Anda di halaman 1dari 24

1

KEMASUKAN BURUH ASING KE MALAYSIA

JAYZLEE (HUBUNGAN INDUSTRI)

1
2

1.0 PENGENALAN

Kedudukan British di Malaysia sebelum merdeka semakin kukuh setelah Perjanjian Pangkor
ditandatangan pada 20 Januari 1874. Tujuan campur tangan kuasa Eropah ke atas bumi
melayu ini adalah bertujuan untuk menguasai kekayaan hasil bumi yang sedia ada. Abad ke-19
adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan
politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perkembangan perusahaan perlombongan
bijih timah dan getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah mendorong British
mengusahakan perlombongan bijih timah dan penanaman getah secara besar-besaran
(Sivachandralingam Sundra Raja (et al.), 2008). Perkembangan perusahaan bijih timah dan
getah telah membawa kepada kedatangan buruh asing dari Cina dan India ke Tanah Melayu.
Seterusnya, penghijrahan buruh Cina dan India ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu sehingga ke hari ini.

Dalam konteks sejarah, proses kemasukan buruh asing dari china dan india jelas berlaku
pada abad ke-19 apabila Kerajaan British berusaha membawa masuk golongan buruh Cina dan
India untuk berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk
peribumi. Bahkan bukan sedikit yang berpendapat, masyarakat majmuk di Malaysia pada hari
ini ialah kerana kontruksi pihak British. Menurut J.S. Furnival dalam Ruslan Zainuddin (2004),
masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat seperti Malaysia hari ini terdiri daripada
pelbagai kaum dengan setiap kaum mempunyai budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara
hidup yang tersendiri.

Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) pihak British, konsep masyarakat
majmuk lahir daripada migrasi kaum-kaum Cina dan India dapat dicirikan dengan perpecahan
dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di bawah satu sistem. 
Perpecahan ini dapat dirujuk kepada aspek politik, ekonomi, dan sosial masyarakat. Keadaan ini
jelas apabila berlaku pembahagian buruh dalam sistem ekonomi berdasarkan pemisahan kaum
dalam masyarakat dengan setiap kaum mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri
(Ruslan Zainuddin, 2003). Kemasukan masyarakat luar ke Tanah Melayu bukan sahaja
melibatkan kaum Cina dan India, malah ada orang Indonesia yang datang dari Kalimantan,
Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Persoalannya, mengapakah

2
3

penghijrahan berlaku pada zaman itu? Mengapakah kaum Cina dan India yang menjadi intipati
kepada pokok persoalan penghijrahan di Tanah Melayu, sedangkan terdapat juga bangsa-
bangsa lain? Soalan ini akan terjawab apabila kita mengupas akan proses kedatangan imigran
Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu.

Maka, kajian ini diajalankan bertujuan untuk mengetahui sebab kedatangan buruh Cina dan
India dari faktor penolak dari negara asal masing-masing dan faktor penarik yang ada di bumi
melayu dan yang mempengaruhi kedatangan mereka ke tanah melayu. Di samping itu,
kemasukan dan cara kemasukan juga turut difokuskan dalam kajian ini, seterusnya kesan
kemasukannya. Jelas, bahawa proses kemasukan buruh-buruh Cina dan India ke Tanah Melayu
telah mendominasi kepelbagaian etnik di negara ini sekaligus melahirkan
sifat ‘hetergenous’budaya, perpecahan social dan konflik. Masyarakat dikelompok mengikut
lokasi dan peluang-peluang ekonomi mereka. Keadaan ini telah melahirkan sedikit sebanyak
sifatkomunalisme (perkauman) dalam masyarakat. Rentetan daripada isu kemajmukkan
masyarakat di Malaysia hari ini, fokus penulisan esei ini turut meninjau perspektif proses
kedatangan imigran-imigran  Cina dan India ke Tanah Melayu berdasarkan sebab tertentu dan
kesannya.

3
4

2.0 KEMASUKAN BURUH ASING KE MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

Selepas kekalahan jepun dalam perang dunia kedua, pihak british kembali
berkuasa. Seterusnya, pihak british mula mengeksploitasi sumber-sumber alam dan aktiviti
ekonomi yang terdapat di tanah melayu. Bagi melancarkan penguasaan british di tanah
melayu, pihak british bertindak membawa masuk buruh-buruh asing yang secara besar-
besaran dan secara majoritinya buruh dari Negara cina dan india. Akibat daripada
perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain, permintaan terhadap bahan mentah
seperti getah dan bijih timah membuka banyak kawasan pertanian dan lombong, dan ini
sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai juga. Politik di Tanah Melayu juga
berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai
golongan pemodal dan imigran Cina ke Tanah Melayu.

2.1 BURUH CINA

Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa
undang-undang yang berkaitan. Contohnya, pada tahun 1877, The Chinese
Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang
Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina (Saw, S. H. , 2012).

Pada peringkat awal, buruh Cina tertumpu di kawasan perlombongan awal


seperti di Lukut dan Sungai Ujong (John Anderson, 1824). Selain aktiviti
perlombongan, kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir. Buruh Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem
Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dikenali sebagai Surat Sungai.

Terdapat beberapa cara kemasukan buruh asing dari china ke tanah melayu,
antaranya Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan
masuk menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah
pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu
dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta

4
5

menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah


pengawasannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15 000 orang Cina telah dibawa masuk
ke Johor melalui sistem Kangchu ini (Ruslan Zainuddin, 2014).

Seterusnya, melalui sistem kemasukan khas yang dikenali sebagai sistem tiket
kredit. Sistem ini boleh dilihat dalam usaha membawa masuk buruh asing dari China
secara sistematik dan berkesan oleh pihak british. Usaha British ini dibantu oleh
agensi-agensi kerja yang menguruskan kemasukkan buruh asing Cina ke Tanah
Melayu. Kaedah ini menyebabkan buruh Cina ini berhutang terlebih dahulu dan
membayarnya sehingga selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan
untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal
dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh” (Ruslan Zainuddin,
2014).

Akhir sekali, berhijrah secara berkumpulan. Mereka datang secara beramai-ramai


menggunakan satu kapal. Penghijrahan orang Foochow ke Sibu, Sarawak semasa
zaman Charles Brooke diketuai oleh Wong Nai Siong (Ruslan Zainuddin, 2010). Cara
ini berjaya membawa masuk orang Cina dan sekaligus menetap secara berkumpulan
(Ruslan Zainuddin, 2010).

Menurut para sejarawan, kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu dikatakan


bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi. Kemasukan yang amat jelas,
bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran
dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau
Pinang dan Singapura pada abad ke 18. Buruh Cina juga datang ke Tanah Melayu
untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak
antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau
singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk
mendapatkan bekalan buah-buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat
akar kayu. Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera, kain
benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan
yang luas dan ‘mewah’ ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika
itu sangat konsisten dan berterusan (Institute Pentadbiran  Awam  Negara, 1980).

5
6

Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19.
Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih
timah dan ladang lada hitam. Kemasukan imigran Cina juga sedikit sebanyak memberi
kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu.
Antara yang utama ialah dari aspek politik, sosial, ekonomi dan kesenian di Tanah
Melayu. Menurut Ruslan Zainuddin (2004), faktor mendorong imigran Cina untuk
memulakan kehidupan baharu di seberang laut menjadi pemangkin kepada proses
penghijrahan ini di samping memiliki sifat keberanian, ingin mengembara dan mahir
dalam ilmu pelayaran.

Mengikut statistik, Negeri-negeri Selat mencatat bilangan tertinggi dari segi


kemasukan imigran Cina ini. Menurut Ranjit Singh Malhi (1985), pada tahun 1820
terdapat 8300 orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150
orang Cina di Singapura. Bilangan imigran Cina di Melaka pula pada tahun 1826 ialah
seramai 4100 orang. Keadaan ini menunjukkan kepesatan penghijrahan imigran Cina
ke Tanah Melayu, khususnya Negeri-negeri Selat akibat daripada kepesatan ekonomi
era penjajah British di Tanah Melayu. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Tanah
Melayu berasal dari bahagian selatan China, iaitu dari wilayah-wilayah Fukien,
Kwangtung dan Kwangsi. Menjelang tahun 1830, bilangan imigran Cina di negeri-
negeri Melayu dianggarkan berjumlah kira-kira 40 000 orang (Purcell, (1997) dalam
Ruslan Zainuddin, 2003). Hal demikian menyebabkan kebanjiran imigran Cina di
Tanah Melayu menjadi titik tolak terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu
dalam era penjajah selanjutnya.
Jadual 1

Malaya: taburan penduduk pekerja estet mengikut etnik 1938-1947

Kaum/Tahun 1938 1941 1946 1947


India 214 323 209 871 137 027 221 240
Cina 57 897 61 257 51 651 87 434
Melayu 15 230 18 474 21 258 26 663
Jawa 8 699 10 215 8 680 18 638
Lain-lain 1 221 293 235 719
jumlah 297 370 300 104 218 851 354 694

6
7

Sumber: Charles Gamba, The Origins Of Trade Unionism in Malaya, Singapore: Eastern
Universities Press Ltd, 1962.

Jadual 2

Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik (‘000)

1940 1957
Semenanjung Malaysia Semenanjung Malaysia
Melayu & Lain-lain orang asli 2 173.0 3 187.4
Cina 1 756.0 2 369.9
India 687.3 718.1
Lain-lain 76.7 12.2
Jumlah 4 693.0 6 287.6
Sumber: jabatan Perangkaan Negara, Kuala Lumpur

Jadual diatas menunjukkan taburan penduduk pekerja estet mengikut etnik pada tahun 1938
sehingga 1947 dalam jadual 1 dan Taburan penduduk mengikut kumpulan etnik pada tahun
1940 dan 1957 di semenanjung Malaysia dalam jadual 2.

Menurut jadual 1, dari tahun 1938 hingga tahun 1947 kadar penduduk pekerja estet yang
tertinggi adalah kaum india, diikuti dengan kaum cina. Seterusnya, penduduk pribumi. Kadar
penduduk terendah adalah jawa dan lain-lain. Hal demikian kerana, dasar pecah perintah yang
dilaksanakan oleh british dengan mengasingkan aktiviti ekonomi mengikut kaum.

Seterusnya, jadual 2 menunjukkan taburan penduduk pribumi dan lain-lain orang asli pada
tahun 1940 dan 1957 adalah yang tertinggi. Diikuti dengan etnik cina dan india adalah yang
terendah diikuti dengan lain-lain etnik.

2.2 BURUH INDIA

Pergerakan buruh asing India ke Malaysia sebelum merdeka berlaku secara besar-
besaran mulai tahun 1840-an. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang
tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan utama
penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun
1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48 000 buruh India telah berhijrah ke Tanah

7
8

Melayu. Ianya meningkat 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila
dianggarkan seramai 908 000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu (Hairi Abdullah, 1989).

Proses kedatangan buruh asing dari India ke Malaysia sebelum merdeka antaranya
melalui sistem kontrak. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat
pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-
kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang
pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan
tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan (Hagan &
Wells, 2005). Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu
selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan (Ruslan Zainuddin (ed.), 2010). Buruh-buruh
ini biasanya dilayan dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari
seminggu. Gaji mereka rendah dan apabila pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di
samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk
menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dimansuhkan (Ruslan Zainuddin
(ed.), 2010).

Selain itu, sistem kangani yang diperkenalkan pada tahun 1898. Majikan yang ingin
mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke
India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara
mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrah ke Tanah Melayu.
Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga
ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani
yang mereka kenal dan dilayan dengan baik (Ruslan Zainuddin (ed.), 2010).

Manakala, proses kemasukan buruh India yang seterusnya berlaku secara persendirian.


Buruh-buruh ini datang secara berseorangan tanpa melalui agen mahupun melalui pihak
Inggeris. Apabila sampai ke Tanah Melayu, mereka akan berusaha mencari majikan sendiri dan
tidak terikat dengan sesiapa pun. Sistem ini agak baik namun tidak ramai golongan buruh India
yang dapat sampai dengan kaedah ini kerana faktor kemiskinan.

Kebanyakkan buruh-buruh india yang datang ke Malaysia sebelum merdeka pada


awalnya bukan bertujuan untuk tinggal di sini. Selepas mereka selesai bekerja untuk satu

8
9

tempoh tertentu, mereka akan pulang ke kampung halaman mereka masing-masing. Oleh
sebab itu terdapat keseimbangan dari aspek kemasukan buruh india ke tanah melayu dengan
mereka yang pulang semula ke tanah air mereka. Sebagai contoh, pada tahun 1910 jumlah
kaum india yang telah datang ke Malaysia sebelum merdeka adalah 90 000 orang dan yang
pulang ke tanah air mereka adalah 40 000 orang. Walau bagaimanapun, pada tahun 1932, iaitu
tahun kemelesetan ekonomi dunia, jumlah kemasukan buruh adalah seramai 6 500 orang,
manakala yang pulang ke india adalah seramai 85 000 orang. (Sandhu, 1969)

Jadual 3 menunjukkan dengan lebih terperinci penghijrahan ke Malaysia dan perpindahan


keluar kaum india dari Malaysia dari tahun 1900 hingga tahun 1955.

Jadual 3

penghijrahan ke Malaya dan perpindahan dari Malaya kaum india, 1900 – 1955

Tahun Penghijrahan ke malaya Perpindahan


dari malaya
1900-1910 479 626 256 549
1911-1921 908 100 561 913
1921-1931 888 751 703 809
1931 51 576 122 131
1932 44 863 104 503
1933 45 163 52 581
1934 124 579 50 781
1935 100 935 64 042
1936 73 681 63 711
1937 158 042 68 397
1938 76 300 96 410
1939 56 191 67 334
1941 (Jan-oct) 41 008 50 283
1948 23 925 -24 189*
1950 29 325 21 805
1951 32 069 25 643
1952 37 802 24 746
1953 39 197 19 872
1954 24 053 -24 287*
1955 31 028 27 903
Sumber Mahajani, Usha. 1973. The Role Of Indian Minorities in Burma and Malaya. Repr.
Westport: Greenwood Press,. M.s. 106-107.

9
10

*Lebih penghijrahan dari perpindahan

Dari jumlah buruh india yang bekerja di ladang-ladang dan estet-estet, jadual 4 menunjukkan
jumlah tenaga buruh asing kaum india dari tahun 1907 hingga tahun 1937.

Orang india yang datang ke tanah melayu kebanyakannya berasal dari india selatan di mana
sebahagian besar terdiri dari orang tamil. Ada juga daripada kaum india yang datang dari sri
lanka. Kaum india telah diimport, seolah-olah mereka dianggap sebagai barang dagangan (T.H.
Silcock dan Ungku Aziz, 1953) untuk bekerja di ladang-ladang getah dan dieksport semula
apabila permintaan ekonomi terhadap mereka berkurangan. Ini berlaku bila berlakunya “Great
Depression” di mana permintaan untuk barangan eksport tanah melayu telah berkurangan dan
kerajaan terpaksa mengurangkan pengambilan tenaga buruh dan ramai buruh india kehilangan
kerja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas imigrasi dan syarat-syarat pekerjaan orang india
adalah ketat, ini mungkin disebabkan pendirian kerajaan india yang mengambil berat supaya
kaum imigrannya mendapat sedikit perlindungan (R.S.Milne dan Daine K. Mauzy, 1982).

Jadual 4

tenaga buruh india bekerja di estet-estet di Malaya 1907-1937

Tahun Jumlah
1907 43 824
1908 43 515
1909 55 732
1910 t.a
1911 109 633
1912 t.a
1913 142 476
1914 120 144
1915 126 347
1916 138 295
1917 148 834
1918 139 480
1919 160 658
1920 160 966
1921 121 589
1922 121 463

10
11

1923 119 242


1924 137 761
1925 176 114
1926 172 466
1927 162 460
1928 181 205
1929 132 745
1930 104 767
1931 90 003
1932 96 138
1933 119 443
1934 118 591
1935 123 595
1936 155 725
1937 137 353
Sumber: Parmer, 1960: 273.

Nota: t.a.=Tidak diperolehi

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEMASUKAN BURUH ASING KE MALAYSIA SEBELUM


MERDEKA

Hubungan awal antara India dengan Tanah Melayu telah bermula di sekitar abad
pertama Masihi lagi[ CITATION DrM91 \l 1033 ]. Hubungan di antara kedua-dua negara berkait
rapat dengan aktiviti perdagangan, di samping usaha-usaha untuk menyebarkan agama Hindu
dan Buddha di rantau Asia Tenggara. Kemasukan buruh India secara besar-besaran ke Malaysia
sebelum merdeka bermula pada tahun 1840 disebabkan tenaga buruh yang ramai diperlukan
dalam bidang pertanian, khususnya tanaman getah. Kaum Cina pula adalah kaum yang tidak
dapat dipisahkan dengan sejarah kemasukan buruh dari Negara luar ke Malaysia sebelum
merdeka. Hal ini demikian memandangkan kedatangan mereka telah pun lama berlaku, seperti
lazimnya kedatangan sesuatu bangsa ke sesebuah kawasan, orang Cina juga pada awalnya
masuk ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan sebilangan kecil mereka pernah menetap di sini
khasnya pada zaman Kesultanan Melaka[ CITATION Kho71 \l 1033 ]. Berdasarkan kajian latar
belakang sejarah masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu menunjukkan bahawa ianya
mungkin telah berlaku di sekitar awal tahun Masihi yang mana pada ketika itu hubungan Kedah
dan India sungguh rapat[ CITATION Kho71 \l 1033 ]. Maka, disebabkan itulah jumlah masyarakat

11
12

cina dan india meningkat secara drastik di Tanah Melayu. Kepelbagaian faktor telah membawa
buruh-buruh cina dan india masuk ke Malaysia sebelum merdeka.

3.1 FAKTOR PENOLAK

3.1.1 Buruh Cina

Kemasukan buruh asing dari cina ke malaysia sebelum merdeka ini


berlaku disebabkan oleh permasalahan ekonomi yang teruk yang telah berlaku di
Negara China, masalah seperti bencana alam yang sering melanda china seperti
banjir besar telah menjejaskan industri pertanian yang merupakan kegiatan
ekonomi yang utama bagi masyarakat di China (Othman, 2002). Kejadian bencana
alam seperti gempa bumi, banjir dan kemarau yang melanda China telah
menyebabkan masyarakat Cina yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup
berorientasikan pertanian telah mengalami masalah seperti berlakunya krisis
ekonomi serta masalah kebuluran. Faktor penolak kemasukan buruh Cina turut
dipengaruhi oleh dasar kerajaan China sendiri yang turut menggalakkan rakyatnya
berhijrah ke negara lain[ CITATION Moh02 \l 1033 ] (Ruslan Zainuddin, 2010)

Selain itu, pertambahan penduduk di Negara China yang tidak terkawal


menyebabkan permintaan masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga
kerja sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi kuantiti
penawaran pekerjaan oleh kerajaan China. Contohnya, penduduk negara China
berjumlah 181 juta pada tahun 1751 meningkat kepada 432 juta pada tahun 1851.
Di samping itu, Kerajaan Manchu juga turut menuntut cukai yang tinggi untuk
menampung perbelanjaan pentadbiran. Ramai petani tidak mampu untuk
membayar cukai dan terpaksa menjual tanah milik mereka. Seterusnya
mengakibatkan 60 hingga 90 peratus daripada golongan petani kehilangan tanah
[ CITATION Moh02 \l 1033 ].

Keadaan politik di China yang tidak stabil juga menjadi faktor penolak
bagi kedatangan buruh Cina ke Malaysia sebelum merdeka. Masyarakat Cina sering
melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Hal

12
13

demikian kerana pada tahun 1644 Dinasti Manchu telah menakluki negara China
dan mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk tempatan di negara
China. Pemberontakan yang terkenal adalah pada tahun 1850 hingga 1864 iaitu
Pemberontakan Taiping. Pemberontakan ini diketuai oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi
pemberontakan tersebut itu tidak berjaya menggulingkan Kerajaan Manchu.
Disebabkan oleh pemberontakan tersebut, kerajaan China telah bertindak dengan
tegas dan kejam untuk menghilangkan perasaan tidak puas hati rakyat china. Hal
ini menyebabkan ramai orang Cina melarikan diri daripada menjadi mangsa
kekejaman Kerajaan Manchu. Oleh itu, mereka dengan rela hati datang ke Tanah
Melayu kerana British menjanjikan peluang pekerjaan kepada orang Cina
[ CITATION Bar83 \l 1033 ].

3.1.2 Buruh India

Faktor penolak kemasukan buruh India ke Malaysia sebelum merdeka


dikaitkan dengan keadaan sosial dan ekonomi yang tidak stabil di negara India.
Contohnya, masalah yang dihadapi oleh orang India ini adalah seperti bencana
alam yang sering berlaku di negara India. Hal demikian telah menyebabkan
masyarakat india yang mendiami kawasan bencana tersebut menghadapi
penderitaan yang teruk. Kawasan yang sering mengalami bencana alam seperti
kemarau yang akan merosakkan hasil-hasil tanaman adalah seperti Dataran Tinggi
Deccan dan India Selatan. Keadaan ini menyebabkan sumber bekalan makanan
mereka semakin kurang kerana hasil pertanian yang tidak mencukupi. Hal
demikian telah menyebabkan berlakunya peristiwa kebuluran masyarakat India
pada pertengahan abad ke-19 di negara India [ CITATION AAz03 \l 1033 ]. (A. Aziz
Deraman, Rohani Zainal Abidin, 2003)

Pertambahan penduduk yang sangat juga salah satu faktor penolak


kedatangan buruh India. Contohnya, pada tahun 1845, penduduk India berjumlah
131 juta dan bertambah kepada 390 juta pada tahun 1941 (Ruslan Zainuddin,
2004). Penindasan kasta yang berlaku di negara India juga mendorong orang
India datang ke Tanah Melayu. Lebih 1/3 daripada jumlah buruh India yang

13
14

berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 terdiri daripada
kasta-kasta yang rendah (Arasaratnam, 1970). Dalam sistem kasta, Kasta tertinggi
ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra. Majoriti
masyarakat buruh India yang datang ke Tanah Melayu ini terdiri daripada
golongan kasta Sundra. Peluang ekonomi yang luas di Tanah Melayu terutamanya
dalam sektor pertanian telah menggalakkan kemasukan buruh-buruh India ke
Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu
seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah merupakan faktor yang
menggalakkan kemasukan Buruh India ke Tanah Melayu [ CITATION AAz03 \l 1033 ].
(A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, 2003)

3.2 FAKTOR PENARIK

3.2.1 Buruh Cina

Dari aspek faktor penarik pula, peluang ekonomi yang luas di Tanah
Melayu telah menggalakkan kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu. Negeri-
negeri Selat menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di
negeri-negeri Melayu dan bekerja dalam sektor perniagaan, pertanian dan
perladangan seperti di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu [ CITATION Rus10
\l 1033 ]. Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang menggalakkan british
untuk membawa masuk buruh asing terutamanya dalam menjayakan perusahaan
bijih timah dan pertanian di bawah Sistem Kangchu. Di bawah Sistem Kangchu,
buruh Cina diberi tanah oleh british untuk mengerjakan pertanian terutamanya
lada hitam [ CITATION Abu74 \l 1033 ]. Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20,
kehadiran modal asing dalam perusahaan getah dan bijih timah merupakan faktor
terpenting kepada peningkatan kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.

Galakkan kerajaan British juga merupakan faktor penarik kemasukan


buruh-buruh Cina. British menggalakkan kemasukan buruh Cina dengan
menyediakan kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan
sebagainya, di samping keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Selain
itu, kerajaan British juga memperkenalkan undang-undang dan peraturan

14
15

emigresen di Tanah Melayu bagi melancarkan kemasukan tenaga buruh dari luar
[ CITATION Rus101 \l 1033 ]. Hal demikian telah menarik minat buruh asing dari
china untuk datang ke Tanah Melayu kerana terdapat banyak peluang pekerjaan
yang disediakan.

3.2.2 Buruh India

Peluang ekonomi di Tanah Melayu Khususnya dalam perusahaan getah


menjadi faktor penarik kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan
pertanian ladang menyediakan banyak peluang pekerjaan seterusnya mendorong
kemasukan buruh asing india ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran [ CITATION
Che90 \l 1033 ]. Permintaan yang tinggi terhadap getah oleh Negara Eropah dan
Amerika Syarikat untuk menghasilkan pelbagai barangan seperti tayar, kasut,
penebat barangan elektrik dan sebagainya[ CITATION Moh92 \l 1033 ] telah
mendorong kerajaan British untuk mengusahakan penanaman getah secara besar-
besaran [ CITATION Azm01 \l 1033 ]. Keperluan ini semakin mendesak apabila kaum
buruh Melayu tidak suka untuk berladang getah. Oleh hal demikian, british
bertindak membawa masuk buruh asing dari India untuk bekerja di ladang-ladang
getah. Selain itu, permintaan buruh India semakin banyak, akibat daripada
Revolusi Perindustrian di Eropah yang menginginkan bekalan mentah yang banyak
[ CITATION Jim05 \l 1033 ].

Dorongan daripada Kerajaan British juga merupakan faktor penarik bagi


buruh India ke Tanah Melayu. Hal demikian kerana, buruh asing dari India rela
untuk bekerja walaupun gaji yang dibayar adalah rendah. Selain bekerja di ladang-
ladang, mereka turut diambil bekerja dalam pembinaan jalan raya dan jalan kereta
api. Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil
bekerja sebagai kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau di ladang-
ladang[ CITATION Rus102 \l 1033 ].

Seterusnya, kekurangan tenaga buruh juga menjadi faktor penarik


kemasukan buruh asing dari india ke tanah melayu. Disebabkan oleh jumlah
penduduk Tanah Melayu pada ketika itu rendah, buruh asing dari india dibawa

15
16

masuk secara besar-besaran oleh British. Di samping itu, disebabkan kaum-kaum


lain iaitu Melayu dan Cina tidak berminat untuk bekerja di ladang-ladang getah,
buruh india mula mendominasi pekerjaan di ladang-ladang getah. Hal Ini
menyebabkan, kaum India ini telah dijadikan buruh untuk membina bangunan-
bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat (Azmah Abdul Manaf,
2001).

4.0 IMPLIKASI KEMASUKAN BURUH ASING TERHADAP MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

4.1 Kesan Positif

Antara implikasi berlakunya kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu adalah wujudnya
sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Masyarakat Melayu hanya
menumpukan kepada aktiviti ekonomi sara diri khususnya dalam sektor perikanan dan
pertanian yang dilihat tidak begitu banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Apabila British membawa masuk kaum Cina untuk dijadikan buruh khususnya untuk
berkerja dalam sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi di Tanah Melayu
menjadi lebih maju. Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British,
telah mampu meningkatkan hasil ekonomi Tanah Melayu. Pada akhir pertengahan
abad ke-19 berlakunya peningkatan hasil ekonomi Tanah Melayu khususnya dalam
hasil perlombongan bijih timah (Power, 1997). Kemasukan buruh Cina juga telah
menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia
sehinggakan permintaan terhadap bijih timah berterusan, seterusnya banyak lombong

16
17

bijih timah yang telah dibuka. Ini berlaku kerana kos pekerja dapat dijimatkan
berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah (Power, 1997).

Kemasukan buruh Cina juga membawa kepada perkembangan dalam perusahaan bijih
timah di Malaysia sebelum merdeka di kawasan bijih timah yang utama seperti Larut,
Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada
peningkatan eksport pada 1850 sebanyak 6500 tan, 1890 sebanyak 15101 tan, 1900
sebanyak 43000 tan, 1905 sebanyak 57733 tan, dan 1937 sebanyak 77000 tan. Dari
aspek perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di
Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan (Hairi Abdullah, 1989). Di
samping itu, perkembangan ekonomi di Tanah Melayu ini semakin meningkat
disebabkan oleh kemasukan golongan imigran ini serta telah menyebabkan Tanah
Melayu ini menjadi sebuah negara pengeluar bijih timah yang tertinggi di dunia pada
masa itu disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari negara-negara luar.

Seterusnya, kemasukan buruh-buruh asing ini telah memberi kesan positif terhadap
pemikiran masyarakat khususnya masyarakat peribumi. Kaum Melayu yang
mengamalkan sistem ekonomi sederhana sebelum ini mula sedar dan mula mengatur
langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka yang pada
ketika itu lebih dinikmati oleh kaum asing seperti India dan Cina. Orang Melayu telah
menubuhkan sebuah Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946 yang bertujuan untuk
menyelidik dan memperbaiki industri kecil di kawasan desa seperti barang kesenian,
kraf tangan, pemilihan biji benih padi, kelapa serta mengubah suai kedai runcit dan
kedai kopi di kawasan desa. Selain itu, Jabatan ini juga bertujuan untuk menjaga
kepentingan perniagaan kaum Melayu dari diceroboh oleh kaum lain (Shamsul Amri
Baharuddin, 2007).

Dari aspek sosial pula, Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai ini juga telah
mendorong kepada pembentukan masyarakat majmuk dan pertambahan penduduk di
Malaysia. Kemasukan buruh asing dari China dan India yang dibawa masuk oleh
pemodal eropah dan cina untuk bekerja khususnya dalam sektor perlombongan dan
perladangan telah mewujudkan kepelbagaian kaum dan etnik. Menurut J.S. Furnivall,
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal berkelompok
mengikut kaum dalam unit politik yang sama dan setiap kelompok mengamalkan

17
18

agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri (Abdul Rahman
Haji Ismail, Azmi Arifin, Nazarudin Zainun, 2006). Masyarakat Peribumi meningkat
sebanyak 34.9 peratus, Cina naik sebanyak 83.4 peratus dan India peningkatannya
mencecah 188.8 peratus.

4.2 Kesan Negatif

Kesan negatif yang wujud hasil dari pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu pada
ketika itu adalah terbentuknya daerah-daerah petempatan dan pengkelasan kaum
mengikut fungsi ekonomi. Keadaan yang serupa masih berlaku sehingga hari ini.
Pengkelasan ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh
british. Hal ini dengan jelas tidak wajar kerana ia boleh memecah belahkan masyarakat
yang ada (Hagan & Wells, 2005). Kaum peribumi dianggap sebagai kaum petani dan
hanya tinggal di kawasan desa tradisional sehingga ke hari ini. Kaum Cina pula dianggap
sebagai kaum peniaga yang menetap di bandar-bandar dan pekan-pekan. Di samping
itu, wujud satu istilah bagi menggambarkan majoriti orang Cina di sesuatu kawasan
petempatan iaitu istilah ‘pekan cina’ dan istilah tersebut diguna pakai sehingga ke hari
ini. Masyarakat atau buruh kaum India pula menetap dalam kelompok mereka di ladang-
ladang atau estet-estet (ShamsulAmri Baharuddin, 2007).

Kesan negatif kemasukan buruh Cina dan India dari aspek sosial pula, wujudnya
pertubuhan kongsi gelap berdasarkan negara asal mereka. Masalah sosial yang berlaku
antaranya ialah pelacuran dan ketagihan. Pertubuhan kongsi gelap ini menimbulkan
konflik antara kumpulan sehingga menyebabkan pergaduhan dan wujudnya hubungan
yang tidak baik. Antara konflik tersebut adalah sentimen perpaduan yang kuat,
perbezaan monopoli pekerjaan, pergaduhan, dan sebagainya boleh mewujudkan
suasana yang tidak aman dan genting (Mohd Isa Othman, 1999). Ketagihan juga ketara
berlaku yang mana buruh cina dengan candunya dan buruh India dengan todinya.

Kemasukan buruh asing Cina dan India juga telah mewujudkan sistem
persekolahan yang menerapkan budaya masing-masing di Tanah Melayu. Pendidikan
merupakan asas kepada pembentukan perpaduan (Mohammad Redzuan Othman, 2006)
(ShamsulAmri Baharuddin, 2007). Pada awalnya seperti yang kita tahu, sistem

18
19

pendidikan di Tanah Melayu adalah tidak formal dan fokusnya lebih kepada pendidikan
agama. Pembelajarannya lebih kepada membaca al-Quran, pembelajaran bahasa Arab,
hukum agama serta penguasaan teknikal seperti menulis, mengira dan membaca.
Seterusnya, setelah pihak British berkuasa di Tanah Melayu, sistem pendidikan
vernakular diperkenalkan yang turut dipengaruhi oleh golongan imigran atau buruh.
Sistem pendidikan ini telah mengekalkan masyarakat Melayu berada di kawasan
pedalaman dan kampung. Sekolah bagi kaum Melayu yang ditubuhkan oleh British
untuk orang melayu adalah sekolah yang memberi tumpuan hanya untuk memberi
kemahiran membaca, menulis dan mengira sahaja. Situasi tersebut telah menghalang
perkembangan pemikiran golongan bumiputera di Tanah Melayu (Malaysia Kita, 1991).

Kesan dasar british yang memberi keutamaan kepada kaum imigran setelah
menguasai politik orang-orang melayu adalah hilangnya kuasa para pembesar melayu
terhadap perusahaan melombong bijih timah (Malaysia Kita, 1991). Sistem pentadbiran
yang berbentuk feudal iaitu masyarakat Melayu yang menjadikan Sultan sebagai raja
dan menghormati ketua seperti penghulu telah menggalakkan British untuk berbaik
dengan Sultan dan ketua orang Melayu (Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1983). Di
samping itu, kuasa Sultan dan penghulu yang dikekalkan telah mengaburi mata
masyarakat Melayu di kawasan pedalaman, seterusnya tidak terlalu merasai kehadiran
british. Hal demikian kerana British yang meneruskan tujuan berbaik-baik dengan Raja-
raja Melayu. Kesannya, masyarakat Melayu kekal sebagai masyarakat tani dan menetap
di kawasan desa kerana dasar berbaik-baik British. Selain itu, golongan pembesar
tradisional turut kehilangan kuasa memungut cukai dan seterusnya hilang punca
pendapatan mereka. Sebelum ini Sultan dan Pembesar Melayu berkuasa memungut
cukai berkaitan perlombongan dan perniagaan jajahan takluk mereka. Namun semua ini
berubah dengan ketara selepas pengenalan sistem Residen. Keruntuhan sistem ekonomi
tradisional yang menjadi tunjang kekuasaan pembesar Melayu itu telah menyebabkan
kelemahan sistem politik bumiputera (Malaysia Kita, 1991).

5.0 KESIMPULAN

19
20

Secara kesimpulannya, kemasukan buruh asing dari Negara China dan India pada abad
ke-19 yang disebabkan oleh pelbagai faktor penolak dan penarik, proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum telah bermula di Malaysia. Kemasukan buruh Cina,
India dan imigran ke Malaysia sebelum merdeka telah membentuk satu masyarakat majmuk
serta organisasi sosial dan budaya yang berbeza-beza. Kemasukan buruh asing ini juga telah
mengubah corak dan sistem sosial Malaysia sebelum merdeka dan masyarakat melayu pada
ketika itu. Selain itu, penulis dapat simpulkan bahawa terdapat banyak kesan yang positif dan
negatif yang timbul akibat daripada kemasukan buruh asing ke Malaysia sebelum merdeka, dan
kesannya masih boleh dilihat dalam Negara Malaysia kini.

RUJUKAN

A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin. 2003. Globalisasi dan Peradaban di Malaysia . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm 211.

A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin. 2003. Globalisasi dan Peradaban di Malaysia . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abu Talib Ahmad. 1974. Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Fajar
Bakti. Hlm. 180

Abu Talib Ahmad. 1974. Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Abu Talib Ahmad. 1974. Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Fajar
Bakti. Hlm 172.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 8.

20
21

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 8.

Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin, Nazarudin Zainun. 2006. Nasionalisme Dan Revolusi Di
Malaysia dan Indonesia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm 102.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti. Hlm 156.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Charles Gamba. 1962. The Origins Of Trade Unionism in Malaya . Singapore: Eastern
Universities Press Ltd.

Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-
Negara Lain. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hlm 172

Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-
Negara Lain. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Choon Lee Chai. 2008. ‘ Science and  Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal
Rationalization in Malaysia’. Department of Sociology University of Saskatchewan : Tesis PhD.
Hlm 139.

Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN). hlmn: 420.

Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN).

Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Hlm 59

Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm 71

Institute Pentadbiran  Awam  Negara. 1980.  Negara   Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar


Pembangunan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 113.

Jim Hagan and Andrew Wells. 2005. The British and Rubber in Malaya. C 1890-1940 Autralian
Society for the Study of Labour History

Jim Hagan and Andrew Wells. 2005. The British and rubber in malaya . C 1890-1940. Australian
society for the study of Labour History

21
22

John Anderson. 1824. Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan
Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca (Prince of wales Island 1824)hal.
202.

Khoo Kay Kim. 1971. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu.
Jebat, Bil. 1. 1971/72.Jabatan Sejarah. Universiti Malaya.

Khoo Kay Kim. 1971. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu.
Jebat, Bil. 1. 1971/72.Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. hlmn: , Bil. 1. 1971/72.

K.S. Sandhu & A.Mani. 1993. India Communities in Southeast Asia . Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies (ISEAS)

M. A. Fawzi Mohd. Basri. 1949-. Sistem Kangcu dalam sejarah Johor, 1844-1917. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia. 1984.

Mahajani, Usha. 1973. The Role Of Indian Minorities in Burma and Malaya . Repr. Westport:
Greenwood Press. M.s. 106-107.

Malaysia Kita. 1991. Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Hlm 426.

Malaysia Kita. 1991. Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan

Malaysia Kita. 1991. Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Hlm 428.

Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. 2000. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. 2000. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Hlm
218.

Mohd.Amin bin Hassan. 1992. ‘Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu;Bijih Timah dan
Getah’ Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
154.

Mohammad Redzuan Othman. 2006. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa . Kuala Lumpur:
Universiti Malaya. Hlm 126.

Mohd.Amin bin Hassan. 1992. ‘Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu;Bijih Timah dan
Getah’ Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Isa Othman. 1999. Gerakan protes dalam perspektif sejarah Malaysia pada Abad ke-19
dan awal ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Hlm 107.

Power L. University of New England. 1997. Chinese Labour In The Malayan Tin Mining Industry:
An Historical Perspective, C.1800-1948

P.Ramasamy. 1994. Plantation Labour. Union Capital and the State in Peninsular Malaysia.
Kuala Lumpur: Oxford University Press

22
23

Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid. 1983. Sejarah Malaysia sepintas Lalu . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm 67

Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid. 1983. Sejarah Malaysia sepintas Lalu . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Roff, W.R.. 1967. The Origin Of Malaya Nationalism. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu. Hlm 67.

R.S.Milne dan Daine K. Mauzy. 1982. Politik dan kerajaan di Malaysia. terjemahan DBP, m.s. 27

Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua.


Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.

Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua.


Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm
310.

Ruslan Zainuddin, 2014. Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-
2000) Penggal 3 Edisi Kemas Kini. Selangor.

Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman, 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua.


Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.

Saw, S. H. 2012. The population of Singapore (p. 56). Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies.

S. Arasaratnam. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Bombay : Published for the Institute
of Race Relations. London: by Oxford University Press.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Penerbit UITM. Hlm103.

Sivachandralingam Sundra Raja (et al.). 2008. Sejarah masih relevan. Selangor: Karisma
Publication Sdn.Bhd. Hlmn 242.

Sivachandralingam Sundra Raja (et al.). 2008. Sejarah masih relevan. Selangor: Karisma
Publication Sdn.Bhd.

Thock Ker Pong. 2005. Ketuanan Politik Melayu : Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya. Hlmn 19.

T.H. Silcock dan Ungku Aziz. 1953. “Nationalism in Malaya”. Asian Nationalism and the West,
William L.Holland, Ed. New York. m.s. 274-275

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia : warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996. Hlm 223.

jabatan Perangkaan Negara, Kuala Lumpur

Parmer, 1960: 273

23
24

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2016). E-Government and Malaysia: A Theoretical


Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. (2016). Sabah (Malaysia)–Australia Relations: An Historical
Observation. TAWARIKH, 4(2).

24

Anda mungkin juga menyukai