Anda di halaman 1dari 2

Syarahan Pelajaran 11:

Perkara yang membatalkan iman

Assalamualaikum wrt…
Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang menjunjung panji
keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya hadirin dan hadirat
yang dirahmati Allah. Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk “Perkara yang membatalkan iman”

Para hadirin yang dihormati sekalian, Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati,
menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman
ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal.

Setiap muslim wajib memelihara imannya daripada terbatal. Allah SWT berfirman:

Surah Al-Imran, Ayat: 102

Maksud: Wahai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan
janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan seorang muslim.

Hadirin yang dikasihi,

Iman boleh terbatal melalui 3 cara iaitu, i’tiqad, perkataan dan perbuatan.

Terbatal dengan sebab tidak percaya atau ragu-ragu. Contohnya,


1. Al-Uluhiyyah
- Mengingkari Allah Pencipta serta
- Meyakini terdapat kuasa lain
2. Al-Nubuwah
- Mengingkari kenabian nabi dan
- Mengingkari Nabi Muhammad Nabi terakhir.
Batal Iman 3. Al-Ghaiyibat
melalui I’tiqad = - Mengingkari hari kiamat & perkara berkaitan.
- Mengingkari kewujudan alam barzakh
4. Al-Syariat
- Mengingkari salah satu rukun islam seterusnya
- Mengingkari hukum yg ditetapkan Allah SWT
Perkataan yang mengandungi pengakuan kufur, atau penafian akidah
islam atau mempersendakan hukum-hukum islam.

Batal iman melalui 1. Ucapan Kufur


perkataan = 2. Menafikan Akidah
3. Mempersendakan Hukum

Contohnya, mengakui diri atau orang lain bukan islam dan mengatakan
bahawa Al-Quran tidak lagi sesuai diamalkan.

Melakukan perbuatan atau amalan yang JELAS


Batal iman melalui menunjukkan KEKUFURAN.
perbuatan =
Contohnya, sujud kepada berhala atau makhluk dengan sengaja dan
melakukan upacara agama lain.

Hadirin yang budiman,


Terdapat 4 kesan melakukan perkara yang membatalkan iman seseorang iaitu,
1. Rosak segala amalan soleh & ibadah yang dilakukannya.
2. Tidak diampunkan Allah kecuali jika kembali bertaubat.
3. Haram memasuki syurga.
4. Hilang pusaka dan tidak berhak dapat harta keluarga Islam.

Seterusnya, 4 Syarat Terbatal Iman ialah,


1. Tahu perkara yang dilakukan tersebut membawa kekufuran.
2. Mahu, iaitu sengaja & atas pilihan sendiri, bukan dipaksa.
3. Mengingkari perkara asas islam (rukun Iman/rukun islam).
4. Perkara yang jelas kufur.

Hadirin sekalian,

Cara Menjauhi Perkara Membatalkan Iman adalah melalui:


1. Ilmu. Mendalamilah ilmu akidah supaya tahu batas akidah.
2. Sahabat. Dekati dan berkawan dengan orang soleh agar dapat bimbingan.
3. Amal. Mengamalkan amalan soleh boleh mengukuhkan iman.
4. Kaji. Pastikan kepercayaan selaras dengan al-Quran/Sunnah.
5. Doa. Mintalah hidayah dan istiqamah dalam doa.
6. Taubat. Istighfar/mohon ampun atas dosa & kesalahan yang dibuat.

Kesimpulannya kita hendaklah menjauhi perkara yang membatalkan iman supaya terselamat di
dunia dan akhirat.
Sekian sahaja syarahan saya pada hari inI. Terima kasih dan Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai