Anda di halaman 1dari 5

马六甲万里望巴西培民学校

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PAY MIN


KG. BATU GAJAH PASIR,
77300 MERLIMAU, MELAKA.
TEL/FAX: 06-2658616
E-MAIL: mbc1036@moe.edu.my

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : TAN JASS MINN


JAWATAN : PPP DG41
PERKARA : SESI LIBAT URUS DAN BIMBINGAN GURU-GURU PEMULIHAN
DAERAH JASIN TAHUN 2022/2023
TARIKH : 19 APRIL 2022 (SELASA)
MASA : 8.00AM – 1.00PM
TEMPAT : DEWAN YUSUF AHMAD, PPD JASIN
ANJURAN : SEKTOR PEMBELAJARAN PPD JASIN

LAPORAN TAKLIMAT:
BIL PERKARA YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN
1 UCAPAN PERASMIAN Makluman
 Mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru
dalam taklimat ini.
 Murid yang terlibat dalam kelas pemulihan adalah murid-murid
yang gagal menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira
dan menulis.

2 ANALISIS DATA, GARIS PANDUAN DAN PERANCANGAN Makluman


2022/2023 OLEH CIK SENTHAMARAI SELVI A/P KUPPUSAMY
 Objektif mengadakan taklimat ini adalah untuk :
- Meningkatkan penguasaan 3M dan mengurangkan
bilangan murid pemulihan di kelas pemulihan
- Mempertingkatkan PdPc berkesan dalam program
pemulihan
- Merangka strategi program intervensi
 Cik Senthamarai Selvi A/P Kuppusamy adalah pegawai
bimbingan untuk SJKC Pay Min.
 SJKC Pay Min tidak terlibat dalam Program Sekolah Berfokus
2022.
 Guru pemulihan di Sekolah Kurang Murid (SKM) telah ditarik
balik dan hanya ada guru lantikan dalaman iaitu penyelaras
pemulihan sahaja.
 Murid pemulihan Tahun 2 2021/2022 bagi bahasa Melayu
adalah seramai 244 dan bagi mata pelajaran matematik adalah
seramai 199.
 Guru pemulihan perlu menjalankan tugas berdasarkan Garis
Panduan Program Pemulihan Khas 2012 untuk memastikan
semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid
berkeperluan khas.
 Pencalonan murid pemulihan adalah berdasarkan kepada
pencapaian murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan
Matematik berdasarkan saringan Linus bagi murid tahap satu
dan Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca
(IPP2M) dan Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM)
bagi murid tahap dua oleh guru mata pelajaran ataupun guru
kelas.
 Fungsi saringan adalah untuk menentukan calon yang layak
mengikuti program pemulihan.
 Ujian diagnostik perlu dijalankan untuk membantu guru
pemulihan mengesan aras kelemahan dan kekuatan murid
secara khusus.
 Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan
berkesan, penyimpanan rekod kemajuan setiap murid
pemulihan adalah penting. Pengrekodan mesti sejajar dengan
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dijalankan oleh guru
pemulihan dengan menyimpan semua dokumen untuk rujukan
guru.
 Murid-murid pemulihan yang telah melepasi Ujian Saringan /
Pelepasan akan dikembalikan semula ke kelas arus perdana.
Namun begitu, guru pemulihan perlu sentiasa memantau
perkembangan pembelajaran murid tersebut.
 Pengurusan Jadual Waktu
- Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
berpandukan jadual waktu induk sekolah.
- Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik.
- Jadual waktu mestilah dipamerkan di ruang pengurusan
dalam bilik darjah.
- Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa
Jadual Waktu Sekolah
- Agihan waktu mengajar adalah antara 900 minit hingga
1020 minit termasuk waktu persediaan 120 minit. Ia boleh
diubahsuai dengan mengambil kira keperluan mata
pelajaran bahasa Melayu dan Matematik dan jumlah murid
pemulihan.
 Jumlah murid dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan
hendaklah tidak melebihi 15 orang. Walau bagaimanapun
jumlah yang paling sesuai adalah tidak melebihi daripada 10
orang murid pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Rekod kedatangan murid di kelas pemulihan hendaklah
disediakan untuk merekod kehadiran murid setiap hari dan ia
boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke kelas
pemulihan.
 Guru pemulihan boleh menggunakan peruntukan untuk
melaksanakan program pemulihan daripada Bantuan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan
Pekeliling Kewangan Bil:2/91-KP1573/17/jld.8(78)bth.11.Feb.
1991. Dengan tujuan untuk bimbingan pendidikan bagi
membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai
dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.
 Peranan guru besar
- Memastikan program pemulihan dijalankan mengikut garis
panduan yang dikeluarkan oleh KPM.
- Memastikan Jawatankuasa Pemulihan sekolah ditubuhkan
dan mempengerusikan jawatankuasa tersebut.
- Mengenalpasti dan mencalonkan guru yang berkelayakan
sebagai guru pemulihan.
- Sekiranya guru pemulihan cuti bersalin, cuti sakit
berpanjangan, berkursus atau menunaikan haji, guru besar
perlu melantik seorang guru ganti dan memastikan kelas
pemulihan dilaksanakan.
- Guru bermasalah kesihatan, guru bermasalah disiplin, guru
kontrak, guru jawatan dalam kumpulan pool tidak boleh
dilantik sebagai guru pemulihan.
- Guru besar hendaklah menentukan guru pemulihan tidak
dibebani dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan
pengendalian kelas pemulihan.
- Kelas pemulihan tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah
tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan
Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia
berdasarkan Surat Siaran KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34).
 Peranan guru pemulihan
- Merancang dan melaksanakan program pemulihan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan
- Memastikan murid tahap satu dan dua menguasai
kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT)
- Menjalankan IPMBDP dan ISD kepada murid yang
kebarangkalian mempunyai ciri-ciri keperluan khas.
- Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpati
murid-murid yang perlu mengikuti program pemulihan.
 Takwin Program Pemulihan PPD Jasin
MASA AKTIVITI
22-24 March 2022 Program Mini Outreach 3PK
5 April 2022 Program Mini Outreach Siri 2 Rujukan Doktor
18 April 2022 Dialog Prestasi 2021/2022
19 April 2022 Libat Urus dan Bimbingan PK
Mei 2022  Dialog Prestasi 1 Sekolah Fokus
2022/2023
 Bengkel PBD dan Pembelajaran Terbeza
 Program Kelompok
Jun 2022  PLC:TSS
 Program Kelompok
26 Julai 2022 Program Kelompok
Ogos 2022 Ujian Pelepasan
September 2022 PLC:TSS
 Tarikh Kunci Masuk Data
TARIKH BUTIRAN
14 – 25 Februari 2022 Ujian Pelepasan bagi Sesi
Persekolahan Penggal 3, 2021/2022
1 – 15 April 2022 Pengesahan awal – ujian diagnostik
1 – 15 September 2022 Ujian Pelepasan 1
1 – 15 Februari 2023 Ujian Pelepasan 2

3 OUTREACH, SISTEM FAIL, PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Makluman


OLEH PUAN RAMZIAH BINTI OTHMAH
 Senarai Dokumen Program Outreach
- Instrumen Disleksia (ISD) Cetakan Kedua
- Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran (IPMBDP)
- Borang ORE
- Borang Pendaftaran OKU
- Borang Soal Selidik Kekuatan dan Kelemahan (SDQ-MAL)
- Surat Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga (BPKH01)
- Borang BPKH02
- Borang Penyisytiharaan Kesihatan Murid
- Borang MDT
- Borang Penempatan ke PPKI
 Sitem fail pemulihan perlu disediakan mengikut senarai semak.
 Murid pemulihan adalah murid yang tidak menguasai 3M di
mana murid tersebut mencapai tahap penguasaan 1 dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

4 PENGURUSAN MODUL LITNUM, APDM DAN AKTIVITI Makluman


KELOMPOK OLEH TUAN MOHD ROSLI BIN T. MAT
 Penggunaan Modul LITNUM
- Menerima modul daripada PPD dan berikan kepada murid
- Guna Modul LITNUM semada PdPc sebagai bahan
sokongan PdPc.
- Penilaian tahap penguasaan murid dengan menyemak buku
modul dan tandakan pada buku modul
- Isi tahap penguasaan pada tapak Borang Penguasaan
Modul LITNUM murid yang disediakan oleh PPD.
 APDM
- Daftar guru pemulihan dalam sistem APDM oleh Admin
APDM Sekolah
- Daftar murid pemulihan dari Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi
bahasa Melayu dan Matematik dalam APDM
- Tempoh pengisian data adalah bulan Mac, Ogos dan
Januari (tertakluk kepada perubahan)
- Data dicetak dan disahkan oleh Guru Besar lalu hantar ke
Unit Pemulihan PPD Jasin.
 Aktiviti Kelompok
- Pengurusan Kelompok
- Intervensi Akademik / Inovasi PdPc
 Dijalankan pada peringkat kelompok
 Dijalankan pada setiap hari Selasa
 Masa dicadangkan adalah 8:30am hingga 12:00pm
 Tarikh dicadangkan adalah 17 Mei hingga 26 Julai 2022
 Dijalankan di sebuah sekolah bagi setiap kelompok
 Modul / bahan daripada guru pemulihan
 Melibatkan ujian pos dan ujian pasca
 Sasaran aktiviti adalah murid Tahun 3 dan tahap 2.
- Pertandingan
 Murid pemulihan Tahun 2 hingga Tahun 6 yang wujud di
sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru pemulihan atau
penyelaras pemulihan (SKM) sebagai penyelaras dalam
jawatankuasa pemulihan.
 Keutamaan fokus penjadualan bagi Tahun 2 dan Tahun 3
(Murid pemulihan tahap 2 boleh dimasukkan dalam jadual yang
kosong mengikut kesesuaian)
 Murid tahap 2 yang tidak dimasukkan dalam jadual perlu
diminitkan dalam mesyuarat jawatankuasa pemulihan dan ada
perancangan intervensi mengatasi 3M sama ada dalam PdPc
kelas perdana atau di luar bilik darjah.
 Intervensi dan perancangan lebih rapi untuk murid pemulihan
yang berada jadual kelas pemulihan terutamanya murid Tahun
2 dan Tahun 3 yang merupakan bilnagan teringgi murid
pemulihan di negeri Melaka.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

__________________ __________________
(TAN JASS MINN) (LEE LAY YEN)
GURU AKADEMIK BIASA GURU BESAR
SJKC PAY MIN SJKC PAY MIN

Anda mungkin juga menyukai