Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN DARI SEGI EMOSI Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka

kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

MENGHILANGKAN TEKANAN Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita. Aktiviti seperti berlari dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas. Mengikut Model ekologi Bronfenbrenner, manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarka nbeberapa peringkat persekitaran. Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. -Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita. -Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik & bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai. PENGARUH MENTAL & FIZIKAL -Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik, maka emosi juga akan menjadi terkawal. -Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik.

PENGARUH SOSIAL

Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita. Sekiranya persekitaran sosial yang tegang,sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik.

MEMENUHI KEHENDAK LAHIRIAH Fitrah manusia terutama kanak-kanak suka akan bermain terutama yang berbentuk hiburan & sosial. Oleh itu, melalui pendidikan jasmani dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya menggalakkan perkembangan emosi yang positif Ekspresi perasaan naluri yang kuat sepertisayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Anda mungkin juga menyukai