Anda di halaman 1dari 3

Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada

Sultan Melaka, membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat

Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan. Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi, dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di Negeri Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat. Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat. Kedatangan dan pemastautinan orang Cina di Tanah Melayu telah mula kelihatan pada tahun 1700-an dan 1800-an. Mengikut kenyataan oleh lima orang British dari kapal Pulo Condore yang karam di perairan pantai Johor pada 19 Mac 1702/3, mereka menjumpai 6 buah jung besar dan beberapa buah perahu di Johor Bahru. Juga ternampak beberapa orang Cina yang tinggal dan berdagang di sana. Juga mereka melihat kira-kira 600 orang Cina besenjatakan pedang dengan sasarannya di situ Jurnal Gray bertarikh 21 Januari 1827 pula mengatakan bahawa Saya diberitahu oleh saudagar-saudagar bahawa mereka telah menjumpai lombong bujih timah, berhampiran dengan Sungai Leppa (Lepar) yang jauhnya 2 hari perjalanan ke kawasan petempatan di Pahang. Ia diusahakan oleh kira-kira 800 orang Melayu dan beberapa orang Cina. Abdullah, dari Sungai Pahang ke Kampung China (Pekan Baharu), melihat beratus-ratus orang Melayu dan Cina lengkap dengan senjata di tebing sungai. Orangorang Cina itu terdiri daripada kumpulan dialek Hakka.

Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula sejak kurun ke -19. Pada tahun 1881 seramai 89900 orang Cina telah tiba di Singapura dan Pulau Pinang. Jumlah ini atelah meningkat kepada 224100 orang pada tahun 1901 dan dijangka lebih 6 juta orang Cina telah memasuki Tanah Melayu antara 1895 hingga 1927. Kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu itu berasal dari tiga wilayah selatan di Negeri China, iaitu Kwangdong, Kwangxi dan Fukien. Antara faktor-faktor penolak kepada penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Asia Tenggara amnya dan Tanah Melayu khususnya ialah kawasan-kawasan tersebut mempunyai sumber-sumber alam yang terhad dan masalah tekanan penduduk yang ramai di negara China. Kedatangan mereka bertujuan untuk bekerja dan menyara penghidupan masing-masing. Di samping itu, kebanyakan orang Cina dari wilayah selatan China mempunyai sifat-sifat keberanian, ingin mengembara dan mahir dalam ilmu pelayaran. Semangat ingin mengembara ini telah mendorong mereka cuba mencari penghidupan baru di seberang laut. Selain itu, penghijrahan keluar orang Cina dari negara asal adalah didorong oleh bencana alam yang sering melanda negara itu. Sebahagian besar rakyat China tinggal di kawasan lembah Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze. Kedua-dua kawasan itu merupakan kawasan yang padat penduduknya tetapi selalu dilanda banjir yang besar dan dahsyat. Hasil-hasil pertanian di situ yang membekalkan sebahagian besar bahanbahan makanan bagi seluruh negeri China selalu dimusnahkan. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat China menghadapi masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Masalah pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan oleh sebahagian besar daripada penduduknya yang terdiri daripada petani semakin terbatas. Dari awal pemerintahan Dinasi Qing (Manchu) hingga akhir kurun ke-18, jumlah penduduk bertambah dari lebih kurang 100 juta ke lebih daripada 400 juta. Pertambahan penduduk yang berlipat ganda berbanding dengan keluasan tanah pertanian telah mengakibatkan timbunya masalah kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup kaum tani. Masalah ini semakin buruk apabila tanah mereka dirampas oleh kerajaan akibat kegagalan membayar cukai yang tinggi. Kecepatan dalam menghasilkan bahan-bahan makanan dan peluang untuk

memperoleh pekerjaan tidak seimbang dngan kadar kecepatan dalam pertambahan penduduk. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah berpindah ke tempat lain untuk mencari penghidupan baru. Pada peringkat awal, orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu tidak berminat untuk menetap selama-lamanya di situ. Mereka datang ke situ bertujuan untuk bekerja dan menyimpan wang seberapa banyak yang boleh sebelum balik ke negari China untuk menemui keluarga masing-masing. Walau bagaimanapun, disebabkan desakan hidup yang semakin genting, mereka terpaksa memberi perhatian kepada soal-soal kebendaan dan telah berhijrah ke seberang laut secara besar-besaran dengan membawa bersama keluarga masing-masing. Selain daripada faktor-faktor penolak tersebut, wujud juga faktor-faktor penarik yang menyebabkan kaum Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah galakan penjajah-penjajah Barat amnya pada masa itu, pihak British dalam kes Tanah Melayu khasnya, telah memberi galakan untuk membawa masuk warga-warga asing ke Asia Tenggara untuk memajukan dan mengembangkan sektor ekonomi di rantau tersebut. Akibat Revolusi Perindustrian pada kurun ke-19, pihak British memerlukan banyak bahan mentah dan galian untuk dijadikan sebagai input dalam perindustriannya. Lantaran itu, British telah memberi galakan kepada orang Cina dan India memasuki Tanah Melayu supaya mereka melibatkan diri dalam sektor-sektor ekonomi, seperti pelombongan dan penanaman.

Anda mungkin juga menyukai