Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN MODUL

Modul Dasar dan HalaTuju merupakan tulang belakang kepada pengurusan


organisasi. Modul ini akan menumpukan kepada pembinaan pelan kecemerlangan
organisasi dengan mengambil kira dasar kerajaan dan situasi dalam dan luar
organisasi . Penekanan kepada aspek pemikiran strategik akan diberikan kepada
pemimpin pendidikan bagi membolehkan mereka fokus kepada kualiti dalam
pembinaan dan pelaksanaan pelan kecemerlangan. Fokus kualiti membolehkan
pemimpin bertindak secara proaktif dalam membuat penambahbaikan berterusan bagi
mencapai hala tuju sekolah. Pemimpin pendidikan akan didedahkan kepada
pelbagai alat (tools) kualiti yang membolehkan mereka berfikiran strategik,
berfokuskan kualiti dan proaktif.

BERFIKIRAN STRATEGIK
Suatu keupayaan membuat analisis mengenai sesuatu yang difikirkan dan dapat
diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Pemikiran strategik juga disebut sebagai
pemikiran analitikal atau pemikiran logik yang memanfaatkan unsur strategi dan
taktikal untuk mencapai matlamat. Pemikiran strategik berfokus kepada dapatan dan
menghasilkan peluang yang unik untuk menghasilkan nilai dengan membolehkan
komunikasi kreatif di antara sesama individu untuk mengembangkan kebolehan
mereka.

Pemikiran strategik turut dikaitkan dengan keupayaan mengintegrasikan masa


hadapan melalui proses membuat keputusan secara meluas, mendalam dan jauh.
Seseorang yang berfikiran secara strategik haruslah:

3. Mempunyai kebolehan menganalisis yakni memahami kekuatan dan


kelemahan sesuatu perkara;
4. Mempunyai kebolehan membaca secara kritis; dan
5. Mempunyai kebolehan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan yakni
secara holistic.

PROAKTIF
Steven Covey mengatakan dalam bukunya, bahwa manusia harus bersikap proaktif,
bukan reaktif. Sikap proaktif adalah sikap seseorang yang mampu membuat pilihan
semasa mendapatkan rangsangan (stimulus). Menurut Covey, seseorang yang
bersikap proaktif mampu memberi jeda antara datangnya stimulus dengan keputusan
untuk memberi respon. Pada saat jeda tersebut seseorang yang proaktif dapat
membuat pilihan dan mengambil respon yang dipandang terbaik bagi dirinya. Oleh itu,
proaktif didefinisikan sebagai kemampuan memilih respon.
Pemimpin Yang Proaktif akan mampu membuat keputusan secara bijak dan
bertanggungjawab atas keputusan tersebut, tanpa terpengaruh dengan hati atau
keadaan. Bila dihadapkan dengan kondisi yang kurang kondusif ataupun keadaan di
mana semua orang melakukannya, Pemimpin yang Proaktif tidak reaktif dan tidak
menyalahkan orang lain atas kondisi tersebut.

Ciri-ciri Individu Proaktif.


Covey menjelaskan tentang ciri-ciri individu proaktif (1995).

1. Orang proaktif selalu bertanggung jawab. Mereka tidak menyalahkan keadaan,


orang lain di atas perilaku mereka.

2. Orang proaktif menfokuskan keupayaan mereka pada lingkaran pengaruh


(mencakupi segala hal yang dapat dipengaruhi). Sifat dari energi mereka adalah
positif, memperluas dan memperbesar, yang menyebabkan lingkaran pengaruh
mereka meningkat.

3. Orang proaktif berusaha melakukan perubahan dengan mengubah dirinya terlebih


dahulu, iaitu dengan menilai kebenaran paradigma dan persepsi-persepsinya.

4. Orang proaktif hidup berpusat pada prinsip (principle centered) kemudian ia


menerjemahkan prinsip-prinsip itu kepada nilai-nilai (values) yang dipegangnya.
Berdasarkan nilai-nilai itulah mereka mengarahkan pilihan sikap dan perilakunya.

5. Orang proaktif menggunakan empat anugerah unik manusia secara optimum iaitu
kesedaran diri (Self Awareness), hati nurani (Conscience), imaginasi kreatif (Creative
Imagination) dan kebebasan kehendak (Independent Will).

BERFOKUSKAN KUALITI

Kualiti ialah sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Produk atau perkhidmatan yang
berkualiti dianggap dapat memuaskan hati pelanggan yang menjadi sasaran. Sesuatu
strategi yang futuristik selalu mengutamakan pelanggan sebagai dimensi yang lebih
tinggi dan berkuasa. Layanan terbaik merujuk kepada sejauh mana anda
sentiasa memahami keinginan pelanggan. Maklumat itu kemudiannya dijadikan asas
untuk menentukan ciri-ciri yang harus ada pada output yang dihasilkan. Fokus kepada
kualiti bermakna berfokus kepada pelanggan. Berikut adalah panduan kepada
tindakan yang berfokus kepada pelanggan.

1. Kenalpasti pelanggan
2. Kenalpasti kehendak pelanggan.
3. Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti output.
4. Wujudkan proses penghasilan output sama ada produk atau perkhidmatan
5. Melaksanakan proses.
PENUTUP

Modul Dasar dan Hala Tuju diharap berupaya melatih peserta NPQEL menjadi
pemimpin pendidikan yang strategik dan mempunyai kompetensi yang tinggi.
Pengetahuan dan Kemahiran yang diperolehi melalui kandungan dan aktiviti e-
pembelajaran serta sesi bersemuka akan digabungkan bersama ilmu modul lain
dalam program penandaarasan serta sandaran peserta. Modul ini menjadi nadi
kepada peserta untuk mengimplimentasikan pengetahuan dan kemahiran
berdasarkan amalan yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang pemimpin organisasi
seperti yang dihasratkan.

Anda mungkin juga menyukai