Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

PENARAFAN DEWAN
HARMONI

SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG,


13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Bil

Isi Kandungan

Muka
Surat

Pengenalan

Rasional Pembinaan Dewan Serbaguna

Ahli Jawatankuasa Program

Cadangan penarafan

Pelan lantai dewan

Kesimpulan

8-10
11

KERTAS CADANGAN
PENARAFAN DEWAN HARMONI
2

__________________________________

Pengenalan
SK Hashim Awang merupakan antara sekolah yang memiliki reputasi hebat
dalam aspek pengurusan sekolah dan penglibatan dalam aktiviti luar,
dengan prestasi akademik yang juga sangat menggalakkan.

Menyedari
kecemerlangan

hakikat
tersebut,

dan
AJK

tanggungjawab

Pengurusan

Dewan

bagi

mengekalkan

mengambil

inisiatif

mengemukakan kertas cadangan menaik taraf Dewan Harmoni sebagai


usaha memperkasakan aktiviti berorientasikan murid dan seluruh warga
sekolah agar impak besarnya nanti memberi makna kepada segenap lapisan
komuniti SK Hashim Awang. Kita optimis terhadap perkembangan potensi,
kemajuan jasmani dan keluhuran rohani di kalangan murid sekolah ini.
Justeru itu, penarafan dewan ini digunakan sebagai mekanisma yang
kondusif bagi membentuk wadah generasi pelajar yang kukuh jati diri serta
nilai kemanusiaannya. Segala aktiviti yang cenderung mengkordinasi bakatpsikomotor, minat-afektif dan kritis-analisis akan digilap sedaya mungkin
demi membina masa depan unggul di kalangan murid sekolah ini.

Dewan Harmoni, SK Hashim Awang bukan sahaja menjadi kegunaan pihak


sekolah sebagai tempat pertemuan, medan mesyuarat atau kursus untuk
murid-murid SK Hashim Awang, bahkan juga telah dimanfaatkan secara
intensif oleh agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk
mengadakan pertemuan, kursus, seminar dan hal-hal lain yang berkaitan.

Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan


agar Dewan Harmoni ini dinaik tarafkan lagi bagi memenuhi aspirasi
pembangunan modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti bestari yang
boleh digunakan bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-budaya
negara bertaraf dunia. Dewan ini juga akan menjadi venue untuk aktiviti
kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, daerah dan negeri ini.

Rasional
4

Alasan untuk menaik taraf dewan ini ialah institusi sekolah harus bertindak
balas terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
Sebagai sebuah organisasi dalam komuniti, SK Hashim Awang perlu
berkembang, matang dan menyesuaikan keadaannya pada perubahan
dalaman dan juga luaran. Seterusnya, pembinaan dewan ini perlu dilakukan
kerana :

1 SK Hashim Awang sentiasa diberikan kepercayaan menganjurkan


pelbagai pertandingan

peringkat daerah, gabungan dan negeri.

Dewan yang sedia ada adalah kecil dan tidak dapat menampung
kapasiti peserta, guru dan pengiring yang hadir. Olrh itu, dewan yang
dinaik taraf akan memberi suasana yang lebih selesa.
2 Keselamatan, keselesaan dan persekitaran dewan yang menarik akan
meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum serta sukan di
sekolah / daerah ini.
3 Kursus dan seminar yang biasanya dijalankan di dewan sedia ada
memberikan suasana pembelajaran yang kurang kondusif serta
menjejaskan minat dan tumpuan murid/peserta. Masalah tersebut
boleh diselesaikan dengan adanya sebuah dewan besar yang lebih
selesa lagi menyenangkan.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Dewan Harmoni, SK Hashim Awang

PENASIHAT
En. Ashri Bin Abdullah
(Guru Besar SK HAshim Awang)

PENGERUSI
Pn. Badariah Binti Jaafar
( Penolong Kanan 1, SK hashim Awang)

SETIAUSAHA
Pn. Siti Haszirah binti Hasan
(Guru pengurusan dewan)

AJK :
1. Pn. Maizatul Akmam Binti Hassan
2. Pn. Noradhilla Binti Abdul Manan
3. Pn. Norra Binti Tajuddin
4. Cik Lau Shin Chiang

Cadangan Penarafan Dewan Harmoni, SK Hashim Awang


6

1
2
3
4

Memperbesarkan lagi dewan sebanyak 30 kaki lebar.


Mengecat semula bahagian dalam dan luar dewan
Memasang mozek pada keseluruhan bahagian lantai dewan
Membina tandas lelaki dan perempuan di tanah kosong bersebelahan

dengan dewan
5 Membina satu bilik stor dibahagian sisi kanan dewan.

Pelan Lantai Dewan Harmoni Yang Sedia Ada

6m
BILIK PA
SYSTEM

PENTAS

Koridor

1.2 m

Koridor

7.73 m
10.13 m
7

1.2 m

30 m

Cadangan Pelan Lantai Penarafan Dewan Harmoni, SK Hashim


Awang

6m

TANDAS

BILIK PA
SYSTEM

PENTAS

Koridor

STOR

Korodor

30 m

1.2 m

15 m

1.2 m

17. 4 m
Cadangan Pelan Lantai Pembinaan Tandas Dewan Harmoni, SK
Hashim Awang
8

TANDAS PEREMPUAN

TANDAS LELAKI
7m

7m

Kesimpulan

Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh pentadbiran


sekolah, kerja menaiktaraf dewan ini diharap dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang. Dengan terlaksananya kerja penarafan ini, pandangan baik
masyarakat luar terhadap status SK Hashim Awang dapat dikekalkan; di
samping memberi keceriaan baru kepada seluruh warga sekolah. Kertas
cadangan yang dikemukakan ini diharap akan mendapat perhatian dan
pertimbangan sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

Disediakan Oleh,

..
(Pn. Siti Haszirah Hasan)
Abdullah)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan
Hashim Awang.
Dewan Harmoni, SKHA.

Disemak Oleh.

Disahkan Oleh,

(Pn. Badariah Jaafar)

(En. Ashri

Pengerusi,
Guru Besar,
Jawatankuasa Pengurusan
S.K
Dewan Harmoni, SKHA.
10

Anda mungkin juga menyukai