Anda di halaman 1dari 9

SYIRIK

•         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

•          JENIS-JENIS SYIRIK :

1.         Syirik Jali

•     Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan

•     Contoh : * menyembah patung dan berhala


* menyembah bulan atau matahari
* mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
 
2.         Syirik Khafi 

•     Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

•     Contoh : * riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),


* ujub (mengagumi diri sendiri),
* takbur (membangga diri)
 
3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

•          Ia membatalkan iman seseorang


•          Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
•          Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
•          Mencemarkan kesucian agama Islam
 
4.       Cara mengelak perbuatan syirik :

·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
·         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

 
5.       Kesan syirik :

·         Membatalkan iman


·         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
·         Dimurkai Allah
KUFUR
• MAKSUD :   tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
S.A.W
 
• JENIS-JENIS KUFUR :

1.       Kufur Hakikat :

•     Maksud : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
•     Contoh :    * tidak mengakui balasan diakhirat
          * menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
          * menyatakan solat fardhu merugikan masa
          * menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

• 2.       Kufur Nikmat :

•     Maksud :   mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
•     Contoh :    * menggunakan nikmat kejalan maksiat
          * enggan mengeluarkan zakat / sedekah
          * boros membelanjakan harta
 
• FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
      * pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang
membawa dosa atau pahala
      * terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
      * kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
RIDDAH
• MAKSUD : berpaling atau keluar daripada agama islam
 
• SESEORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA :

-            Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam


-            Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
-            Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam
 
• SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH:

-            lemah pegangan agama


-            jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
-            terpengaruh dengan tawaran kebendaan

• AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD:

-            hubungan suami isteri terfasakh


-            haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
-            haram dikebumikan diperkuburan Islam
-            menjadi penghuni neraka selama-selamanya
• CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD :

-            memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
-            memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
-            pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

 
• TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD :

-           menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
-           sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

• HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD :


-            memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
-            mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
-            menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara
KHURAFAT
• MAKSUD : Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan
agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan
syariat .

• CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN :

-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat

• AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT :

-            menyebabkan syirik dan batal iman


-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
 
• FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM :

-   iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan
benar dan khurafat
-      terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-      ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

• CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT


DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM :

-     menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan


masyarakat
-     mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang
ramai dengan perkara khurafat
-     mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
 
SIHIR
• MAKSUD : ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib,
iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau
mengelirukan manusia .

• CONTOH:

-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna


-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan
penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
 
• PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR :

-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain


-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang
• HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR :

-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara


-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

• CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR :

-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat


-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
 

Anda mungkin juga menyukai