Anda di halaman 1dari 2

FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan dalam pembinaan insan berkualiti sepanjang hayat dan

mempunyai keseimbangan dari segi dunia dan akhirat serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan TUJUAN PENDIDIKAN Berdasarkan falsafah pendidikan di atas, tujuan pendidikan ialah : Melahirkan insan yang berkualiti Insan yang berkualiti bermaksud individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial Insan yang mengamalkan proses pembelajaran sepanjang hayat Sentiasa menuntut ilmu sejak lahir sehingga meninggal dunia. Manusia sudah mula belajar dari bayi dengan cara meniru perbuatan ibu dan ayah dan mengambil pendapat dan kajian daripada orange lain berdasarkan sesuatu ilmu melaui pembacaan, pengkajian, penerokaan dan penghayatan ilmu yang dipelajari. Mempunyai ilmu dari segi dunia dan akhirat Mempunyai ilmu berkaitan kejayaan yang sementara di dunia dan kejayaan hakiki di akhirat. Melahirkan insan yang dapat memakmurkan dunia di samping mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian Melahirkan golongan profesional yang bersandar kepada ajaran Islam dalam bidang mereka Bertindak berdasarkan kehandak syarak Menerapkan nilai-nilai murni Pemupukan akhlak yang mulia dalam diri setiap individu KEHENDAK MASYARAKAT Sistem pendidikan di sesebuah negara kebiasaannya adalah untuk memenuhi kehendak masyarakat agar insan yang lahir daripada sistem pendidikan ini dapat memberi sumbangan dan memajukan lagi masyarakat tersebut. Contohnya, jika negara tersebut mementingkan teknologi, pendidikan yang dilaksanakan haruslah menjurus kearah memantapkan pengetahuan pelajar berkaitan teknologi. Berdasarkan falsafah pendidikan ini, insan yang dibentuk melalui proses pendidikan akan memenuhi kehendak masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Insan tersebut akan dapat membawa masyrakat ke arah kemajuan di samping penghayatan dan pengamalan ajaran agama dalam kehidupan seharian. KEHENDAK PELAJAR Pelajar tidak lagi terbeban dengan proses pembelajaran Dapat berfikir dengan kreatif Proses pembelajaran yang menyeronokkan Penekanan pembentukan palajar yang seimbang dunia dan akhirat

PERANAN GURU Memberi penekanan terhadap subjek pendidikan Islam dan Moral setanding dengan subjeksubjek lain Menunjukkan akhlak mulia dan menjadi contoh teladan kepada para pelajar Menekankan pemahaman dan pemupukan kreativiti pelajar berbanding penghafalan isi kandungan subjek Menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat seperti budaya membaca agar pelajar menganggap membaca merupakan suatu kebiasaan diri dan menyeronokkan

Anda mungkin juga menyukai