Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang-ulang ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Akibat daripada kegiatan buli ini, ada mangsa yang trauma, hampir lumpuh dan ada juga yang meninggal dunia. Kegiatan buli turut merangkumi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Apa yang lebih memeranjatkan buli bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah tetapi turut melibatkan pelajar sekolah rendah. Kejadian tersebut telah dilaporkan di Akhbar Berita Harian pada bulan Ogos 2009 tentang seorang pelajar tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya disebabkan tidak puas hati hanya memperolehi 50 sen selepas memeras ugut rakannya itu. Kejadian tersebut membuktikan bahawa kegiatan buli menjadi semakin serius dan sekiranya tidak dibendung ia akan menjadi lebih parah. masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.

STATISTIK BULI

Kami telah menjalankan soalselidik terhadap 35 orang responden.16 orang daripada responden kami adalah perempuan manakala responden lelakiseramai 19 orang.Berdasarkan kajian kes, kami mendapati bahawa seramai 42% daripada responden lelaki pernah di buli manakala 58% lagi pernah membuli. Melalui statistik, kita dapat melihat bahawa peratusan responden pembuli dan mangsa buli adalah tidak menunjukkan perbezaan peratusan yang ketara.Hal ini disebabkan wujud keseimbangan di antara pembuli dan mangsa buli. Berdasarkan kajian terhadap responden perempuan pula, kami mendapati bahawa wujud perbezaan peratusan yang ketara di antara pembuli dan mangsa buli.Seramai 44% daripada responden perempuan pernah menjadi mangsa buli, manakala 13% lagi pernah membuli.Hal ini jelas menunjukkan bahawa tidak ramai daripada kalangan responden perempuan yang membuli.Namundemikian, peratusan responden perempuan yang pernah menjadi mangsa buli pula amat membimbangkan. Secara perbandingan, kami mendapati bahawa gejala buli ini lebih dominan berlaku dalam kalangan responden lelaki.Namun, responden perempuan juga turut terlibat walaupun dalam bilangan yang sedikit

PERATUSAN PUNCA BULI MENGIKUT KAJIAN KES YANG DIJALANKAN


MASALAH DI SEKOLAH PENGARUH RAKAN SEBAYA MASLAH KEWANGAN MASALAH KELUARGA HIBURAN MEDIA MASSA
0 0.05 14% 0.1 0.15 0.2 0.25 0.3 0.35 0.4 0.45 0.5 12% 18% 12% 47%

Pada ketika ini, kita mendapati bahawa gejala buli ini sudah semakin membimbangkan.Antara punca yang mendorong berlakunya gejala ini termasuklah masalah di sekolah, pengaruh rakan sebaya, masalah kewangan, masalah keluarga serta hiburan media masa.Berdasarkan kajian kes, kami mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama yang menyebabkan gejala buli ini berlaku.Faktor ini menyumbang sebanyak 47% diikuti dengan factor masalah keluarga sebanyak 18% manakala factor hiburan media masa pula menyumbang sebanyak 14%. Faktor masalah di sekolah dan factor masalah kewangan pula menyumbang masing-masing sebanyak 12% sahaja. Faktor pengaruh rakan sebaya merupakan penyumbang utama kepada gejala buli ini.Hal ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang amat kuat dalam mempengaruhi keputusan seseorang.Sebagaimana yang kita sedia maklum, rakan merupakan seseorang yang amat rapat dan tempat untuk kita meluahkan perasaan.Justeru, pengaruh rakan sebaya ini sememangnya mempengaruhi gejala buli dalam kalangan masyarakat.

Faktor yang terendah pula adalah disebabkan oleh masalah di sekolah dan masalah kewangan yang masing-masing menyumbang sebanyak 12%.Masalah kewangan ini berlaku disebabkan oleh kesempitan hidup yang dialami oleh seseorang.Hal ini secara langsung
3

mnyebabkan seseorang itu mengalami tekanan dan bertindak untuk membuli bagi mendapatkan wang.Selain itu, masalah buli juga kerap berlaku di sekolah disebabkan oleh keadaan persekitaran yang terdedah kepada pelbagai golongan pelajar.Kebiasannya, pelajar yang dibuli adalah pelajar yang mempunyai masalah.

PERATUSAN JENIS BULI YANG DILAKUKAN MENGIKUT JANTINA BERDASARKAN KAJIAN KES
FIZIKAL MENTAL

37%

56%

21% 6% LELAKI PEREMPUAN

Gejala buli dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental.Buli fizikal meninggalkan kesan yang nyata terhadap fizikal mangsa, manakala buli mental pula lebih bersifat psikologi.Berdasarkan kajian kes yang telah kami jalankan, kami mendapati bahawa wujud perbezaan yang ketara di antara jenis buli fizikal dan mental dalam kalangan responden lelaki dan perempuan. Bagi responden lelaki, sebanyak 21% responden yang pernah mengalami buli fizikal, manakala 37% lagi pernah terlibat dalam buli mental. Walaupun terdapat perbezaan peratusan dalam kalangan responden lelaki, namun kes buli ini adalah lebih seimbang jika dibandingkan dengan responden perempuan.Hal ini disebabkan oleh keadaan fizikal yang berbeza dalam kalangan responden.Bagi responden perempuan pula, wujud perbezaan yang ketara di antara buli fizikal dan buli mental.Berdasarkan kajian kami, seramai 6% daripada responden perempuan pernah mengalami buli fizikal, manakala 56% lagi pernah mengalami buli mental. Hal ini jelas menunjukkan bahawa responden perempuan lebih cenderung untuk melakukan buli jenis mental. Secara keseluruhannya, kami mendapati bahawa buli mental adalah lebih dominan dalam kalangan responden kami kerana buli mental lebih bersifat psikologi dan tidak
5

meninggalkan kesan yang nyata terhadap mangsa.Selain itu, buli mental ini juga amat kerap berlaku disebabkan fizikal. kelemahan seseorang menerima tekanan psikologi berbanding buli

FAKTOR-FAKTOR BULI

1-. Pengaruh hiburan, media massa dan siber Naluri pelajar memerlukan lebih hiburan. Hiburan seperti untuk 18 tahun ke atas lebih menjadi tarikan kepada mereka. Pengaruh daripada media massa dapat di kategori kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai adegan dan perlakuan negatif yang ditayang dalam pelbagai media.Mereka ingin tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga menyebabkan para pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat dengan melayari internet.Dengan wujudnya kafe siber telah memudahkan lagi para pelajar mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa.

2- Masalah keluarga Institusi bertengkar, mengongkong keluarga sentiasa akan mabuk, kaki suka porak-peranda judi, kaki jika suka keluarga berleter dan suka suka suka

perempuan, keluarga

anak-anak.Sikap

memburukkan

kepada

anak-anak,

melepaskan geram dan mengamalkan sikap pilih kasih kepada anak anak, jaga tepi kain orang, menunjuk-nunjuk, mengamal sikap benci membenci, tidak suka bergaul dengan masyarakat dan tidak bersifat keterbukaan terhadap isu-isu semasa akan memburukkan lagi keadaan.Selain itu juga,kurangnya didikan agama dalam sesebuah keluarga dan sikap ibu bapa yang mementingkan kekayaan akan menyebabkan anak - anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.Kesannya, mereka mencari alternatif lain untuk meluahkan perasaan. Anak - anak menjadi mangsa, terbiar, stres, dan mengalami tekanan perasaan.Mereka akan mencari jalan keluar secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar,merokok, mengambil dadah, menghidu gam, membuli dan menjadi samseng

3-. Pengaruh rakan sebaya Ajakan daripada rakan sebaya untuk melakukan berfikir

aktiviti tidak sihat

ini akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak

secara rasional. Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar.Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga.Pelajar menganggap peraturan dan undangundang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan

mengadakan peraturan tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya. Dari sini, mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan.

4- Masalah ekonomi Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin.

Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan mereka tidak mampu membayar yuran persekolahan, dan ini akan menyebabkan anak anak berasa malu untuk ke sekolah.Oleh itu,mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks membeli belah.Jika ekonomi tidak mantap, hidup akan melarat dan berlakulah perangai yang tidak baik seperti mencuri,menyeluk saku, membuli, menyamun, masuk kumpulan haram, menipu dan pembohong. Mereka ini akan lebih mementingkan kemewahan dan tidak takut kepada undang-undang.

5- Masalah di sekolah Di tegas. sekolah, terdapat guru bidang yang mementingkan tetapi kurang status dan terlalu kepada

Mereka mementingkan

akademik

beri perhatian

bidang kokurikulum dan sahsiah. Falsafah pendidikan negara memberatkan pendidikan yang seimbang. Ada guru suka menggunakan kata-kata tidak menggunakan budi bicara dan psikologi kesat kepada pelajar-pelajar, segala urusan dan

dalam

permasalahan serta tidak menganggap pelajar seperti adik atau anak. Mereka asyik memikirkan soal gaji dan aktiviti menambahkan pendapatan sahaja.Ramai guru disiplin yang berlagak garang tetapi pelajar-pelajar tidak mengindahkannya.Buktinya,ramai yang menghisap rokok dan membuli pelajar 8

junior. Terdapat PIBG sekolah kurang aktif dan membiarkan sekolah terumbang-ambing dan suka mencampuri hal pentadbiran sekolah.Bagi seorang guru,di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi role model kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif.Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan.Ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik

jiwa,pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains,Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu, sekolah di negara ini kebanyakkannya berorentasikan kepada peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial.Implikasinya,prestasi sekolah akan merosot.

CIRI CIRI BULI - Ciri ciri buli dilihat kepada beberapa aspek iaitu personaliti pembuli dan mangsa buli,jenis jenis buli dan lokasi buli.

1)(a) Personaliti pembuli: Pembuli adalah individu yang menjalankan perlakuan buli kepada individu lain. Pembuli adalah terdiri daripada pelajar senior yang telah lama bersekolah di sesebuah sekolah tertentu. Jantina bagi sesorang pembuli adalah tidak mengikut gender iaitu lelaki dan wanita sama sama boleh menjadi seorang pembuli. Tetapi,mengikut Olwes (1993),tingkah laku buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap berlaku berbanding pelajar perempuan. Ini kerana,lelaki sememangnya mempunyai sifat sifat yang lebih agresif berbanding perempuan. Untuk melakukan perlakuan ini,pembuli pada kebiasaannya mempunyai keadaan tubuh badan yang besar,tegap dan tinggi. Kelebihan ini telah digunakan pembuli untuk melakukan kegiatan buli. Mereka merasa bangga dan rasa lebih gagah berbanding individu lain yang tidak mempunyai keadaan fizikal sepertinya. Pembuli juga mempunyai kumpulan tertentu yang terdiri lebih daripada 5 orang. Mereka selalunya bergerak dalam kumpulan dan umur mereka adalah sebaya. Apabila mereka mempuyai ahli yang ramai dan selalu bergerak dalam kumpulan,mereka lebih berani melakukan sebarang perbuatan berbentuk buli. Selain itu,sesorang pembuli dikatakan mempunyai pengalaman dibuli dan membalas perbuatan tersebut apabila mereka menjadi senior. Oleh itu,perbuatan ini dilihat akan terus berlaku dan menjadi serti satu tradisi setiap tahun kerana ia akan terus diwarisi oleh mangsa mangsa buli.

(b) Personaliti mangsa buli: Mangsa buli adalah individu yang menjadi sasaran perlakuan yang agresif atau buli oleh individu yang lain. Majoriti mangsa buli pada kebiasaannya terdiri daripada pelajar junior lelaki dan perempuan yang mempunyai saiz fizikal yang kecil. Kekurangan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai apa apa kelebihan untuk mempertahankan diri daripada menjadi mangsa buli. Lebih buruk lagi apabila mangsa buli ini sering dilihat sebagai
10

lemah dan tidak kuat. Selain itu,mangsa buli terdiri daripada individu atau pun kumpulan kelompok kecil iaitu dalam lingkungan 2 hingga 3 orang sahaja. Ini memberikan satu kelebihan pada pembuli yang bergerak dalam kumpulan yang besar untuk membuli mereka.

2) Jenis jenis buli

Jenis jenis buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal ialah perlakuan buli yang membabitkan fizikal mangsa iaitu tubuh badan mangsa,manakala buli mental pula berkaitan dengan emosi mangsa atau secara pskiologi. Tetapi menurut Olwes (1993),para pengkaji telah mengenal pasti tiga elemen buli terdapat di kalangan pembuli iaitu fizikal,lisan dan antisosial. Tingkah laku buli fizikal dan lisan merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung.Tingkah laku bulianti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Pelakuan buli sama ada dalam bentuk fizikalatau lisan boleh menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa buli. Tingkah laku buli termasuklah tindakkan tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul. Oleh itu,berdasarkan kajian yang diberi Olwes perlakuan yang membabitkan buli fizikal boleh dikatakan sebagai perlakuan ganas terhadap tubuh badan mangsa seperti memukul,menampar,menumbuk,mencubit dan sebagainya. Buli fizikal yang melampau boleh menyebabkan kecederaan parah pada mangsa atau boleh menyebabkan kematian. Jenis buli ke-2 iaitu buli mental. Perlakuan buli jenis ini sebenarnya lebih kerap berlaku berbanding buli fizikal tetapi tidak dilihat secara ketara dan tidak di heboh hebohkan oleh media. Banyak pihak yang memandang ringan perlakuan buli ini apabila ia terjadi,sedangkan ia juga membawa kesan yang buruk pada mangsa buli tersebut. Buli mental terdiri daripada perbuatan mengejek,mencemuh,.menfitnah,memanggil nama yang

menyakitkan hati dan sebagainya. Buli mental selalunya dilakukan oleh golongan wanita berbanding lelaki. Kenyataan ini juga disokong oleh kajian Lagerspetz, Bjorqvist dan

Peltonen (1988) yang menunjukan bahawa remaja perempuan lazimnya menggunakan kaedah buli secara tidak langsung seperti penyebaran fitnah, penyisihan dan pemencilan untuk membuli rakan-rakan mereka. Perlakuan ini tidaklah membawa kepada kematian tetapi boleh mendorong mangsa membuat tindakan yang mengancam nyawa mereka sendiri. Ini
11

kerana,Apabila mangsa mengalami tekanan jiwa dan rasa malu,mungkin mereka akan melakukan perkara diluar jangkaan seperti membunuh diri.

3) Lokasi buli

Terdapat beberapa kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat yang selamat bagi pembuli untuk menjalankan kegiatan mereka. Pembuli sering memilih tempat di mana kawasan tersebut jauh dari pandangan guru dan orang awam. Ia bagi mengelak daripada perlakuan mereka diperhatikan atau terbongkar. Antara lokasi kerap berlakunya buli seperti di dalam kelas,tandas,stor sukan,padang dan asrama. Mengikut kajian Blatchford,beliau mengatakan perlakuan buli sering berlaku pada waktu rehat yakni di kantin sekolah. O'connell, Pepler dan Craig pula mengatakan lokasi sering berlaku buli adalah di padang permainan. Kajian pengkaji barat tersebut berdasarkan kajian mereka di luar Negara,tetapi tidak di Malaysia dimana buli sering dilaporkan berlaku di asrama. Ini disebabkan kurangnya pemantauan dari warden asrama terhadap aktiviti pelajar terutamanya waktu lewat malam. Lokasi lokasi buli ini secara umumnya merupakan kawasan yang sunyi dan jauh dari pandangan umum atau guru guru

12

KESAN-KESAN BULI

Perbuatan buli merupakan salah satu kesalahan disiplin yang dianggap serius oleh semua pihak.Keadaan ini disebabkan perbuatan buli boleh menyebabkan berlakunya kejadiankejadian yang tidak di ingini.Contohnya,baru-baru ini,pelajar Maktab Tentera Diraja yang membuli pelajar junior telah di bawa ke mahkamah kerana pelajar junior yang di buli telah meninggal dunia selepas di buli.Keadaan ini menunjukkan perbuatan buli boleh membawa kepada jenayah yang lain.Buli bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap mangsa buli malah,pembuli turut mengalami kesannya.Kesan ini meliputi aspek fizikal,emosi psikologi dan rohani.

13

Pembuli Menurut kamus Pelajar dan Kamus Pelajar Edisi Kedua fizikal berkaitan dengan badan(yang berlawanan dengan moral atau rohani) dan jasmani.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula,fizikal bukan badan,jasmani serta bukan kebendaan atau keadaan alam semulajadi.Kesan dari sudut fizikal yang dapat dilihat dari pembuli ialah melakukan kesalahan.Contohnya,pembuli kebiasaannya suka melanggar peraturan sekolah,suka

mencederakan orang lain dan terlibat dengan jenayah.Selain itu,keadaan fizikal pembuli kebiasaannya berbadan besar dan kuat.Kesan fizikal terhadap pembuli turut meninggalkan kesan terhadap ibu bapa,pihak sekolah dan masyarakat. Perbuatan buli turut meninggalkan kesan terhadap emosi pembuli.Menurut Kamus Pelajar edisi kedua,emosi ialah perasaan jiwa yang kuat serta keadaan perasaan(batin) atau fikiran teransang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.Pembuli kebiasannya memiliki emosi yang negatif yang memberikan kesan terhadap diri sendiri,rakan sebaya,pihak sekolah dan ibu bapa.Contohnya,pembuli kebiasaannya bersikap angkuh,lebih berani dan suka menekan rakan sebaya ataupun pelajar yang lebih muda. Selain itu,perbuatan buli turut meninggalkan kesan dari aspek psikologi pembuli. Menurut Kamus Pelajar edisi kedua,psikologi membawa maksud ilmu mengenai jiwa atau fikiran manusia.Manakala Kamus Dewan edisi keempat pula,psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran serta pemikiran dan perlakuan seseorang atau kumpulan tertentu. Kesan psikologi yang boleh dilihat pada pembuli ialah daya pemikiran mereka yang negatif.Contohnya,pembuli kebiasaannya akan memikirkan bahawa merekalah yang paling besar dan tiada sesiapa boleh mengganggu mereka atau melarang mereka.Keadaan ini menyebabkan berlakunya pelanggaran peraturan-peraturan sekolah.Selain itu.pembuli turut mencari kumpulan-kumpulannya yang tersendiri agar kelihatan lebih berkuasa dan menyebabkan orang lain tidak berani mengambil tindakan terutamanya rakan sebaya. Perbuatan buli turut meninggalkan kesan dari aspek rohani terhadap pembuli.Rohani menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah roh,bukan dengan roh,rohaniah dan batin,yang berkaitan dengan jiwa.Secara umumnya,rohani berkaitan dengan dalaman seseorang itu.Sifat dalaman pembuli kebiasannya hilang nilai-nilai murni yang sepatutnya ada di dalam diri mereka.Contohnya,mereka kebiasaannya tidak akan melibatkan diri dengan majlis-majlis yang berkaitan dengan keagamaan atau
14

memandang

remeh

terhadap

suruhan

agama.Perbuatan ini menyebabkan mereka tidak merasa tenang dan sentiasa merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan perasaan mereka hingga menyebabkan mereka melepaskan perasaan itu terhadap orang lain.

15

Mangsa Buli Perbuatan buli meninggalkan kesan terhadap mangsa buli.Kesan fizikal bukan sahaja meliputi kesan-kesan kecederaan terhadap mangsa buli seperti lebam dan parut ia turut meliputi perangai mereka yang boleh dilihat.Contohnya,mangsa buli tidak mahu ke sekolah,suka ponteng sekolah dan tidak suka melibatkan diri dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan.Keadaan ini boleh menyebabkan mereka ketinggalan di dalam pelajaran serta menjejaskan diri sendiri.ibu bapa,pihak sekolah dan masyarakat. Selain itu,perbuatan buli turut meninggalkan kesan dari sudut emosi terhadap pembuli. Kesan buli dari sudut emosi disebabkan mereka seringkali dibuli samaada buli fizikal mahupun buli mental.Contoh kesan buli dari sudut emosi ialah perasaan risau,malu untuk bergaul serta menyisihkan diri dari orang lain.Kesan buli dari sudut emosi menyebabkan mangsa buli merasa rendah diri seterusnya akan mengganggu kehidupan seharian mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa buli ini tercicir dari masyarakat seterusnya tidak akan mendapat tempat di dalam masyarakat. Perbuatan buli turut meninggalkan kesan terhadap psikologi mangsa buli.Psikologi mangsa buli kebiasannya akan terganggu disebabkan oleh perbuatan buli ini.Terutamanya buli mental.Mangsa buli kebiasaannya akan memiliki tahap pemikiran yang negatif disebabkan oleh gejala ini.Contohnya,di Perlis,mangsa buli bertindak di luar jangkaan seorang manusia sehinggakan ingin membunuh diri disebabkn ejekan rakan-rakan.Keadaan ini menunjukkan bahawa keadaan psikologi mangsa buli berada di tahap yang membimbangkan dan ini akan memberikan kesan terhadap ibu bapa,pihak sekolah,masyarakat dan seterusnya negara. Selain itu,perbuatan buli turut meninggalkan kesan terhadap aspek kerohanian mangsa buli.Kebiasaannya,mangsa buli memiliki nilai-nilai murni yang tinggi.Namun,disebabkan mereka seringkali dibuli disebabkan nilai murni mereka menyebabkan mereka tidak menunjukkan nilai-nilai murni yang terdapat didalam diri mereka.Contohnya,pelajar junior yang memiliki rasa hormat terhadap senior disalahgunakan oleh senior.Mereka membuli pelajar junior yang memiliki rasa hormat terhadap pelajar junior.Ini meninggalkan kesan terhadap mangsa buli hingga mereka menyimpan dendam terhadap meraka yang membuli.Perasaan menyimpan dendam merupakan salah satu nilai negatif yang tidak patut

16

ada di dalam diri seseorang kerana dendam boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar dugaan atau batasan.

17

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA BULI

1.Peranan ibu bapa

Peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral.Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.Ibu bapa juga perlu meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak mereka. Ibu bapa hendaklah menjadi role model bagi asas permulaan pembentukan peribadi anak-anak.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2.Memberi didikan agama yang secukupnya.

Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan pembuli tidak akan melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi di sisi agama.Di sekolah,subjek pendidikan agama perlu lebih ditingkatkan di samping kelas-kelas agama dan ceramah agama.Didikan agama yang secukupnya akan melahirkan manusia bermaruah tinggi dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.

18

3.Peranan pihak sekolah.

Pihak sekolah juga berperanan memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain.Pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

4.Pedidikan melalui pendekatan ekademik yang berkesan.

Pendekatan akademik yang sistematik ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.Sesi kaunseling di peringkat sekolah turut membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan

berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak-anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani,emosi dan intelek secara seimbang iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk sikap serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan
19

syarat kepada pelajar sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman. Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang lain,isyarat tidak wajar ,merosakkan harta sekolah,menentang pihak berkuasa atau terlibat dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.

5.Mengadakan kempen kesedaran.

Kempen kesedaran tentang bahayanya gejala buli perlu lebih giat dilaksanakan.Kempen kesedaran ini boleh dianjurkan di kawasan sekolah dan di institut-institut pengajian tinggi. Ini kerana gejala buli biasanya berlaku dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Melalui kempen kesedaran ini, para pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak akan permasalahan ini. Para pelajar akan terdedah dengan penglibatan jenayah buli secara langsung atau secara tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. Oleh sebab itu, para pelajar akan mengambil jalan inisiatif untuk mengelak menjadi mangsa buli seterusnya mengelak menjadi pembuli.

6.Penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undanng yang berat terhadap pembuli juga dapat dijadikan sebagai langkah untuk mengatasi gejala buli. Dalam perlaksanaan hukuman ini, pihak kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan hukuman berat dikenakan ke atas pembuli. Dengan itu, pembuli akan berasa serik untuk membuli dan mereka tidak akan mengulangi lagi lagi jenayah ini. Ini kerana pelaksanaan hukuman berat seperti hukuman penjara atau denda yang mahal terhadap pembuli yang kebanyakkannya adalah pelajar sekolah akan berasa terbeban dengan hukuman tersebut. Oleh sebab itu, dengan mengatasi gejala buli, Negara kita akan menjadi kawasan bebas dari masalah buli.

20

7.Mempelajari seni mempertahankan diri.

Pelbagai seni mempertahankan diri yang boleh dipelajari oleh para pelajar di sekolah ialah taekwando,seni silat gayung dan sebagainya.Apabila seseorang pelajar mempelajari seni mempertahankan diri, mereka akan dapat mempertahankan diri mereka apabila diserang oleh pembuli. Mereka akan menggunakan teknik mempertahankan diri yang dipelajari di kelas seni mempertahankan diri. Dengan itu, pembuli akan berasa takut untuk membuli kerana mereka berasa terancam dengan keselamatan diri mereka.

8. Peraturan dan disiplin yang tegas.

Ia merupakan elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah institusi pendidikan.Peraturan yang tegas harus dikenakan terhadap pembuli dan peraturan tersebut perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli.Contohnya dengan memberi amaran tegas,hukuman rotan dan buang sekolah. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

9.Peranan media masa dan elektronik.

Media massa sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli secara menyeluruh tanpa myebelahi mana-mana pihak. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juga perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal
21

ditempat-tempat yang strategik seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah-rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

10.Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO).

Badan-badan kerajaan dan NGO perlu sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti kedua ibu bapa dan guru dengan tujuan memberi pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

11.Peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru(PIBG).

Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan guru amat penting untuk membincangkan masalah yang berlaku di kalangan pelajar.Segala laporan aduan daripada pelajar juga perlu diatasi dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya.Mereka perlu bersama-sama memantau perkembangan prestasi pelajar-pelajar disekolah mahupun di luar kawasan sekolah.Pada masa yang sama para pelajar harus berganding bahu dengan pihak sekolah dengan memberanikan diri melaporkan segala kes buli yang mereka alami agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

22

Kesimpulan dan rumusan

Kesimpulannya, buli merupakan fenomena kurang sihat yang memerlukan perhatian semua pihak. Selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai anganangan Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa hadapan kelak. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Masalah ini sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia menghulurkan tangan memberi bantuan kepada pihak sekolah. Mungkin kali ini sudah tiba masanya kita perlu bertegas dan berpijak di bumi yang nyata. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini Gejala ini mesti segera diatasi dengan apa cara sekalipun supaya pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya matlamat pendidikan negara akan tercapai. Kita mesti sedar bahawa negara kita masih berada di tahap negara ketiga iaitu negara yang sedang membangun. Kita masih perlu berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan dan kerelevanan negara kita di dunia ini. Untuk itu, penggemblengan usaha diperlukan daripada setiap rakyat Malaysia. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

23

Anda mungkin juga menyukai