Anda di halaman 1dari 7

PEMANTAPAN KEMAHIRAN ASAS KALKULATOR

MASTURA ALADDIN BIN MASRO MOHD ABD RAUF BIN TUMIRAN

(SMK Benut, Pontian)

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas menggunakan
kalkulator. Kumpulan sasaran kajian tindakan ini adalah murid lemah yang mempunyai kemahiran
kalkulator yang rendah. Responden terdiri daripada 19 orang murid 5 Al Biruni di SMK Benut yang
mengambil subjek Matematik Moden. Murid akan mengikuti sesi rawatan menerusi 5 sesi aktiviti yang
mana setiap sesi dijalan pada setiap 15 minit di permulaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Matematik Moden. Dapatan kajian menunjukkan seramai 14 orang responden akhirnya berjaya
menguasai kemahiran asas menggunakan kalkulator setelah mengikuti sesi rawatan tersebut.

1.0 REFLEKSI

Tingkatan 5 Al Biruni merupakan kelas yang terakhir antara tingkatan Oleh itu, murid-murid di
kelas ini rata-ratanya mempunyai pencapaian akac^emik yang sangat rendah. Dalam peperiksaan
pertengahan tahun 2012, pencapaian pelajar untuk subjek Matematik Moden adalah amat rendah dan
semua pelajar gagal dalam subjek ini. Strategi yang berkesan harus dilakukan untuk memastikan
keputusan yang rendah ini dapat diperbaiki sebelum peperiksaan SPM 2012. Sebagai respon
terhadap situasi ini, pengkaji telah memilih beberapa tajuk yang berpotensi untuk menyumbang
markah bagi membolehkan murid sekurang- kurangnya lulus untuk subjek ini.

Antara tajuk yang dipilih adalah Graf Fungsi. Masalah utama murid-murid ini ialah mereka
tidak dapat menukarkan anu (X) dalam persamaan graf fur\g§i dengan nilai yang diberi untuk
mencari nilai pada paksi Y. Hal ini dapat dibuktikan daripada semakan latihan murid dan dapatan dari
analisis item f2 bagi Kertas Matematik Moden 2 untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5
2012. Hasil temubual penyelidik bersama beberapa orang murid dan pemerhatian semasa proses
PdP mendapati sebahagian besar murid tidak menguasai kemahiran menggunakan kalkulator
saintifik.

Situasi ini telah mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian tindakan bagi meningkatkan
kemahiran menggunakan kalkulator saintifik dalam kalangan murid 5 Al Biruni dan seterusnya
memperbaiki pencapaian mereka dalam subjek Matematik Moden. Menurut Ong Swee Hin (2004),
penggunaan kalkulator mampu menarik minat dan member keyakinan kepada pelajar untuk
mempelajari subjek Matematik.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang telah dilakukan ini berfokuskan kepada kemahiran menggunakan kalkulator
saintifik untuk menentukan nilai pada paksi y dengan memasukkan nilai pada paksi x yang diberi ke
dalam persamaan linear, kuadrdtik dan kubik. Dengan kemahiran ini, murid akan dapat
melengkapkan jadual nilai paksi x dan paksi y seterusnya dapat membina graf fungsi linear, kuadratik
dan kubik. Graf Fungsi berkenaan akan dapat membantu murid untuk menyelesaikan beberapa
masalah yang berkaitan dan seterusnya memperoleh markah yang lebih baik dalam ujian dan juga
peperiksaao

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1. Objektif Umum

Secara amnya kajian ini akan dapat membantu murid untuk mengusai keman asas untuk
menggunakan kalkulator dengan betul
3.2. Objektif Khusus

Secara khususnya, pada akhir kajian ini:

3.2.1 Murid akan dapat mengenalpasti anu x dalam persamaan yang perlu ditukar dengan nilai yang
diberi.

3.2.2 Murid dapat menukar anu x dengan nilai yang diberi.

3.2.3 Murid dapat mencari nilai y dengan menggunakan nilai x yang diberi menggunakan kalkulator
saintifik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 19 orang murid tingkatan 5 Al Biruni, SMK Benut yang terdiri daripada 14
orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pencapaian mereka dalam subjek Matematik Moden adalah
pada tahap yang rendah. Oleh itu, kajian tindakan ini akan mengaplikasikan strategi pembelajaran
yang tersusun mengikut tahap pemahaman murid.
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN JOHOR

Aktiviti 1: Kemahiran Kaikulator Umum

Langkah 1: Murid diberi latihan melibatkan soalan yang memerlukan mereka untuk menggunakan
kaikulator bagi menyelesaikan operasi matematik secara umum. Murid diberi tempoh 10 minit untuk
menjawab.
Langkah 2: Kertas latihan dikutip.

Langkah 3: Guru menunjukkan kaedah yang betul menggunakan kaikulator untuk menjawab soalan
yang terdapat dalam latihan.

Langkah 4: Murid menjawab semula soalan yang sama.

Aktiviti 2: Menyelesaikan perkiraan yang melibatkan kurungan

Langkah 1: Murid diberi latihan untuk menjawab soalan yang memerlukan mereka untuk
menggunakan kaikulator bagi menyelesaikan operasi matematik melibatkan kurungan.

Langkah 2: Guru menunjukkan kaedah yang betul menggunakan kaikulator untuk menjawab soalan
yang diberikan.

Langkah 3: Murid menjawab semula soalan yang sama.

Aktiviti 3: Menyelesaikan perkiraan yang melibatkan kuasa dua dan tiga

Langkah 1: Murid diberi latihan untuk menjawab soalan yang memerlukan mereka untuk
menggunakan kaikulator bagi menyelesaikan persamaan melibatkan kuasa dua dan tiga.

Langkah 2: Guru menunjukkan kaedah yang betul menggunakan kaikulator untuk menjawab soalan
yang diberikan.

Lar#gkah 3: Murid menjawab semula soalan yang sama.

Aktiviti 4: X adalah kurungan

Langkah 1: Murid diberi latihan untuk menjawab soalan yang memerlukan mereka untuk
menggunakan kaikulator bagi menyelesaikan persamaan melibatkan X adalah kurungan.

Langkah 2: Guru menunjukkan kaedah yang betul menggunakan kalkulator untuk menjawab soalan
yang diberikan.

Langkah 3: Murid menjawab semula soalan yang sama.

Aktiviti 5: Menyelesaikan perkiraan yang melibatkan persamaan grar fungsi kuadratik dan
kubik

Langkah 1: Murid diberi latihan untuk menjawab soalan yang memerlukan mereka untuk
menggunakan kalkulator bagi menyelesaikan persamaan graf fungsi kuadratik dan kubik.

Langkah 2: Guru menunjukkan kaedah yang betul menggunakan kalkulator untuk menjawab soalan
yang diberikan.

Langkah 3: Murid menjawab semula soalan yang sama.

8.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Aktiviti yang dirancang dijalankan pada 15 minit awal proses PdP dilaksanakan. Aktiviti yang
dijalankan adalah seperti yang dirancangkan seperti di atas:

Aktiviti 1: Kemahiran Kalkulator Umum


Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 11 JUN 2012. Pemerhatian pengkaji menunjukkan, terdapat
sebilangan besar pelajar dalam kumpulan sasaran gagal untuk menjawab soalan yang diberikan. Ini
menunjukkan kumpulan sasaran murid benar-benar tidak menguasai kemahiran asas menggunakan
kalkulator saintifik. Kegagalan mereka menguasai kemahiran ini menyebabkan mereka sukar untuk
menyelesaikan pelbagai masalah dalam subjek matematik. Setelah ditunjukkan cara menjawab,
pelajar menunjukkan minat dan kemahiran asas kalkulator dapat dikuasai oleh sebahagian b@§ar
daripada mereka.

Aktiviti 2: Menyelesaikan perkiraan yang melibatkan kurungan

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 12 JUN 2012. Pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan
menunjukkan bahawa kebanyakan pelaiar dapat menjawab soalan yang diberi. Namun masa yang
diambil glfih merekd meieb^j daripada masa yang telah diperuntukkan.

Aktiviti 3: Menyelesaikan perkiraan yang melibatkan kuasa dua dan tiga

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 18 JUN 2012. Pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan yang diberi. Murid-murid mula
menunjukkan minat dan komitmen untuk belajar dan mereka semakin mudah untuk memahami apa
yang telah dipelajari.

Aktiviti 4: X adalah kurungan

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 19 JUN 2012. Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa
kaedah ini memudahkan murid untuk menukarkan x kepada nilai yang diberi tanpa melakukan
kesilapan. Dengan nilai x yang betul, maka murid dapat menentukan nilai y pada jadual graf fungsi.

Aktiviti 5: Menyelesaikan perkiraan yang melibatkan persamaan graf fungsi kuadratik dan
kubik

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 19 JUN 2012. Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa
murid mampu untuk mencari nilai y apabila diberi nilai x untuk jadual persamaan fungsi linear,
kuadratik dan kubik. Latihan yang diberikan merupakan soalan yang diambil daripada peperiksaan
SPM sebenar. Hasil analisis terhadap latihan yang diberikan mendapati bahawa seramai 11 orang
berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Ini menunjukkan pelajar telah berjaya menguasai
kemahiran yang telah diajar. Ringkasnya, murid mampu untuk menyelesaikan masalah graf fungsi
apabila ianya diajar secara bertahap daripada aras rendah ke aras yang lebih tinggi.

9.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati sesi
rawatan yang dikenali sebagai Klinik Kalkulator yang diperkenalkan kepada murid 5 AL Biruni
merupakan kaedah yang berkesan untuk memahirkan murid menggunakan kalkulator bagi
melengkapkan jadual persamaan linear, kuadratik dan kubik.

Dalam Latihan 6 yang diberikan kepada murid, seramai 14 orang murid berjaya menjawab
dengan betul kesemua soalan, 2 orang murid tidak menjawab dengan betul dan 3 orang murid pula
tidak member komitmen semasa aktiviti dijalankan. Ini menunjukkan keberkesanan terhadap aktiviti
yang dijalankan. Sesi rawatan dilakukan secara berfasa mengikut tahap kemampuan murid
membolehkan murid yang lemah dalam matematik mampu belajar secara berfasa dan memudahkan
mereka memahami apa yang dipelajari. Gambarajah 1 yang berikut menunjukkan pencapaian mereka
dalam latihan tersebut.
11.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah diperolehi hasil daripada kajian tindakan ini,
pengkaji berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran
terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, pengkaji bercadang untuk
menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan kaedah melukis graf yang juga dibawah tajuk graf
fungsi.
BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006). Integrated Curriculum for Secondary Schools


CurriculumSpecification, Mathematics Form 5. Putrajaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Mathematics Form 5 Text Book.

Ong Swee Hin (2004). Penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran

pengamiran dan graf fungsi. Dalam 2nd National Conference on Graphing Calculators (m.s. 73-77)

Anda mungkin juga menyukai