Anda di halaman 1dari 24

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 1990 ) ABSTRAK Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan

n kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976. Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdeka dan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajarpelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkan ke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Di kalangan warga pendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yang kontra dalam perkara ini.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 1990 )

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956) Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.

Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan. Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.

Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 ) Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenainya.

Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 Laporan Rahman Talib 1960 Pendidikan rendah percuma Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964 Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan 1965 Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM. 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan. Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. Laporan Murad 1973 kandungan keciciran pelajar Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.

Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990 Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA Pendahuluan Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan. Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan . dasardasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang- undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.

Latar Belakang Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan. Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia, pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud. Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.

Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) TimbalanTimbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa

Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan. Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.

Pengertian Dasar Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaitu ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan Bahasa Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu 'polis' yang bermakna city-state'. Dalam bahasa Latin bermaksud 'politia' yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle English ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan.

Tinjauan Literatur Perkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidak diterima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itu pengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks. Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikut urutan ,iaitu pengenalpastian isu ( issue definition ) , penyusunan agenda ( agenda setting ) pengubalan dasar ( policy formulation ) , penerimaan dasar ( policy adaption ), pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian ( evalution ). Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perlu perhatian ahli politik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Adakalanya kerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu yang dicetuskan melalui media-media tempatan . Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama oleh kerajaan, sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yang terkandung dasar tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukan seterusnya dilaksanakan diperingkat kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi.

Objektifnya Objektifnya dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 iaitu: " Bahawasanya Dasar Pelajaran seperti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayan, sosial, ekonomi dan politiknya." Kenyataan ini secara am sahaja jika dilihat dari sudut objektifnya. Akan tetapi dari aspek perlaksanaannya, Kementerian Pendidikan dengan berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatu padukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum serta menyediakan tenaga kerja. Tenaga kerja ini bermaksud 'tenaga rakyat' yang terdapat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet bagi aspek ekonomi. Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentuk

diperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah Dasar Pendidikan adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkan masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalam bentuk penulisan, menekankan kepada usaha melahrkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan negara.

Proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik. Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu, dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya peruntukkan selanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan bagi perkembangan yang progressif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan kepada satu bentuk sistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan. Ini tertaluk dibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru itu perlaksanaan dasar yang seragam dimana kurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu yang sama, bahasa pengantar yang sama, sistem peperiksaan yang sama, bahasa dalam sistem pepriksaan yang sama , peraturan disiplin yang sama dan peraturan sekolah yang sama. Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastruktur dan kurikulum dalam sistem pendidikan formal negara ini terus dijalankan. Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa

Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah- sekolah (1982 ). Ini jelas dalam kenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet. Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Strategi Perlaksanaan Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi telah digubal. Antara lainya adalah seperti berikut:

a. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; b. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; c. Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; d. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; f. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar atau pendalaman; g. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru sekolah Menengah ( KBSM ) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; h. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978

Isu mengenai pelajar yang memperolehi 1 D dalam PMR naik Tingkatan 4. Latar Belakang Perlaksanaan dasar ini yang bermula tahuan 1998 telah menimbulkan situasi yang berbeza kepada golongan guru. Ada yang menyambut baik dan ada yang menerima dalam keadaan kurang senang hati. Telah diketahui oleh umum bahawa pelajar yang memperolehi 1D ini adalah golongan yang lemah pencapaian dalam pelajaran. Golongan yang terpinggir dan terpisah daripada rakan yang cerdas dan yang cemerlang. Justeru itu ada pelbagai persepsi umum terhadap golongan ini. Golongan pelajar yang lemah ini telah melalui pendidikan di sekolah rendah selama enam tahun. Kementerian Pendidikan telah menekankan konsep 3 M iaitu membaca, mengira dan menulis sewaktu di sekolah rendah. Justeru itu pada tanggapan umum golongan ini telah gagal menerima pendidikan di sekolah rendah Antara faktor yang jelas di atas kegagalan ini ialah kecerdasan mental ( IQ ) yang rendah. Dari sudut kognitif mereka amat sukar menerima pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu faktor sosio ekonomi yang rendah. Laporan Keciciran atau Laporan Majid 1973 antara lain kandungannya ialah kemiskinan merupakan faktor keciciran di sekolah rendah. Ibubapa yang berpendapatan rendah tidak berupaya membiayai persekolahan anak-anak mereka . Maka kurang sokongan ibubapa dari segi moral, material wang dan galakkan. Implikasinya kepada pendidikan dan menjurus kepada pencapaian yang rendah dikalangan pelajar ini. Harapan ibubapa begitu tinggi terhadap sekolah supaya dapat mengubah nasib anak mereka dalam pelajaran.

Apabila diberi peluang meneruskan pelajaran naik ke Tingkatan 4 walaupun 1D ia sedikit sebanyak menganggu dalam sistem pendidikan samada iklim dan budaya sekolah. Untuk mengetahui apakah implikasinya ke atas sistem pendidikan apabila dilaksanakan dasar ini akan dilihat dari berbagai sudut sepertimana rajah kerangka yang dibentuk untuk dibicarakan di bawah ini.

1. Peranan Dan Cabaran Guru. Pada asasnya peranan guru adalah sebagai pengajar , pendidik,guru, fasilitator, pengelola, penasihat dan pembimbing. Pendek kata peranan ini boleh disatukan sebagai peranan seorang pemimpin yang serba boleh.Selain daripada itu golongan ini yang lemah di peringkat awal iaitu sekolah rendah . Di sekolah rendah bilangan pelajar dalam sesuatu kelas begitu ramai sehingga 50 orang pelajar. Dalam hubungan ini pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan, guru kurang memberi tumpuan individu dan sentiasa dalam keadaan yang tertinggal dari semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Di lihat di sekolah menengah pula golongan ini yang mendapat pencapaian di sekolah rendah keadaan yang sama berlaku di sekolah menengah . Waktu ini pula pengaruh rakan sebaya begitu hebat yang akan memberi impak yang kuat kepada sistem pendidian di sekolah. Golongan ini ketara lemah dari segi kognitif akan tetapi dari segi fizikal cukup aktif. Keadaan ini akan pula menjejaskan disiplin sekolah. Didalam bilik darjah seoarang guru berperanan sebagai pemimpin penentu suasana emosi, penentu suasana sosial , pembentuk sikap, harapan guru, sistem kepercayaan guru kemesraan dan kelucuan, strategi kawalan bilik darjah, gaya kepimpinan guru, kaedah mengajar pengunaan

unsur-unsur psikologi seperti pujian dan motivasi. Persoalan sekarang dapatkah semua peranan ini iaitu guru sebagai pemimpin , penentu suasana emosi, penentu suasana sosial, pembentuk sikap dan harapan pelajar, pengukuh sistem kepercayaan , pengawal sosial dan pengawal tingkahlaku dilaksanakan dengan berkesan apabila pelajar lemah dan istimewa dapat melompat kelas kerana diperlukan mereka naik kelas. Hal ini mempunyai implikasi kepada latihan dalam pendidikan guru , beban tugas dan secara tak langsung mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran. Oleh demikian ini akan menimbulkan suasana konflik peranan dikalangan guru dimana harapan komuniti atau masyarakat begitu tinggi dari aspek pencapaian akademik pelajar sedangkan pelajar yang lemah naik kelas ke Tingkatan 4.

2. Saiz Kelas Kapasiti pelajar dalam sesuatu kelas akan menjadi bertambah apabila pelajar yang lemah ini ke Tingkatan 4. Keadaan akan memaksa pihak sekolah pecahkan dua apabila pelajar yang ramai dalam satu kelas. Sesetengah sekolah akan mengalami kekurangan bilik darjah. Ini akan menyebabkan banyak berlaku kelas terapung. Suasana begini amat tidak menyenangkan bagi guru yang telibat. Manakala kelas yang mecukupi timbul pula masalah lain suasana kelas yang tidak sempurna kerana kerusi dan meja yang tidak mencukupi . Selain daripada itu kelas tidak dapat di ceriakan kerana kurang kerjasama dikalangan pelajar. Golongan pelajar yang lemah ini lebih suka seronok , duduk berbual dan nakal. Ingin sahaja merosakkan apa yang ada didalam kelas . Suasana begini akan meningkatkan lagi usaha guru memantau dan melipat gandakan tenaga ,masa untuk mengawal dan adakalanya menghukum mereka.

3. Disiplin Pelajar Sekolah merupakan agen kawalan sosial . Mengenakan peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh pelajar. Kebanyakkan peraturan sekolah rasional kepada pihak pentadbir tetapi tidak sedemikian kepada pelajar sekolah dan merupakan satu tempat yang unik. Kolompok yang majoriti ( pelajar ) tidak mempunyai sebarang kuasa , manakala segala kuasa terletak kepada golongan minoriti ( guru dan pengetua ) . Pelajar yang merupakan golongan minoriti di sekolah sering di anggap sebagai belum cukup dewasa untuk diminta pandangan mereka. Maka tidak hairanlah jika sering berlaku konflik antara pelajar dan pihak sekolah berkaitan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Kajian Sharifah dan rakan-rakan ( 1995 ) yang meneliti buku rekod disiplin enam buah sekolah di Wilayah Persekutuan mendapati bahawa pelbagai salah laku antara tahun 1990 hingga Jun 1994 ialah salah laku mengancam, memukul dan mencederakan pelajar ( 522 kes ), berjudi ( 165 kes ), mencuri ( 135 kes ) , merosakkan harta benda sekolah ( 63 kes ), menggunakan katakata dan perbuatan lucah( 49 kes ), peras ugut ( 42 kes ) dan sebagainya. Mengapakah sekolah berjaya mendidik sesetengah golongan pelajar tetapi tidak berjaya mendidik pelajar yang lain? Keadaan ini berlaku kerana yang lemah dari segi pencapaian akademiknya berada di Tingkatan 4 terpinggir dan dilabelkan pelajar yang berisiko. Hakikat ini harus diterima oleh pihak sekolah kerana sebagai pelaksana dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

4. Prestasi Guru Dilihat segi prestasi guru yang terlibat dengan pelajar berisiko ini dapat diukur daripada pencapaian pelajar yang lemah ini. Guru yang terlibat dengan pelajar berisiko perlu bekerja keras dan memainkan pelbagai (extanded role) untuk membantu pelajar. Dari tinjuan yang dilakukan ternyata guru berasa tertekan kerana pelajar-pelajar yang lemah ini. Maka adakalanya guru bertindak di luar batasan berhadapan dengan pelajar seumpama ini kerana guru itu juga mahu mengekal prestasi yang cemerlang untuk dinilai oleh pihak sekolah. Guru sungguh berbesar hati sekiranya pelajar yang di ajar memberikan respon yang baik Melaksanakan tugas yang diberi sama ada di sekolah atau keja rumah . Ini dengan tersendirinya guru mengubah bentuk atau gaya kerja yang pasif ke arah lebih aktif. Sebaliknya jika guru berhadapan dengan pelajar yang berisiko ini ia mengambil cara yang mudah untuk mengajar , kadangkala lari dari prinsip asal untuk memberi ilmu kepada pelajar. Sering kali guru ini akan menjadi sasaran pihak pentadbir menggangap pihak guru tidak berfungsi sebagai seorang pendidik. Maka wujud pertentangan antara pihak pentadbir dan guru. Timbul konflik yang menjurus kepada perbalahan dan suasana begini tidak sesuai dalam amalan pendidikan. Menyentuh guru yang dedikasi sentiasa mengambil berat tentang pelajar atau muridnya. Mereka mahu murid-murid mereka berjaya dalam semua perkara. Adalah munasabah untuk mengatakan bahawaa kejayaan murid akan memberi kepuasan dan kebanggaan kepada guru. Kejayaan murid adalah kejayaan guru memberi bimbingan dan didikan yang sempurna. Jika sesebuah sekolah itu mempunyai ramai guru yang dedikasi, pencapaian sekolah itu sekali bertambah baik. Apakah keadaan ini akan terhasil jika pelajar yang lemah naik ke Tingkatan 4? Tahap dedikasi pasti menurun dan ini boleh menjejaskan kredibiliti guru terhadap profesyen perguruan.

5. Pengetua Dan Prestasi Akademik Pengetua sebagai faktor yang paling penting dalam mempengaruhi pencapaian matlamat sesebuah sekolah. Principal can make a difference yang diperkenalkan oleh Edmonds ( 1978 ) membawa maksud bahawa pengetua boleh mengubah keadaan sesebuah sekolah itu daripada kedudukannya yang kurang berkesan atau kurang berjaya kepada yang berkesan atau berjaya. Lebih tepat kejayaan sekolah itu disebabkan pengetuanya. Sweeney ( 1982 ) dalam kajiannya tentang sintesis sekolah yang berkesan mengariskan enam ciri-ciri kepimpinan pengetua seperti berikut: Pengetua akan menetapkan strategi pengajaran serta mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran. Bersama sama dengan guru, mereka juga membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah pelajar. Pengetua itu memberi penekanan kepada pencapaian akademik dengan memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti, pengajaran dan alatan atau bahan mengajar yang dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik. Pengetua juga mewujudkan iklim atau suasana sekolah yang teratur, aman dan menyeronokkan sesuai bagi pembelajaran di sekolah. Pengetua memastikan segala apa yang berlaku di bilik darjah itu mempunyai kesan ke atas keseluruhan matlamat sekolah dan program-program lain yang dijalankan. Pengetua menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru.

Pengetua sentiasa menilai kemajuan para pelajarnya Menetapkan harapan dan jangkaan sekolah dan sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau tidak. Oleh demikian berasaskan ciri kepimpinan yang dikehendakki dikalangan pengetua maka pihak Kementerian Pendidikan memikirkan satu bentuk latihan yang komprehensif bagi bakalbakal pengetua dalam abad 21 ini. Ia selari dengan pertambahan bilangan pelajar disekolah menengah atas dan bertambahnya pembinaan sekolah menengah. Cabaran kepada bakal pengetua yang baru ini untuk berhadapan kerenah dan kelakuan golongan pelajar yang lemah diberi peluang naik ke Tingkatan 4. Jika halangan dan cabaran ini dapat dilalui oleh pengetua baru, maka ia akan memberi persepsi lain pihak masyarakat . Masyarakat akan melihat dari sudut prestasi dan fleksibliti pengetua dalam menerajui kepimpinan disekolah . Secara tak langsung bidang tugas serta tanggung jawab guru mendapat penghargaan dari masyarakat. memikirkan

6. Budaya Sekolah Setiap sekolah mempunyai corak budaya tersendiri. Ia dapat dilihat dari sudut interaksi antara pelajar dan guru, nilai-nilai tertentu, mempunyai kepercayaan, falsafah, cara berfikir, tradisi yang diamalkan, sikap dan kepercayaan yang di amalkan, proses pengajaran dibilik darjah dan cara-cara pengetua menguruskan sekolahnya. Faktor-faktor yang merangkumi budaya sekolah ini telah terbukti dalam penyelidikan pendidikan sebagai faktor-faktor yang amat kuat mempengaruhi kemajuan sesebuah sekolah. Akan tetapi dengan kehadiran kelompok pelajar yang memperolehi 1D ini nilai dan kepercayaan itu akan berubah kerana guru melabelkan golongan pelajar ini berisiko . Hubungan dua hala antara guru dan pelajar kurang. Amalan dalam pendidikan akan berubah dimana wujud sistem pengaliran disekolah. Amalan budaya seperti ini tidak elok dan mengasingkan pelajar sehingga tiada wujud aktiviti kerjasama dan persefahaman serta semangat setia kawan. Ada beberapa sebab yang boleh difikirkan. Pertama ada pihak menyatakan bahawa budaya sekolah yang terlalu sempit ruangnya, terlalu berorientasikan akademik, tidak dapat menampung sebilangan pelajar yang tidak terdorong ke arah akademik. Kedua untuk berjaya disekolah para pelajar perlu menyesuaikan diri dengan budaya formal sekolah ( Reid 1986 ) , namun ada pelajar yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan tuntutan budaya sekolah. Mengikut Woods ( 1983 ) pula, ada pelajar yang mengikut kata dan tidak menyusahkan guru ( conformity ), ada pula yang berkebolahan tetapi suka melawan (innovation), ada yang tidak berkebolahan tetapi mengikut kata ( ritualism ) tidak melibatkan diri dalam pembelajaran ( retrectiom ), menunjukkan tingkah laku langsung dan vandalism ( intrasigence ), dan ada yang memberontak dengan senyap ( rebellion ). Pelajar yang bermasalah lazimnya ialah pelajar yang datangnya dari latar belakang keluarga yang kurang beruntung, pincang dan pelajar yang kurang berkebolehan.

7. Iklim Sekolah Iklim sekolah menjadi teras pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah. Hal ini meliputi peningkatan akademik, pembangunan aspek fizikal dalam alam sekitar sekolah, corak perhubungan manusia di sekolah dan perhubungan antara sekolah dengan masyarakat di sekitarnya serta pengurusan sekolah itu sendiri. Selain daripada itu iklim sekolah meningkatkan lagi perhubungan kemanusian di antara perseorangan ( inter- personal ) guru-pelajar, guru dan pengetua, guru dan pelajar. Merangsang semangat untuk belajar dan bekerja dikalangan pelajar, guru dan staf sekolah di sesebuah sekolah supaya produktivi sekolah dapat ditingkatkan lagi. Meningkatkan lagi disiplin sekolah, khususnya para pelajar secara internally induced melalui pembentukan persekitaran atau iklim sekolah untuk mendidik pelajar menguasai disiplin kendiri. Mewujudkan iklim dan suasana sekolah yang mengembirakan para pelajar khususnya. Kini persoalan timbul apabila iklim sekolah yang menyeronokkan, kondusif dan dapat membentuk disiplin kendiri pelajar dan seterusnya dapat menjadikan sekolah cemerlang tidak tercapai. Golongan pelajar yang lemah ini seringkali tidak memahami matlamat kendiri dan juga sekolah. Sebilangan mereka merasakan ke sekolah merupakan tugas rutin bagi mereka. Dikenakan peraturan untuk tujuan kawalan sosial tidak diendahkan. Proses sosialisasi tidak wujud dimana golongan ini kurang berinteraksi dengan guru, pelajar dan rakan sebaya. Keseronokan bagi mereka apabila tindakan itu memuaskan hati mereka tidak kepada pihak yang lain. Ini akan memberi tamparan kepada pihak sekolah kerana sukarnya mengekalkan iklim sekolah ke tahap yang dibanggakan.

Kesimpulan Berpegang kepada konsep semua orang berpeluang belajar, maka pelajar yang berisiko ini harus diberi peluang untuk belajar. Cuma tumpuan perhatian yang lebih kepada golongan pelajar yang berisiko ini. Kebanyakkan mereka mempunyai latar belakang keluarga yang pincang, kehidupan dibawah paras kemiskinan. Golongan pelajar ini amat mudah dipengaruhi oleh kegiatan yang tidak sihat dan mempunyai masalah disiplin yang berat disekolah. Oleh demikian pelajar-pelajar ini dikesan lebih awal dan di tempatkan atau program alternatif untuk meningkatkan konsep kendiri mereka dan mengasah bakat mereka melalui latihan kemahiran , budaya sekolah dan bilik darjah yang positif. Penglibatan mereka dalam pembelajaran dan meningkatkan perasaan kepunyaan ( sense of belonging ) terhadap sekolah menjadi asas yang penting dalam budaya sekolah. Akhirnya dengan melaksanakan dasar pelajar yang memperolehi 1D boleh naik ke Tingkatan 4 akan memberi kesan negatif dan positif Negatif kepada guru, sekolah dan bilik darjah kerana mempengaruhi saiz bilik darjah dan sekolah. Kesan kepada kerajaan ialah semua dapat disekolahkan dan dikawal serta diseliakan dalam waktu yang singkat. Hakikatnya semakin ramai berpeluang belajar sehingga menengah atas semakin banyak masalah dan bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah terutama dari aspek pengurusan, proses pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum.

Bibliografi Hussein Mahmood. 1993 . Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Sharifah Nor . 2000 . Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Siosologi Universiti Pertanian Malaysia. Sharifah Alwiah Alsagoff .1985 Sosiologi Pendidikan. SufeanHussin. 1993. Pendidikan di Malaysia , Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa Pustaka.Kuala Lumpur. Manja Mohd Ludin. 1990. Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan Dewan Bahasa Pustaka. Noran Fauzan Yaakub . Ahmad Mahdzan Ayob 1990. Guru Dan Perguruan Dewan Bahasa Pustaka. Ibrahin Saad. 1992. Perubahan Pendidikan di Malaysia, Satu Cabaran Dewan Bahasa Pustaka. Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara, Isu Dasar , Falsafah Dan Matlamat 2000. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai