Anda di halaman 1dari 50

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya

memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina


dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15,
semasa pemerintahan Parameswara, apabila laksamana Cheng Ho,
seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan tradisional,
pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada
Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada
penghormatannya dan berlakulah perkahwinan campur di kalangan
peringkat pemerintahan apabila Puteri Hang Li Po dari China berkahwin
dengan Sultan Mansur Syah. Hasil daripada perkahwinan campur dan
asimilasi budaya serta cara hidup mereka dengan kebudayaan dan adat
resam tempatan. Hubungan dua hala ini lagi mengeratkan kerajaan dua
buah negara ini. Pada 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho,
Parameswara berserta dengan pengikutnya seramai 540 orang telah
pergi menghadap Maharaja Yung Lo. Pada waktu itu, China diperintah
oleh Dinasti Ming dianugerahkan dengan payung kuning, cap mohor dan
sepersalinan pakaian tanda pengiktirafan kerajaan Cina terhadap
kesultanan Melayu Melaka. Sejak beberapa kurun, peranakan telah
mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengekalkan banyak tradisi
Cina, perayaan Tanglung dengan mengikut budaya tempatan dan juga
penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan
Indonesia pengaruh Baba dan Nyonya. Keturunan itu masih wujud
hingga sekarang terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan peranakan dididik oleh
penjajah Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Tanah Melayu
dan kecenderungan golongan tersebut mudah menerima budaya baru.
Disebabkan peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan
berpendidikan, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka.
Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk
agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat peranakan menjadi
berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali
sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada
Mahkota British. Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan
bahasa, kebanyakan peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat
bercakap dengan Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

2.2 Masyarakat Serani ( Kristang )

Masyarakat serani juga dikenali sebagai Kristang. Kristang berasal dari


perkataan portugis cristao bermaksud kristian. Komuniti ini telah
memelihara dan mengekalkan kebudayaan mereka sejak tahun 1511,
dengan kedatangan Alfonso d’ Albuquerque yang kemudiannya telah
menggalakkan perkahwinan campur di antara orang Portugis dan wanita
natif (tempatan), atau kumpulan hamba-abdi keturunan India, Jawa, Bali,
Makasar dan penduduk tempatan yang menganut agama Kristian.
Menurut pendapat sarjana barat Jack Hinton di dalam buku “ A
Grammar of Kristang” karya Alan Baxter iaitu “perkahwinan orang
Portugis di Melaka kemungkinan besar adalah dengan wanita India
berbanding dengan wanita Melayu-Islam kerana fahaman agama yang
berbeza (Islam dan Kristian)”.
Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada
Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah
tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar
askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka
kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian,
masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan
nasrani iaitu pengikut Jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera
portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti
ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka
memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan
kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah
menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk
mengahwini wanita tempatan di bawah polisi ditetapkan oleh Afonso de
Albuquerque, pemerintah India ketika itu.

Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah
direkodkan khususnya di tanah Melaka. Selepas kejatuhan portugis,
kuasa belanda telah mengambil alih melaka pada 1641. Namun,
kelompok masyarakat serani yang bermula dari zaman pendudukan
portugis masih mengekalkan tradisi mereka, kebudayaan, mengamalkan
ajaran agama katholik dan bahasa portugis dalam komuniti mereka
walaupun mereka berada dalam persekitaran pelbagai budaya
terutamanya kebudayaan Melayu yang dominan pada masa itu. Akibat
daripada perkahwinan campur ini lahirlah keturunan Portugis di Melaka
yang dikenali sebagai komuniti Kristang yang berkongsi kepercayaan
dan fahaman agama yang sama. Kewujudan keturunan Portugis ini
hanya dapat dikenal pasti di Melaka akibat penjajahan Portugis yang
ingin melahirkan satu ras kacukan yang dapat menyediakan sumber
tenaga manusia untuk pengkalan pertahanannya.
Pada mulanya komuniti Kristang (Serani) ini menduduki kawasan hilir
sepanjang pantai Melaka yang dikenali sebagai Yler (kawasan Bandar
Hilir), terdiri daripada kaum nelayan yang miskin yang bergantung
kepada perikanan sebagai sumber rezeki mereka. Penempatan mereka
tersebar ke kawasan lain iaitu Tengkera, Bunga Raya dan Praya Lane di
Melaka. Sejak pertengahan tahun 70an, disebabkan oleh kemajuan
perkembangan industri di Melaka, kebanyakan daripada komuniti
Kristang ini berubah pekerjaan daripada nelayan sepenuh masa,
menjadi buruh Municipal, tukang masak, pekebun, pekerja kilang,
attendan, kerani dan lain-lain untuk mengukuhkan status sosio ekonomi
mereka. Perikanan dijalankan secara sambilan sahaja. Ada di antara
mereka berhijrah keluar dari Melaka untuk mencari rezeki di Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, Singapura dan lain-lain kawasan di Malaysia.
Kini 60% daripada komuniti Kristang bermastautin di perkampungan
Portugis yang ditubuhkan pada tahun 1933 di bawah pentadbiran British
iaitu penempatan dominan penutur Kristang. Sementara hampir 40%
pula menduduki kawasan Praya Lane. Walaupun komuniti Kristang atau
kaum Serani merupakan kumpulan minority tetapi mereka dapat
dikenalpasti melalui fahaman agama mereka iaitu Roman Katholik dan
mempunyai cara hidup yang unik dengan budaya, adat resam dan
tradisi tersendiri.
2.3 Masyarakat Chetti

Beberapa Ahli Sejarah berpendapat masyarakat Chetti adalah dari


keturunan pedagang-pedagang kaya yang berasal dari Pantai
Koromandel iaitu di daerah Kalinggapatnam atau Kalingga di satu
kawasan Selatan India.

Semasa dalam pelayaran masyarakat Chetti membawa bersama


mereka pekerja-pekerja dan pmbantu untuk membantu mereka serta
seorang Pandaram dalam hal-hal keagamaan. Disebabkan pedagang-
pedangang ini berpegangan kuat pada agama Hindu oleh itu mereka
tidak membawa wanita bersama-sama semasa misi perdagangan. Hal
ini disebabkan mengikut adat Hindu, wanita tidak diberikan
menyeberang laut sebab ditanggungjawabkan menjaga serta
menguruskan hal-hal rumah tangga.

Semasa di Melaka, apabila pedagang India berkahwin dengan wanita


tempatan dan hasillah perkahwinan campur. Pedagang India berpegang
teguh pada agama asal iaitu agama Hindu walaupun telah berkahwin
dengan wanita tempatan sehingga ke hari ini maka keturunan mereka
dipanggil golongan Chetti.

Di zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat Chetti telah


memainkan peranan yang penting dalam membantu mengembangkan
ekonomi. Dengan ini, mereka telah diberi penempatan yang pertama
iaitu di Kampung Keling, perkataan Keling ini diambil daripada
penempatan asal mereka di India yang menunjuk asal usul mereka iaitu
Kalingga.
Apabila wujudnya perkahwinan campur, mereka tetap tidak lupa pada
adat istiadat Hindu mereka hingga ke hari ini. Mereka turut mengajar
berkaitan adat istiadat, agama dan kepercayaan kepada isteri mereka.
Isteri mereka juga diberi nama Hindu, seperti Thevani, Sinagamy, Amal
Gurumah dan Leetchumi. Dari bahasa pula, mereka menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka hingga ke hari ini kerana
pada masa Kesultanan Melayu, bahasa Melayu sudah mula dijadikan
sebagai bahasa pengantar.

Semasa Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511,


peranan masyarakat Chetti bertukar apabila mereka diberikan
tanggungjawab untuk mengetuai beberapa pedagang yang lain
termasuk pedagang India Muslim, maka di situlah bertambahnya
perkahwinan campur di kalangan masyarakat Chetti dengan wanita
tempatan.

Bagaimanapun apabila Belanda menawan Melaka pada 1641, kegiatan


perdagangan masyarakat Chetti pada masa itu terkongkong disebabkan
pihak Belanda mengenakan banyak sekatan sehingga menyusahkan
para pedagang untuk berurus niaga. Oleh itu, masyarakat Chetti telah
mengambil jalan untuk menukar perdagangan mereka kepada sector
pertanian.

Apabila pihak British menawan Melaka pada 1871, memandangkan


sector pertanian agak sukar, masyarakat Chetti menukar lagi pekerjaan
mereka kepada bekerja di pejabat British sebagai kerani hingga
sekarang.
Segolongan besar masyarakat Chetti yang telah berkahwin dengan
wanita tempatan terus menetap di Melaka disebabkan sistem kasta
yang diamalkan di India tidak membenarkan kemasukan orang luar
dalam agama mereka. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan
percanggahan atau konflik, pedangan-pedagang yang telah berkahwin
dengan wanita tempatan telah mengambil keputusan Melaka sebagai
tanah tumpah darah mereka.

Dari sini wujudnya gelaran Chetti Melaka yang bermaksud pedagang


Melaka yang berasal dari Kalingga (mengikut tulisan Balthasar Bort
pada 1678 iaitu terdapat 348 orang masyarakat Chetti tinggal di Melaka)
golongan Chetti Melaka kemudiannya berpindah dari penempatan awal
di sekitar Kampung Kuling ke Gajar Berang, Tengkera dan Bachang.
Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi, sayur-
sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan mata pencarian bagi menyara
keluarga masing-masing.

Di zaman pemerintahan British, mereka telah memberi sekeping tanah


kepada Theivanayagam Chitty iaitu ketua kepda masyarakat Chetti pada
ketika itu. Pada tahun 1781 masyarakat Chetti membina sebuah kuil
yang dinamakan Sri Poyatha Vinayagar Moorthi (SPVM) sempena nama
Dewa di atas tanah seluas 15,879 kaki persegi yang diberi oleh pihak
Belanda. Kini kuil SPVM merupakan kuil yang tertua di Semenanjung
Malaysia.

Sehingga hari ini masyarakat Chetti mempunyai sebanyak Sembilan


buah kuil yang telah dibina pada abad ke-18 dan terdapat di sekitar
Perkampungan Budaya Chetti. Kuil-kuil tersebut masih digunakan untuk
upacara sembahyang walaupun masyarakat Chetti tidak lagi
menjalankan kegiatan pertanian.
3.0 Kebudayaan dan Adat Resam

3.1 Masyarakat Baba dan Nyonya

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah


Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang
Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan
Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien
meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur loghat Hokkien. Ada
juga orang Baba yang berasal daripada Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan
Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga antara mereka
yang berpindah ke dua-dua negeri ini,terutamanya Singapura. Kaum
Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis
dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.
Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan
Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan
menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi
nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian
kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai orang Melayu.
Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan
mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah
daripada komuniti dari China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek
kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang
mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang
pengabadian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum
wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan
masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian adat resam Cina
yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang
lain seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang
memperlihatkan kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang
indah berwarna-warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba
juga dibina berdasarkan pelan-pelan Cina berbanding dengan Melayu.

Masyarakat Baba Nyonya mempunyai pandangan yang sama dengan


budaya Melayu dan Cina dalam soal penjagaan anak. Semenjak kecil
lagi anak Baba Nyonya dijaga penuh rapi dengan diiringi berbagai-bagai
pantang larang. Bayi perlu dijaga supaya tidak terperanjat kerana
dikhuatiri akan menjejaskan semangat dan pembesarannya. Apabila
besar sedikit, anak diajar adat resam seperti beradab di meja makan
dan memanggil dan mempersilakan anggota keluarga yang tua untuk
makan. Selepas makan, anak-anak diajar meminta izin daripada semua
orang. Sewaktu makan tidak dibenarkan bercakap-cakap kerana nadi
akan terhambur keluar dan mengotorkan lauk-pauk. Kanak-kanak
dilarang menggoyangkan kaki semasa duduk. Perbuatan ini tidak baik
diamalkan kerana dianggap ‘buang jerki’ atau mensia-siakan reseki
yang ada.
Sebelum keluar rumah, anak-anak diwajibkan ‘bertau keluar’ atau
memberitahu ke mana mereka hendak pergi. Begitu juga apabila balik
semula ke rumah, semua anggota keluarga perlu ditegur dan disapa
dengan sopan.

Adat yang tidak membenarkan anak perempuan bercampur gaul dengan


lelaki masih diamalkan sehingga sekarang. Lebih-lebih lagi apabila anak
perempuan meningkat remaja. Anak-anak dikawal ketat oleh Baba
Nyonya untuk memastikan nilai-nilai hidup yang baik dipraktikkan
apabila besar nanti. Keluarga akan mendapat malu kalau anak
menyampuk semasa orang tua sedang berbual. Keluarga akan
disifatkan sebagai ‘tidka tahu mengajar anak’, ‘kurang ajar’, dan ‘tidak
sopan’. Tradisi penjagaan anak-anak yang ketat melahirkan
penghormatan dan taat setia kepada kedua ibu bapa.

Lazimnya anak-anak kurang digalakkan mencari jodohnya sendiri. Jadi,


jodoh selalu dipilih oleh ibu bapa dan anak menurut sahaja.
Perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga tidak begitu diamalkan lagi
pada masa sekarang. Namun demikian, bakal jodoh yang dipilih sendiri
mesti memperoleh restu daripada ibu bapa. Ajaran yang keras dan ketat
menurut nilai-nilai adat membentuk jiwa anak-anak Baba Nyonya
menjadi ‘tahan lasak’ dan mempunyai kebolehan membuat keputusan
yang tepat. Hubungan anak-anak yang sudah berkahwin dengan ibu
bapa mereka masih diteruskan pada hri-hri peryaan seperti Tahun Baru
Cina, Cheng Beng dan hari-hari kebesaran yang lain, meskipun mereka
itu tidak lagi tinggal bersama.
Walaupun anak-anak Baba Nyonya mendapat ajaran dan ditanamkan
dengan budaya Melayu oleh emak, mereka tetap berpegang teguh pada
adat dan kepercayaan yang diwarisi oleh bapa mereka. Walaupun darah
keturunan Baba Nyonya telah bercampur dengan darah Melayu tetapi
mereka lebih mengamalkan setiap adat resam dan kebudayaan Cina.

Budaya mengadakan kenduri-kendara untuk mendiang nenek-moyang


atau ibu bapa sangat dititik berat oleh keluarga Baba Nyonya. Sebelum
hari kenduri yang ditetapkan tiba, mereka sangat risau dan akan
merancang lauk-pauk yang hendak dimasak. Adik-beradik akan
diberitahu tentang hari tersebut. Kuih-muih yang hendak
disembahyangkan pada hari itu akan dibuat sendiri oleh ahli keluarga.
Ahli keluarga tidak dibenarkan memakan atau menjamah lauk-pauk
sebelum dihidangkan.

Segala peraturan dijalankan dengan teliti seperti kertas sembahyang


dipotong dan dilipat dengan cantik dan teliti. Selepas upacara
sembahyang selesai barulah lauk-pauk dimakan bersama adik-beradik,
keluarga dan kawan-kawan. Budaya ini elok dipraktikan kerana setelah
ibu bapa meninggal, adik-beadik dapat balik berkumpul dan makan
bersama sekurang-kurangnya tiga kali setahun iaitu pada Tahun Baru
Cina, Cheng Beng dan Bulan Tujuh. Kaum Baba Nyonya juga
menggunakan pinggan-pinggan antic dan hiasan-hiasan tertentu untuk
hari-hari kebesaran.

Orang-orang Baba Nyonya juga dipengaruhi oleh orang-orang Melayu


dari segi kesusasteraan yang bersifat hiburan. Mereka suka mendengar
lagu-lagu Melayu terutamanya Dondang Sayang. Pada hari kebesaran,
kumpulan Dondang Sayang tidak ketinggalan untuk menghiburkan majis
itu.
Selian itu, mereka juga turut mencipta kerya-karya yang berupa pantun-
pantun dan seni kata lagu Dondang Sayang yang disiarkan dalam
akhbar mereka. Daripada pantun yang dicipta, jelas memperlihatkan
jiwa dan persaan orang-orang Cina Peranakan telah dipengaruhi
keadaan dan alam sekitar mereka. Contohnya keratin pantun daripada
akhbar Sri Peranakan ciptaan seorang Baba:

“ Ijoh kuning buah papaya

Mari disental dalam ladah

Mulut manis di muka sahnya

Hati berkarat di dalam dada

Turun dipantay mengamek tiram

Air surut sampay ke laut

Hati kaseh terlalu geram

Sebagai perahu tersirat dilumut”

Pengaruh kebudayaan Melayu juga jelas terdapat dalam masyarakat


Baba Nyonya. Pada masa itu, nyonya-nyonya memakan sirih dan
mengunyah daun tembakau sama seperti wanita-wanita Melayu. Mereka
juga meniru sifat-sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah,
suka berbual-bual di kaki lima pada waktu petang dan melatah. Nyonya-
nyonya juga suka memakan dan memasak lauk atau masakan
berempah dan pedas seperti masak asam, sambal tumis, sambal cili
garam, buah keluak, masak lemak, sambal belacan, kuah lada dan
rendang.
Mereka juga suka makan dengan berulam seperti jering, petai, pegaga
jantung pisang dan pucuk-pucuk daun. Boleh dikatakan apa sahaja yang
digemari oleh orang-orang Melayu turut digemari oleh orang-orang Baba
Nyonya. Mereka pasti tidak berselera sekiranya makan menggunakan
sudu atau penyepit. Mereka lebih suka menggunakan tangan.

Kegiatan orang lelaki pada masa itu ialah keluar berniaga mencari wang
untuk menyara keluarga dan meninggalkan isteri yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak dan menguruskan rumah
tangga.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh kaum Baba Nyonya ialah:

i. Sulam-menyulam

ii. Menjahit baju kebaya

iii. Menyulam kain meja

iv. Menjahit kasut manik

v. Menjahit kain untuk perhiasan

vi. Mengait berbagai-bagai barang

vii. Menjahit beg kecil dan besar dengan manik atau benang emas

viii. Anyaman bakul

ix. Anyaman tikar

x. Cucuk atap

xi. Kraf tangan


Ramai juga orang Baba Nyonya yang mengikut cara hidup orang
Melayu tempatan seperti bertani. Mereka mengusahakan sawah padi
dan menanam buah-buahan serta berkebun sayur.

3.2 Masyarakat Serani (Kristang)

Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk


Serani dinegara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya
bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani yang
terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan AirAsia.
Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua
orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah. Kebanyakkan
masyarakat serani di Melaka tinggal di Perkampungan Portugis atau
Portuguese Settlement, terletak lebih kurang 5 km di kawasan Ujong
Pasir,Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat Bandar Melaka,
Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan
Parameswara,Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir dengan
menaiki kereta,basikal atau beca. Perkampungan ini terletak di tepi
pantai. Pantainya landau dan menjadi tempat hidupan marin seperti
kerang, udang dan ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah
menarik kaum ini menetap di sini dan telah menjadikan laut sebagai
sumber pendapatan mereka. Masyarakat Portugis mula-mula datang ke
sini di sekitar tahun 1511 selepas pihak Portugis menawan Melaka.
Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang
berbangsa portugis dan ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri
Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini.
Aktiviti sosial mereka adalah pada hari Ahad di sekitar Gereja. Hampir
keseluruhan kaum ini beragama Kristian dan terdapat beberapa
keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cina dan memeluk
agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam dan berkahwin dengan
wanita Melayu.Jalan-jalan yang terdapat di sini adalah Albuquerque
Avenue, Sequeira Avenue ErediaAvenue, Ruas Avenue. Pewrkataan
Avenue sekarang telah ditukarkan kepada Jalan .Terdapat juga
Canossa College, sekarang digelar Sek.Men. Canossa.

Perikanan menjadi dominan utama masyarakat Kristang sejak 500 tahun


dan merupakan sumber pendapatan utama serta dikaitkan dengan cara
hidup mereka iaitu memancing ikan atau ‘gerago’ dengan menggunakan
‘langgiang’ sejenis pukat tradisi Kristang. Walaupun masyarakat nelayan
ini kebanyakannya miskin tetapi mereka bangga dengan kebudayaan
mereka dan tetap memelihara norma dan nilai tradisi klasik yang
berunsur Portugis. Mereka menjalani kehidupan yang mudah dengan
bentuk dan struktur rumah papan ala Sepanyol. Ramai di antara mereka
terdiri daripada pekerja kurang mahir dengan latar belakang pendidikan
yang rendah iaitu menjalankan industri domestik seperti membuat
‘belacan’ dan ‘pasia’.
Kaum wanita Kristang pula kebanyakannya berkahwin pada usia muda,
menjadi suri rumah tangga serta membantu suami mereka mengurus
industri domestik.Kehidupan yang mudah ini seterusnya diperkayakan
dengan aktiviti hiburan yang menjadi sebahagain daripada cara hidup
mereka. Mereka mengisi masa lapang mereka dengan nyanyian dan
tarian klasik Portugis seperti Branyo, Jingkling Nona dan seringkali
komuniti perkampungan Portugis dikenali sebagai ‘community of
musicians’ dengan bakat kebudayaan yang unik.

“Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,

jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,

kasa rata kota jele lagu pasa,

kasa rata kota jele lagu pasa.

Teng alah oteng pak oteng sala oteng,

teng alah oteng pak oteng sala oteng.

Udang sama udang, mawar atas peti.

Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.”

Itulah petikan lagu Jingkling Nona yang popular di kalangan masyarakat


Portugis, Melaka. Lagu itu juga sebati dengan penduduk Melaka
sehingga mampu dinyanyikan sesiapa saja. Sekali dengar, ada lenggok
joget dalam rentak melodi lagi itu. Ia seakan memperkuatkan tanggapan
asimilasi budaya Portugis dengan orang tempatan, apatah lagi orang
Portugis bertapak di negeri itu sejak 500 tahun dulu.
Namun, paling mengejutkan masyarakat ini yang terputus hubungan
dengan negara asal sejak Portugis berundur pada zaman penjajahan
Belanda masih mengekalkan budaya asal, malah pelbagai tarian,
bahasa dan pakaian tradisi kekal seperti abad ke-16. Orang Portugis di
Portugal sendiri kagum dengan generasi mereka di Melaka. Aktiviti
kebudayaan orang Portugis di Melaka masih dipelihara dan menjadi
tarikan pelancong. Tarian Portugis boleh ditonton di Kampung Portugis
termasuk di restoran. Kebanyakan lagu dan tarian ada pengaruh
Portugis tetapi sudah diubah-suai, tariannya rancak dan kostum
berwarna-warni antara ciri tarian Portugis.

Jingkling Nona berasal dari Goa. Orang India ketika berjoget


menggunakan rantai kaki dan orang Portugis membawanya ke negara
ini. Banyak lagi lagu Portugis berusia ratusan tahun ada di sini. Lagu ini
dipengaruhi orang kulit hitam dari Angola, satu lagi koloni Portugis. Lagu
ini menceritakan kemasukan mereka ke Melaka dan ketika pesta Intrudu.

Keunikan utama tarian Portugis ialah melodi dan pergerakannya yang


sangat menghiburkan. Ada yang pantas dan perlahan tetapi cukup
mempersonakan. Pakaian mereka berwarna-warni. Kebudayaan
masyarakat serani agak unik. Hal ini dapat dibuktikan daripada dua
perayaan tradisi unik yang diraikan pada bulan Jun iaitu Festa San
Juang dan Festa San Pedro.
Kaum Serani memang sukakan hiburan. Minuman keras boleh
dikatakan satu kemestian dalam apa saja perayaan dan upacara
masyarakt mereka. Ketua kampung mereka digelar sebagai ‘Regedor’.
Ketika portugis menawan Melaka pada 1511, sudah berlaku
perkahwinan campur antara tentera Portugis dengan penduduk negara
lain yang berada di bawah pemerintahan mereka. Antara nama keluarga
asal Portugis ialah Collar, De Costa, De Mello, De Roche, De Rozario,
De Silva, De Souza, Dias, Felix, Fernandes dan Gomez kebanyakan
nama mirip Latin Amerika. Pada asal mereka adalah nelayan
bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu mereka
tidak lagi mengikuti jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerja
nelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di
sector swasta dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka,
Tuan Anselm Charles Fernandis adalah portugis berasal dari sini.
Wanita Portugis sejak kecil sudah diajar memasak dan menyebabkan
kebanyakkan mereka mampu memasak dengan baik. Mereka yang
sudah bercerai tidak dibenarkan berkahwin lagi selagi bekas suami atau
isteri masih hidup. Hukum dalam agama mereka membuatkan
hubungan kekeluargaan masyarakat bertahan lama dan saling setia
sesama mereka. Namun, ia tidak bermakna tiada pelanggaran hukum
kerana dalam dunia moden ini, ramai juga yang mengetepikan hukum
sebegitu.
3.3 Masyarakat Chetti

Chetti Melaka ini banyak menyerap kebudayaan Melayu kerana budaya


mereka lebih menampakkan bahawa mereka mengamalkan cara hidup
Melayu terutama dalam aspek berpakaian dan amalan permainan
tradisional. Selain mahir bermain permainan tradsional, golongan wanita
chetti ini suka menari tarian Melayu yakni joget ronggeng dan joget
lambak. Uniknya, masyarakat ini amat mahir bermain permainan
tradisional seperti pukul belanga, tenteng, ketak ketuk, galah panjang
dan congkak. Namun, permainan congkak merupakan permainan yang
menjadi kegemaran masyarakat ini kerana dalam setiap rumah, kayu
congkak merupakan asksesori wajib. Permainan congkak juga akan
dimainkan setiap kali ada keramaian di kuil.

Selain budaya kesenian, budaya kerja masyarakat ini juga


menampakkan bahawa mereka merupakan masyarakat yang tradisional.
Hal ini kerana, masih terdapat masyarakat ini yang menjalani kehidupan
harian dengan bekerja sebagai pengayuh beca di Bandar Melaka, dan
membuat barang kraf tangan seperti membuat layang-layang, ukiran
kayu, dan terompah.

Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan agama Hindu di


Alam Melayu ini, ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India
Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan di negara Malaysia kerana
mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut
tetamu dan pakaian tradisional mereka. Sebagai contoh, pakaian
tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh
dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain
pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi
menutup kepala.
Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan
pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka
juga adalah seperti orang-orang Melayu iaitu nasi. Namun terdapat juga
makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada hari-hari
kebesaran agama atau perayaan. Makanan itu ialah tause dan itali.
Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan
dikisar halus.

Nama-nama mereka berunsur Hindu seperti Krishna, Moorthy,


Subramaniam, Letchumy dan Abhirami iaitu nama-nama dewa-dewi
yang masih menjadi pilihan. Pemilihan nama-nama seperti ini juga
membuktikan bahawa walaupun masyarakat Chetti berasimilasi dengan
masyarakat Melayu sejak zaman dahulu, mereka tetap mengekalkan
beberapa unsur yang menjadi pegangan sejak turun-temurun. Selain
daripada mengekalkan nama-nama berunsur Hindu, masyarakat Chetti
juga masih menggunakan nama keluarga (sir name) pada hujung nama.
Antara nama keluarga yang terdapat di Kampung Chetti adalah Pillay,
Naiker, Padayachi, Mudaliar, Konar dan Kullen.

Masyarakat 'India Chetti' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah


penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan
pantang larang. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran
mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai
perayaan ini turut disambut oleh masyarakat India tetapi bagi
masyarakat Chetti ia bermula lebih awal. Sambutan perayaan ini
bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud
bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi'
(bermulanya perayaan Ponggol).
Walaupun masyarakat Chetti adalah kaum minoriti perpaduan dan sikap
kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan seperti itu.
Kemeriahan pastinya terbayang di wajah penduduk perkampungan
seperti di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka untuk
berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Untuk
menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi
baru, beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban
kepala), menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (Sarem)
dan melukis Kolem.

Walaupun mereka mungkin mempunyai rupa fizikal seperti orang India,


mereka tidak tahu bercakap Bahasa Tamil. Keadaan ini berlaku sejak
zaman dahulu apabila pedagang dari Kanchipuram, India berkahwin
dengan wanita Melayu tempatan yang beragama Hindu tetapi tidak tahu
Bahasa Tamil. Maka, anak-anak dibesarkan dengan Bahasa Melayu —
Bahasa Malaysia — sebagai bahasa ibunda. Lama-kelamaan, seluruh
komuniti Chetti tidak fasih Bahasa Tamil. Sebaliknya, mereka cukup
fasih berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Penguasaan
Bahasa Malaysia oleh kaum Chetti bukan hanya dalam perbualan
seharian. Lebih daripada itu, mereka menjadikan pantun, peribahasa
dan gurindam sebagai sebahagian daripada amalan seharian. Bukan
setakat itu, upacara sembahyang dan doa juga menggunakan Bahasa
Malaysia.

Mengikut amalan etnik Chetti, apabila seorang lelaki yang bukan berasal
daripada golongan Chetti berkahwin dengan wanita etnik berkenaan, dia
juga diterima sebagai seorang Chetti. Begitu juga bagi bagi wanita luar
yang mengahwini lelaki Chetti.
Namun kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Chetti Melaka ini
kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahaja yang
mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Jika generasi muda ini
tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat
istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelan zaman.

5.0 Adat Perkahwinan Tradisional

5.1 Masyarakat Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat cina


peranakan telah wujud di Melaka sejad abad kelima belas lagi.
Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang dari negeri
China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan.
Kebanyakan keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut cara hidup
dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur
kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.
Walaubagaimanapun, arus moden pada masa kini telah meninggalkan
sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat
juga budaya yang masih diamalkan. Adat perkahwinan Baba dan
Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia
kerana terdapat unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu
mempengaruhi adat perkahwinan ini.
Pada masa dahulu, perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat
penting bagi masyarakat Baba dan Nyonya. Seseorang anak
perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir memasak,
membuat sulaman , pertukangan tangan dan menjahit. Apabila sudah
mencapai tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan
berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu.Kebiasaannya,
‘orang tengah’ akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain
yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka.
Pada peringkat pertama, adat merisik akan dilakukan. Wakil pihak lelaki
akan datang ke rumah pihak perempuan untuk mengetahui sama ada
gadis yang hendak dipinang itu mempunyai budi pekerti yang baik,
bersopan-santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga
pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut, satu rombongan
meminang akan dihantar. Peminangan ini diketuai oleh ‘Mueynang’.

Dalam proses peminangan ini, kedua belah pihak akan berunding


sesama mereka. Mereka akan berbincang mengenai identiti kedua-dua
pengantin tersebut. Kebiasaannya, pertolongan seorang tukang tilik
diperlukan. Butir-butir penting seperti tarikh lahir, masa lahir, dan tahun
mengikut kalendar cina bagi kedua pengantin diambil kira. Misalnya,
sekiranya pengantin lelaki dilahirkan pada Tahun Anjing manakala
pengantin perempuan pula dalam Tahun Kambing, maka kedua pihak
akan berpendapat bahawa pasangan tidak secocok.
Walaubagaimanapun, kepercayaan ini tidak lagi diamalkan. Pada masa
kini, asalkan bakal menantu adalah pilihan anak mereka maka
perkahwinan tersebut akan terus dipersetujui.
Apabila peminangan diterima, pihak perempuan akan meminta tempoh
sebulan untuk menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan atau
tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan mangkuk,periuk belanga serta
perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. Jika ini berlaku,
maka ditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan.Sekiranya
pada peringkat tersebut tiada apa-apa yang berlaku peringkat
seterusnya akan diteruskan iaitu majlis naik belanja atau ‘hari tukar
cincin’. Pada majlis ini pihak lelaki akan menyediakan separuh daripada
jumlah wang hantaran manakala separuh lagi akan diserahkan pada
hari perkahwinan. Semasa majlis naik belanja ini, pihak lelaki akan
menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang
beserta buah-buahan seperti limau dan epal. ‘Mueynang’ akan
ditugaskan untuk menghantar barangan ini ke rumah pihak perempuan.
Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buah-buahan yang
dihantar dan sepasang lilin. Sebagai balasan, pihak perempuan akan
memberi dua botol air sirap dan gula-gula kepada pihak lelaki. Ini
sebagai tanda mereka amat gembira dan sukacita atas pemberian
tersebut. Seterusnya, pertukaran cincin pun dilakukan.
Langkah seterusnya, wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar
sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana,
waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang
disertakan dengan sepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh
lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak
perempuan. Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua
pengantin mesti menjalankan upacara ‘cohtau’ di rumah masing-masing.
Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut kertas merah)
yang diletakkan di atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak
lelaki. Sementera itu, rambut pengantin perempuan disisir oleh seorang
wanita biasanya sanak saudaranya sendiri.

Kedua-dua pengantin dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan


diberitahu bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan
haruslah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin.

Persediaan untuk majlis perkahwinan dijalankan terutamanya di rumah


pihak pengantin lelaki. Rumah dihiasi dengan indah dan beraneka jenis
buah-buahan serta bunga diletakkan di meja sembahyang. Seorang
wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan ditugaskan
untuk menyiapkan berbagai upacara di bilik pengantin seminggu
sebelum majlis perkahwinan. Antara upacara tersebut ialah menaburkan
bunga rampai ditengah tilam baru, memasang langsir dan menyusun
bantal-bantal yang baru. Manakala di empat penjuru katil diletakkan
‘angpau’ dan perkakas baru didalam bilik tersebut juga diletakkan
‘angpau’. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan
lampu tersebut tidak dipadam sehingga 12 hari selepas perkahwinan.
Bilik ini sentiasa dikunci dan hanya dibuka untuk memastikan lampu
tersebut tidak terpadam.
Pada hari perkahwinan, pengantin akan menaiki kereta sambil diiringi
oleh pengapit ke rumah pengantin perempuan.Tibanya di rumah
pengantin perempuan, pintu kereta akan dibuka oleh pemuda,biasanya
adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi ‘angpau’ oleh
pengantin lelaki. Selain jamuan ringan, kedua pengantin akan
bersembahyang dan dianggap sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak
perempuan.

Selepas itu, mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Acara di


rumah pengantin lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali
sebagai upacara ‘sembahyang samkai’. Adatnya pula dikenali sebagai
‘Perkahwinan Tambo Seroni’ kerana tiupan serunai dapat didengari
sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Di rumah pengantin lelaki juga
mereka akan bersembahnyang. Selesai sembahyang, kedua-dua
pengantin memohon maaf serta meminta halalkan segala makan minum
mereka daripada kedua belah ibu bapa mereka.

Selepas itu disusuli pula oleh ‘adat sojah’. Dalam adat ini, kedua
pengantin akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua
daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa
melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah.
Pengantin lelaki akan dibanti oleh ‘pak-chi-nek’ sementara pengantin
perempuan pula oleh ‘sang-ke-um’ . tugas mereka adalah membantu
kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana
setiap kali mereka melutut, pakaian haruslah sentiasa kemas dan rapi.
Walau bagaimanapun pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi
dipaksa melutut ketika ‘adat sojah’. Mereka dibenarkan berdiri ketika
melakukanya. Biasanya orang-orang yang ‘disojah’ memberi ‘angpau’
kepada mereka. Ada juga yang memberi barang kemas seperti rantai
atau cincin.
Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh
kepada kedua-dua menantunya sebagai satu tanda bahawa dia
sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi
semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Seterusnya,
adat ’12 hari’ akan diadakan 12 hari selepas perkahwinan. Kedua-dua
pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan kerana merestui
perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah pengantin
perempuan. Pengantin akan dijamu dengan nasi lemak bersama-sama
12 jenis sambal. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa
dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan memberi
‘angpau’ kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan
mereka kini adalah hak miliknya. Sebagai balasan, ibu bapa pengantin
perempuan akan memberi 2 ekor ayam yang berbulu merah ( seekor
ayam jantan dan seekor ayam betina) , 2 batang tebu dan 2 batang lilin
untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang ini akan dibalut
dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan yang penting
kerana dipercayai membawa tuah, kebahagian dan keharmonian.

Kedua-dua ekor ayam tadi dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan
dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang
keluar dahulu dari bawah katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi
dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua ekor ayam tersebut tidak boleh
disembelih atau dijual. Ianya hendaklah dipelihara selagi ada hayatnya.
Jika semakin banyak ayam tersebut membiak, maka semakin ramai
anak yang akan diperolehi. Ayam tersebut dipercayai membawa
kemakmuran dah kebahagian kepada keturunan dan kedua-dua
pengantin tersebut.
5.2 Masyarakat Serani (Kristang)

Adat dalam perkahwinan orang Serani hampir sama dengan Melayu.


Bermula dengan adat merisik di mana mereka mewakilkan kepada
seseorang dalam keluarga untuk ke rumah pihak perempuan. Berbalas
pantun dalam bahasa Portugis juga menjadi rencah penyeri majlis.

Risik hanya sekadar proses perbincangan tanpa membabitkan apa-apa


tukaran hantaran. Hanya ketika bertunang, lelaki bersama ibu bapanya
datang ke rumah perempuan dengan sebotol wain. Rombong itu pula
hanya boleh disertai individu yang sudah berkahwin. bujang dan dara
tidak dibenarkan. Proses bertukar cincin oleh lelaki dan perempuan itu
sendiri adalah upacara kemuncak selepas perbincangan mengenai
majlis perkahwinan.

Selepas sarung cincin, lelaki dibenarkan cium sedikit di pipi perempuan


dan selepas itu satu perjanjian perlu ditetapkan. Lelaki perlu
memberikan wang saku setiap bulan kepada perempuan sebagai tanda
jadi dan pihak perempuan tidak diizinkan untuk bersama dengan lelaki
yang lain lagi.

“Biasanya pertunangan berlangsung selama enam bulan hingga


setahun. Selama itulah wang saku perlu diberi setiap bulan. Nilai itu
ditentukan lelaki sendiri atas kemampuannya. Jika nak bodek lebih, bagi
nilai besar, tapi rugilah. Jika putus tunang, perempuan perlu pulangkan
semula duit itu,” kata pakar budaya Portugis, Noel Felix.

Hantaran dalam perkahwinan hanya dalam bentuk wang. Tidak ada


dulang hantaran seperti orang Melayu. Duit itu boleh diselesaikan ketika
bertunang ataupun sebelum perkahwinan. Biasanya hantaran sekitar
RM20,000. Wang belanja pula lebih tinggi untuk majlis perkahwinan, kos
paling tinggi ialah untuk membeli minuman keras.
Pada zaman dahulu perkahwinan orang Serani diadakan pada hari
Selesa. Pengantin perempuan akan memakai kebaya labuh (cabaia)
dank ain sarung sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang
bermanik. Rambutnya didandan dengan cucuk sanggul dan permata
tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu dan ayahnya serta
seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan “large Noiba”.

Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih
berserta topi tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba
terlebih dahulu di gereja dan menunggu pengantin perempuan. Upacara
perkahwinan ini dilangsungkan di gereja. Selepas upacara perkahwinan,
kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang yang telah
menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima
kasih. Adat ini dinamakan “noiba missa l”.

Berkaitan dengan pakaian tradisional yang dipakai oleh masyarakat


serani semasa majlis perkahwinan mereka amat sukar untuk ditemui
pada masa kini. Kebanyakan daripada mereka lebih selesa untuk
mengenakan pakaian kristian moden semas melangsungkan
perkahwinan. Pakaian tradisional mereka semasa melangsungkan
perkahwinan adalah ala-ala pakaian masyarakat baba dan nyonya.

Majlis perkahwinan atau jamuannya hanya dibuat oleh pihak perempuan,


tetapi semua kaum kerabat lelaki akan berpesta di situ. Oleh itu, wang
hantaran dan belanja tinggi menyebabkan pihak perempuan perlu
keluarkan belanja yang besar untuk majlis. Malah, selalunya majlis
sudah bermula tiga hari sebelum hari perkahwinan.
Tetamu akan berkumpul dan mengadakan jamuan teh untuk pihak lelaki
pada Khamis (jika perkahwian pada Sabtu). Pada hari itu, ibu pihak
lelaki akan membentangkan cadar atas katil yang telah dihias untuk
pengantin. Pengantin tidak dibenarkan berada di situ, malah pengantin
lelaki tidak boleh datang langsung. Keesokan hari, di rumah pihak
perempuan mempunyai jamuan makan malam sekali lagi. Sebab itulah
pihak perempuan perlukan wang yang banyak untuk menguruskan
semua kos itu.

5.3 Masyarakat Chetti

Majlis perkahwinan serta adatnya sama seperti kaum India, ini


disebabkan mereka mengikuti adat-adat yang daripada bapa mereka
yang dari India. Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu
diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain
itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,
etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut
diambil kira.

Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki


akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri
paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji
kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal
pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan
terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian
pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.
Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat
persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah
pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa
beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji
bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada
orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar
sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih
awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan
menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini
perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka
dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara
sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi
kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis
sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada
tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat
puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.
Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam
dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa
ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga
pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau
kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-
dua pihak pengantin. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung,
terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu,
antaranya, kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam
perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan
almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan
tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak
disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan


dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik
mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut
sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk
dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga
meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)
dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai
tanda rasmi undangan perkahwinan.
Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan
disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari
sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh
Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari
tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara
menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang
diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya
diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras
dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua
dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci
pada dahi pengantin.

Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh


masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara
adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan
sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula
dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan.
8.0 Pantang Larang

8.1 Masyarakat Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan
bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila
seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka
percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu.
Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta
tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada
mengganggu anak mereka.

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu
tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka
percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat
disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu
tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi,
antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan
perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam
penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan
Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar
untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

8.2 Masyarakat Serani (Kristang)


Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, jururawat dari hospital akan
datang untuk memeriksa kesihatan bayi mungkin untuk beberapa
minggu. Jika tidak ada apa-apa masalah, pihak keluarga akan mencari
bidan kampung yang dipanggil daya untuk mengurut ibu-ibu,
memakaikan bengkung, bedak dan sebagainya. Bidan Melayu yang
mempunyai pengalaman bekerja sebagai jururawat biasanya akan
dipanggil dengan bayaran lebih kurang RM 120.00 seminggu. Ibu-ibu
selepas bersalin perlu berpantang. Oleh kerana bidan yang merawat
ialah orang Melayu maka cara berpantang juga adalah seperti adat
orang Melayu. Cara mereka berpantang adalah sama seperti orang
Melayu seperti memakai bengkung, berpupuk, makan makanan yang
berebus dan biasa meletakkan halia dalam makanan untuk membuang
angin dalam badan. Mereka pantang terkena air sejuk. Jadi, hal-hal
penjagaan anak seperti mandi akan diuruskan oleh orang lain seperti
daya. Ibu, adik beradik dan saudara terdekat hanya membantu urusan-
urusan lain.

8.3 Masyarakat Chetti

Kebiasaan anak dara tidak dibenarkan keluar rumah tanpa


ditemani oleh orang tua atau bapa. Sekiranya ada tetamu yang
berkunjung ke rumah masyarakat ini, anak dara mereka tidak
dibenarkan keluar ke ruang tamu dan mereka hanya boleh duduk di
dalam bilik atau dapur sahaja. Selain itu, untuk menghidangkan
minuman atau juadah pada tetamu, anak dara harus mendapatkan izin
dari ibunya untuk masuk ke ruang tamu dan terus meninggalkan ruang
tamu tersebut.
Apabila golongan orang dewasa tengah berbual, golongan muda tidak
dibenarkan duduk bersama-sama dan mendengarkan perbualan mereka.
Pergaulan bebas di antara anak teruna dan anak dara juga disekat,
malah jika ibu atau bapa tidak ada di rumah, lelaki tidak dibenarkan
masuk ke rumah seorang anak dara. Masyarakat ini amat menjaga
kesopanan dan kesusilaan mereka dengan menghormati orang yang
lebih tua yang telah diamalkan sejak turun temurun misalnya bila ada
orang tua yang sedang berbual di ruang tamu, kalau hendak keluar
orang muda kena tunduk dan meminta izin tumpang lalu.

Anak gadis dilarang menyanyi ketika memasak kerana mempercayai


kelak akan kahwin dengan lelaki tua. Selain itu, anak dara tidak boleh
duduk di muka pintu atau kelak sukar mendapat jodoh. Dilarang
mengetuk kuali ketika masak kerana akan berat rezeki. Selepas makan
perlu tuang sedikit air dalam pinggan untuk mendapat berkat rezeki.
Sesiapa sahaja tidak boleh meminjamkan jarum atau garam pada waktu
malam, kerana perbuatan ini akan mengurangkan rezeki.

9.0 Kaedah Perubatan Tradisional

9.1 Masyarakat Baba dan Nyonya


Dengan temu bual saya dengan seorang nyonya yang bergenerasi
kedua saya mendapati beberapa kaedah perubatan tradisional misalnya
jika digigit dengan apa jua serangga segera mengaplikasikan cuka ke
atas luka itu supaya kulit akan kecut dan luka tersebut akan sembuh
dengan cepat. Selain itu, jika mempunyai kurap di mana-mana bahagian
tubuh badan, mereka menggunakan air daripada kunyit dan bercampur
dengan kapur sirih kemudian mengaplikasikan pada kurap tersebut.
Tambahan pula, saya diberitahui di setiap rumah baba dan nyonya cuka
dan kapur sirih merupakan barang yang mesti dimiliki kerana
mempunyai pelbagai kegunaan.

Untuk menjaga kesihatan gigi, nyonya akan sentiasa menggunakan


kapur sirih atas gigi mereka. Di samping itu, untuk menguruskan gila
babi mereka akan menggunakan daun sirih dan dibalutkan dengan
cacing kemudian diletakkan atas sudu dan bagi individu tersebut
mengigit. Di samping itu, apabila individu tersebut berasa gatal semasa
ditiupkan angin mereka akan menggunakan ‘kemunyan’ dan bagi asap
tersebut menyentuh seluruh badannya.

9. Masyarakat Serani (Kristang)


Kaedah perubatan tradisional masyarakat serani banyak menggunakan
cara yang diamalkan oleh masyarakat portugis. Tradisional perubatan
Portugis diamalkan oleh Curandeiras, yang diterjemahkan ke dalam
kejahatan dan baik. Curandeiras amat terikat kepada agama mereka
iaitu Katholik, kepercayaan mereka dan iman yang kuat di dalam Tuhan.
Mereka bertanya kepada Tuhan untuk membantu mereka sembuh
dengan memberi mereka fikiran tertentu, perasaan atau "tanda-tanda"
apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya ketika
mereka menyembuhkan seseorang. Curandeiras mungkin lelaki atau
perempuan, walaupun kebanyakan adalah wanita.

Bagi tulah terkehel, mereka menggunakan jus resin dari Rosin rumpai,
oakum dan telur untuk membuat bahan perubatan untuk menetapkan
tulang. Curandeiras menyembuhkan pelbagai penyakit, kedua-dua
fizikal dan emosi. Bahan-bahan seperti minyak, urut, air, garam dan
herba digunakan sebagai alat bantuan dalam proses penyembuhan.
Walaubagaimanapun, cara penyembuhan yang paling berkuasa adalah
melalui doa. Curandeiras tidak mendapatkan pemberian wang bagi kerja
penyembuhan mereka. Bucho Verado ("perut bertukar") dirawat dengan
mengurut perut dengan minyak dan meletakkan daun ti dan kain
pembalut pada abdomen. Ini dilakukan untuk menyembuhkan dan
meluruskan usus supaya seseorang itu boleh makan seperti biasa lagi.
Ia juga dilakukan untuk melegakan "poket gas" yang merengsakan dan
menyebabkan kesusahan. Daun ini dikeluarkan selepas satu hari. Jika
daun kering sudah kering, ini bermaksud penyakit tersebut sudah
sembuh.
"Wishbones Displaced". Ini adalah masalah dengan tulang terkehel.
Untuk merawat ini, Curandeiras meletakkan secawan air di kepala orang
yang tertindas dan diteruskan dengan sembahyang. Cawan air
diperhatikan untuk melihat jika ia mendidih, ini membantu dalam proses
diagnostik. Kemudian, bahagian badan yang terjejas dapat
dipermudahkan atau berakhir kesakitan. Coobrant. Ini adalah suatu
keadaan yang mungkin mempunyai beberapa tanda-tanda berikut:
keletihan, menangis berlebihan, kemurungan dan hanya "rasa tidak
selesa". Keadaan ini adalah disebabkan oleh fikiran negatif diarahkan ke
arah anda oleh seseorang yang cemburu anda atau harta benda anda.
Orang yang terjejas dirawat tiga kali, dengan solat, rosaries dan
mungkin urut.

9.3 Masyarakat Chetti

Budaya masyarakat chetti banyak mengikuti budaya masyarakat melayu


ini disebabkan ibu mereka adalah dari kaum melayu. Jadi, kaedah
perubatan tradisional mereka adalah mengikuti cara kaum melayu.
Terdapat beberapa kaedah perubatan tradisional, misalnya perubatan
tradisional mereka banyak diamalkan oleh para bomoh dan Tok Dusun
sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak menggunakan
bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba telah
diterima dengan penuh minat kerana ia merupakan kaedah yang
selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan
manusia.
Punca penyakit disebabkan bersangkutan dengan darah dan yang
bersangkutan dengan angin. Darah perlu 'panas' tetapi tidak boleh
berlebihan. Angin disalurkan melalui urat di dalam badan. Namun jika
terdapat terlalu banyak angin, ia akan menyekatkan perjalanan darah
lalu menganggu kesihatan. Justeru, darah dan angin merupakan dua
unsur utama dalam tubuh seseorang. Jika kedua-dua darah dan angin
berkeadaan baik, maka individu yang berkenaan itu akan sihat.
Sehubungan dengan itu, kaedah pengurutan juga dilakukan bagi
menolak 'angin' dan merangsang perjalanan darah dan urat. Pengurutan
biasanya dilakukan pada bahagian-bahagian badan yang terlibat dalam
kerja berat, seperti tangan, kaki, dan belakang tubuh. Ia dilakukan
dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang diperbuat
daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai
khasiat 'panas'. Tumpuan utama pengurutan adalah untuk merawat
perempuan lepas bersalin. Di samping itu, mereka juga digalakkan
mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan
bagi mengeluarkan angin dari urat.

11.0 Cara masyarakat peranakan kekal sehingga ke hari ini.

11.1 Masyarakat Baba dan Nyonya


Sebelum negara dan etnik-etnik istimewa ini kehilangan warisan yang
dimiliki, usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang bersepadu
hendaklah dilakukan dari peringkat asaslagi. Usaha-usaha ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah melalui penyertaansecara
individu mahupun komuniti secara keseluruhannya. Berbanding nilai
sosial kejiranan moden seperti yang banyak terdapat pada hari ini,
masyarakat tinggal dengan rumpun yang berbeza dari segi ekonomi,
sistem kepercayaan dan cara hidup antara satu sama lain. Hal ini sering
terjadi di kawasan-kawasan bandar yang menerima proses migrasi dari
kawasan luar bandar sehingga mengakibatkan pembawaan
kepercayaan dan tradisi masing-masing semakin terhakis.

Prihatin atas masalah-masalah yang kian berleluasa ini, terdapat


beberapa usaha yang telah dilakukan untuk membantu memulihkan
komuniti ini dengan budaya unik mereka. Antaranya merangkumi
pembabitan di dalam aktiviti sosial persatuan, pembinaan muzium Baba
Nyonya, persembahan tradisional dan tarian pop Cina secara mingguan
dan pengiktirafan kebaya Nyonya di persada dunia melalui Kementerian
Malaysia. Selain itu, terdapat pertunjukan seni Peranakan mingguan
diadakan di pasar malam Jonker Street. Usaha-usaha ini dilakukan atas
kesedaran yang tinggi untuk memupuk interaksi yang lebih hebat di
kalangan genarasi muda dan tua Baba Nyonya supaya rasa kecintaan
terhadap adat dan budaya sendiri dapat disemai dalam diri setiap ahli
komuniti ini. Teknik pendidikan secara tidak formal dijadikan asas dalam
mendekati golongan muda ini seterusnya mendidik mereka untuk
mengenali budaya sendiri. Sepertimana mereka mendapatkan pengaruh
luar melalui sumber hiburan yang bersifat santai dan menghargai
kehidupan sosial yang lebih mudah serta tidak membebankan, maka
kaedah yang sama juga boleh digunakan dari aspek seni bina.
Perancangan perumahan adalah salah satu kaedah mereka bentuk
ruang hidupan yang mengandungi antaranya komponen kekeluargaan
dalam kehidupan seharian, misalnya terdapat bahan-bahan bersejarah
dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat
kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka). Di tempat sedemikian,
dapatlah mencari perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and
Nyonya. Komponen keluarga biasanya terdiri daripada ayah, ibu serta
adik beradik lainnya.Setiap elemen ini akan saling memerlukan antara
satu sama lain dan interaksi akan berlaku sama ada dalam ruang
lingkup rumah sahaja atau juga di luar rumah seperti kawasan-kawasan
awam yang menyediakan tempat berekreasi yang menyeronokkan.
Perancangan perumahan yang baik akan menitikberatkan keperluan
penduduk secara menyeluruh, bermula dari sekecil satu unit perumahan
sebagai tempat berteduh sehinggalah ruang-ruang interaktif yang
disediakan untuk kegunaan seluruh penduduk perumahan tersebut.
Dalam projek ini, pembangunan skim perumahan yang bakal dilakukan
akan bersifat menyeluruh seperti yang dibincangkan di atas.Untuk
menarik minat golongan muda, susun atur pelannya (masterplan) akan
direka secara interaktif dan dalam masa yang sama, akan disertakan
dengan program-program yang mampu menarik minat remaja. Kesemua
elemen ini akan dikawal dengan sentuhan identiti serta karekter unik
Baba Nyonya dalam seni bina bangunannya selain nilai-nilai sosial yang
lain. Melaluinya, diharapkan golongan remaja dan sesiapa sahaja yang
melawati perumahan ini akan berasa “hidup” bersama komuniti asli
Baba Nyonya di samping dapat belajar, memahami, mengenali,
menyentuh dan melihat sendiri pengabdian budaya mereka.

11.2 Masyarakat Serani (Kristang)


Masyarakat Portugis turut dikenali sebagai Papia Kristang boleh kekal
berkembang pesat di negara ini, malah membentuk satu komuniti di
Penempatan Portugis di Ujong Pasir, Melaka. Bukan itu saja, cara hidup,
bahasa dan budaya mereka masih utuh seperti ketika 500 tahun dulu.
Pembukaan kampung itu berlaku pada tahun 1926 selepas dua paderi
mahu masyarakat Portugis yang ketika itu berselerak di beberapa
kawasan supaya dapat tinggal dalam satu kawasan untuk
mempertahankan budaya dan cara hidup mereka. Melawati pintu
gerbang kampung Portugis, beberapa ratus meter dari Bukit San Juan
(St John), sudah terasa seperti berada dalam kampung Melayu kerana
ketika berselisih dengan penduduknya, sukar untuk dibezakan sama
ada mereka Melayu atau Portugis. Ada juga yang raut wajahnya mirip
India dan ada pula seperti Cina.

Ini sudah cukup jelas membuktikan wujud perkahwinan campur antara


orang Portugis dengan masyarakat tempatan satu ketika dulu sekaligus
mewujudkan masyarakat percampuran budaya yang cukup kuat akibat
asimilasi sesama mereka dan senario sebegitu sudah menjadi perkara
biasa di Melaka termasuk membabitkan orang Chetti Melaka serta Baba
Nyonya. Namun, apa yang uniknya mengenai orang Portugis di Melaka
ini ialah budaya dan bahasa mereka tidak pula 100% sama seperti di
Portugal ketika ini. Bunyinya ada sedikit lain dan rentak tarinya juga
tidak serupa. Dikatakan orang di Melaka lebih asli budayanya
berbanding di Portugal.
“Orang di sini (Melaka) lebih Portugis daripada orang di sana (Portugal).
Bahasa kami lebih asli dan lama... bahasa asal. Banyak juga kelainan
dalam sebutan kami. Dari segi tatabahasa, bahasa orang Portugis di sini
bahasa baku, tidak seperti di Portugal yang sudah menerima banyak
pembaharuan bahasa. Di sini tidak kerana sejak Belanda mengambil
alih penjajahan, hubungan kami terputus dengan Portugal. “Apa saja
yang ditinggalkan Portugis sejak Melaka diambil alih Belanda pada 14
Januari 1641, itulah yang kekal sehingga hari ini. Paling ketara ialah
bahasa di mana kami hanya mewarisi bahasa Portugis secara turun
temurun. Tidak seperti di Portugal yang sudah berlaku ubah suai
terutama dalam aspek tatabahasa. “Jika orang Portugis Melaka ke
Portugal, orang di sana akan pelik dan kagum mendengar kami bertutur.
Ia sangat unik bagi mereka kerana bahasa asal Portugis masih kekal
seperti sedia kala di luar negara mereka. Di Melaka ini, bahasa itu
sangat dijaga dan kami sentiasa pastikan anak mewarisinya,” kata
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung
Portugis, Peter Gomez.

Kagum melihat bagaimana masyarakat ini membangunkan budaya dan


cara hidup mereka, kekal terpelihara selepas 500 tahun memasuki
Negara ini. Ia disebabkan suasana dalam perkampungan portugis yang
sedaya upaya menghidupkan latar Portugis sama ada dari segi bahasa
pertuturan, seni budaya, pekerjaan dan upacara perayaan. Mereka
memang sukakan hiburan. Minuman keras boleh dikatakan satu
kemestian dalam apa saja perayaan dan upacara masyarakat mereka.
Kerana itulah, kedai pertama yang ditempuh sejurus masuk ke pintu
kawasan mereka adalah restoran berkonsepkan bar yang juga tidak
lupa mengetengahkan budaya Portugis dalam hidangan dan
persembahan.
Orang Portugis berkampung di tepi pantai disebabkan mereka sukakan
lautan, mungkin kerana sejarah mereka sendiri berkait rapat dengan laut,
merantau meneroka dunia. Kini, lautan juga terus menjadi sumber
kehidupan mereka dengan masih ramai terus ke laut menjadi nelayan
meskipun ada banyak peluang kerjaya lain terhidang, terutama di
Bandar seperti Melaka. Jika yang sudah berjaya membina kerjaya pula,
kehidupan nelayan tidak pula terhenti begitu saja. Masih ramai yang
terus ke laut pada masa lapang kerana bagi mereka, lautan dan orang
Portugis sukar sekali untuk dipisahkan. Malah, ada perayaan khas untuk
nelayan dikenali sebagai San Pedro, penaung kepada nelayan.

Tidak dinafikan mereka cukup selesa dengan kehidupan sebegitu


sehinggakan ada yang menggelar mereka sebagai ‘orang laut’. Apa
tidaknya, anak seusia lima tahun tidak kisah bermain air di tebing pantai
keruh yang sebenarnya tidak sesuai untuk mandi. Kehidupan dalam
komuniti berpusat di Kampung Portugis nyata memberikan kelebihan
kepada masyarakat ini untuk mempertahankan cara hidup mereka.
Semuanya mengenai mereka boleh ditemui di situ. Apa saja perayaan
dan sambutan mengenai masyarakat itu berlaku di kampung itu.

Apapun, keunikan masyarakat Portugis tidak setakat itu saja kerana


lebih banyak untuk dikongsi termasuk mengenai budaya dan
keagamaan yang menonjolkan kelainan berbanding masyarakat lain.
Kini, perkampungan Portugis dijangka akan kekal dengan imej dan cara
hidup mereka dalam tempoh lebih lama kerana ia sudah diwartakan
sebagai kampung warisan dengan pemilik tanah di situ tidak boleh
menjual tanah mereka kecuali kepada orang Portugis.

11.3 Masyarakat Chetti


Bagi mengekalkan budaya mereka, masyarakat Chetti diajar tentang
cara-cara mengumpul bahan dan menulis majalah budaya. Mereka
mengendalikan aktiviti merakamkan foto dan video untuk
mendokumentasikan keunikan perkampungan warisan mereka.
Masyarakat Chetti dibimbing cara-cara menulis berita, surat pembaca,
memorandum, mengadakan sidang media, membuat wawancara,
berkomunikasi dengan media dan sebagainya. Semua ini dilakukan bagi
memberikan “ilmu” dan “kuasa” kepada kaum Chetti – khususnya
generasi muda – bangkit berjuang secara kendiri, profesional dan
terancang dalam usaha murni mempertahankan hak dan warisan.

Semasa pengunjung-pengunjung berkunjung ke perkampungan warisan


mereka, mereka akan mengkongsikan seluruh maklumat mengenai
warisan, budaya dan adat mereka kepada pengunjung untuk
menyebarkan budaya mereka kepada semua orang supaya masyarakat
dapat berkenal kepada masyarakat chetti. Di samping itu, semasa
menyambut perayaan tradisional, masyarakat chetti akan membuat
persembahan seperti bersajak, menari serta menyanyi lagu tradisional
mereka. Sebuah muzium juga dibina di depan kampung chetti pada
tahun 2002 untuk menyebarkan budaya masyarakat chetti.

Sejak hampir sedekad lalu, terdapat usaha mengeratkan hubungan


antara masyarakat Chetti di Melaka dan Singapura. Malah, penduduk
Kampung Chetti Melaka diundang membuat persembahan dondang
sayang dan ronggeng, serta demonstrasi majlis perkahwinan sempena
pelancaran buku “Peranakan Indians of Singapore and Melaka” di
Singapura pada 2006. Sebab pelancaran buku ini adalah untuk
menyebarkan budaya masyarakat chetti kepada masyarakat lain di
samping mengekalkan budaya mereka.
Masyarakat Chetti telah melalui perjalanan hidup yang cukup panjang
dan susah sambil terus mengekalkan identiti tersendiri yang lain
daripada yang lain. Kebelakangan ini, projek pembangunan yang sudah
dimulakan di kawasan Lot 93 yang terletak di tengah-tengah
perkampungan warisan telah menceroboh budaya mereka. Kampung
Chetti sudah wujud sejak tahun 1414 – iaitu jauh sebelum kedatangan
Portugis. Malah, kampung ini serta para penduduknya berjaya
mempertahankan hak, identiti dan maruah walaupun negara pernah
dijajah Belanda, British dan Jepun. Walaupun projek pembangunan ini
telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Melaka, tetapi mereka tidak
berhenti perjuangan mereka atas mengekalkan seni bina yang diwarisi
sehingga ke hari ini.

12.0 Sumbangan-sumbangan peranakan kepada tamadun Malaysia.

12.1 Masyarakat Baba dan Nyonya

Separuh awal abad ke-20 menyaksikan perubahan penting dalam


sejarah yang mana sebilangan kaum Peranakan makin cenderung untuk
menyokong kemerdekaan Malaysia. Masyarakat Baba dan Nyonya turut
menyertai perjuangan kemerdekaan kerana dianggap Malaysia ialah
tanah tempat tumppah darah mereka.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tun Tan Cheng Lock memberikan
pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan
masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya,
beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain
daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau
juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan
persoalan-persoalan. Seorang peranakan baba nyonya yang berbeza
dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat
British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah
pemerintahan British.

Selain itu, masyarakat baba nyonya juga banyak memberi sumbangan


dalam pelancongan. Keunikan budaya mereka dengan pencampuran
budaya kaum melayu dan kaum cina menarik minat ramai orang untuk
mengunjungi ke Malaysia. Sebuah muzium persendirian yang menawan,
dikendalikan oleh komuniti Baba dan Nyonya yang terletak di Jalan Tun
Tan Cheng Lock, Melaka membolehkan orang ramai kini boleh melihat
bahan-bahan artifak unik yang bersejarah berkaitan kebudayaan ini.
Adanya tembok bangunan warisan ini, membolehkan pelancong
mengetahui dengan lebih banyak tentang budaya yang unik ini. Muzium
Warisan ini juga menawarkan pelancongan berpemandu (dengan
tempahan), kemudahan penyelidikan dan audio visual.

12.2 Masyarakat Serani (Kristang)


Masyarakat Serani banyak menyumbangkan kepada pembangunan
industri pelancongan. Semasa perayaan tradisional mereka,
perkampungan portugis akan dipenuhi oleh pelancong untuk
menyaksikan persembahan seperti tarian dan nyanyian yang penuh
dengan budaya mereka.

12.3 Masyarakat Chetti

Masyarakat Chetti telah memberi sumbangan ke atas perkembangan


agama Hindu di Melaka. Chetti Melaka adalah penyumbang utama
pembukaan puluhan kuil di Bandaraya Bersejarah itu. Sehingga kini
masih ada 10 kuil yang aktif digunakan termasuk Sri Poyatha Venayager
Moorthi, kuil besar tertua yang masih digunakan di negara ini. Pada
awal kedatangan mereka ke Melaka, masyarakat ini membina
perkampungan di Kampung Keling, bersebelahan Sungai Melaka yang
kini menjadi kawasan perniagaan utama masyarakat Cina, sebelum
berhijrah ke Tengkera.

Jika sesiapa ke Gajah Berang, Melaka, pasti berkesempatan melihat


sebuah muzium Chetti Melaka di tepi jalan yang dibina pada 2003 oleh
kerajaan Melaka, selain sebuah rumah asal tertua di perkampungan itu
yang bersetentangan muzium berkenaan. Muzium ini membolehkan
pelancong-pelancong yang datang ke negara kita untuk memahami dan
mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan masyarakat chetti.
Masyarakat juga menyumbangkan kepada kemajuan ekonomi negara
kita. Hubungan perdagangan antara Benua Kecil India dan Kepulauan
Melayu sudah tercatat dalam buku sejarah dan sastera India seawal
kurun pertama. Dalam teks Ramayana dan Silappatikaram, misalnya,
dikisahkan mengenai pedagang yang datang ke Tanah Melayu. Malah,
Tanah Melayu digelarkan sebagai Suwarnabhumi, iaitu Semenanjung
Emas. Pedagang India yang berurusan di Tanah Melayu — di Kedah
dan kemudian di Melaka — merupakan golongan kaya. Selain daripada
barangan dagangan, mereka juga membawa bersama-sama budaya,
sastera dan agama dari tanah kelahiran. Golongan pedagang ini digelar
“setu” dan kemudian dipanggil “chitty” atau “chetti”. Istilah “setu”
bermakna “pedagang” dalam bahasa Tamil.

Anda mungkin juga menyukai