Anda di halaman 1dari 10

ISL 9: Huraikan peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun China.

GERAKAN ISLAM DI CHINA Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja. Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain. Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah, Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana. PERMULAAN GERAKAN ISLAM Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam dengan dinastidinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan. Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri.

Semasa China berada di bawah pemerintahan Mongol ada di antara kalangan umat Islam yang dilantik menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Bagi membantu pentadbiran empayarnya. Hasilnya Islam dapat berkembang dengan pesat pada abad ke 12 ketika itu serta ianya diterima baik oleh semua pihak. Kecekapan dan keadilan di samping sifat amanah yang ditunjukkan oleh mereka berjaya meningkatkan imej di kalangan orang cina. Akhirnya agama Islam dapat diterima dan diiktiraf sebagai agama Negara. Pembinaan masjidmasjid di beberapa buah bandar besar dilakukan dengan giat sekali dan menjadi bukti kukuh tentang Islam melalui zaman kegemilangan dan keemasan dibawah pemerintah Mongol. ISLAM DAN PERADABAN CHINA Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam. Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam membina, membangun serta mewarnai peradaban China. Sumbangan umat Islam ini berlanjutan hingga pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah. Duta-duta ini dihantar ke China bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan pemerintah disana. Hubungan itu bukan sekadar dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi menjangkau sehingga kepada kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan. Khalifah Al-Mansur menghantar sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan. Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan umat Islam berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil daripada proses kahwin campur ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara orang Arab dengan orang China. Selain membentuk ikatan sosial melalui perkahwinan, umat Islam juga menjalinkan hubungan mereka dengan orang China melalui perdagangan. Kemuncak kepada hubungan dagang antara orang Arab dengan orang China dikatakan berlakusemasa pemerintahan Khalifah

Harun ar-Rasyid pada tahun 786-809 Masihi. Manakala penglibatan secara aktif umat Islam didalam politik dan pentadbiran negara China berlaku semasa pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming. Umat Islam dilantik menjadi jawatan penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam mempunyai kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan negeri China. Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah. Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya, pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam. Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat. Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho.

Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina. Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.

TAMADUN CINA Pendahuluan - Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia. - Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). - Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture. Latarbelakang Perkembangan Tamadun Cina a) Zaman Permulaan - Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou. - Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal. - Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. - Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. b) Zaman Pertengahan/keagungan - Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. -Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.

dalam

tamadun

c) Zaman Peralihan - Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China. - Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. - Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song. -China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming - Abad ke-15, China sekali lagi diperintah oleh orang asing orang Manchu. d) Zaman Moden -Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China. -Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina. -1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu. -Barat memperkenalkan konsep Most Favored Nation> -China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) dan Reformasi Seratus Hari (1898) tetapi gagal. SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH Kepercayaan Masyarakat China - Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam. - Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.

- Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze. Kosmologi Cina a. Tian- Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. b. Di/Ti- Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. c. Dao/Tao- Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. d. Konsep Yin dan Yang- Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki aktif, panas, cerah,kering, keras.- Dalam bentuk fizikal Yang langit dan Yin bumi. e. Konsep The Golden Mean atau Chung- Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung- Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima. KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA Confucious - Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m. - Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia .- Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. Taoisme/Daoisme - Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya The Way and Virtue> - Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian .- Mendukung aspek dualisme menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang. Legalisme - Dihasilkan oleh Hsun-Tzu. - Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. - Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat. - Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. Mo-Tzu - Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou. - Menekankan universal love dan persamaan taraf .- Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan

.- Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. Humanisme - Merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal kemanusiaan - Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme. SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA - Sistem social masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan. - Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ching tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat. - Perkara paling jelas dalam sistem social masyarakat Cina ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu: a. Hubungan antara suami dengan isteri b. Hubungan bapa dengan anak c. Hubungan adik beradik d. Hubungan pemerintah dan rakyat e. Hubungan antara kawan-kawan Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat Cina a. Konsep Ren/Jen - Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa Filial Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas kepada kasih sayang dan peri kemanusiaan. - Confucious menjelaskan Jen love man - Mencius menjelaskan Jen kebaikan dalaman manusia. - Neo-Confucianisme menganggap Jen mendisplinkan diri seseorang. - Glongan ortodoks menganggap Jen kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah. b. Konsep Junzi - Junzi membawa maksud personality yang ideal berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan. SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA - Asas penting perkembangan sains China ialah a. Konsep Yin dan Yang b. Teori Lima Unsur Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China a) Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi.

dan

teknologi

- Karya perubatan yang terkenal a. Inner Cannon (Nei Ching) rekod teori-teori perubatan China. b. Yellow Emperors Classic of Internal Medicine teori dan falsafah perubatan China klasik kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. c. Treaties on Diseases Caused by Cold Factors ditulis oleh Chang Chung Ching. d. Material Medica ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan. b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal a.Chou Pei Suan King mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying. b. Chiu Chan Suan Shu mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik. - Ahli matematik China yang terkenal 1. Liu Hiu 2. Li Zhi 3. Li Shanlan c) Bidang Astronomi - Dinasti Chou pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi 1. Alkimia 2. kompas 3. serbuk letupan 4. kertas 5. percetakan 6. seismoskop ISLAM DI CHINA - Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17. - Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Baoan dan Tartar. - Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China. Catatan-catatan Tentang Islam di China - Kehadiran 4 orang pendakwah di China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu: 1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais). 2. Kai-su (Qais bin Hudhafah). 3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman). 4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

- Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang). - Pada tahun 1224, seorang Islam Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan. - Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan. - Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing) sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh China. Pembesar dan Ulama Islam di China - Cheng Ho - Ma Huan menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian. - Liu Zhi penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah. - Ma Hua-Lung pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam. Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi a. Bidang Perubatan - Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China. - Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. - Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. - Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan sehnyang chiejin tan. -Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi Huaxi da yao fa. - Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita. - Yang tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu menggunakan kaedah perubatan Islam. b. Bidang Astronomi dan Matematik - Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.Penggunaan calendar Islam. - Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. c. Bidang Ketenteraan - Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi. d. Bidang Ilmu Pengetahuan - Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, perkuburan dan seni bina Islam. e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran

- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut.

Kesimpulan Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam.

http://s4g09jeooi-ppc.blogs.smjk.edu.my/tamadun-china-118/

Anda mungkin juga menyukai