Anda di halaman 1dari 7

ASAL USUL

Bangsa Serani hasil dari asimilas


Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) telah menceroboh dan
selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Melaka menjadi pangkalan startegik
bagi pengembangan portugis di Hindia Timur, di bawah Negeri Protugis india sejak April
1511. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang
mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian,
masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu
pengikut jesus.
Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah
dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka
memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas
kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera
mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de
Albuquerque, pemerintah India ketika itu bagi menyebarkan ajaran kristian, memenuhi
pelan sebagai wizurai india.Satu surat dari raja portugal memastikan pembebasan dan
pelepasan cukai untuk rakyat Portugis bujang yang ke luar negara dan berkahwin di
Melaka.Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah
direkodkan khususnya di tanah Melaka, perkahwina campur berkembang pesat di bawah
galakkan pleh pemerintah Portugis. Mubaligh Jesuit Francais Xavier menghabiskan
beberapa bulan di Melaka pada 1545,1546 dan 1549.
Selepas kejatuhan portugis, kuasa belanda telah mengambil alih melaka pada 1641
selepas Belanda dan Melaka menewaskan Portugal. Melaka diserahkan kepada British
selepas Perjanjian AngloBelanda pada tahun 1824 di Bangkahulu di Sumatera.Namun,
kelompok masyarakat serani yang bermula dari zaman pendudukan portugis masih
mengekalkan tradisi mereka, kebudayaan, mengamalkan ajaran agama katholik dan
bahasa portugis dalam komuniti mereka. Hubungan perdagangan kekal dengan koloni
Portugis di Macau yang berpanjangan sehingga ke hari ini.
Masyarakat Serani kebanyakannya di dapati tinggal di kawasan seperti pinggir
pantai dalam kawasan perbandaran Melaka. Contoh nama2 Masyarakat Serani di Melaka
adalah seperti De Souza, Gomes, Fernandez dan Lopez. Menurut bancian yang dijalankan
beberapa tahun yang lalu, terdapat kira-kira 12,000 orang Serani kebanyakannya di
melaka dan pulau pinang.
Masyarakat serani juga dikenali sebagai Kristang, merujuk kepada kumpulan etnik
yang berdarah campuran portugis dan melayu serta sesetengahnya berdarah belanda,
inggeris, cina dan india hasil perkahwinan campur nenek moyang mereka di abad ke 16
dan 17 di Melaka. Ketika ini perkahwinan campur di antara masyarakat kristang yang
beralamah kristian dan penduduk tempatan kebiasaannya adalah dengan kaum cina dan
india memandangkan kaum melayu islam tidak membenarkan penganutnya mengahwini
individu yang berlainan agama.

Nama ini datangnya dari creaole Portugis Kristang (kristian), ianya sendiri dari
bahasa Portugis cristao. Sinonim lain bagi masyarakat Portugis adalah Serani (ringkasan
bagi Nasrani, yang bererti pengikut Jesus dari Nazarene); dan Gragok (istilah slanga
bagi Geragau atau udang, merujuk kepada fakta bahawa keturunan Portugis Melaka
secara tradisi merupakan nelayan udang). Masyarakat mereka sendiri mengelar diri
mereka sebagai Genre Kristang (orang Kristian)
Papia Kristang adalah bangsa serani iaitu masyarakat Belanda dan Portugis yang
berkahwin dengan orang melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Seperti Baba
dan Nyonya , masyarakat papia kristang masih wujud di Melaka dan Pulau Pinang.

BAHASA
Kristang merupakan etnik kacukan (creole) campuran keturunan orang portugis
dan Melayu, sungguhpun terdapat campuran Cina, India, dan leluhur lain disebabkan
perkahwinan campur yang biasa dikalangan Kristang, yang timbul di Melaka (Malaysia)
antara abad ke-16 dan ke-17. Sesetengah mereka bertutur dalam bahasa Kristang , sejenis
bahasa creole yang berasakan bahasa Portugis. Salah fahan biasa adalah bahasa Kristang
merupakan campuran Portugis dan bahasa melayu, tetapi sebenarnya bahasa Melayu
menyerap sebahagian perkataan Kristang seperti perkataan keju (queijo), kereta (caretta),
nenas (ananas), meja (mesa), bendera (bandeira), mentega (manteiga), sekolah (escola)
dan sebagainya.Terdapat kira-kira 300 patah perkataan dalam bahasa melayu yg diambil
daripada bahasa portugis dan disesuai kan dengan kelaziman sebutan lidah orang melayu.

AGAMA DAN PERAYAAN


Komuniti Kristang umumnya mengamalkan agama Roman Katolik di mana hari
natal adalah sambutan terbesar dalam kalender perayaan mereka dan merupakan satu
majlis perayaan keagamaan yang utama dengan ahli keluarga berkumpul untuk
meraikannya. Juga turut diadakan perayaan lain seperti hati St.john (San Juang) pada 24
jum, kini menjadi salah satu tarikan pelancong terbesar di Melaka, Sao Pedro( San
Pendro), penaug kudus nelayan, pada 29 jun. Muzik dan tarian orang Papia Kristang
dikenali sebagai branyok. Melodi branyok yang popular adalah Jingkil Nona, dilihat
sebagai lagu kebangsan tidak rasmi komuniti Serani yang berketurunan Protugis.
Menganut agama kristian mazhab katolik. Setiap rumah mempunyai patung agama
yang mereka anuti bersertaan dengan hari-hari kebesaran portugis dan perayaan kritian.
Sepertt natal dan krismas

PANTANG LARANG
1.Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah
- Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang
menziarahimelakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan
membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.
2.Pantang larang merisik
- Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi
ketikarombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang
ikutserta. Kerana dianggap tidak sopan.
3.Pantang jangan bersiul waktu malam.
Ular masuk.
Bising, menganggu
Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.
Takut-takut termakan benda lain atau bersepah
.Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh.
nanti tercucuk ke mata atau tangan
Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir
Takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.
4.Pantang larang kematian
gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.
barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.
ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda
penghormatan.
sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.(Vaaikkarisi)

MAKANAN TRADISIONAL
Masakan kristang dipengaruhi oleh masakan etnik tempatan sama seperti masakan
melayu. Walaupun kebanyakkan kristang makan menggunakan sudu dan garfu atas
pengaruh barat, namun terdapat juga sebilangan yang makan menggunakan tangan seperti
masyarakat melayu. Antara masakan kebiasaan kristang adalah curry dabel, porku
tambrinu, dan pang si su cake. Selain itu oindang serani adalah masakan tradisional khas
Merangin pindang serani ini identik dengan masakan ikan berbuah atau masakan asam
pedas dari berbagai daerah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, masyarakat kaum serani merupakan kacukan orang barat yang
menjelajah ke Tanah Melayu pada era penjajahan. Masyarakat ini didapati berasal dari
petempatan negeri Melaka. Kebanyakan masyrakat kaum serani adalah dari negeri
Melaka yang berhijrah ke negeri lain. Kaum serani beragama Kristian katolik, agama ini
di sebarkan melalui perkahwinan yang bercampuran antara kaum lain. Kebanyakan
perkahwinan bercampur ini berlaku antara kaum India-Protugis atau kaum Cina-Protugis.
Perkahwinan ini jarang berlaku antara masyarakat melayu yang beragama islam dan
Protugis kerana ajaran islam melarang penganutnya untuk bertukar agama. Orang serani
juga dikenali sebagai orang Papia Kristang yang berasal dari perkataan kristian yang
bermaksud pengikut Jesus. Perkataan Serani berasal dari perkataan Nasrani yang
memberi maksud yang sama seperti perkataan kristian.Selain itu, kaum ini menyambut
perayaan Natal atau Krismas sebagai perayaan utama secara besar besaran. Perayaan ini
di beri cuti umum kepada penganut kristian termasuk orang serani dalam negara ini.
Bahasa yang ditutur oleh masyarakat serani adalah bahasa kristang. Sesetengah perkataan
dari bahasa serani teleh diubah suai and digunakan dalam bahasa melayu contohnya keju
yang berasal dari perkataan queiju. Terdapat kira kira 300 perkataan dari bahasa
kristang yang di gunakan dalam bahasa melayu dengan mengubah ejaannya. Seterusnya,
pantang larang yang wujudkan dalam kaum serani mempunyai banyak persamaan dengan
kaum India dan segelintir dari kaum kaum lain. Seperti melarang seseorang untuk bersiul
pada waktu malam yang bererti akan mengudang ular ke sesuatu tenpat. Larangan ini
diwujudkan dan diwarisi secara turun temurun oleh kedua dua kaum di Malaysia
ini.Berikutnya, makanan tradisional kaum serani mempunyai persamaan dengan
masyarakat melayu and masyarakat india. Kaum serani yang berasal dan bertetap di
melaka sehingga sekarang mengamalkan makanan tradisional kaum melayu walaupun
masyarakat tersebut beragama hindu. Contohnya, asam laksa dan pindang serani
merupakan makanan terkenal masyarakat serani dalam pelbgai daerah, walaupun bukan
makanan asli kaum tersebut tetapi masyarakat serani mengamalkan dan maju dalam
menghidang makanan tersebut. Selain itu, Makanan tradisional masyarakat serani
bergantung pada kaum kedua mereka contohnya masyarakat serani yang kacukan antara
protugis- india pandai dalam menghidangankan hidangan kaum india contohnya thosai,
idli dan sebagainya. Akhirnya, malaysia kaya dengan bangsa dan kaum yang unik kerana
setiap kaum mempunyai sejarah, agama, adat, kpercayaan, budaya yang berbeza. Sifat
keterbukaan telah disemai dalam setiap diri rakyat Malaysia dengan menerima
kepelbagaian kaum dan budaya tanpa dengan pemikiran rasional. Rakyat Malaysia

haruslah mempunyai sikap bertolak ansur sabar dan mengawal diri bagi mengelakan
berlakunya perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum di malaysia untuk
menjamin kesejateraan hidup rakyat.

Anda mungkin juga menyukai