Anda di halaman 1dari 1

Pada hujung minggu yang lalu,satu kempen iaitu Kempen Alam Bersih Hidup Sihat telah diadakan di Kampung

Sepakat Jaya. Kempen tersebut diadakan dengan tujuan supaya kawasan kampung berada dalam keadaan bersih dan ceria. Kebanyakan penduduk kampung berasa besar hati untuk menyertai kempen itu. Mereka menyertai kempen itu dengan gembira. Namun, ada juga segelintir penduduk kampung seperti kera sumbang kerana tidak mahu bergaul dan memberi kerjasama. Para remaja di Kampung Sepakat Jaya juga sangat ringan tulang dan saling tolong menolong sesama penduduk kampung semasa gotong royong diadakan. Segelintir penduduk tidak sepatutnya berasa berat hati untuk menyertai kempen itu dan sikap berat tulang meraka hanya merugikan. Mereka perlu sedar bahawa kempen tersebut dapat membantu menjadikan kawasan kampung mereka bersih dan ceria.

Anda mungkin juga menyukai