Anda di halaman 1dari 8

INTERAKSI

TAMADUN MELAYU &


TAMADUN CHINA
Zaman Pra Penjajah Barat & Zaman Penjajah Barat
Agama

Interaksi
Tamadun
Budaya Melayu & Perubatan
Tamadun
China

Teknologi
Zaman Pra Penjajah Barat
■ Rekod rasmi China yang menyatakan bahawa Kedah pernah menjalinkan
hubungan diplomatik dengan China melalui kedatangan China ke Kedah yang
bertarikh 638 M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan Tamadun
China.
■ Agama: penyebaran agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awal telah
dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan
perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu
bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082)
yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9.
Zaman Pra Penjajah Barat
■ Segi Budaya: Tamadun Melayu mewarisi Cina Peranakan yang dikenali
sebagai Baba dan Nyonya.
Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan
Melayu.
Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien iaitu
salah satu cabang dalam bahasa Cina.
Cina Peranakan juga dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga
biasa makan menggunakan tangan.
Golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka
seharian.
Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti
kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta
makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun
Baru Cina juga diperkenalkan.
Zaman Pra Penjajah Barat

■ Aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China.


Contoh: Rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan bagi
menyeimbangkan Yin dan Yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
■ Perubatan herba Cina yang menggunakan lebih daripada seribu jenis herba juga
dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
■ Dalam bidang teknologi, hasil interaksi dengan tamadun melayu
menyebabkanTamadun China telah membawa teknologi membuat gula dari tebu ke
Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain
seperti kertas, kain, bahan letupan,lilin dan sebagainya.
Zaman Penjajah Barat

■ Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat
dalam bidang perniagaan.
■ Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas
Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun
1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka
berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan
lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut,
Kelang dan Kuala Lumpur.
■ Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan
mereka bekerja di ladang lada dan gambir. (Hasnah, Matdiana, 2000: 155).
Zaman Penjajah Barat

■ Segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat
jurang yang luas.
■ Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan; orang Cina tertumpu di
kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur
yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 pada tahun 1891
adalah orang Cina.
■ Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara
kaum ini.
■ Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-
contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk
kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149).

Anda mungkin juga menyukai