Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan ,

sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang
individu bagi menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan
dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah , ta’lim , tadris , ta’dib dan irsyad.
Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal
serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa
istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu
proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang
kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah.

Falsafah pendidikan Islam adalah suatu proses pendidikan sepanjang hayat di mana
terdapat tiga falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal.
Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada semua orang untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan , dan warna kulit. Menuntut ilmu
merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita.
Oleh itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama
islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu. Jadi, terdapat
beberapa ciri falsafah pendidikan Islam.

Pertama, sumber utama mestilah berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Sumber yang
sah dan hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan sumber
akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang tidak dapat
diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah. Fokus utama ialah memenuhi
keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati , pemulihan
akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun, matlamat pendidikan islam
ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang syiar-syiar
agama menerusi al-Quran dan sunnah.

Kedua, pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan Aqliah. Proses ini
membolahkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan-
Nya. Tambahan pula, umat Islam akan bersifat dinamis , melibatkan proses pendidikan
sepanjang hayat , iaitu bermula daripada buaian hingga ke liang lahad. Selain itu, Falsafah
Pendidikan Islam juga semestinya memenuhi keperluan kerohanian. Kita dapat
menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati, pemulihan akhlak. Justeru,
membangunkan jiwa merdeka dan Menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja
atau melakukan sesuatu kerana Allah SWT.

Kemudian, melengkapkan keperluan sosio-budaya merupakan salah satu ciri-ciri


Falsafah Pendidikan Barat. Seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya
kehidupannya dengan membekalkan kemahiran , kesenian , termasuk muzik , syair , khat ,
seni bina dan lain-lain. Melalui cara ini dapat dibuktikan bahawa agama Islam tidak
mengongkong umatnya untuk melakukan sesuatu asalkan ia tidak menyalahi hukum syarak
Islam. Seterusnya, ia juga menekankan nilai dan keikhlasan manusia. Pendidikan akan
merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan dapat memimpin
manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal. Pendidikan juga merupakan penilaian
bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya.

Selain itu juga, Falsafah Pendidikan Islam juga melahirkan golongan pelajar yang
bersikap positif. Hal yang demikian kerana, pendidikannya dapat mempertingkat daya
pemikiran dan kreativiti seorang individu agar dapat menjalankan pelbagai pekerjaan. Akhir
sekali, ia juga adalah teras kepada pembentukan insan soleh. Falsafah pendidikan
bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini akan bersifat
takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia. Dengan
kekuatan akhlak yang terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui
baik dan buruk tindakannya.

Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah


supaya merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif
utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT.
Pendidikan islam adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak
terpuji , menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta sebagai
persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat. Tujuan khasnya , mengharapkan
perubahan-perubahan yang berlaku , khususnya tingkah laku melalui penurunan ilmu yang
dilaksanakan secara sistematik.

Anda mungkin juga menyukai