Anda di halaman 1dari 24

PERANAN AKIDAH DAN KESANNYA (TOPIK 2)

- Jun 01, 2018


PENGENALAN

Topik  2 ini adalah berkaitan dengan  beberapa persoalan penting dalam aspek akidah
yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2.  Pelajar akan didedahkan tentang
peranan akidah dari sudut asas aqidah Islamiah, syahadah dan rukun Iman serta kesannya
terhadap kehidupan seseorang muslim.  Topik ini juga akan membantu pelajar untuk
mendapatkan maklumat  berkaitan perkara-perkara yang merosakkan aqidah dan langkah-
langkah  pencegahan yang perlu dilaksanakan . Diterangkan juga  bagaimana cara yang
diperlukan oleh seseorang individu muslim untuk mengukuhkan akidah mereka. Pelajar  juga
akan dapat mengetahui cara  mengaplikasikan  konsep  Rabbani,  Nubuwwah, Kehidupan dan
kematian serta konsep ilmu dan insan  dalam kehidupan mereka seharian.

1.         ASAS AKIDAH ISLAMIYAH

1.1              Definisi

Aqidah (‫ )العقيدة‬dari segi bahasa berasal dari Bahasa Arab (َ‫ ) َعقَد‬bermakna 'ikatan' atau
'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. Perkataan akidah selalunya dikaitkan dengan
perkataan iman seperti “aqaidul iman” yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau
kepercayaan. Aqidah ertinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil
keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan
keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul.
Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id.
Menurut Abu Bakar Jabir al-Jazairy: "Aqidah adalah sejumlah kebenaran yang dapat
diterima secara umum oleh manusia berdasarkan akal, wahyu dan fitrah. Kebenaran itu
dipatrikan oleh manusia di dalam hati serta diyakini keshahihan dan keberadaannya secara
pasti dan ditolak segala sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran itu. Berpandukan
kepada asal perkataan tadi maka perkataan ‘aqidah’ boleh difahamkan sebagai kepercayaan
yang terikat erat dan tersimpul kukuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau
terhurai.
Manakala definisi akidah dari sudut istilah  pula bermaksud perkara-perkara yang
dibenarkan oleh jiwa, melahirkan ketenangan di dalam hati tanpa ada  syak dan ragu. Para
ulamak bersepakat memberikan definisi akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati
menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan
sebarang keraguan. Akidah juga dita’rifkan sebagai kepercayaan yang pasti dan muktamad,
tidak bercampur dengan sebarang syak atau ragu di dalam hati seseorang. Melalui ta’rifan
tersebut kita dapat mengelaskan bahawa akidah ialah satu keyakinan terhadap sesuatu perkara
yang dipegang dengan kuat tanpa sebarang keraguan.
Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad
SAW di Mekah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan
penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya
melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan
dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya
walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik.
Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan
ancaman maut. Oleh itu, kita mestilah jadikan peristiwa di atas sebagai pedoman hidup
kerana sesungguhnya pembinaan akidah dapat mengubah keperibadian manusia.

1.2       Asas aqidah Islamiyah


Asas aqidah seseorang muslim itu terdapat pada rukun Iman. Rukun Iman itulah yang
menjadikan seseorang itu berpegang kepada aqidah Islam atau tidak.
Rukun Iman :
1-      Beriman kepada Allah
2-      Beriman  kepada malaikat
3-      Beriman kepada kitab-kitab
4-      Beriman kepada Rasul
5-      Beriman kepada hari qiamat
6-      Beriman kepada qada dan qadar

Rukun  Iman yang telah kita pelajari sejak dari kecil lagi inilah yang menjadi
pegangan hidup, dalam menjadikan asas dan panduan dalam kehidupan seharian agar tidak
terbabas dan terpesong ke jalan yang tidak mendapat redha Ilahi. Akan tetapi adakah kita
benar-benar mempraktikkanya dalam amalam kita seharian dan adakah kita mengerti apa
yang di sabdakan oleh  Rasulullah S.A.W ketika baginda ditanya oleh Malaikat Jibril
mengenai Iman yang mafhumnya :

“Iman itu adalah kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-
rasulNya, hari akhirat dan ketentuan yang baik mahupun yang buruk.”
(Riwayat Muslim).
            Ismail Omar (1999) menegaskan bahawa tauhid terbahagi kepada beberapa bahagin
seperti berikut :
1.      Tauhid Uluhiyyah atau tauhid ibadah iaitu mengesakan Allah SWT yang berhak disembah
atau diabadikan dalam segala jenis ibadat dan tidak kepada selain dariNya.
2.      Tauhid ma’rifah (mengetahui) dan membenarkan iaitu membenarkan hakikat zat Allah
SWT serta segala nama-nama, sifat-sifat dan pebuatanNya. Bahagian ini dibahagikan kepada
tauhid Rububiyah dan tauhid nama-nama dan sifat-sifat (Tauhid al-Asma’ Wassifat)
a.      Tauhid Rububiyah iaitu mengetahui dan mengakui bahawa Allah SWT berkuasa mencipta,
memati dan menghidupkan, memiliki dan memberikan manfaat serta menjauhkan mudarat
dan segala sesuatu adalah milik Allah.
b.      Tauhid al-Asma’ Wassifat iaitu percaya dan membenarkan segala nama-nama dan sifat-
sifat Allah SWT

a. Tauhid uluhiyah

Uluhiyah berasal dari kata ‘al-ilah’  yang bererti Tuhan yang disembah. Uluhiyah
adalah nisbah  kepada al-ilah karena ia merupakan sifat Allah yang ditetapkan oleh
nama ”Allah”. Jadi yang dimaksud dengan Tauhid Uluhiyah adalah mengesakan Allah
dalam ketuhananNya dengan memberikan hakNya berupa berbagai macam ibadah
hanya kepadaNya semata.  Menurut Ismail Omar (1999)  tauhid uluhiyyah ialah
mengesakan Allah SWT dalam jenis ibadat. Bermakna kita hanya perlu mengabdikan
diri kepada Allah sahaja dan tidak selain dariNya.

ْ َ‫إِيَّاكَ نَ ْعبُ ُد َوإِيَّاكَ ن‬


ُ‫ستَ ِعين‬

Maksud: Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta
pertolongan”
(Al Fatihah: 5)

Tauhid ini juga dikenal dengan tauhid ibadah, kerana ia bererti memberikan
ibadah hanya kepada Allah semata dan meninggalkan ibadah kepada selainNya.
Firman-firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berikut membuktikan hal tersebut:

‫سو ٍل إِال نُو ِحي إِلَ ْي ِه أَنَّهُ ال إِلَهَ إِال أَنَا فَا ْعبُدُو ِن‬ َ ‫َو َما أَ ْر‬
ُ ‫س ْلنَا ِمنْ قَ ْبلِ َك ِمنْ َر‬

Maksud : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami
wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian
hendaklah menyembah Aku”.
(Al-Anbiya': 25)

Tauhid uluhiyyah merupakan perkara yang pertama dalam agama. Terdapat dalil
mengatakan Rasulullah SAW telah bersabda kepada Mu’az bin Jabal apabila mengutuskan
kepada golongan Ahli Kitab di negeri Yaman bahawasanya:“ Maka hendaklah perkara
pertama sekali kamu  seru  kepada mereka ialah mengucap syahadah laa ilaahaillah “.  Tauhid
uluhiyyah juga merupakan perkara yang akhir dalam agama. Sabda Rasulullah SAW :“
Sesiapa yang pada saat akhir berkata-kata  laa ilahaillah, maka ia akan dimasukkan ke dalam
syurga”.
Beriman kepada tauhid uluhiyyah Allah SWT bererti beriktikad bahawa hanya Allah
SWT sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan meminta pertolongan. Bermakna
meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah
Allah SWT semata-mata. Tauhid uluhiyyah menuntut seseorang menyakini bahawa Allah
SWT menyakini bahawa Allah SWT menguasai alam semesta ini. Beriman kepada tauhid
uluhiyyah bermaksud  menolak selain dari Allah SWT dan mengakuiserta menghayati
sepenuhnya kalimah laailaahaillallah.
Tauhid (pengesaan) tidak akan sempurna selagi tauhid uluhiyyah ini tidak dihimpun
sama dengan tauhid rububiyyah  kerana dengan tauhid rububiyyah sahaja tidak memadai dan
orang-orang musyrik telah pun mengakui. Orang Nasrani tidak mengingkari Allah SWT itu
Tuhan langit dan bumi tetapi mempersekutukn-Nya dengan menganggap Nabi Isa sebagai
tuhan selain daripada Allah SWT.
Dr. Muhammad Naim Yasin (2001) menjelaskan tauhid uluhiyyah menuntut kita supaya
menghadap kepada Allah SWT dalam setiap bentuk ibadat dan menuntut kita supaya
membersihkan hati dari menerima pihak atau pengaruh lain. Ibadat mengandungi pertalian
yang luas, di antaranya:
                                  i. Wajib ikhlas dalam mencintai Allah SWT

                                ii.          Wajib mengesakan Allah SWT dalam berdoa, bertawakal dan mengharapkan    sesuatu

kerana Allah maha berkuasa.


                             iii. Wajib mengesakan  Allah SWT dalam takut.

                              iv.          Wajib mengesakan Allah SWT dalam melakukan segala jenis ibadat badaniah seperti solat,

rukuk, sujud, puasa, sembelih dan tawaf: serta segala ibadat qauliyyah (perkataan) seperti
nazar, istighfar dan lain-lain.

b. Tauhid Rububiyyah
Ismail Omar (1999) menjelaskan bahawa tauhid rububiyyah ialah iktikad yang kukuh
bahawasanya Allah SWT itu adalah Tuhan (ar-Rab) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan
selain dari-Nya. Dari segi bahasa Arab, perkataan “Ar-Rab” bermakna “yang mengatur”.
Tauhid Rububiyyah ialah mengakui bahawa sesungguhnya Allah SWT pencipta segala
makhluk, pemilik segala-galanya, yang menghidup an mematikan mereka.
Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Syahadah Laa ilahaillallaah menyatakan
perkataan al-Rabb mengandungi beberapa erti. Antaranya, tuhan (al-sayyid) pemilik sesuatu,
pencipta sesuatu, yang mendidik dan mengasuh orang lain, yang menjaga muslihat insan,
yang mempunyai kuasa, yang menjadi tuan, yang melaksanakan perintahnya  kepada  orang
lain. Dia ialah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, melaksanakan perintah dan
hukum-hukum kepada semua makhluk. Allah menguasai pemerintahan dan berkuasa atas
segala  sesuatu. Allah mengurus dan mentadbir  alam  menurut kehendaknya dan berkuasa
memberi manfaat serta mendatangkan mudarat. Firman Allah :

ُ‫ض قُ ِل هللا‬
ِ ‫ت َو ْاالَ ْر‬
ِ ‫اوا‬ َّ ‫قُ ْل َمنْ َّر ُّب ال‬
َ ‫س َم‬

Maksud : “Katakanlah!: Siapakah Rabb (Tuhan pencipta) langit dan


bumi? Katakanlah: Allah”
 (Ar-Ra'd:16)

Perkataan ‘Rabb’ ada mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah :


1. Pencipta
2. Pemilik segalanya
3. Pemberi rezeki
4. Pentadbir
5. Penguasa
6. Pengabul doa-doa
7. Penjaga.

Firman Allah:
‫ار َو َمنْ يُ ْخ ِر ُج ا ْل َح َّي‬َ ‫ص‬ َ ‫س ْم َع َو ْاالَ ْب‬
َّ ‫ض اَ َّمنْ يَ ْملِ ُك ال‬ َّ ‫قُ ْل َمنْ يَ ْر ُزقُ ُك ْم ِّم َن ال‬
ِ ‫س َمآ ِء َو ْاالَ ْر‬
َ‫سيَقُ ْولُ ْو َن هللاُ فَقُ ْل اَفَال‬
َ َ‫الح ِّي َو َمنْ يُ َدبِّ ُر ْاالَ ْم َر ف‬
َ ‫ت َويُ ْخ ِر ُج ا ْل َميِّتَ ِم َن‬ ِ ِّ‫ِم َن ا ْل َمي‬
‫تَتَّقُ ْو َن‬.
Maksud : “Katakanlah! Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau
siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka
mereka akan katakan Allah! Mengapa kamu tidak bertakwa kepadanya.”  
(Yunus:31)
Dengan itu, semua makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan pertolonganNya
serta berharap kepadaNya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan
pinjaman. Oleh itu jika manusia mempunyai sifat berkuasa dan memiliki, maka sifat itu
hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT.
Begitu juga dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki manusia, semuanya
datang dari Allah SWT. Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai
makhluk. Dia tidak mempunyai apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak
nafasnya datang dari Allah SWT. Dengan keyakinan itu, maka timbul kesan syahadah tauhid
dalam diri seseorang muslim. Dia hanya takut kepada Allah SWT dan berani untuk bertindak
melakukan sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah

c. Tauhid Asma’ Wassifat

Tauhid asma’ wassifat membawa maksud mengesakan Allah dari sudut segala nama-Nya dan
sifat-Nya. Di mana Allah hanya layak bersifat dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan serta
layak bagi-Nya sahaja. Maka kita wajib dan diwajibkan mempercayai dan beriman dengan
segala nama dan segala sifat Allah. Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 110 :
ْ َ‫ـن أَيًّا َّما تَ ْدعُو ْا فَلَهُ األ‬
ْ ‫س َماء ا ْل ُح‬
‫سنَى َوالَ ت َْج َه ْر‬ َ ‫قُ ِل ا ْدعُو ْا هّللا َ أَ ِو ا ْدعُو ْا ال َّر ْح َم‬
َ َ‫صالَتِكَ َوالَ تُ َخافِتْ بِ َها َوا ْبت َِغ بَ ْي َن َذلِك‬
ً‫سبِيال‬ َ ِ‫ب‬
Maksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-
Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka)
kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan
gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.”
(Al-Isra’ : 110)  

            Kita tidak seharusnya mengubah maksud atau menyerupakan sifat dan nama
tersebut dengan makhluk. Kita juga hendaklah menyerahkan hakikat dan maksud
sebenar sifat serta nama tersebut kepada Allah dan Allah sahaja yang mengetahui
sebenar sifat dan zat-Nya. Contohnya seperti sifat mendengar, kita yakin Allah maha
mendengar, namun bentuk dan keadaan atau cara Allah mendengar tidak sama dengan
pendengaran makhluk yang lain dan tidak boleh memikirkan keadaannya sama sekali.

2.         SYAHADAH
2.1       Kalimah Syahadat
Syahadat bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Oleh itu,
orang-orang yang bersyahadat dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau
memberitahu apa yang dia ketahui. Membuat persaksian, kenyataan atau perkhabaran
boleh dilakukan dalam bentuk perkataan dan boleh juga dilakukan dalam bentuk
perbuatan. Firman Allah SWT :
ِ َّ‫ت أَ ْع َملُهُ ْم َوفِي الن‬
َ‫ار هُ ْم َخلِ ُدون‬ َ ِ‫ين أَ ْن يَ ْع ُمرُوا َم َس ِج َد هَّللا ِ َش ِه ِدينَ َعلَى أَنفُ ِس ِه ْم بِ ْال ُك ْف ِر أُوْ لَئ‬
ْ َ‫ك َحبِط‬ lَ ‫َما َكانَ لِ ْل ُم ْش ِر ِك‬

Maksud : Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan)


masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka
sendiri. Mereka itu ialah orang-orang Yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula
kekal di dalam neraka.”
(At-Taubah : 17)
            Syahadatain merupakan asas yang terpenting dalam menegakkan Islam secara
menyeluruh. Islam tidak akan berdiri kukuh jika tidak tegaknya rukun Islam dan rukun Islam
juga tidak akan tegak jika tidak sempurna syahadatain. Pengakuan tiada tuhan melainkan
Allah, memerlukan cara-cara tertentu dalam menegakkannya, dan orang yang
menegakkannya terikat kewajipannya ke atas serta mereka mendapat balasan dari Allah
SWT. Konsep syahadat tidak dapat ditegakkan kecuali dengan dalil-dalil naqli dan aqli yang
bersumberkan Rasulullah SAW.  Sekiranya kita tidak mengiktiraf Rasulullah SAW itu benar,
kalimah  ‫الإله إال هللا‬ tidak akan tegak dengan sendirinya. Ini menunjukkan terdapat pertalian
diantara syahadat ‫الإله إال هللا‬ dengan syahadat ‫محمدا رســول هللا‬. Makna Syahadat (‫)الإلــه إال هللا‬ iaitu
iktiqad dan berikrar mengakui bahawasanya tidak ada yang berhak disembah dan menerima
ibadah kecuali Allah s.w.t, mentaati hal tersebut dan mengamalkannya.  La ilaaha (
‫)الإله‬ menafikan hak penyembahan terhadap yang lain dari Allah, siapa pun subjeknya.
Illallah (‫)إال هللا‬ adalah penetapan hak ke atas Allah semata-mata untuk disembah.
            Menurut Ustaz Ramli Awang dalam kitabnya Roh Tauhid Dalam Gerakan Islam
menjelaskan  ‫الإلــه إال هللا‬ ialah ucapan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ yang mesti difahami
maknanya, diamal dengan kandungannya samada lahir atau pun batin. Tidak dikatakan
syahadat tanpa pengetahuan, keyakinan dan amal. Menurut ijmak ulamak, seseorang yang
tidak mengetahui makna kalimah syahadat ‫الإله إال هللا‬  tidak yakin dan tidak beramal dengan isi
kandungannya  maka dianggap syirik. 

2.3       Tuntutan Dua Kalimah Syahadat


Tuntutan syahadat boleh dibahagikan kepada tuntutan secara khusus dan secara umum.
2.3.1    Tuntutan secara khusus
                        -    Redha
-       Takut kepada Allah
-       Menerima sepenuhnya syariat Allah
-       Bersyukur kepada Allah
-       Me ngikut dan mengamalkan Sunnah Nabi.
-       Mencintai Allah SWT
-       Mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
-       Bertawakkal kepada Allah
-       Taat kepada pemimpin
-       Menyakini hukum atau peraturan Allah
2.3.2    Tuntutan syahadat secara umum
            -           Akidah
            -           Syariat
            -           Akhlak
            -           Ibadat
2.4       Syarat-Syarat Syahadatain
Syarat-Syarat “‫”الإله إال هللا‬ – Laa ilaaha illallah
Bersaksi dengan “‫”الإله إال هللا‬ – Laa ilaaha illallah wajib dengan tujuh syarat. Tanpa syarat-
syarat itu, syahadat tidak akan bermanfaat bagi yang mengucapkannya. Secara global, tujuh
syarat itu adalah :
2.4.1 Ilmu  
Ertinya memahami makna dan maksudnya. Mengetahui apa yang ditiadakan dan apa
yang ditetapkan, yang menafikan ketidaktahuannya dengan hal tersebut. Allah berfirman:
‫ق َو ُه ْم يَ ْعلَ ُمــــــــــــون‬ َ ْ‫الشــــــــــــفَا َعةَ إِال َمن‬
ِّ ‫شــــــــــــ ِه َد ِبــــــــــــا ْل َح‬ َّ ‫َوال يَ ْملِــــــــــــ ُك الَّ ِذينَ يَــــــــــــ ْدعُونَ ِمنْ دُونِــــــــــــ ِه‬
Maksud: Tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali
sesiapa Yang memberi penerangan mengakui kebenaran Dengan mentauhidkan Allah, Tuhan
yang sebenar-benarnya yang mereka mengetahui-Nya dengan yakin (bukan dengan kata-kata
orang(Az-Zukhruf 86).
Maksudnya orang yang bersaksi dengan “‫”الإله إال هللا‬  dan memahami dengan hatinya
apa yang diikrarkan oleh lisannya. Seandainya ia mengucapkannya, tetapi tidak mengerti apa
yang dimaksudnya atau maknanya, maka persaksian itu tidak sah dan tidak berguna.

2.4.2  Yakin
Mereka yang mengikrarkannya wajib  meyakini kandungan syahadat itu. Manakala jika ia
meragukannya maka sia-sia belaka persaksian itu.  Allah s.w.t. berfirman:
َّ ‫يل هَّللا ِ أُولَئِ َك ُه ُم ال‬
‫صا ِدقُون‬ ِ ِ‫سب‬ ِ ُ‫سولِ ِه ثُ َّم لَ ْم يَ ْرتَابُوا َو َجا َهدُوا بِأ َ ْم َوالِ ِه ْم َوأَ ْنف‬
َ ‫س ِه ْم فِي‬ ُ ‫إِنَّ َما ا ْل ُمؤْ ِمنُونَ الَّ ِذينَ آ َمنُوا بِاهَّلل ِ َو َر‬
Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;
mereka itulah orang-orang yang benar (Al-Hujuraat : 15)

2.4.3  Qabul
Menerima kandungan dan kehendak  syahadat; menyembah Allah semata-mata dan
meninggalkan ibadah kepada selain-Nya. Siapa yang mengucapkan, tetapi tidak menerima
dan menta’ati, maka ia termasuk orang-orang yang difirmankan Allah s.w.t.:

ٍ ُ‫) َويَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَا ِر ُكو آلِ َهتِنَا لِشَا ِع ٍر َم ْجن‬٣٥( َ‫ستَ ْكبِرُون‬
‫ون‬ ْ َ‫إِنَّ ُه ْم َكانُوا إِ َذا قِي َل لَ ُه ْم ال إِلَهَ إِال هَّللا ُ ي‬
Maksud : Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa)
tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah" - mereka bersikap
takbur mengingkarinya, - serta mereka berkata: " Patutkah Kami mesti meninggalkan tuhan-
tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" (Ash-Shaffat : 35-
36)
            Ini seperti sesetengah masyarakat yang menyembah kubur keramat. Mereka
mengikrarkan “‫”الإله إال هللا‬, tetapi masih menyembah kubur yang kononnya keramat bagi
mereka.  Ini bermakna mereka belum menerima makna “‫”الإله إال هللا‬.

2.4.4    Inqiyad (Tunduk dan Patuh Dengan Kandungan Makna syahadat )

‫س َك بِا ْل ُع ْر َو ِة ا ْل ُو ْثقَى َوإِلَى هَّللا ِ عَاقِبَةُ األ ُمو ِر‬ ْ ‫سنٌ فَقَ ِد ا‬
َ ‫ستَ ْم‬ ِ ‫سلِ ْم َو ْج َههُ إِلَى هَّللا ِ َو ُه َو ُم ْح‬
ْ ُ‫َو َمنْ ي‬
 Maksud : dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada allah (dengan ikhlas) sedang ia
berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan
(tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan “ .
(Luqman : 22)
‫ا ْل ُع ْر َو ِة ا ْل ُو ْثقَى‬ adalah laa ilaaha illallah. Dan makna ‫سلِ ْم َو ْج َه ُه‬ ْ ُ‫ي‬  adalah patuh, tunduk.

2.4.5    Ikhlas.
Iaitu membersihkan amal dari segala yang boleh membawa kepada syirik, dengan
jalan tidak mengucapkannya kerana mengingkari isi dunia, riya’ atau sum’ah. Dalam hadis
Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫قـــــــــــــإن هللا حـــــــــــــرم على النـــــــــــــار من قـــــــــــــا ل الإلـــــــــــــه إهلل يبتغى بـــــــــــــذ لـــــــــــــك وجـــــــــــــه هللا‬
Maksud : Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan laa
ilaaha illallah kerana menginginkan redha Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

2.4.6    Shidq (jujur)


Iaitu mengucapkan kalimat ini dan hatinya juga membenarkannya. Manakala lisannya
mengucapkan, tetapi hatinya mendustakan, maka ia adalah munafik dan pendusta.
Allah s.w.t. berfirman:
َ‫ف ِمنَ ا ْل َمالئِ َك ِة ُم ْر ِدفِين‬ ٍ ‫اب لَ ُك ْم أَنِّي ُم ِم ُّد ُك ْم بِأ َ ْل‬
َ ‫ست ََج‬ ْ َ‫)إِ ْذ ت‬٨( َ‫ق َويُ ْب ِط َل ا ْلبَا ِط َل َولَ ْو َك ِرهَ ا ْل ُم ْج ِر ُمون‬
ْ ‫ستَ ِغيثُونَ َربَّ ُك ْم فَا‬ َّ ‫ق ا ْل َح‬
َّ ‫لِيُ ِح‬
‫ص ُر إِال ِمنْ ِع ْن ِد هَّللا ِ إِنَّ هَّللا َ َع ِزي ٌز َح ِكي ٌم‬ ْ
ْ َّ‫) َو َما َج َعلَهُ هَّللا ُ إِال بُش َْرى َولِتَط َمئِنَّ بِ ِه قُلُوبُ ُك ْم َو َما الن‬٩(
 Maksud : Supaya Allah menegakkan Yang benar itu dan menghapuskan Yang salah (kufur
dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) Yang berdosa itu tidak menyukainya.
(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan
permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan
seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. dan Allah tidak menjadikan
(bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang
tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana “. (Al-Baqarah  : 8-10)

2.4.7    Mahabbah (kecintaan).
Maksudnya mencintai kalimat ini serta isinya, juga mencintai orang-orang yang
mengamalkan isi kandungannya.
َ‫ش ُّد ُحبًّا هَّلِل ِ َولَ ْو يَ َرى الَّ ِذينَ ظَلَ ُموا إِ ْذ يَ َر ْون‬ َ َ‫س َمنْ يَتَّ ِخ ُذ ِمنْ دُو ِن هَّللا ِ أَ ْندَادًا يُ ِحبُّونَ ُه ْم َك ُح ِّب هَّللا ِ َوالَّ ِذينَ آ َمنُوا أ‬
ِ ‫َو ِمنَ النَّا‬
‫ب‬ َ َ ‫اب أَنَّ ا ْلقُ َّوةَ هَّلِل َج ِمي ًعا َوأَنَّ هَّللا‬
ِ ‫ش ِدي ُد ا ْل َع َذا‬ َ ‫ا ْل َع َذ‬
 Maksud : (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu
lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik)
itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya
kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah
Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) “ .
(Al-Baqarah : 165)
Maka, ahli tauhid adalah orang yang mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih.
Sedangkan ahli syirik mencintai Allah dan mencintai yang lainnya. Hal ini sangat
bertentangan dengan isi kandungan laa ilaaha illallah - “‫”الإله إال هللا‬.
  Syarat-Syarat “‫ ”محمد رسول هللا‬ Muhammadar Rasulullah
1 – Mengakui kerasulan dan meyakininya di dalam hati.
2 – Mengucapkan dan mengikrarkan dengan lisan.
3 – Mengikutinya dengan mengamalkan ajaran keebnaran yang telah   dibawanya serta
meninggalkan kebatilan (larangan) yang ditegahnya.
4 – Membenarkan segala apa yang dikhabarkan dari hal-hal yang ghaib, baik yang sudah
lewat mahupun yang akan datang.
5 – Mencintainya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, harta, anak, orang tua, serta
seluruh umat manusia.
6 – Mendahulukan sabdanya atas segala pendapat dan ucapan orang lain serta mengamalkan
sunnahnya.

3.         RUKUN IMAN

            Iman adalah kepercayaan yang teguh di dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan
hak. Akidah adalah yang paling asas dalam Islam. Bertitik tolak dari keimanan dan keyakinan
kepada Allah SWT akan lahirnya keimanan kepada malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari
akhirat, alam barzakh, padang mahsyar, syurga neraka, serta keimanan kepada qada’ dan
qadar Allah.

3.1       Rukun Iman : Asas Akidah Orang Islam


            Rukun Iman ialah asas-asas yang membentuk iman. Kalau diibaratkan dengan
sebatang pokok, rukun-rukunnya ialah ialah akar, batang dan dahan-dahan yanng bergantung
kepadanya daun-daun. Begitulah dengan rukun iman , iaitu asas-asas yang dibina di atas
segala kepercayaan manusia yang beragama Islam. Apabila seseorang ingin membentuk
pandangan, sikap dan buah fikirannya mengenai masalah-masalah hidup, maka dia hendaklah
melakukannya dengan berasaskan Rukun Iman itu . (Dr haron Din et al, 1985)

3.1.1    Beriman kepada Allah SWT


Beriman kepada Allah SWT adalah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan penuh teguh
perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara yang mustahil  dan perkara-perkara yang harus
bagi Allah SWT. Kita hendaklah beriktiqad secara ijmal dan yakin kepada Allah.SWT.
bersifat dengan segala yang sempurna sesuai drengan ketuhanannya. Adalah mustahil Allah
SWT bersifat dengan sifat-sifat kekurangan  dan harus bagi Allah SWT melakukan semua
perkara atau meninggalkannya.
            Iman kepada Allah SWT tegak di atas dua asas:
-       Mengimani Rububiyyatullah.
Dengan kata lain mengimanai bahawa Allah SWT yang menjadikan sesuatu, yang
menghidupkan dan mematikan, yang memiliki dan yang berkuasa dan juga sifat-sifat Allah
yang lain.
-       Mengimani Uluhiyyatullah
-       Iaitu mengimani bahawa Allah SWT sahaja yang berhak menerima pengabdian dan inilah
pengertian ‫الإله إال هللا‬ . Pengabdian tidak seharusnya diberikan kepada selain daripada Allah
SWT. Firman Allah :

Diantara sebesar-besar bukti tentang wujudnya keesaan Allah ialah penciptaan alam
yang terbentag luas. Segala cakerawala dan seluruh isinya membuatkan kita rasa kagum,
bercampur takut, maka bertambah kuat iman kita terhadap Allah SWT.

3.1.2   Beriman kepada Malaikat


           Kewujudan malaikat tidak dapat dikesani dengan mata kasar, penyelidikan dan
pemikiran. Sumber pengetahuan utama mengenai malaikat ialah Al-Quran dan cerita
daripada Rasulullah s.a.w. Kedua-dua sumber tersebut  adalah benar.
           Beriman kepada malaikat ialah satu daripada rukun iman di dalam Islam. Kepercayaan
kepada malaikat termasuk di dalam perkara ghaib. Malaikat tidak dapat dilihat dengan
menggunakan mata kasar atau kaedah lain. Beriman kepada malaikat bermaksud iktikad
tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Bilangan malaikat hanya diketahui oleh
Allah SWT sahaja. Allah SWT telah menentukan bahawa malaikat berada di alam ghaib dan
tabiatnya tidak dapt dilihat dengan mata kasar.
Firman Allah :
ٌ ‫ما يَلفِظُ ِمن قَو ٍل إِاّل لَدَي ِه َر‬ 
‫قيب عَتي ٌد‬
Maksud : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukan
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas sentiasa sedia menulisnya 
(Surah Qaf, ayat: 18).
           Malaikat adalah sejenis makhluk yang dijadikan oleh Allah  dengan persediaan-
persediaan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Malaikat dijadikan Allah SWT daripada
cahaya yang bersih daripada kekotoran jasmani dan diberikan kuasa boleh mengubah rupa. 
Mereka merupakan hamba-hamba allah SWT yang dihormati kerana kesucian jiwanya
daripada melakukan dosa. Mereka tidak pernah menderhakai perintah-perintah Allah.

3.1.3   Beriman kepada Kitab


            Kepercayaa kepada kitab-kitab Allah SWT merupakan Rukun Iman yang ketiga.
Kitab Allah mengandungi segala pengajaran Allah SWT  yang disampaikan oleh nabi-nabi
dan rasul-rasul sama ada titah perintah, larangan, panduan dan sebagainya kepada umat
manusia. Oleh itu setiap orang muslim wajiblah percaya kepada kitab Al-Quran da kitab-
kitab yang terdahulu seperti zabur, taurat dan injil yang telah diturunkan kepada umat-umat
terdahulu.
            Orang mukmin yang beriman kepada kitab Allah hendaklah mengamalkan segala
ajaranNya yang bertujuan menunjukkan manusia kepada jalan yang benar  yang diredainya.
Orang yang mengaku beriman tetapi tidak patuh kepada ajarannya maka tidak boleh
dikatakan sebagai beriman. Keimanan muslim terhadap kitab-kitab Allah  merupakan
kefahaman, kesedaran dan pelaksanaan ajaran-Nya .  Maka ayat-ayat Al-Quran tidak boleh
boleh dibuat azimat untuk menolak syaitan atau dijadikan tangkal . Hal ini bertentangan
dengan dasar kesusilaan dan dasar membesarkan ayat-ayat suci itu.
            Kita memerlukan wahyu  Allah SWT yang yanag dapat menghindarkan mereka
daripada kesesatan  dan memimpin mereka  supaya kembali ke jalan yang benar yang boleh
membawa kepada kesejahteraan baik di dunia atau pun di akhirat.  Kita juga hendaklah sedar
dan memahami bahawa kitab Allah yang terakhir diturunkan ialah Al-Quran. Oleh itu lafaz
dan makna al-Quran  adalah daripada Allah SWT. Al-Quran telah disempurnakan oleh Allah
SWT dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan . Mereka yang beriktikad
bahawa tambahan atau kekurangan berlaku dalam Al-Quran boleh dianggap terkeluar
daripada landasan Islam.

3.1.4    Beriman Kepada Rasul


            Setiap muslim  mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah SWT mengutuskan
para Rasul dan menurunkan kitab bagi tujuan mengajar manusia mengenal Allah SWT dan
memberithu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini, dan ke mana akhirnya 
penghidupan mereka. Muslim mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad SAW ialah rasul
yang terakhir  daripada rasul yang diutuskan Allah SWT . Baginda dibantu dan diperkuatkan 
Allah SWT dengan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi.  Firman Allah: 
ِ َ‫ضلَلَةُ ف‬
‫سي ُروا‬ َّ ‫اجتَنِبُوا الطَّ ُغوتَ فَ ِم ْن ُه ْم َمنْ َهدَى هَّللا ُ َو ِم ْن ُه ْم َمنْ َحقَّتْ َعلَ ْي ِه ال‬ ُ ‫َولَقَ ْد َب َع ْثنَا ِفي ُك ِّل أُ َّم ٍة َر‬
ْ ‫سواًل أَنْ اُ ْعبُدُوا هَّللا َ َو‬
َ‫ض فَا ْنظُ ُروا َكيْفَ َكانَ َعقِبَةُ ا ْل ُم َك ِّذبِين‬
ِ ‫فِي اأْل َ ْر‬
Maksud : Dan sesungguhnya ami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang
rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan
menjauhi Thaghut. Maka antara mereka ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada
pula yang berhak ditimpa kesesatan (Surah An- Nahl : 36). 
            Kepercayaan kepada rasul-rasul ialah Rukun Iman yang keempat, maka setiap orang
muslim wajib percaya bahawa Allah SWT telah mengutuskan  rasul-rasul  dari kalangan
manusia untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan dan
acaman buruk kepada mereka yang melakukan kejahatan. Para rasul telah menjalankan tugas
mereka untuk memperkenalkan Allah yang maha Esa dan maha berkuasa ke atas seluruh
makhluknya.
            Apabila para rasul telah diutuskan manusia tidak dapat berhujah bahawa mereka  akan
sesat kerana rasul-rasul dapat membawa mereka ke jalan yang benar.
.
3.1.5    Beriman  kepada  hari Akhirat
            Setiap muslim perlu beriman kepada adanya hari akhirat dan perkara-perkara   yang
berkaitan  dengannya. Kiamat adalah hari terakhir dan penghabisan bagi alam ini, iaitu hari
kerosakan serta kehancuran alam, dan satu alam baru akan diadakan. Alam baru ini ialah
alam suci yang akan memisahkan antara manusia rendah budi pekertin dengan manusia yang
baik budi pekertinya. Oleh itu, beriman kepada hari akhirat  bermaksud orang Islam wajib
percaya bahawa manusia akan menghadapi satu hari kehancuran alam dan segala yang ada di
dalamnya.
            Beriman kepada hari akhirat juga bermaksud  membenarkan bahawa disebalik
penghidupan di dunia, masih ada penghidupan di akhirat. Allah akan menghidupkan manusia
sekali lagi dan melakukan perbicaraan terhadap  perbuatan dan amalan mereka di dunia. Hasil
dari perbicaraan ini segolongan manusia dimasukkan ke dalam neraka.

3.1.6    Beriman kepada Qadak dan Qadar


            Beriman kepada Qadak dan Qadar Allah SWT ialah mempercayai bahawa segala
sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa  yang berlaku adalah menurut ketentuan dan
ketetapan Allah SWT.  Manusia  dijadikan Allah dan Dialah yang menentukan perjalanan
hidup mereka. Allah juga berkuasa sepenuhnya ke atas makhluknya. 

4.         KEROSAKAN  AKIDAH


             Kehidupan manusia di dunia mempunyai hubungan dengan Allah yang diikat
oleh akidah melalui kalimah tauhid dan juga hubungan manusia sesama manusia yang
diikat dua kalimah syahadah. Akidah menjadi asas agama dan Allah menjadikan
manusia untuk menyembah dan beribadat kepada Nya serta menghubungkan di antara
manusia dengan Allah. Mereka yang mengakui akan kewujudan tuhan yang disembah
dan Nabi Muhammad utusan Allah dan sama-sama beragama Islam dan sama-sama
mendapat petunjuk serta hidayah daripada Allah ke  jalan yang benar, hubungan
mereka adalah hubungan keimanan dan keagamaan. Perkara-perkara yang
merosakkan akidah atau dengan kata lain perkara-perkara  yang membatalkan Dua
Kalimah Syahadat sangat penting untuk diketahui supaya iman dan akidah seseorang
akan betul dan mantap serta menepati akidah ahli sunnah waljamaah. Ini menjadikan
seseorang itu sentiasa menganut akidah yang sahih dalam semua masa dan keadaan.

4.1       Perkara-perkara yang merosakkan akidah


            Dalam ajaran agama Islam terdapat banyak anasir yang boleh menyebabkan iman atau
akidah menjadi rosak. Para ulamak telah lama membicarakannya dan telah banyak buku
mengenainya ditulis dan diterbitkan antaranya buku Batas-batas Iman dan Kufur hasil tulisan
Said Hawa yang menggariskan dua puluh perkara yang boleh membatalkan atau merosakkan
iman seseorang muslim. Terdapat beberapa amalan manusia yang boleh membatalkan
keimanannya pada syahadah dan menjerumuskan mereka untuk menjadi murtad:

4.1.1  Kufur (Ingkar rukun iman) 


Kufur pada bahasa bererti “menutupi” atau “mengingkari”. Manakala menurut Ulama
Usuluddin kufur boleh diertikan menurut istilah sebagai “tutup” ini kerana hati orang kafir
tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah SWT. Menurut Ulama Ahli
Sunnah Wal Jamaah, kufur  ialah pendustaan kepada Rasulullah SAW dan ajaran yang
dibawanya. Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), mengatakan kufur menurut syara‟ ialah
tidak mempercayai Allah SWT, malaikat, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-
hukum Allah SWT atau sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang
Islam.

4.1.2    Syirik
Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa
adanya kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Orang yang melakukan syirik disebut
Musyrik. Syirik terbahagi kepada dua bahagian:
                    i.                         Syirik Akbar terbahagi kepada:

a.      Syirik Akbar Jali (yang terang)


Syirik besar yang terang ialah mengambil selain Allah SWT sebagai tuhan dan
menyembahnya  di samping menyembah Allah SWT dengan menjadikan sembahan itu
sebagai  sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah SWT.   
 b. Syirik Akbar Khafi (yang tersembunyi)                  
Syirik besar yang tersembunyi pula menurut Sheikh Yusuf al-Qardawi (1999) ialah:        
  Meminta pertolongan dari makhluk ghaib seperti jin dengan meyakini makhluk itu dapat
memberi manfaat dan mudharat.   
  Berdoa atau memanggil ruh si mati atau meminta sesuatu di maqamnya  atau kuburnya. Syirik
ini tersembunyi kerana orang yang melakukan amalan ini menyangka ia sebagai ibadah
dalam bentuk bertawassul (sebagai perantaraan) antara mereka dengan Allah SWT.
  Mengambil selain Allah SWT sebagai penggubal undang-undang. Begitu juga dengan
fahaman-fahaman manusia hari ini yang meletakkan  pemikiran  manusia  lebih  baik  dari
panduan al-Quran.

4.1.3                                Nifaq
            Para ulama‟ bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengakui dengan lidahnya
pada zahirnya tetapi mendustai di dalam hatinya tidak termasuk di dalam lingkungan iman.
Mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik, yang telah dijanjikan oleh
Allah SWT azab yang lebih pedih dari para jahidin (orang-orang yang ingkarkan Allah
SWT), kerana mereka akan berada di dasar neraka.

4.1.4    Bertawakkal dan bergantung pada selain dari Allah.


Barangsiapa yang bekerja, berusaha dan berikhtiar dengan tidak bertawakkal dan bergantung
kepada Allah S.W.T,  ia telah merosak syariat tadi dan orang yang bertawakkal dan
bergantung kepada Allah S.W.T semata-mata tanpa daya usaha juga telah merosakkan syariat
tersebut.

4.1.5 Mengingkari nikmat Allah.


Iaitu ingkar terhadap nikmat Allah, baik yang kelihatan atau yang tidak kelihatan, baik yang
mudah difikirkan atau yang memerlukan pengkajian secara mendalam.

4.1.6 Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain kerana Allah S.W.T
Sesuatu pekerjaan atau apa saja yang dibuat atas dasar kepentingan meninggikan cita-cita
atau syiar negara, kesatuan negara atau berjuang habis-habisan untuk kepentingan negara
adalah syirik.

4.1.7    Berhukum dengan hukum manusia, bukan dengan hukum Allah.


Perbuatan ini melawan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T yang mempunyai hak
menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia, halal, haram, peraturan hidup,
kehakiman dan segala perintah dan larangan. Contohnya dalam menggubal undang-undang
oleh anggota parlimen di mana undang-undang berada di tangan manusia, (pada hal hak
membuat undang-undang adalah hak Allah semata-mata), di sinilah letak kesyirikannya.

4.1.8    Memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah dengan cara tidak
dikehendakiNya.
Taat yang dibenarkan dan dikehendaki oleh Allah S.W.T adalah taat kepada
RasulNya kerana bila seseorang mentaati Rasulullah ia bererti mentaati Allah. Taat kepada
pemimpin atau pemerintah hanya dibenarkan selagi mereka tetap menjalankan Kitabullah dan
Sunah Rasulullah. Jika mereka keluar dari kerangka Al-Quran dan as-Sunnah maka kita tidak
boleh taat kepada mereka kerana mereka tergolong di dalam pembuat maksiat dan tidak wajib
ditaati.

4.1.9    Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum
Allah sebagai rujukan dalam semua masalah.
Larangan melaksanakan sebarang hukum melainkan hukum Allah atau tidak
menjadikan hukum Allah sebagai rujukan dalam mengatasi masalah berhubung kait dengan
kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

4.1.10 Benci atau menentang salah satu kandungan ajaran Islam atau membenci
seluruh ajaran Islam.
Apa  saja  corak  kebencian  atau  penentangan  terhadap  yang  terkandung dalam
Al-Quran atau al-Hadis yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W samada dalam bentuk kata-kata,
perbuatan, pengakuan atau sifat-sifatnya, maka ia adalah terkeluar dari Islam dan syahadah
yang pernah diucapkannya menjadi batal.

4.1.11  Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan kepada akhirat (gila dunia).
Segala apa yang terdapat di muka bumi ini adalah kepunyaan Allah dan Allah menghalalkan
manusia menikmati kehidupan ini selagi mana ianya tidak melepasi batasan sehingga lupa
kepada keperluan akhirat. Selain daripada itu Allah juga melaknati manusia yang menghalang
manusia lain yang ingin beribadat bagi mencapai kebahagian di akhirat.

4.1.12 Menghina salah satu isi dari Al-Quran atau as-Sunnah atau orang-orang alim
yang menegakkan atau memperolok-olokkan hukum-hukum Allah atau syiar-syiar
Islam.
            Memperolok-olokkan atau menghina atau mengejek hukum-hukum Allah termasuk
dalam kategori yang membatalkan syahadah. Ungkapan-ungkapan seperti menganggap
hukum-hukum Allah itu ‘lapuk’ atau kenyataan-kenyataan seperti ‘Apa kita hendak kembali
pada undang-undang qisas yang kejam’ atau ‘Apa kita hendak kembali ke zaman primitif’
boleh membatalkan aqidah kita.

4.1.13  Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.


            Antara pembohongan yang paling besar adalah menghalalkan apa yang diharamkan
oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.

4.1.14  Tidak beriman dengan seluruh sumber-sumber dari Al-Quran dan as-Sunnah.
            Orang yang tidak beriman pada nas-nas Al-Quran dikatakan gugur syahadahnya
kerana bertindak mendustakan Rasulullah S.A.W yang membawa kepada kekafiran.
Termasuk juga dalam kategori ini adalah orang yang menambah Al-Quran dan Al-Hadis.

5.         LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH

            Sebagai umat Islam kita perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran.
Walaupun begitu, kita juga dikehendaki mengetahui langkah pencegahan daripada rosaknya
akidah sebagai persediaan pada  masa hadapan. Tambahan pula, generasi kini terdedah
kepada pelbagai yang mampu menggugat keimanan seseorang. Contohnya ideologi barat
yang diselitkan dalam media hiuran dan sebagainya.
5.1       Amalan rohani ( Roh )

                     Kepercayaan kepada Allah s.w.t


                     Mengingati Mati
                     Sentiasa Berzikir
                     Sentiasa Membaca Al-Quran
                     Berilmu Pengetahuan
           
5.2       Amalan Fizikal  ( Jasmani )
           
                     Mengerjakan solat
                     Berpuasa
                     Mengerjakan Haji @ Umrah
5.3       Amalan Hati ( Akhlak )
                     Suka memaafkan orang lain
                     Bersifat mahmudah
                     Amar ma’ruf nahi mungkar
           

6.         KONSEP ILMU DAN INSAN


           Sebelum menjalani kehidupan di muka bumi, manusia terlebih dahulu diberi ilmu
pengetahuan yang lengkap. Ini disebabkan dengan ilmu, manusia akan dapat melaksanaka
tugas dengan sempurna. Bagi mendapatkan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat,
manusia memerlukan kepada ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan seseorang itu tidak
akan mengenal dirinya dan tidak mengenal Allah SWT.

6.1      Konsep Ilmu dalam Islam


Ilmu dibahagikan kepada 2 iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain
adalah ilmu yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak. Manakala fardhu kifayah ialah
ilmu yang wajib dipelajari oleh masyarakat Islam secara kolektif dan bukannya sebagai
kewajipan ke atas individu kecuali kalau sekiranya hanya seorang sahaja yang berkeahlian
dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain lagi yang mengetahui bidang itu, maka
kewajipan itu dengan sendirinya menjadi fardhu ain dan menjadi kewajipannya untuk
menyelesaikan masalah masyarakat tersebut. Ilmu fardhu kifayah yang diwajibkan itu ialah
ilmu yang diperlukan untuk kepentingan hidup masyarakat Islam di bidang kebendaan dan
lain-lain untuk mencapai keselesaan dan keamanan hidup masyarakat.

6.2      Tuntutan Berilmu


Allah SWT menurunkan peratura-peraturan yang khusus untuk melaksanakan satu-satu
amalan. Peraturan-peraturan ini perlu diketahui dan dipelajari kerana ilmu merupakan satu
pengetahuan, kebolehan atau pengalaman yang diberi oleh Allah SWT setelah melalui
beberapa proses seperti pembelajaran, pengalaman, latihan, perjalanan dan lainnya. Sabda
Rasulullah s.a.w maksudnya:
“ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”.
           Wahyu yang mula-mula sekaliditurunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah wahyu
yang menyuruh Baginda membaca dengan nama Tuhannya , Iqra’. Wahyu inilah yang
menandakan permulaan kenabian baginda. Ini menunjukkan  kepentingan ilmu dalam Islam.
Sesungguhnya harta dunia ini tidak ada imbangannya sama sekali kalau dibandingkan dengan
ilmu pengetahuan, kerana tanpa ilmu, manusia akan dilaknat oleh Allah SWT kerana
mempunyai hati yang buta dalam memahami Islam.

6.3      Kedudukan Orang Yang Berilmu


           Orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya mendapat tempat yang istimewa di
dunia dan di akhirat. Sudah pasti orang yang berilmu akan dapat melaksanakan ajaran Islam
secara lebih baik dan sempurna. Firman Allah:
ٍ ‫و الَّ ِذ ْي َن اُ ْوتُ ْوا ا ْل ِع ْل َم َد َر َج‬ ........
‫ت َو هللاُ بِ َما تَ ْع َملُ ْو َن َخبِ ْي ٌر‬ َ
Maksudnya : “Allah meninggikan darjat orang yang berilmu antara kamu, dan orang yang
diberi ilmu pengetahuan aga dan beberapa derajat.”
(Al-Mujadalah : 11)

6.4      Sumber Ilmu


           Sumber ilmu dalam Islam ialah Al-Quran dan al-hadis.  Di samping itu, rujukan-
rujukan hasil karya manusia secara kaedah saintifik dengan menggunakan akal dan pemikiran
perlu dipelajari sedalam-dalamnya. Disini letaknya kesepaduan sumber ilmu dalam
pendidikan.
           Sumber ilu memerlukan tuntutan roh, akal dan jasad. Bagi santapan roh, sumbernya
ialah ialah sumber wahyu iaitu Al-Quran dan hadis. Manakala akal dan jasmani perlu
disuburkan dengan sumber daya usaha, pengalaman-pengalaman dan pemikiran manusia
berasaskan kawalan hukum-hukum syarak.

6.5      Konsep Insan


           Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari hakikat dirinya, hasil daripada naluri
ingin mengetahui yang telah sedia ada dalam dirinya, namun manusia tetap tidak akan
mengenal dirinya selama manusia itu tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya yang
dikemukakan oleh Allah SWT. Logiknya ialah Allah SWT yang mencipta manusia sahaja
yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia.
           Allah SWT yang mencipta manusia, maka Dialah yang mengetahui asal kejadian
manusia, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaannya, tugas dan risalahnya, kedudukan dan
jawatannya, matlamat daripada kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang
kepastian daripada kehidupannya yang abadi.

6.6      Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Al-hadis


           Firman Allah:

}7{ ‫ين‬
ٍ ‫ان ِمنْ ِط‬
ِ ‫س‬ َ ‫ َوبَ َدأَ َخ ْل‬  ُۖ‫َي ٍء َخلَقَه‬
َ ‫ق اإْل ِ ْن‬ ْ ‫س َن ُك َّل ش‬َ ‫الَّ ِذي أَ ْح‬
}8{ ‫ساَل لَ ٍة ِمنْ َما ٍء َم ِهي ٍن‬ ُ ْ‫سلَهُ ِمن‬ ْ َ‫ثُ َّم َج َع َل ن‬
‫قَلِياًل َما‬  َۚ‫صا َر َواأْل َ ْفئِ َدة‬
َ ‫س ْم َع َواأْل َ ْب‬ َ ‫ثُ َّم‬
ِ ‫س َّواهُ َونَفَ َخ فِي ِه ِمنْ ُر‬
َّ ‫ َو َج َع َل لَ ُك ُم ال‬  ۖ‫وح ِه‬
}9{ ‫ون‬ َ ‫ش ُك ُر‬ْ َ‫ت‬

ٍ ‫ض أَإِنَّا لَفِي َخ ْل‬


َ ‫بَ ْل ُه ْم ِبلِقَا ِـء َربِّ ِه ْم َكافِ ُر‬  ۚ‫ق َج ِدي ٍد‬
}10{‫ون‬ ِ ‫ضلَ ْلنَا فِي اأْل َ ْر‬
َ ‫َوقَالُوا أَإِ َذا‬
َ ‫ت الَّ ِذي ُو ِّك َل بِ ُك ْم ثُ َّم إِلَ ٰى َربِّ ُك ْم تُ ْر َج ُع‬
}11{ ‫ون‬ ِ ‫قُ ْل يَتَ َوفَّا ُك ْم َملَ ُك ا ْل َم ْو‬
Maksudnya: “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan
dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Ia menjadikan keturunan
manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; Kemudian
Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. Dan mereka (yang kafir) itu
berkata: "Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup
semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja
tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan
dengan Tuhannya. Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh
Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu
akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)"
(As-Sajadah : 7-11).

Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baiknya. Manusia yang terkenal sebagai
keturunan Nabi Adam a.s. Makhluk yang boleh berfikir, makhluk yang mempunyai hati
nurani. Walau apapun yang dikatakan mengenai manusia, namun satu hakikat yang jelas ialah
manusia adalah sebaik-baik kejadian.

6.7       Keistimewaan dan Kelebihan Manusia


Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Antara keistimewaan dan kelebihan manusia ialah:
  Akal fikiran untuk menerima ilmu dan membolehkannya berfikir dengan itu mampu diajar dan
mengajar seseorang insan, juga boleh mendapat hidayat dan petunjuk melalui akal fikiran.
  Roh. Manusia hidup kerana adanya roh dan nyawa. Terlalu sulit untuk memperkatakan
mengenai roh ini. Sebenarya roh merupakan urusan Allah SWT.
  Jasad atau terkenal dengan tubuh badan.  Ada kulit yang membalut isi, ada darah yang
mengalir, ada urat sebagai saluran darah, ada tulang yang menjadi asas kepada berfungsinya
jasad.
  Syahwat. Sebagai manusia mereka mempunyai naluri dan keinginan tabi’i, mereka mempunyai
syahwat seperti binatang yang lain. Keinginan syahwat iniperlu dipenuhi tetapi dalam masa
yang sama perlu dikawal untuk membezakan antara manusia dengan haiwan. Bagi mematuhi
nalurri dan syahwat ini, Islam membenarkan dan menghalalkan perkahwinan. Dengan adanya
syahwat sebagai nikmat Allah ini, manusia boleh membiak dan berkembang.

7.        KONSEP RABBANI DAN NUBUWWAH


           Islam sebagai Rabbani atau agama ketuhanan membawa maksud bahawa Islam
berhubung dengan Allah SWT. Segala  hukum, konsep, prinsip, nilai dan neraca yang
terdapat dalam agama Islam ialah daripada Allah SWT. Manusia hanya berperanan untuk
menyesuaikan diri dengan Islam dan melaksanakannya sahaja. Seseorang itu disebut Rabbani
apabila dia mempunyai hubungan dengan Allah SWT, arif tentang agama dan kitab Allah
SWT serta mengajarkannya. Firman Allah:

‫ون‬
َ ‫س‬ُ ‫ون ا ْل ِكت ََب َوبِ َما ُكنتُ ْم تَ ْد ُر‬
َ ‫َولَ ِكنْ ُكونُوا َربَّنِيِّ َن بِ َما ُك ْنتُ ْم تُ َعلِّ ُم‬
Maksudnya : Tetapi (sepatutnya ia berkata): “hendaklah kamu menjadi orang-orang
Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta’ala – dengan ilmu dan amal yang sempurna),
kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu
mempelajarinya
(Ali-Imran:79)

7.1       Prinsip-prinsip Utama yang Mendasari Sifat Rabbani


1.      Islam adalah agama Allah SWT, bukan agama ciptaan manusia.
2.      Islam merupakan satu pegangan yang jitu, yang bersih dari sebarang kekurangan.
3.      Allah SWT pemilik mutlak segala yang ada di bumi dan di langit.
4.      Allah sahaja yang mencipta hukum-hukum dan peratura hidup kepada makhluknya.

7.2       Konsep Nubuwwah


Antara ciri-ciri pokok yang menjadi hakikat kenabian dan kerasulan ialah :
1.      Pelantikan daripada Allah SWT
Nabi dan rasul ialah seorang manusia yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT. Kerasulan
yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang itu tidak tertakluk kepada rupa bentuk,
usaha amalan dan ikhtiar individu atau kumpulan untuk mendapat pelantikan itu.
2.      Manusia Lelaki Dan Menerima Wahyu
Semua nabi dan rasul ialah lelaki yang menerima wahyu pemilihan dan pelantikan sebagai 
rasul dan menerima wahyu yang mengandungi saripati risalah yang sama iaitu tauhidullah
dan pengabdian diri kepadaNya .
3.      Bukti dan Keterangan
Di bawah tajuk bukti-bukti kerasulan, dijelaskan bahawa seorang rasul dapat dibuktikan
kebenarannya melalui 4 aspek sekurang-kurangnya iaitu risalah akhlak, perkhabaran rasul-
rasul terdahulu dan mukjizat.

4.      Kesatuan Risalah
Semua nabi dan rasul diutuskan oleh Aallah SWT membawa risalah Allah SWT kepada
kaumnya. Satu pokok persamaan yang menjadi kandungan semua risalah yaang di bawa oleh
semua rasul ialah tauhidillah dan pengabdian diri kepada Allah SWT seperti yang dijelaskan
oleh Allah SWT. Firman Allah:
Maksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu
(Al-Anbiya’:25).
5.      Sifat Maksum
Semua nabi dan rasul dijelaskan sebagai manusia yang paling sempurna. Oleh itu semua nabi
dan rasul tidak melakukan sebarang perlakuan yang bertetangann dengan kesempurnaan yang
ada pada mereka.  Sifat Ismah adalah satu sifat penting yang boleh menolong semua rasul
untuk menjauhi semua perlakuan yang boleh mencacatkan kesempurnaan pelaksanaan tugas
kenabian dan kerasulan yang diletakkan ke bahu mereka.

6.      Mithaq (janji setia)
Semua nabi dan rasul membuat perjanjian atau pengakuan (mithaq) untuk beriman dana
saling membantu antara sesama mereka.

8.         KONSEP KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

            Ulama’ tafsir membuat penjelasan bahawa Allah menyebut “kematian dan
kehidupan” bertujuan memberi gambaran kepada kita bahawa semua makhluk termasuk
kita berasal daripada keadaan tiada, sehinggalah Allah menciptakan kita. Pada masa itu
bermulalah kehidupan kita dari alam roh, kemudian kita berpindah ke alam rahim, lalu
dilahirkan oleh ibu ke alam dunia.
Di dunia kita melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Kemudian apabila
sampai masa yang ditetapkan kita meninggalkan dunia dan transit di alam kubur, menanti
tibanya Hari Kebangkitan (Qiyamah), hari yang amat dahsyat dan menggerunkan, merupakan
pintu masuk ke sebuah alam yang kekal abadi, itulah alam Akhirat. Apabila berlakunya Hari
Qiyamah berpindahlah kita dari alam kubur ke alam akhirat.

8.1       Alam Ciptaan Allah SWT


            Alam serta isinya termasuk langit dan bumi dan segala isi kandungannya iaitu
bintang, matahari dan segala planet lain dan sebagainya, begitu juga manusia, haiwan,
tumbuhan, gunung-ganang dan pelbagai lagi ciptaan Allah SWT secara mutlak. 
Manusia ciptaan Allah SWT tidak mampu mencipta sesuatu daripada ciptaan Allah SWT
sekalipun semua manusia bersepakat untuk menciptanya.
            Alam tempat kita hidup dan membangun ini telah diciptakan Allah SWT, begitu juga
manusia adalah ciptaan Allah SWT. Allah menciptakan manusia daripada tanah, kemudian
daripada air mani hasil daripada percampuran benih lelaki dan benih perempuan. Allah SWT
mengurniakan nikmat kepada manusia, iaitu ikmat zahir dan batin supaya manusia bersyukur.
            Allah SWT mencipta makhluknya secara berpasangan, tumbuh-tumbuhan, haiwan,
manusia, yang kita ketahui dan juga yang tidak diketahui. Allah juga mencipta malam dan
siang, gelap dan terang, bulan dan matahari serta bintang-bintang dan tumbuh-tumbuhan
yang melata dan yang tidak melata. Allah menjadikan siang untuk mencari nafkah kehidupan
dan menjadikan malam silih berganti supaya manusia dapat beristirehat.
            Allah SWT yang mentakdirkan bagi setiap yang bernafas atau bernyawa akan
mempunyai mati dan mentakdirkan kepada manusia bahawa selepas kematian mausia akan
dibangkitkan semula dan dihimpunkan semula ke alam mahsyar untuk memberi balasan yang
setimpal ke atas kerja-kerja yang telah dilakukan oleh manuisa di dunia iaitu baik ataupun
jahat.

8.2       Allah Mencipta Alam Ini Untuk Kepentingan Manusia


            Allah mencipta alam ini untuk manusia mengambil manfaat daripadanya, dan
memberi kebebasan kepada manusia melakukan apa sahaja daripada alam ini berdasarkan
firman Allah:

ِ ‫ت َوما فِى األَر‬


‫ض‬ َ َ ‫أَلَم تَ َروا أَنَّ هَّللا‬
ِ ٰ‫س َّخ َر لَكُم ما فِى السَّمٰ و‬

ِ ‫وأَسبَ َغ َعلَي ُكم نِ َع َمهُ ٰظ ِه َرةً َو‬ ۗ


 ً‫باطنَة‬ َ
Maksud: “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?”
(Luqman : 20)
            Allah memberi kemudahan kepada manusia segala sesuatu  yang ada di langit dan di
bumi, di darat dan di lautan. Awan telah ditugaskan untuk berkhidmat kepada manusia kerana
ia membawa air yang dikumpul begitu susah payah daripada lautan dan sungai-sungai lalu
diturunkan semula ke bumi dalam bentuk hujan yang boleh menyebabkan tumbuhnya biji-
bijian dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi rezeki untuk manusia.
            Lautan dan sungai yang diciptakan untuk kemudahan manusia mengambil faedah
daripadanya, kerana dengan lautan dan sungai terdapat sumber-sumber pemakanan manusia
seperti ikan, udang dan sebagainya. Lautan dan sungai juga berfungsi menjadi habitat laut 
dan menjadi jalan perhubungan umat manusia daripada sebuah negara ke sebuah negara yang
lain. Begitu juga di dasar lautan terdapat berbagai jenis makhluk yang boleh dimakan dan
dijadikan perhiasan oleh manusia.
            Matahari dan bulan juga dikurniakan dengan kelengkapan yang beraneka bentuk dan
dapat memberi faedah kepada manusia. Umpamanya menjadi sumber tenaga dan cahaya.
Pendeknya seluruh alam adalah diciptakan oleh Allah SWT sebahagiannya untuk memenuhi
kelengkapan sebagai syarat untuk manusia hidup di bumi Allah SWT.
8.3       Konsep Kematian
Mati ialah tercetusnya hubungan roh dengan jasad zahir batin, perpisahan antara keduanya,
atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan lain. Mati berbeza dengan tidur
kerana tidur berupa terputusnya roh buat sementara dengan hubungan-hubungan lahiriah.      
Kita menyedari bahawa dua perkara yang terpaksa dialami oleh setiap manusia ialah mati
dan  keduanya ialah sesudah mati akan hidup kembali ke alam barzakh atau alam akhirat.
Kematian adalah satu perkara yang pasti berlaku kepada setiap orang yang bernyawa.
Firman Allah:
‫شـيـَّ َدـ ٍةـ‬
َ ‫جـ ُـم‬ ‫ۗ أَـ ْيـنَـ َمـاـ تَـ ُكـوـنُـوـاـ يُـ ْدـ ِرـ ْكـ ُكـ ُمـ اـ ْلـ َمـ ْـوـ ُـ‬
ٍ ‫تـ َـوـلَـ ْـوـ ُكـ ْنـتُـ ْمـ فِـيـ بُـ ُرـوـ‬
Maksud : Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh Surah An-Nisak : 78)

9.         PERANAN AQIDAH DAN KESANNYA

            Akidah merupakan perkara  asas  alam Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan
kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang.
Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius
terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera
kehidupannya. Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup
seseorang.  Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan seseorang muslim. Akidah
yang lemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang.
Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka hendaklah kita
berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita melalui amal soleh yang merangkumi
ibadat umum dan ibadat khusus. Secara ringkasnya antara lain, kita hendaklah berusaha
untuk:
  Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib. Cuba menghubungkan diri
bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
  Mengelakkan diri dari suasana dosa dan maksiat.
  Bermujahadah melawan nafsu (Al-Nafs) dan jihad melawan pujuk rayu syaitan perlu dilakukan
dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.
  Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram.
  Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah,
bertadabbur Al-Quran dan mengamalkan Sunnah serta melatih diri untuk sentiasa mengingati
Allah S.W.T.
  Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri).
  Sentiasa berdoa.
  Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
           
            Akidah juga mempunyai peranan yang penting ke arah membina pandangan
alam yang harmoni terhadap alam sekitar. Pandangan alam seperti yang dikemukakan
oleh Islam begitu menitikberatkan hubungan tiga penjuru, iaitu di antara manusia
dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam tabii.            Selain
daripada itu, akidah juga memainkan peranan yang penting bagi memupuk falsafah
hidup seseorang muslim. Penganut-penganut Islam ditanam dengan kepercayaan
bahawa penciptaan alam semesta bukanlah tanpa matlamat tertentu.
Bagi memastikan manusia membuat pilihan yang tepat, Allah telah
mengurniakan manusia hikmah (kebijaksanaan) malah mengutuskan para Rasul untuk
membawa petunjuk. Umat Islam juga diyakinkan bahawa kewujudan mereka sendiri
mempunyai matlamat, iaitu untuk menyempurnakan tanggungjawab u’budiyyah, khalifah
dan amanah. Mereka mestilah menyempurnakan tanggungjawab-tangungjawab
tersebut, yang juga termasuk di dalamnya tanggungjawab memelihara dan memulihara
alam sekitar.
Akidah boleh merangsang dan memotivasikan seseorang muslim untuk
melakukan amalan baik dan mulia dalam hidupnya. Peranan ini jelas kerana akidah
yang tersemat kukuh dalam diri individu muslim akan menggerakkan seluruh anggota
untuk menterjemahkan secara praktikal seluruh ajaran Allah yang diyakininya sebagai
benar dan perlu dihayatinya dalam kehidupan. 
            Akidah juga melahirkan manusia yang berfikiran terbuka, berpandangan jauh dan
optimis dalam kehidupan (Ibid). Kepercayaan muslim tentang wujudnya Tuhan dan alam lain
(alam barzakh) yang bakal ditempuhinya kelak selepas meninggalkan dunia ini akan
menjadikannya sebagai manusia yang berpandangan jauh. Bermakna di sini individu akan
melakukan amalan berbentuk keduniaan dan akhirat secara seimbang dan menerima
ketentuan semasa hidup tanpa adanya prasangka buruk terhadap Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai