Anda di halaman 1dari 6

 

AKIDAH
 
1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
 
1.       MAKSUD IMAN
-          DARI SEGI BAHASA :
         percaya
-          DARI SEGI ISTILAH :
         Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
 
2.       KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
-          membentuk insan muslim sejati
-          supaya istiqamah dalam ibadat
-          melahirkan generasi berakhlak mulia
 
 
 
3.       PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
         SYIRIK
         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
         JENIS-JENIS SYIRIK :
1.         Syirik Jali
-    Maksud :
         perlakuan syirik secara terang-terangan
-    Contoh :
         menyembah patung dan berhala
         menyembah bulan atau matahari
         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-    Akibat :
         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
 
2.         Syirik Khafi 
-    Maksud :
         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat
terutama dalam ibadat
-    Contoh :
         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
         ujub (mengagumi diri sendiri),
         takbur (membangga diri)
-    Akibat       :
         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
         sukar menerima pandangan orang lain
 
3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
         Ia membatalkan iman seseorang
         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya
menafikan kekuasaan Allah
         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut
terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
         Mencemarkan kesucian agama Islam
 
4.       Cara mengelak perbuatan syirik
         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam
secara meluas
         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah
bermula dari kanak-kanak lagi
         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan
bahaya syirik
 
5.       Kesan syirik
         Membatalkan iman
         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
         Dimurkai Allah
 
 
         KUFUR
         MAKSUD :
-          tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad S.A.W
 
         JENIS-JENIS KUFUR :
1.       Kufur Hakikat :
-    Maksud :
          ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat
yang dibawa oleh Rasulullah
-    Contoh :   
          tidak mengakui balasan diakhirat
          menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
          menyatakan solat fardhu merugikan masa
          menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2.       Kufur Nikmat :
-    Maksud :
          mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada
manusia dan makhluk ciptaan
-    Contoh :   
          menggunakan nikmat kejalan maksiat
          enggan mengeluarkan zakat / sedekah
          boros membelanjakan harta
 
         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
      pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat
membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
      terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
      kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk
memenuhi keperluan hidup
 
          KESAN PERBUATAN KUFUR ….
 
 
         RIDDAH
         MAKSUD :
-          berpaling atau keluar daripada agama islam
 
         SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
-            Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
-            Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
-            Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam
 
         SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
-            lemah pegangan agama
-            jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
-            terpengaruh dengan tawaran kebendaan
 
         AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
-            hubungan suami isteri terfasakh
-            haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
-            haram dikebumikan diperkuburan Islam
-            menjadi penghuni neraka selama-selamanya
 
         CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
-            memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
-            memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
-            pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum
 
         TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
-           menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali
kepada Islam
-           sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh
 
         HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
-            memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
-            mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
-            menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara
 
         LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
-           berpegang teguh dengan ajaran islam
-           menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang
boleh membawa kepada riddah
-           mendalami ilmu-ilmu agama
 
         LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
-           memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
-           memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan
murtad
-           mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad
 
         KESAN PERBUATAN MURTAD …
 
 
         KHURAFAT
         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan
dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan
konsep tauhid dan syariat
 
         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada
seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat
 
         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan
amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara
khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
 
         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT
DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan
masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi
orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
 
         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
 
 
         SIHIR
         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk
ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan
atau mengelirukan manusia
 
         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai
dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
 
         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang
 
         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan
sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada
masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan
perbuatan tersebut
 
         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
 
         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
 
         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
 
 
         NIFAK
         MAKSUD
-            Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada
Allah
 
         CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
-           berdusta apabila bercakap
-           khianat apabila diberi amanah
-           bersikap melampaui batas apabila bertengkar
-           selalu mungkir janji
 
         CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
-           meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
-           bercakap benar apabila berbicara
-           bersifat jujur dan amanah
-           menunaikan janji
 
         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
-            menghilangkan sikap percaya-mempercayai
-            melemahkan perpaduan masyarakat
-            menghancurkan kekuatan umat islam
 
 
 
4.       CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
         Berpegang teguh pada ajaran Allah
         Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
         Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah
 
5.       KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
         Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
         Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
         Dilaknat dan dibenci oleh Allah
         Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
 
6.       PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK          Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
         Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK          Keimanan mereka berpura-pura sahaja
         Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi
hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN          Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat
Allah
         Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
         Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Anda mungkin juga menyukai