Anda di halaman 1dari 1

Pembaca Beta Untuk Petikan Cerpen Terbaharu Uthaya Sankar SB

Sila lengkapkan borang ini selepas membaca petikan cerpen yang dilampirkan dalam e-mel.
Kemudian, kirim kepada Uthaya sebagai lampiran (attachment) dalam format .doc (bukan
.pdf)

Nama Elavarassan a/l m.suppiah

Soalan 1
Adakah anda tertarik membaca petikan cerpen ini? Adakah anda berminat membaca cerpen
ini sepenuhnya? Ya/Tidak. Berikan alasan. (Ingat: Petikan ini hanya permulaan cerpen.)
[Sekitar 15 – 20 perkataan]

Reaksi 1
Ya. Saya ingin membaca cerpen ini sepenuhnya. Saya suka dengan watak Sumanti yang
begitu gigih mencari rezeki untuk anak-anak yang berada di kampung. Saya ingin
mengetahui apa kesudahan yang berlaku pada Sumanti.

Soalan 2
Apakah isu atau persoalan atau tema yang anda jangka/rasa/fikir terdapat dalam cerpen ini?
Mengapa anda fikir/rasa begitu? [Sekitar 15 – 20 perkataan]

Reaksi 2

Persoalan yang jelas ialah imej seorang wanita yang berpegang teguh dengan maruah, tidak
mencari lelaki lain setelah kematian suami dan tanggungjawab seorang ibu tunggal mencari
rezeki untuk anak-anak.

Soalan 3
Pada pendapat anda, bagaimanakah cerpen ini akan berakhir? (Ingat: Petikan ini hanya
bahagian awal cerpen.) [Sekitar 15 – 20 perkataan]

Reaksi 3

Pada pendapat saya, cerpen ini boleh diakhiri dengan perubahan taraf hidup Sumanti kepada
lebih selesa atau mewah.

Anda mungkin juga menyukai