Anda di halaman 1dari 5

 BERFIKIRAN STRATEGIK

Suatu keupayaan membuat analisis mengenai sesuatu yang difikirkan dan dapat
diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Pemikiran strategik juga disebut sebagai
pemikiran analitikal atau pemikiran logik yang memanfaatkan unsur strategi dan taktikal
untuk mencapai matlamat. Pemikiran strategik berfokus kepada dapatan dan
menghasilkan peluang yang unik untuk menghasilkan nilai dengan membolehkan
komunikasi kreatif di antara sesama individu untuk mengembangkan kebolehan mereka.

 Pemikiran strategik turut dikaitkan dengan keupayaan


mengintegrasikan masa hadapan melalui proses membuat keputusan secara
meluas, mendalam dan jauh.
 Seseorang yang berfikiran secara strategik haruslah:

1. Mempunyai kebolehan menganalisis yakni memahami kekuatan dan kelemahan


sesuatu perkara;

2. Mempunyai kebolehan membaca secara kritis; dan


3. Mempunyai kebolehan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan yakni
secara holistic.

PROAKTIF

Steven Covey mengatakan dalam bukunya, bahwa manusia harus bersikap proaktif,
bukan reaktif. Sikap proaktif adalah sikap seseorang yang mampu membuat pilihan
semasa mendapatkan rangsangan (stimulus). Menurut Covey, seseorang yang bersikap
proaktif mampu memberi jeda antara datangnya stimulus dengan keputusan untuk
memberi respon. Pada saat jeda tersebut seseorang yang proaktif dapat membuat
pilihan dan mengambil respon yang dipandang terbaik bagi dirinya. Oleh itu, proaktif
didefinisikan sebagai “kemampuan memilih respon”.
Pemimpin Yang Proaktif akan mampu membuat keputusan secara bijak dan
bertanggungjawab atas keputusan tersebut, tanpa terpengaruh dengan hati atau
keadaan.  Bila dihadapkan dengan kondisi yang kurang kondusif ataupun keadaan di
mana semua orang melakukannya, Pemimpin yang Proaktif tidak reaktif  dan tidak
menyalahkan orang lain atas kondisi tersebut.

     

Ciri-ciri Individu Proaktif.

Covey menjelaskan tentang ciri-ciri individu proaktif (1995).

1. Orang proaktif selalu bertanggung jawab. Mereka tidak menyalahkan keadaan, orang
lain di atas perilaku mereka.

2. Orang proaktif menfokuskan keupayaan mereka pada lingkaran pengaruh (mencakupi


segala hal yang dapat dipengaruhi). Sifat dari energi mereka adalah positif, memperluas
dan memperbesar, yang menyebabkan lingkaran pengaruh mereka meningkat.

3. Orang proaktif berusaha melakukan perubahan dengan mengubah dirinya terlebih


dahulu, iaitu dengan menilai kebenaran paradigma dan persepsi-persepsinya.

4. Orang proaktif hidup berpusat pada prinsip (principle centered) kemudian ia


menerjemahkan prinsip-prinsip itu kepada nilai-nilai (values) yang dipegangnya.
Berdasarkan nilai-nilai itulah mereka  mengarahkan pilihan sikap dan perilakunya.

5. Orang proaktif menggunakan “empat anugerah unik manusia” secara optimum iaitu
kesedaran diri (Self Awareness), hati nurani (Conscience), imaginasi kreatif (Creative
Imagination) dan kebebasan kehendak (Independent Will).

BERFOKUSKAN KUALITI

  

Kualiti ialah sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Produk atau perkhidmatan  yang
berkualiti dianggap  dapat memuaskan hati pelanggan yang menjadi sasaran. Sesuatu
strategi yang futuristik selalu mengutamakan  pelanggan sebagai dimensi yang lebih
tinggi dan berkuasa. Layanan terbaik merujuk kepada sejauh mana anda sentiasa
memahami keinginan pelanggan. Maklumat itu kemudiannya dijadikan asas untuk
menentukan ciri-ciri yang harus ada pada output yang dihasilkan. Fokus kepada kualiti
bermakna berfokus kepada pelanggan. Berikut  adalah panduan kepada tindakan yang
berfokus kepada pelanggan.

  1. Kenalpasti pelanggan

  2. Kenalpasti kehendak pelanggan.

  3. Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti output.

  4. Wujudkan proses penghasilan output sama ada produk atau perkhidmatan

  5. Melaksanakan proses.

PENUTUP

 Modul Dasar dan Hala Tuju diharap berupaya melatih peserta NPQEL menjadi
pemimpin pendidikan yang strategik dan mempunyai kompetensi yang tinggi.
Pengetahuan dan Kemahiran yang diperolehi melalui kandungan dan aktiviti e-
pembelajaran serta sesi bersemuka  akan digabungkan bersama ilmu modul lain dalam
program penandaarasan serta sandaran peserta. Modul ini menjadi nadi kepada peserta
untuk mengimplimentasikan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan amalan yang
sepatutnya dilaksanakan oleh seorang pemimpin organisasi seperti yang dihasratkan.

Anda mungkin juga menyukai