Anda di halaman 1dari 3

KATA PINJAMAN FAKTOR PEMINJAMAN KATA Membentuk istilah-istilah baru menepati kehendak pengisian masa & keadaan Perkembangan

an dalam perniagaan & perdagangan Faktor psikologi masyarakat penutur akan meminjam bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri. Memantapkan struktur bahasa bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup KAEDAH PEMINJAMAN Peminjaman penterjemahan dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu kemudian diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Contoh : litar pintas short circuit Jika perkataan bahasa asing itu tiada padanan maknanya, peminjaman terus dilakukan penyesuaian ejaan dan sebutan sesuatu perkataan di dalam bahasa Melayu. Contoh : psikologi psychology BAHASA SANSKRIT Dibawa oleh pedagang India yang berdagang di Kepulauan Melayu. Juga disebarkan oleh sami atau pendeta agama. Pengaruh bahasa ini juga meresap ke dalam bahasa Melayu menerusi dua epik hindu Mahabrata dan Ramayana Aspek- aspek bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit ialah kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA SANSKRIT Pembelajaran Sifat dan keadaan Tubuh manusia Waktu Kekeluargaan Tumbuhan Agama dan falsafah Istilah abstrak Alam semulajadi : guru, bahasa, bicara, kata : cinta, duka, setia, merdu : bahu, sendi, kepala, lidah : hari, purnama, senja, tadi : suami, isteri, janda, saudara : melati, kenanga, seroja, teratai : dewa, dosa, pahala, dewata : asmara, bahaya, bencana : bayu, cahaya, suria, bumi BAHASA ARAB Meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam Pengaruh bahasa Arab dan Islam memartabatkan bahasa Melayu sehingga mencapai status bahasa ilmu Pengaruh bahasa Arab yang terpenting dalam bahasa Melayu ialah terciptanya aksara Jawi yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri Aspek- aspek bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah kosa kata, struktur ayat dan sistem bunyi CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA ARAB Agama Ilmu Perasaan Hukuman Adat Benda/kejadian : doa, kiblat, mufti, tauhid : ayat, hikayat, kalam, kamus : insaf, ikhlas, niat, nasihat : batal, wajib, makruh, sah : nikah, sedekah, musafir, waris : nur, wujud, insan, jasad BAHASA PARSI Pengaruh bahasa Parsi selalunya dikaitkan dengan pengaruh Islam Peresapan kosa kata bahasa Parsi dikatakan berlaku sezaman dengan masuknya unsur-unsur bahasa

Arab ke dalam bahasa Melayu Pengaruh bahasa Parsi lebih bertumpu dalam lapangan kesusasteraan Melayu lama CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA PARSI bandar, dewan, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai, syahbandar Imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Parsi ialah awalan bi- (yang membawa erti tidak) Contoh : biadap tidak beradap bilazim tidak lazim BAHASA JAWA Pengaruh bahasa Jawa menjadi dominan pada zaman kerajaan Majapahit Penyebaran bahasa Jawa berlaku melalui : cerita-cerita panji penghijrahan masyarakat Jawa ke Kepulauan Melayu tamadun orang Jawa yang amat tinggi sehingga mampu membentuk keperibadian tersendiri CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA JAWA adegan, lulur, lumayan, prihatin, pinggir, gamelan, calon, cerdas, wali, waras, lakon, lapor, keruan, lolos, matang, lumayan, perabot, peria, ningsun, lontong, lempeng BAHASA INGGERIS Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris begitu berpengaruh dalam bahasa Melayu. Antaranya, pendidikan Inggeris yang meningkatkan bilangan penutur bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu Peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa Penyerapan istilah daripada bahasa Inggeris untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa moden Pengaruh bahasa Inggeris dapat dilihat daripada aspek kosa kata, imbuhan, bunyi, tulisan dan nahu CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem, gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen, teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, virus, unit, unik, zoo BAHASA PORTUGIS Orang Portugis mendudukI Melaka selama satu abad sejak dari tahun 1511 Pada zaman itu orang Portugis hanya berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara namun kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu Oleh itu, pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai perkara baru CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA PORTUGIS almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemeja, sepatu, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba BAHASA BELANDA Orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka meninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu, orang Belanda telah memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan

dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Belanda dalam Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia dan perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda) CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA BELANDA balkoni, buncis, dansa, laci, omgkos, rokok, senapang, pas, permisi, komentar, kamar, wortel, kantor, korupsi, kronis, kursus BAHASA CINA & TAMIL Kedudukan Kepulauan Melayu berfungsi sebagai pelabuhan transit antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampau Pada abad ke-19 : orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu tenaga buruh di kawasan lombong dan estet Perkataan yang berasal daripada bahasa Cina dan Tamil telah dibawa oleh imigran. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA CINA Budaya Peralatan tanglung Panggilan Makanan tauhu Barangan : kung fu : sempoa, camca, cawan, : abah, amoi, tauke, singse : suun, ebi, kuaci, lobak, : gincu, ceongsam, koyok, bak CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA TAMIL candi, nilam, nira, sami, seloka, tali, pondan, pinggan, putu, ragam, mempelai, kuil, ketumbar, jodoh, kari, gurindam

Sumber : http://www.puisitera.com/kata-pinjaman-dan-contoh-katapinjaman#ixzz2O694z8tG

Anda mungkin juga menyukai