Anda di halaman 1dari 3

MODUL PDPR

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4 2021
SMK PENANTI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..Mari kita belajar Bahasa Melayu.

Tugasan 1

Tarikh:________________________

Tema 1: Merealisasikan Impian (Buku Teks Tingkatan 4 Tajuk :Melawan Samudera ,m/s 4-5)
SP: 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks
Arahan: Salin nota di bawah dalam buku tulis tatabahasa.

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yang tidak menerima apa-apa
bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru/ dua suku kata – itu, ubi, aku

Jenis Kata Tunggal Ada 2:

i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Contoh: itu, bakal, saya
ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan
tugas nahunya.

Contohnya:di mana? Untuk siapa? Ke Johor (di, untuk dan ke merupakan kata tungal yang memerlukan perkataan lain
untuk melengkapkannya)

Bentuk Kata Tunggal Ada 5:

ii. Kata tunggal dua suku kata iii. Kata tunggal tiga suku kata
Contoh: Contoh:
i.Kata tunggal satu suku kata
aku { a + ku }V + KV bahaya{ba+ha+ya} KV+KV+KV
Contoh: syahdu { syah + du} KVK + KV mentua{men+tu+a} KVK+KV+V
am – Vokal + Konsonan bulat{ bu + lat }KV + KVK isyarat {i+sya+rat} V+KV+KVK
had - KVK buih { bu + ih} KV + VK Gembira{gem+bi+ra} KVK+KV+KV
wang - KVK bengkok{ beng + kok}KVK +KVK Matlamat {mat+la+mat}KVK+KV+KVK
brek- KKVK
skrip- KKKVK v. Akronim
-Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
a)Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang
bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol

iv. Kata tunggal empat suku kata atau lebih b)Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada,
Contoh:
demi, untuk
anugerah {a+nu+ge+rah} V+KV+KV+KVK
masyarakat {ma+sya+ra+kat}KV+KV+KV+KVK
c)Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa
universiti {u+ni+ver+si+ti} V+KV+KVK+KV+KV
perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri
klasifikasi {kla+si+fi+ka+si}KKV+KV+KV+KV+KV
daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
personifikasi{per+so+ni+fi+ka+si}
Contoh : berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
KVK+KV+KV+KV+KV+KV
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar

Kata Majmuk
Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua kata dasar (maksimum dua perkataan). Kata majmuk yang terbentuk itu
mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata dasar pertama dan kedua. Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa
tanda sempang, namun dianggap satu unit. Penggadaan kata majmuk melibatkan perkataan pertama sahaja (kecuali kata
majmuk mantap yang digandakan seluruhnya.

2) Kata Majmuk Istilah Khusus


1) Kata Majmuk Bebas duta besar ketua menteri polis trafik
air hujan bandar raya jam tangan perdana menteri profesor madya raja muda
bom tangan gambar rajah luar biasa atur cara cari gali kertas kerja
merah muda campur aduk ambil alih hak milik lut sinar kanta tangan
jalan rayadaya serap tunjuk ajar
nasi minyak terima kasih tengah hari
kuning langsat meja tulisbiru laut

3) Kata Majmuk Kiasan


anak emas durian runtuh kaki bangku
buah tangan cakar ayam makan angin
kaki botol ambil hati jatuh hati
buah hati hati emas busuk hati
kaki ayam duit kopi pilih kasih
bulan madu manis mulut tumbuk rusuk
atas pagar batu api besar kepala
kepala batu kepala angin gelap mata
hidung tinggi kera sumbang naik darah
telinga kuali dalam tangan cahaya mata

Penggandaan kata majmuk


Penggandaan kata majmuk hanya melibatkan unsur pertama sahaja.
Contoh:
Kata Majmuk Betul Salah
Alat tulis Alat-alat tulis Alat tulis-tulis
Ketua Menteri Ketua-ketua menteri Ketua menteri-menteri
budak jahat Budak-budak jahat Budak jahat-jahat

Namun, untuk kata majmuk kiasan, penggandaannya melibatkan seluruh kata majmuk tersebut.
Contoh:
Kata Majmuk kiasan Betul Salah
Anak emas anak emas-anak emas anak-anak emas / anak emas-emas
Buah hati buah hati-buah hati buah-buah hati / buah hati-hati

Kata Majmuk Mantap


Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan 15 kata
majmuk mantap iaitu:

antarabangsa (antara + bangsa)


pesuruhjaya (pesuruh + jaya)
beritahu (beri + tahu)
setiausaha (setia + usaha)
bumiputera (bumi + putera)
sukarela (suka + rela)
jawatankuasa (jawatan + kuasa)
suruhanjaya (suruhan +jaya)
kakitangan (kaki + tangan)
tandatangan (tanda + tangan)
kerjasama (kerja + sama)
tanggungjawab (tanggung + jawab)
olahraga (olah + raga)
warganegara (warga + negara)
matahari (mata + hari)

Anda mungkin juga menyukai