Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 14

Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat vietnam pada abad
ke-19 masihi.

Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung
keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Kegiatan
ekonomi memiliki sifat seperti berikut. Contohnya, mereka memenuhi keperluan diri dan
keluarga, tidak mementingkan lebihan hasil untuk diperdagangkan dan tidak wujud
pengkhususan kerja yang jelas. Kegiatan ekonomi sara diri merupakan kegiatan utama yang
dijalankan oleh rakyat vietnam sebelum kedatangan barat. Kegiatan yang dilakukan tertumpu
kepada penanaman padi, tanaman sampingan, tanaman teh, perikanan secara kecil-kecilan
dan sistem pertanian pindah.

Salah satu kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat vietnam pada abad
ke-19 masihi ialah pertanian padi. Masyarakat vietnam menjalankan kegiatan ekonomi sara
diri dengan tumpuannya kepada penanaman padi. Padi merupakan makanan utama penduduk
vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi ditanam di vietnam dan jenis padi yang berbeza
mengikut iklim dan tanah. Padi sawah ditanam di lembah sungai mekong kerana tanahnya
yang subur. Tanah yang subur ini kesan daripada limpahan lumpur sungai mekong. Di
vietnam utara, penanaman padi diadakan dua kali setahun di lembah sungai mekong. Padi
ditanam untuk keperluan keluarga dan bukannya untuk dijual atau dieksport. Tegasnya,
penanaman padi secara kecil-kecilan sebagai sumber makanan merupakan aktiviti sara diri di
vietnam.

Selain itu, tanaman sampingan juga merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang kedua di
vietnam. Antara contoh kegiatan ekonomi sampingan yang diusahakan ialah ubi keledek,
jagung, kacang dan buah-buahan. Tanaman sampingan ini ditanam sebagai tanaman luar
musim kering di sawah padi. Tanaman sampingan ini ditanam secara meluas di kawasan
cochin-china dan annam. Selain itu, petani juga terlibat dalam penanaman teh di bahagian
tengah tonking dan utara annam. Jelaslah bahawa, tanaman sampingan merupakan aktiviti
sara diri yang ditanam sebagai sumber makanan tambahan selain padi.

Di samping itu , Perikanan secara kecil-kecilan juga merupakan kegiatan ekonomi sara diri
yang ketiga di vietnam. Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan perikanan secara kecil-
kecilan di sungai mekong. Selain menjadi kawasan pertanian, sungai mekong juga
berperanan sebagai kawasan perikanan yang penting. Sebagai masyarakat yang bergantung
dengan kegiatan ekonomi sara diri, kegiatan pertanian dan perikanan dijalankan secara
beriringan. Penangkapan ikan air tawar adalah penting bagi ekonomi sara diri dan dijalankan
sepanjang tahun. Oleh itu, aktiviti perikanan dijalankan secara sara diri bagi membekalkan
sumber makanan kepada penduduk tempatan.
Akhir sekali, kegiatan ekonomi sara diri yang terakhir ialah pertanian pindah. Pertanian
pindah dijalankan oleh suku-suku nomad yang hidup berpindah-randah. Lazimya aktiviti
pertanian dijalankan di kawasan bukit dan kawasan pedalaman. Kawasan pertanian pindah
dikenali sebagai rai atau ray. Keunikan kawasan tanaman pindah adalah pelbagai jenis
tanaman ditanam di dalam satu kawasan. Selepas satu tempoh masa, mereka akan berpindah
ke tempat lain untuk bercucuk tanam. Oleh itu, pertanian pindah memainkan peranan penting
bagi suku-suku kaum nomad

Kesimpulannya, vietnam mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri terutamanya dalam


kegiatan penanaman padi. Di samping itu, mereka juga terlibat dalam aktiviti pertanian
sampingan dan perikanan sebagai sumber makanan. Segala aktiviti yang dijalankan pada
peringkat keluarga , tiada pengkhususan dan tidak menggunakan teknologi moden.
Kedatangan penjajah telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem ekonomi sara diri
ekoran pengenalan sistem ekonomi komersial. Pengenalan ekonomi komersial menyebabkan
penduduk tempatan terpisah daripada arus pembangunan ekonomi yang mula dikuasai oleh
orang asing.

Anda mungkin juga menyukai