Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

MASYARAKAT
MALAYSIA
Disediakan oleh:
Drs. Zamri bin Abdul Hamid

DEFINISI
Masyarakat majmuk ialah masyarakat
yang mengandungi beberapa kumpulan
etnik yang hidup berdampingan dan
bercampur gaul, tinggal dalam satu unit
politik yang sama tetapi hidup secara
berasingan dan tidak bersatu padu, dan
mempunyai budaya yang tersendiri

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

DEFINISI
masyararakat majmuk dibahagikan mengikut

garis-garis pemisah (segremental cleavages)


seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan
budaya.
Eckstein (1966)
Division and Cohesion in Democracy-

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

TEORI MASYARAKAT MAJMUK


Teori masyarakat majmuk dikemukakan oleh J.S
Furnival (1956) - Colonial Policy and
Practice:A comparative Study of Burma and
Netherlands India.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Eropah, Cina,


India dan penduduk asli (Bumiputera)
Mereka bercampur tetapi tidak bersatu
Mereka hidup berdekatan tetapii terpisah dalam sistem
politik yang sama
Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama,
bahasa, idea dan kaedah sendiri
Mereka bertemu di pasaraya ketika membeli belah dan
kemudiannya masing-masing balik ke kelompok sendiri
Dalam bidang pekerjaan, terdapat pembahagian
tenaga buruh yang berdasarkan kepada garis
perkauman
Free powerpoint template: www.brainybetty.com

PANDANGAN J.S FURNIVAL


Menurut pakar antrapologi, (1984) J. S. Furnival kajian di
Burma (Myanmar) dan Jawa. Ciri-ciri masyarakat majmuk
seperti berikut :
Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Eropah, Cina,
India dan penduduk asli (bumiputra).
1. Mereka bercampur tetapi tidak bersatu
2. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem
politik yang sama.
3. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama,
bahasa, idea dan kaedah sendiri
4. Mereka bertemu di pasar raya ketika membeli belah,
kemudiaannya masing-masing balik ke tempat kelompok
sendiri
5. Dalam bidang perniagaan, terdapat pembahagian tenaga
buruh yang berdasarkan garis perkauman.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

Faktor yang menyebabkan terbinanya masyarakat


di Malaysia

Kedatangan orang Melayu daripada Indonesia ke Tanah


Melayu disebabkan beberapa faktor :

1. Kemiskinan
2. Kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi di Tanah
Melayu
3. Ciri-ciri penduduk Indonesia
4. Ketidakstabilan politik di Indonesia

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu disebabkan


beberapa faktor :

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kesukaran hidup di negeri China


Ketidakstabilan politik di kawasan selatan China
Pertumbuhan perusahaan bijih timah dan getah
Kestabilan politik di Tanah Melayu
Kemudahan untuk berhijrah
Ciri penduduk China

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

Kedatangan orang India ke Tanah Melayu desebabkan


beberapa faktor :

1.
2.
3.

Kesukaran hidup di India


Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu
Galakan daripada kerajaan Inggeris

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

PERUBAHAN
Impaknya terhadap pembinaan NEGARA BANGSA
Cabaran dalam pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
untuk mewujudkan negara bangsa.
Penerimaan satu bahasa- bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi.
Proses perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity)
Pemupukan rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia
budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum perlu diberi
fokus utama. Bangsa Malaysia yang diingini adalah sesuatu yang murni,
menjurus kepada pemupukan semangat dan rasa kepunyaan atau
`sense of belonging as a proud Malaysian citizen with its own homemade Malaysian identity'.
Perpaduan dalam konteks pembinaan negara bangsa ini memberi erti
yang besar kepada negara dari segi menyediakan persekitaran yang
harmoni, toleransi, aman damai, penyayang dan budaya kerja yang
bersinergi ke arah membina Malaysia yang lebih maju dan berwibawa.
Tahap perpaduan, toleransi dan sensitiviti yang mantap dan beriltizam
di kalangan rakyatnya adalah prasyarat dan eleman asas dalam
memastikan kewujudan berkekalan satu persekitaran yang stabil,
makmur dan harmoni

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

10

Definisi Budaya :

Kamus Dewan, Edisi keempat (2005) :


Tamadun, peradaban

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

11

CIRI-CIRI BUDAYA - PERUBAHAN


Dari sudut khazanah kebudayaan, diperhatikan
secara tidak sengaja wujudnya kecenderungan di
kalangan individu dan kumpulan untuk mengamalkan
praktis-praktis budaya kaum-kaum tanpa terikat
kepada batasan etnik atau kaum.
Terdapat amalan-amalan yang dipraktiskan dengan
asas dan simbolisme yang sama oleh pelbagai kaum
di Malaysia. Pengaruh serta meluasnya amalanamalan ini telah membuka ruang kepada
pembentukan identiti baru yang boleh dikaitkan
sebagai `Budaya Popular-Sepunya Malaysia'.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

12

Isu kepelbagaian budaya yang lama bertapak dalam


kehidupan bermasyarakat harus dilihat sebagai satu
asas kekuatan yang boleh menyumbang kepada
kelahiran satu bangsa yang bukan sahaja unggul, tetapi
cemerlang dan dipandang tinggi selaras dengan citra
melahirkan sebuah masyarakat industri maju di
Malaysia, yang mana diaspirasikan Wawasan 2020 dan
pelbagai dasar pembangunan penting negara.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

13

Kesemuanya boleh dikecapi selagi rakyat Malaysia


masih dapat mempertahankan tradisi dan situasi
kesejahteraan dan keharmonian hidup
bermasyarakat. Dengan itu, adalah penting
pertimbangan terhadap soal kebudayaan tidak
seharusnya dibelakangi dan diabaikan semata-mata
untuk mengejar kepentingan material dan ekonomi.
Komponen budaya adalah asas penentuan kualiti
bangsa yang dilahirkan
kelak.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

14

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Faktor mempengaruhi
Tempat tinggal
Pendidikan
Pekerjaan
Politik
Ekonomi

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

15

PROSES-PROSES INTEGRASI
AKULTURASI
Ia merupakan satu proses yang kadang kala dikenali
sebagai asimilasi budaya. Ia terjadi apabila manusia
dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan
pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan majoriti.
Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima
unsur-unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah
unsur-unsur budaya asal.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

16

DIFUSI
Ia perihal meresapkan atau menyebarkan
(pengetahuan, kebudayaan, dsb) resapan.

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

17

ASIMILASI
Merupakan proses integrasi satu hala. Proses ini
berakhir dengan kewujudan satu kelompok yang
seragam, iaitu satu kelompok yang mempunyai satu
budaya, bahasa dan agama. Mengikut formula algebra :
A+B+C = A
A = kelompok dominan atau majoriti
B dan C = kelompok minority. Pada akhir proses ini
kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan
agama masing-masing dan hanya mengamalkan budaya,
bahasa dan agama kelompok A.
Contoh, Kalimantan Indonesia seperti Pontianak. Cina
merupakan minoriti.
Kelantan Cina minoriti
Pedalaman Sarawak, seperti di Kapit, Song dan Kanowit

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

18

INTEGRASI
Perpaduan dan integrasi merujuk kepada proses
menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit.
Integrasi merujuk kepada proses yang lebih tinggi
daripada perpaduan. Kesediaan berkahwin antara etnik
mencerminkan tahap integrasi kerana melalui
perkahwinan ini perpaduan boleh tercapai. Proses ini
melibatkan kesediaan berkahwin dan mencari pasangan
di luar kelompok sendiri yang dari konsep sosiologi
dikenali sebagai exogamy

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

19

CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA


Perpaduan
Halangan-halangan untuk mewujudkan perpaduan
kerana terdapat perbezaan dari segi petempatan /
tempat tinggal, perbezaan tumpuan sector ekonomi,
pengasingan sistem pendidikan, fahaman dan pengaruh
politik yang berbeza, masalah ekonomi dan juga
perbezaan dari aspek kebudayaan dan agama.
Halangan-halangan ini secara tidak langsung
membataskan pergaulan dan interaksi antara satu kaum
dengan kaum yang lain yang seterusnya menyebabkan
wujudnya pemisahan atau segregasi kaum di Malaysia.
Jati diri
Identiti Nasional

Free powerpoint template: www.brainybetty.com

20

Anda mungkin juga menyukai