Anda di halaman 1dari 3

Pada pandangan anda sendiri, bincangkan beberapa ciri falsafah pendidikan timur

yang mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip
yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah
pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-
amalan supaya menjadi sesuatu yang logik, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di
Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara
falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah
falsafah pendidikan Timur. Falsafah pendidikan di malaysia boleh dilihat melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menentukan hala tuju dan sumber aspirasi kepada
usaha membangunkan pendidikan.

Melihat dalam FPK, ia merupakan satu langkah berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh serta mewujudkan individu yang
seimbang dalam pelbagai aspek. Selaras dengan konsep falsafah pendidikan timur, ia
menekankan tradisi keilmuan yang merangkumi keperluan pencapaian kehidupan
menyeluruh dan seimbang samada di dunia atau di akhirat. Penerapan unsur ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, ia
dapat melahirkan seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

Seterusnya, dalam FPK juga turut menekankan pencapaian seseorang individu


seperti mana falsafah pendidikan timur iaitu bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan,
mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak
sosial dan ekonomi. Beberapa mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral, politik,
ekonomi, kebudayaan, muzik dan kesusasteraan serta sejarah telah diajarkan dalam
kurikulum pendidikan di Malaysia. Dalam pendidikan di Malaysia, pencapaian akademik
perlu selari dengan pencapaian individu bagi melahirkan golongan yang bukan sahaja
cemerlang dalam kehidupan malahan menjadi seorang patriotik, bertanggungjawab serta
bersikap rasional dalam membuat sebarang keputusan. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada
kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan
kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk
membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara
individu.
Disamping itu, Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari
falsafah pendidikan timur bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan
berkesan terhadap para pelajar. Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) di mana tata tertib, perlakuan dan pendidikan
moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan
tinggi di samping mempunyai perwatakan yang sopan. Sukatan pelajaran sentiasa diubah
supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku secara pesat. Guru yang
merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa sering kali menghadiri kursus-
kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
untuk digunakan di sekolah. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar
berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan
pelajar sekiranya mempunyai masalah serta proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
proses komunikasi dua hala dan berkesan.

Selain itu, dalam konsep pendidikan timur juga menekankan sikap seseorang
individu ke arah mencapai kecemerlangan diri dan masyarakat. Sebagaimana yang telah
diterapkan dalam FPK, penglibatan ibu bapa juga sangat berperanan penting bagi
meningkatkan pencapaian serta kemahiran terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang
bertanggungjawab akan mementingkan pendidikan anak-anak mereka bagi menjadi seorang
insan yang berguna kelak. Walaupun anak-anak mereka telah dihantar ke sekolah, ibu bapa
sebenarnya boleh memantau rekod akademik anak-anak mereka dan berbincang bagi
mencari penyelesaian sekiranya anak mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam
pembelajaran. Dengan cara ini, ia akan mewujudkan suasana belajar dalam kalangan anak
mereka bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Akhir sekali, FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK
ialah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat
Malaysia melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan
daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK selari dengan beberapa konsep yang
ditekankan dalam falsafah pendidikan timur. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang
mantap dan pelaksanaan pengajarandan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke
arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara
ke persada antarabangsa. Pembangunan untuk negara boleh dilihat daripada aspek-aspek
tumpuan taat setia rakyat kepada negara. Pendidikan membolehkan sesorang itu
menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan warganegara yang lebih baik, iaitu
warganegara yang progresif dengan jati diri yang tinggi. Dalam hal ini pendidikan ke arah
pembangunan negara secara fizikalnya begitu jelas dilihat rasionalnya.
Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan
yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang berjaya walaupun kebanyakannya
berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut
masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai