Anda di halaman 1dari 35

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Untuk Mengintegrasikan
Kaum di Malaysia
Muhd Syafiq B. Othman
Muhd Ariff Faris B. Wahab
Miya Ramziah Bt. Ngah Ramzi

Pengenalan
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu
aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke
arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi
dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan
negara.
Integrasi - penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa
kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002)

Perpaduan - sesuatu perihal berpadu(bergabung menjadi satu,


sepakat) (Kamus Dewan Edisi Keempat (2007))

Integrasi Nasional - penyatuan pelbagai kelompok etnik dalam


masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang
sama.
Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama
kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.

Pendekatan Pendidikan Negara Untuk Integrasi


Kaum
Bahasa dan pendidikan adalah dua perkara yang saling berkait rapat.
Melalui pendidikan, sesuatu bahasa dapat dipertahankan dan bahasa juga
menggambarkan jiwa sesebuah bangsa.
Dengan warisan nilai budaya dan peradaban yang berbeza, setiap komuniti
etnik di Malaysia, berusaha mempertahankan sistem pendidikan masingmasing.
Atas alasan ini, usaha kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan
menerusi sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan agaksukar.

Sejarah Pendidikan
Negara Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan
tersendiri. Rentetan sejarah yang ada dan perubahan yang berlaku
dalam arena politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan pada masa lampau,
telah membawa kepada perubahan dalam perlaksanaan dasar dan corak
pendidikan negara Malaysia serta menjadi landasan untuk perubahan
pada masa akan datang.
Berdasarkan kepada perkembangan sejarah yang berlaku, pendidikan di
Malaysia terbahagi kepada 3 peringkat :
Sebelum kedatangan British
Semasa kedatangan British
Selepas kemerdekaan.

Sejarah Pendidikan Sebelum


Kemerdekaan

Sistem pondok atau madrasah

Lebih berasaskan bersifat keagamaan

Sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an.


Bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bermoral tinggi.
Kelemahan : tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden
kerana tiada penekanan kepada mata pelajaran sains, matematik dan
bahasa Inggeris.

Sejarah Pendidikan Sebelum


Kemerdekaan
Sekolah Vernakular
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
disetiap sekolah dan berasaskan kepada identiti kaum masing-masing.
Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu,
Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandrin (Guo Yu).
Sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.
Sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar yang mana
sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan

Setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai kurikulum yang


berbeza-beza serta lokasi sekolah juga terpisah mengikut kaum masingmasing.

Sekolah-sekolah berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi


di Tanah Melayu pada masa itu.
Cth: Sekolah Cina mendapat bantuan dari golongan peniaga Cina. Sekolah
Cina juga diberi pilihan sama ada mendapat bantuan Negara Cina ataupun
bantuan dari kerjaaan tempatan.

Sistem pendidikan pada zaman ini meninggalkan kesan yang mendalam


dari segi meningkatkan persaingan dikalangan semua kaum.

Walaubagaimanapun, kependudukan Jepun telah banyak mengubah dan


memberi kesan serta menjejaskan perkembangan pendidikan di Tanah
Melayu. Sekolah dan kolej terpaksa dibaiki dan diperkemaskan kerana
mengalami kerosakan dan siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

Sistem pendidikan negara berasaskan kepada laporan yang dikeluarkan:


Laporan Barnes (1950) - bagi mengkaji dan menyiasat kedudukan
pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu. Antara syor yang diutarakan
adalah penubuhan sekolah dwibahasan yang menggunakan Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu juga Sekolah
Vernakular akan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan.
Laporan Fenn-Yu (1951) - bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes
kerana dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan
kebudayaan masyarakat Cina.
Ordinan Pelajaran (1952) - bagi membentuk satu corak sistem
persekolahan yang menghapuskan Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak
kesampaian disebabkan masalah kewangan pada ketika itu.

Sistem pendidikan pada zaman ini lebih dipengaruhi oleh corak sosio-ekonomi
yang dicetuskan oleh kaum masing-masing. Aspirasi dan fikiran yang berlainan
dikalangan masyarakat menyukarkan pencapaian sesuatu matlamat.

1.0 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 1957.
3 tujuan utama Dasar Pendidikan Kebangsaan:
1. Untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik.
2. Menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati
kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi
pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan
perbelanjaan awam yang tidak tersusun.
3. Memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang
progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar
yang utama.

Dasar Pendidikan
Penyata Razak (1956)

Parti Perikatan yang mencapai kemenangan dalam pilihanraya pada tahun


1995 di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato Tun Abdul Razak Hussien
telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa
perubahan dalam sistem pendidikan.
Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :
Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama.
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah
dan menengah.
Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu
Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat
dikurangkan.
Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan
progresif.

Dasar Pendidikan
Reaksi Penyata Razak

Orang Melayu tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan
Bahasa Inggeris di sekolah.

Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu
objektif akhir adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah.

Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa


kemajuan Sekolah Tamil akan terencat.

Akibat terlalu banyak penentangan, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk


mengkaji semula Laporan Razak. Semakan dan kajian semula yang
dijalankan menghasilkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.

Dasar Pendidikan
Laporan Rahman Talib 1960.
Secara umumnya menyokong hampir kesemua dasar yang dicadangkan
oleh Laporan Razak dan beberapa usul tambahan.
Antara isi Laporan Rahman Talib:
mengsyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan
secara percuma
membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem
pendidikan.
Semua sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar menjadi
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada
Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris

Dasar Pendidikan
Akta Pelajaran 1961
Bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem
Pendidikan.
3 asas utama:
1.keseragaman sistem persekolahan
2.penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
3.kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan
dan bercorak kebangsaan.

Peristiwa 13 Mei 1969


Merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa
rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan
untuk mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di
Malaysia.
Pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara
penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk
mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk
perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia.
Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif
Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan
dan integrasi kaum di negara ini.

Jawatankuasa Kabinet (1974)


Bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad
yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran
Malaysia.
Laporan ini adalah sama seperti laporan-laporan yang terdahulu iaitu
untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta
Pelajaran 1961.
Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan
1. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983
2. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun
1983.
3. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada
tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh
dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi
dan jasmani

Dasar Pendidikan
Akta Pendidikan 1996
Akta ini menggantikan Akta Pelajaran 1961, tetapi masih menyokong
matlamat menyatupadukan kepelbagaian kaum di Malaysia menerusi
pendidikan.
Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa
bahasa kebangsaaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan kecuali di SRJK(C) dan SRJK (T).
Akta ini menampilkan beberapa perubahan besar terhadap dasar
pendidikan negara dan dianggap sebagai dasar yang sangat liberal. Ia
dianggap membayangkan perubahan sikap masyarakat Melayu dan
memenuhi beberapa impian masyarakat Cina
Akta ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pendidikan
prasekolah, pendidikan swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal
dan pendidikan khas.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Terdapat 3 fokus utama:
1. Perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu.
2. Perpaduan rakyat
3. Pendidikan sepanjang hayat ke arah membina masyarakat yang
aman dan makmur.
Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid
tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit
beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti
sebegini boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang
terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.

KSPK dan KSSR

Pada tahun 2010, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


dilaksanakan di prasekolah menggantikan kurikulum lama.

Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan


bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Pada tahun 2011 juga, Dasar 1 Murid 1 Sukan dilancarkan. Dari segi
rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang sihat,
semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai
moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam
mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Mengapa dasar pendidikan sering kali diubah?


Pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada saat negara
bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini.
Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan
kepada rakyat ianya jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan
mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini.
Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk
memenuhi kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali
berubah, namun ia tidak lari daripada misinya.

2.0 Pendekatan Pendidikan Negara Untuk Integrasi


Kaum

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Masalah: Kurangnya interaksi pelajar dengan kaum yang lain.


Dengan perkongsian satu bahasa, kita dapat berkomunikasi dengan
lebih berkesan .
Penggunaan satu bahasa juga mampu membantu menghilangkan
perasaan prasangka dan menigkatkan kefahaman budaya sesuatu
kaum tentang budaya kaum yang lain.

Melaksanakan Sistem Peperiksaan yang Seragam


Dengan adanya sekatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,
pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa
berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses untuk menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

2.0 Pendekatan Pendidikan Negara Untuk Integrasi


Kaum

Mewujudkan Kurikulum Yang Sama

Kurikulum Kebangsaan merupakan satu ciri Dasar Pendidikan Kebangsaan yang


bertujuan untuk mewujudkan keperibadian ke arah pembentukkan perpaduan
kaum di negara kita.
KBSR dan KSSR digubal dengan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang
berilmu pengetahuan disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat
patriotik dan sikap saling menghormati.
Bagi KBSM pula, ia merupakan kesinambungan kurikulum sekolah rendah yang
menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu.

Pendemokrasian Pendidikan
Salah satu langkah yang diperkenalkan dalam mendemokrasikan pendidikan dari
segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dari kawasan luar
bandar ataupun pedalaman tanpa mengira bangsa.
Hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan
kaum masing-masing tetap dihormati dan diberi perlindungan sewajarnya.

2.0 Pendekatan Pendidikan Negara Untuk Integrasi


Kaum
Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam


sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa
Melayu.
Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi
iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana kanak-kanak
ibarat kain putih yang bebas daripada sebarang pemikiran negatif.

Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


Tujuan perlaksanaan ini adalah bagi merealisasikan Sekolah Kebangsaan sebagai
tempat memupuk perpaduan kaum dan pusat kecermelangan pendidikan dalam
bidang akademik dan bukan akademik.
Dengan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, diharap rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang bangsa dapat memilih untuk menempatkan anak mereka di
satu sekolah di mana pelajarnya dapat berinteraksi dan bergaul dengan kaum yang
lain.

3.0 Cabaran Integrasi dan Perpaduan Melalui


Dasar Pendidikan

Cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah perbezaan bahasa,
kebudayaan, kepercayaan dan keturunan.
Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima
perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan,
kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu
mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum
sendiri.
Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana
unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum
masing-masing.

3.0 Cabaran Integrasi dan Perpaduan Melalui


Dasar Pendidikan

Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza.


Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada
zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan
perintah (divide and rule).
Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak
kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu
memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum
disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk
menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai.

3.0 Cabaran Integrasi dan Perpaduan Melalui


Dasar Pendidikan

Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk
menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan
masyarakat.
Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap
untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya.
Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar
pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

BIDANG PENDIDIKAN
Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di
Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek utama iaitu :
1. Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama
Matlamat ini masih lagi belum mencapai.
Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang
matlamat ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan
hilang penggunaanya pada masa akan datang.
Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka
sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan
penggunaan Bahasa Melayu.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan


2. Matlamat mewujudkan sekolah integrasi (sekolah pelbagai kaum)
Matlamat ini masih lagi belum dapat dilaksanakan.
Contoh: Kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat
tentangan hebat dari masyarakat Cina kerana menganggap Sekolah
Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka.
Pada masa ini, bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah
berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga IPT tempatan ditubuhkan
berasaskan kepada kaum. Penubuhan IPTS ada yang berasaskan kaum
dan parti politik seperti penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman
(UNITAR). Universiti ini dimiliki oleh Malaysian Chinese Association (MCA)
dan hampir seratus peratus (100%) daripada pelajarnya adalah kaum
Cina.
Para pelajar masih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal
berbanding bergaul dengan kaum-kaum lain. Semua ini berlaku
disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam
kampus. Polarisasi ini amat membimbangkan dan menjadi penghalang
kepada integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

3. Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti kokurikulum


Matlamat ini menampakkan hasil yang positif.
Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan
membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat
setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajarpelajar pelbagai kaum yang terlibat.
Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan
melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang
dalam perhubungan dan bersosial.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

BIDANG POLITIK

Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan generasi yang akan


memimpin negara menjadi sebuah negara maju dan mempunyai semangat
patriotik.

Ianya adalah satu penubuhan parti politik yang tidak bersifat perkauman dan
ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Sifat perjuangannya pula adalah meletakkan kepentingan umum lebih daripada


kepentingan kaumnya sendiri.

Namun pada hari ini di Malaysia, kepelbagaian kaum yang ada menyebabkan
masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan parti politik yang
berasaskan kepada kaum masing-masing.

Alasan parti-parti politik ini ditubuhkan mengikut kaum adalah untuk mengelakkan
kaum itu ditindas oleh kaum lain. Keadaan ini sebenarnya akan lebih menimbulkan
konflik dan pertikaian daripada penyelesaian tentang sesuati isu yang
dibangkitkan.

Keadaan politik di negara Malaysia hari ini adalah kerana kegagalan dasar
pendidikan yang dilaksanakan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara untuk
menghormati dan memahami kaum lain.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

Hal ini bukan hanya berpunca daripada kelemahan yang terdapat dalam dasar
pendidikan tersebut tetapi ianya juga berpunca daripada sikap kaum itu sendiri
yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima perubahan yang
terdapat dalam dasar pendidikan.
Contoh: Perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan sekolah integrasi yang
ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan tujuan
murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan peka terhadap
kaum lain.

Kelemahan dasar pendidikan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara yang


bersifat patriotik menyebabkan wujudnya parti-parti politik yang bersifat
perkauman. Perjuangan mereka lebih mementingkan pembelaan kaum masingmasing melebihi kepentingan negara.

Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu personaliti ahli-ahli politik
masa kini juga mengakibatkan berlakunya perselisihan kaum yang menyumbang
kepada perpecahan

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

BIDANG EKONOMI

Bermatlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang


akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang
termasuklah bidang ekonomi.

Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di
negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan.
Contoh: Kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan
rasa iri hati kaum lain terhadap kaum Cina.
Untuk mengatasi masalah ini kerajaan melalui dasar pendidikan telah berjaya
melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi.

Melalui pendidikan, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat
dihilangkan.

Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat kerajaan, ianya
boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum
dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan


Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan identiti
sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang
mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja
sendiri.
Melalui percampuran pelbagai kaum dalam bidang yang sama akan
memudahkan lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan
integriti kaum di negara ini.
Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah berjaya melahirkan golongan yang
terpelajar dan berilmu daripada pelbagai kaum.
Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan ekonomi di
negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan
ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

BIDANG SUKAN DAN KESENIAN


Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid
yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dasar pendidikan juga menekankan aspek ko-kurikulum
dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum.
Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Contoh: sukan skuasy, badminton, bola sepak
Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat
patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli
sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat.
Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai.
Ini menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam menyatupadukan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat
terhadap sukan.
Kelemahan: masih ada sukan yang dimonopoli oleh kaum tertentu
sahaja.
Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011
untuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan


Kebangsaan

BIDANG SOSIAL

Melalui dasar pendidikan, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan


keharmonian dan perpaduan antara kaum.
penyatuan kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dengan
latar belakang kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza hidup
bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan faedah
bersama.
Kerajaan menekankan peri pentingnya mempelajari sejarah,
kebudayaan dan kepercayaan kaum lain serta
menghormatinya. Pengetahuan amat bernilai supaya tidak
berlaku kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di
antara kaum dan etnik yang berlainan.

4.0 Analisa Integrasi Melalui Dasar Pendidikan


Kebangsaan
PERKAHWINAN
Pada masa kini, perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi
perkara baru bahkan kebanyakkannya direstui oleh keluarga kedua-dua
pihak.
Senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana bilangan
etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu,
perkahwinan sebegini boleh menimbulkan persengketaan antara
kedua-dua etnik.
Melalui pendidikan, pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia mula difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal kaum.
Contoh: - budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran.
- sambutan perayaan bersama-sama.
- pemberian duit raya.

Anda mungkin juga menyukai