Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Kegiatan Ekonomi Tradisional Masyarakat Melayu

Pendahuluan Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang


hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara
keluarga. Kegiatan ekonomi jenis juga dikenali sebagai ekonomi
sara diri serta merupakan kegiatan ekonomi masyarakat yang
paling asas dan utama. Dalam ekonomi tradisional, tidak wujud
pengkhususan dalam pekerjaan. Mereka melakukan pelbagai jenis
pekerjaan pada masa yang sama seperti menjadi nelayan, petani,
penternak dan pembuat sampan.
Isi 1 Masyarakat tempatan mengusahakan kegiatan pertanian bagi
Pertanian menghasilkan makanan secara sara diri. Tanaman padi menjadi
sumber makanan dan tanaman yang utama. Sumber makanan
yang lain ialah buah-buahan, sayur-sayuran, ubi-ubian, bijirin dan
kekacang. Keperluan hidup petani adalah bersifat sederhana
dengan lebih menekankan kepada keperluan asas rumah tangga.
Kegiatan pertanian tertumpu di kawasan-kawasan yang subur
seperti di tebing sungai kerana kepentingan sungai sebagai jalan
perhubungan, tempat pengutipan cukai dan strategik untuk
dijadikan pusat pemerintahan. Pemilikan tanah diasaskan kepada
suatu keluasan tertentu yang hasilnya dapat menampung
keperluan sebuah keluarga. Saiz tanah yang dimiliki masyarakat
petani hanya dalam lingkungan purata dua ekar untuk setiap
keluarga dan hasil pengeluaran bergantung kepada saiz tanah
yang dapat dikerjakan, jumlah keperluan sendiri dan juga tenaga
kerja keluarga sebagai unit asas pengeluaran.
Isi 2 Terdapat dua jenis padi yang diusahakan, iaitu padi huma/bukit
Tanaman Padi dan padi sawah. Padi huma ditanam di kawasan yang lebih tinggi
seperti di lereng bukit kerana tidak memerulukan banyak air. Padi
huma ditanam secara pertanian pindah oleh masyarakat yang
tinggal dikawasan pedalaman. Pertanian pindah merupak sejenis
pertanian terawal yang biasanya diamalkan oleh masyarakat
Orang Asli seperti Semai, Dayak, Iban, Jakun dan Temiar. Padi
sawah ditanam di kawasan rendah yang mempunyai banyak air
dan kebanyakkannya ditanam di kawasan subur seperti
berhampiran tebing sungai dan di tanah pamah pesisiran pantai.
Sistem pengairan mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 untuk
memudahkan penanaman padi. Tali air dan terusan telah dibina
untuk membawa masuk air ke dalam sawah padi. Empangan yang
diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan digunakan untuk
menyekat air sungai bagi disalirkan ke sawah.
Isi 3 Masyarakat tempatan juga menternak binatang ternakan seperti
Penternakan/Berburu/ ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan,
Menjerat binatang ternakan seperti lembu dan kerbau digunakan untuk
membajak sawah dan menarik kayu. Berburu merupakan salah
satu kegiatan ekonomi tradisional yang dilakukan secara
sampingan. Antara binatang yang diburu ialah kancil, rusa,
pelanduk dan seladang. Selain itu, menjerat gajah turut menjadi
satu kegiatan ekonomi kerana gajah merupakan binatang yang
mempunyai banyak kegunaan. Gajah boleh digunakan untuk
membawa barang dan penumpang serta menjadi alat
pengangkutan utama golongan pemerintah.
Isi 4 Kegiatan menangkap ikan adalah antara hasil pencarian utama
Perikanan masyarakat tempatan terutamanya penduduk yang tinggal
berhampiran laut, sungai dan tasik. Kegiatan ini diusahakan
dengan meluas di negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kegiatan menangkap
ikan dilakukan secara sara diri dan jika terdapat lebihan akan
ditukarkan dengan keperluan lain. Lebihan hasil laut seperti ikan
dan udang akan dibuat keropok atau dikeringkan. Anak-anak ikan
dan udang dijadikan ikan kering, belacan, cencaluk dan budu
sebelum dijual. Kerja mengering dan membuat ikan masin
dilakukan oleh golongan wanita dan kanak-kanak. Nelayan
biasanya menukarkan ikan dengan beras dari kampung-kampung
yang mengusahakan tanaman padi. Musim menangkap ikan
biasanya dijalankan di antara bulan Mac hingga Oktober setiap
tahun dan dihentikan pada musim tengkujuh, iaitu di antara bulan
November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora.
Pada masa ini, mereka akan menangkap ikan di sungai atau tasik.
Penangkapan ikan di laut menggunakan pukat, jala, jaring, kelong
dan rawai manakala penangkapan ikan di sungai menggunakan
pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak dan serampang.
Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai