah Tonkin dan Utara
Annam untuk mempelbagaikan hasil pertanian.

Pada abad ke-19, terdapat beberapa tempat di Negara Vietnam diperintah oleh
kerajaan Champa iaitu Quang Nam, Pulau Cham, Pelabuhan Dai CHiem dan Teluk Tra
Nhieu.5 Tempat-tempat tersebut telah dijadikan kawasan menjalankan perniagaan
pengangkutan, tempat persinggahan kapal-kapal pedagang dan perahu yang bertujuan untuk
menjalankan aktiviti perniagaan. Teluk Tra Nhieu yang terletak di selatan Hoian telah
dijadikan tempat persinggahan untuk kapal-kapal pedagang asing untuk berlayar. Hoian telah
dijadikan sebagai gudang sementara untuk menyimpan komoditi. Komoditi tersebut akan
dihantar ke Dermaga yang berada di sepanjang tebing Sungai Cui dimana dikenali sebagai
Sungai Thu Bon pada zaman pemerintahan kerajaan Champa atau Dai Viet. Menurut laporan
Pierre Poivre, Hoian merupakan pelabuhan untuk jong-jong China dan bot-bot tempatan.
Pada musim perdagangan, kapal-kapal Eropah akan datang untuk singgah di pelabuhan Hoian
pada musim perdagangan. Namun, apabila angin monsun menjelang, kapal-kapal tersebut
akan berlayar ke Teluk Turon di Vietnam Tengah. Faifo (Hoian) di Cochinchina merupakan
tempat yang paling banyak dikunjungi oleh para pedagang yang bertujuan untuk berdagang.
Barang-barang yang didagang merupakan barang-barang komoditi dari China dan Vietnam.

Di samping itu, penduduk Vietnam juga telah menjalankan aktiviti perlombongan


pada abad ke-19. Hasil perlombongan yang utama ialah arang batu. Longgokan arang batu
telah dijumpai di Quang Yen. Selepas pendudukan Perancis, galian pencarian arang batu ini
telah diusahakan secara komersial. Selain itu, kegiatan perikanan juga diadakan di Tasik
Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport
atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan
Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.

P-B. Lafont, 1996, Semenanjung Indochina Suatu Pengenalan, (Mohd. Zain Musa,
Penterjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

5
KH Ong, 2015, Kawasan petempatan orang cina di Vietnam Selatan, Universiti Malaya
D.J.M. Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan
Sosial, Jilid Kedua,

D.G.E Hall, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Gilbert khoo, 1976, Sejarah

KH Ong, 2015, Kawasan petempatan orang cina di Vietnam Selatan, Universiti


Malaya

Anda mungkin juga menyukai