Anda di halaman 1dari 6

Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal (7 isi X 3 markah)

1. Kemajuan dan pencapaian manusia pada zaman Neolitik

 Pencapaian dari segi ekonomi, pemikiran dan sosialisasi pada zaman Neolitik membawa
kepada kemunculan tamadun.
 Pencapaian dari segi ekonomi – Revolusi Pertanian
 Sistem kepercayaan – yang lebih kompleks
2. Proses urbanisasi

 Proses urbanisasi di sesuatu tempat berikutan adanya kegiatan pertanian, penenunan dan
penternakan binatang.
 Manusia juga cuba hidup bersatu dengan tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.
 Berlaku perkembangan daripada sebuah kampung ke bandar dan negara kota.
 Ekoran daripada berlakunya pertambahan penduduk di sesuatu kawasan seperti di
kampung, berlakunya pembukaan tanah-tanah baru untuk penempatan dan kegiatan
pertanian.
 Urbanisasi ini membawa kepada pengasasan beberapa tamadun lain.
3. Kemajuan sains dan teknologi

 Kemajuan dalam bidang ini dapat dilihat apabila manusia mula menggunakan logam
seperti besi, tembaga dan gangsa
 Penciptaan pelbagai alat pertanian seperti tajak menyebabkan pertanian diusahakan
dengan meluas.
 Penghasilan tembikar membawa kepada perubahan sara hidup masyarakat.
 Kesannya, hasil pertanian meningkat dan wujudnya aktiviti perdagangan.
4. Sungai

 Kemunculan tamadun awal di lembah-lembah sungai menunjukkan kepentingan sungai


sebagai salah satu faktor perkembangan tamadun.
 Sungai membantu kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai
sumber bekalan makanan.
 Sungai juga berperanan sebagai jalan pengangkutan yang penting.
 Kesannya; terdapat banyak tamadun muncul di lembah-lembah sungai seperti di lembah
sungai Nil, Tigris-Euprates, Indus dan Hwang Ho.
5. Faktor angin

 Angin memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun.


 Angin membantu pelayaran dan pengangkutan di antara satu tamadun dengan tamadun
yang lain.
 Hal ini membolehkan wujudnya perdagangan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan
bahan mentah.
 Perdagangan memajukan kebudayaan kerana berlakunya pertukaran fikiran dan
maklumat.

Faktor keruntuhan tamadun

 Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah
factor kemerosotansesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak
dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku
secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.

 Perpecahan di kalangan masyarakat


Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan
tamadun. Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan
Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.

 Ketidakadilan
Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara
antara golongan kaya danmiskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah
tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golonganhamba abdi yang hidup melarat
yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golonganberharta telah
menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.

 Ketidakstabilan politik
Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.

 Bencana alam atau malapetaka


Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti
banjir, wabak penyakit dansebagainya. Contoh Athens – serangan wabak
penyakit yang mengakibat kematian penduduk danpemerintahnya iaitu Pericles.
8. ISLAM DATANG DARI CHINA

Terdapat pelbagai teori dan bukti yang menyokong pendapat yang menyatakan
bahawa Islam tersebar ke Alam Melayu adalah dari negara China.

8.1. Melalui kegiatan perdagangan

Kegiatan perdagangan merupakan satu kegiatan ekonomi yang terpenting bagi


memperkenalkan barangan negara mereka ke dunia antara bangsa. Melalui
China, perdagangan Arab -China sudah lama wujud. Para pedagang China akan
keluar mengembara dengan kapal ke negara-negara asing yang menjadi pusat
perdagangan. Pada masa tersebut, Alam Melayu merupakan suatu tempat yang
strategik kerana di situlah menjadi laluan kapal-kapal pedagang yang sering
berualang-alik dari timur dan barat.

Pada masa tersebut, telah pun diketahui bahawa negara China telahpun
menerima Islam sejak dari zaman Kerajaan Islam di Tanah Arab lagi. Maka
kebanyakan yang mula-mula menerima Islam ialah para pedagang. Dengan itu,
para pedagang inilah yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke tempat-
tempat lain di dunia ini.

Disamping berdagang, mereka turut mengembangkan Islam ke tempat yang


mereka singgah itu, termasuk Alam Melayu. Dengan keperibadian mereka yang
tinggi serta akhlak mulia yang ditunjukkan, ini menarik minat masyarakat
setempat untuk mendalami agama Islam dan seterusnya menerima Islam
sebagai agama mereka.

Dr Abdul Jalil Hasssan,dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua 1225 masihi


terdapatnegeri Islam yang disebut sebagai"Fo-Lo-An"iaitu Kuala Berang
Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di samping
Srivijaya.Terdapat batu bersurat yang menunjukkan kedatangan berrah dari
China ,ini menguatkan lagi bukti Fatimi dan Dr.Abdul Jalil, di Champa pada tahun
1039 masihi,di Brunei 1048 Masihi,di Leran Jawa 1082 ,di Terengganu 1303
masihi.

Dalam komteks sejarah Malaysia, teori kedatangan Islam dari China ini boleh
dikaitkan dengan terjumpanya barang-barang sejarah di Terengganu.
Sebenarnya apakah yang menyebabkan para pedagang Arab dari China
bertumpu di Terengganu? Antaranya ialah dari segi jalan laut. Terengganu
terletak di kawasan jalan laut yang menjadi laluan perdagangan mereka. Dari
segi geografinya pula, kedudukan Kuala Berang di tiga kuala suangai amat
strategik untuk dijadikan pusat kegiatan perdagangan. Menurut Paul Wheatley,
Kuala Berang ini juga dikenali oleh masyarakat China sebagai Fo-Lo-An
( Menurut catatan sejarah Chua-Ju-Kua pada tahun 1225 M, ia hanya
menyatakan kawasan Fo-Lo-An adalah sebuah pusat perdagangan yang
terpenting di rantau Asiatenggara
8.2. Penghijrahan akibat persengketaan

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, telah berlaku pemberontakan di Canton


pada 877 masihi yang mengorbankan kira-kira 120 000 hingga 200 000
pedagang yang kebanyakannya beragama Islam Arab dan Farsi. Untuk
menyelamatkan diri, mereka telah keluar dari Canton dan membawa diri ke
tempat yang lebih selamat. Ada yang dapat menyelamatkan diri dan berhijrah ke
Kalah iaitu nama lama bagi Kedah. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tahun
878 M, pada zaman perintahan Maharaja His Tsung.

Begitu juga pada akhir Dinasti T’ang (618 – 905 M) berlaku satu pemberontakan
lain di wilayah Yang Chow, yang mengakibatkan seramai 5000 orang rakyat
asing dibunuh.

Selain pemberontakan yang berlaku di Canton, yang melihat pengusiran orang


Islam, penghijrahan orang Islam juga disebabkan oleh serangan oleh Kerajaan
asing yang ingin menakluki sesuatu kawasan ataupun oleh Kerajaan yang
membenci Islam. Penganut Syiah Alawiyah dari Damsyik telah melarikan diri dari
negara asal mereka hingga ke Champa akibat tekanan oleh Kerajaan Islam pada
masa itu telah melahirkan suatu masyarakat yang kemudiannya dikenali
sebagai Bani Champa (1000 – 1471M). Walau bagaimanapun, kewujudan
mereka di Champa tidak kekal lama apabila Kerajaan Annam menyerang mereka
yang memaksa mereka melarikan diri sekali lagi. Kali ini mereka berjaya tiba ke
Acheh. Maka, dengan itu, Islam berkembang pula di Acheh dan negeri-negeri
sekitarnya.

Sehubungan dengan peristiwa itu menjadikan orang-orang Arab-Islam melarikan


diri bagi kali keduanya berlindung di daerah-daerah Nusantara. Kedatangan
mereka bukan sahaja mencari perlindungan, bahkan memperkenalkan dan
mengembangkan agama Islam di rantau ini. Berpandukan kepada hakikat itulah
yang mendorong para sejarawan mendakwa Islam itu datangnya dari Negara
China.
8.3. Bukti-bukti inskripsi

Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah


ahli sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut.Terdapat
sebuah batu nisan yang bertulis"Khat Kufi" bertarikh 1039 masihi dah sebuah
Monument "tugu"bertarikh 1025 masihi .Pada Meonument tersebut terdapat
catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam

Selain itu, terdapat sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah
keturunan Arab, bertarikh 419 H / 1028M yang dijumpai di Pekan, Pahang. Batu
Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H / 1303 M
juga dikatakan bukti yang kukuh. Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah
ayat Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke atas orang Islam supaya
mematuhi hukum Allah. Lebih-lebih lagi terdapat dalam catatan Dinasti
Sung (960 – 1260 M) bahawa kedatangan Islam ke Nusantara melalui sepanjang
pantai laut China dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari Tiongkok di
awal tahun 977 M. Laporan ini menjadi pegangan kuat SQ Fatimi bagi
membuktikan teori kedatangan Islam dari China selain dari dua batu nisan
tersebut.

Bagi menguatkan lagi pernyataan teori tersebut ,Winsted telah mengesahkan


tentang wujudnya persamaan mengenai cerita-cerita rakyat antara dua daerah
tersebut(mengenai Champa dan Tanah Melayu).Berdasarkan laporan sejarah
terutamanya catatan China sejak zaman Khulafa Al-Rasyidin .Kerajaan Bani
Umaiyah dan juga Abbasiah jelas kelihatan bahawa orang Arab -Islam telah pun
bermastautin.Begitu juga dengan Champa yang tidak kurang juga dengan
laporan dan prasasti bagi membuktikan kebenarannya.

Selain itu, kisah perdagangan di antara saudagar Oman dengan saudagar China
di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang bernama Sulaiman
di dalam kitabnya Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M). Di dalamnya tercatat nama-
nama seperti Ramni (Lamiri), Barus (Fansur). Disamping itu, Ibn Khordadheh
juga ada menyebut nama-nama pelabuhan yang dinyatkan di atas dalam
kitabnya yang berjudul Kitab Al-Masalik Wal-Mamalik.

8.4. Penaklukan dan perkahwinan

Selain dari China ,ada pula teori yang mengatakan ianya dibawa dari Champa
atau Kemboja.Menurut R.A Kern, orang-orang Islam di Nusantara berasal dari
IndoChina dalam kurun ke-7 masihi. Perhubungan itu berdasarkan kepentingan
penaklukan dan perkahwinan terutamannya di antara keluarga Diraja .Ada pula
terdapat dalam sumber China,bahawaPhanrang telah pun menerima Islam sejak
tahun 960 masihi lagi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Sung.

8.5. Perkembangan melalui Diplomatik

Sumber-sumber dari China mencatatkan bahawa terdapat satu utusan dari


negara Islam Nusantara yang dikenali sebagai P’o-ni pada tahun 977 M dan
diketuai oleh P’u-A-Li. Dua orang pengkaji sejarah iaitu,
Hirth dan Rockhillpercaya bahawa utusan diraja yang dimaksudkan itu ialah Abu
Ali dari Berunei.

Dalam buku “The History of Yuan Dynasty” pula ada menyebutkan tentang
kedatangan Hassan dan Sulaiman dari Su-Mu-Ta (Samudra) yang menghadap
Raja China pada tahun 1282. Bukti-bukti tersebut menunjukkan bahawa
masyarakat Nusantara telah menerima Islam dalam tempoh yang awal daripada
tarikh pengislaman Melaka kerana hasil dari hubungan rapat dengan China.

Bukti-bukti lain yang menunjukkan agama Islam di sini ada hubungannya dengan
China ialah wujudnya hubungan yang erat antara negeri China dengan beberapa
buah negeri Nusantara ini. Menurut Ensaiklopedia Islam ( Hal 261 – 462)
dikatakan bahawa catatan China mengatakan semenjak kurun ke-7M. penduduk-
penduduk China memanggil penganut agama Islam di Nusantara sebagai “Tachi”
(Tashi)

Hasil daripada hubungan diplomatik inilah maka penduduk Islam di China


merasakan bahawa Asia Tenggara adalah tempat yang paling selamat bagi
mereka apabila kedudukan mereka terancam di China. Sebagai contohnya, pada
tahun 748 M, ramai penduduk Parsi dan Arab di Hainan dan Canton telah
merasa tidak puas hati dengan perintah mereka dan menyebabkan mereka
memberontak dan keluar ke negeri-negeri di Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai