Anda di halaman 1dari 31

1 (a) Jelaskan scr ringkas bidang ringkas bg cabang

aksiologi - 15 m
- 2 hujah

1|Page
1 (b) Bincangkan implikasi model progresivisme &
rekonstruktivisme terhadap FPK - 15m
Implikasi Aliran Rekonstruksionalisme dalam Pendidikan
1.    Tujuan Pendidikan
a.    Sekolah-sekolah rekonstruksionis berfungsi sebagai lembaga utama untuk
melakukan   perubahan sosial,     ekonomi dan politik dalam masyarakat.
b.    Tugas sekolah-sekolah rekonstruksionis adalah mengembangkan ”insinyur-insinyur”
sosial,    warga-warga negara yang mempunyai tujuan mengubah secara radikal wajah
masyarakat masa kini.
c.    Tujuan pendidikan rekonstruksionis adalah membangkitkan kesadaran para peserta didik
tentang masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi umat manusia dalam skala global,
dan mengajarkan kepada mereka keterampilan-keterampilan yang diperlukan untuk
mengatasi masalah tersebut.
2.    Metode pendidikan
Analisis kritis terhadap kerusakan-kerusakan masyarakat dan kebutuhan-kebutuhan
programatik untuk perbaikan.Dengan demikian menggunakan metode pemecahan masalah,
analisis kebutuhan, dan penyusunan program aksi perbaikan masyarakat.
3.    Kurikulum
Kurikulum berisi mata-mata pelajaran yang berorientasi pada kebutuhan-kebutuhan
masyarakat masa depan. Kurikulum banyak berisi masalah-masalah sosial, ekonomi, dan
politik yang dihadapi umat manusi, yang termasuk di dalamnya masalah-masalah pribadi para
peserta didik sendiri; dan program-program perbaikan yang ditentukan secara ilmiah untuk
aksi kolektif. Struktur organisasi kurikulum terbentuk dari cabang-cabang ilmu sosial dan
proses-proses penyelidikan ilmiah sebagai metode pemecahan masalah.
      Pelajar
Siswa adalah generasi muda yang sedang tumbuh menjadi manusia pembangun masyarakat
masa depan, dan perlu berlatih keras untuk menjadi insinyur-insinyur sosial yang diperlukan
untuk membangun masyarakat masa depan.
      Pengajar
Guru harus membuat para peserta didik menyadari masalah-masalah yang dihadapi umat
manusia, mambatu mereka merasa mengenali masalah-masalah tersebut sehingga mereka
merasa terikat untuk memecahkannya. Guru harus terampil dalam membantu peserta didik
menghadapi kontroversi dan perubahan. Guru harus menumbuhkan berpikir berbeda-beda
sebaga suatu cara untuk menciptakan alternatif-alternatif pemecahan masalah yang
menjanjikan keberhasilannya.
Menurut Brameld (kneller,1971) teori pendidikan rekonstruksionisme ada 5 yaitu:
1)   Pendidikan harus di laksanakan di sini dan sekarang dalam rangka menciptakan tata sosial
baru yang akan mengisi nilai-nilai dasar budaya kita, dan selaras dengan yang mendasari
kekuatan-kekuatan ekonomi, dan sosial masyarakat modern.
2)   Masyarakat baru harus berada dalam kehidupan demokrasi sejati dimana sumber
dan   lembaga utama dalam masyarakat dikontrol oleh warganya sendiri.

2|Page
3)   Anak, sekolah, dan pendidikan itu sendiri dikondisikan oleh kekuatan budaya dan sosial.
4)   Guru harus menyakini terhadap validitas dan urgensi dirinnya dengan cara bijaksana
dengan   cara memperhatikan prosedur yang demokratis.
5)   Cara dan tujuan pendidikan harus diubah kembali seluruhnya dengan tujuan untuk
menemukan kebutuhan-kebutuhan yang berkaitan dengan krisis budaya dewasa ini, dan
untuk menyesuaikan kebutuhan dengan sains sosial yang mendorong kita untuk menemukan
nilali-nilai dimana manusia percaya atau tidak bahwa nilai-nilai itu bersifat universal.
6)   Meninjau kembali penyusunan kurikulum, isi pelajaran, metode yang dipakai, struktur
administrasi, dan cara bagaimana guru dilatih.

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip atau mempunyai


banyak persamaan dengan Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme (Griffen Encharang, 2009).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai unsur yang mirip dengan Falsafah Pendidikan
Rekonstruktivisme yang mana falsafah pendidikan ini menekankan matlamat pendidikan sebagai
pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat harmoni dan makmur. Matlamat
pendidikan yang ditekankan dalam falsafah ini adalah serupa dengan matlamat pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2003).
Selain itu, melalui kepentingan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri, penemuan
serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan
menguasai kemahiran secara individu dalam KBSM dan KBSR juga dapat dilihat sebagai salah
satu unsur dalam falsafah pendidikan progresivisme dan pragmatism yang diserapkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Griffen Encharang, 2009).
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan matapelajaran yang dititik beratkan mengikut
falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme. Jika dilihat dalam kurikulum sekolah,
pendidikan teknik dan vokasional ini juga dititik beratkan dalam kurikulum Negara kita. Melalui
contoh ini, jelas bahawa terdapat unsur falsafah pendidikan Barat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

3|Page
2.a Nyatakan sistem pend pondok yg dilaksanakan dlm
negara (kuRIKULUM JQAF M/S 408)
Pendidikan Islam Awal Di Tanah Melayu.

Menurut Manuty (1984), pendidikan Islam awal di tanah Melayu tidak dapat dipasti
secara tepat bila ianya bermula. Kebanyakan pengkaji sejarah mengaitkan pendidikan awal
Islam di Tanah Melayu berkembang selaras dengan penyebaran agama Islam pada kurun
ke-14. KeIslaman Parameswara pada tahun 1414M, menjadi titik permulaan pendidikan
Islam berkembang di Tanah Melayu.

Apabila Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara


(kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M,
maka bermulalah perkembangan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.
Keislaman baginda turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan rakyat jelata. Bagi
memantapkan kefahaman tentang Islam, baginda mempelajari Islam daripada para ulama
dan pendakwah yang datang berdakwah ke Melaka.
(Roslan&Tarmizi, 2008)
Sistem pendidikan Islam yang diwujudkan pada waktu tersebut ialah kelas mengaji
al-Quran. Ia merupakan pelajaran utama kepada semua lapisan masyarakat ketika itu
walaupun tidak dilakukan secara formal (Ramlah A dam, 1991). Pengajian al-Quran ini pada
mulanya dijalankan di rumah guru yang mengajar al-Quran tersebut. Apabila bilangan pelajar-
pelajar mulai bertambah, kelas al-Quran kemudiannya berpindah ke surau dan masjid (Abdullah,
1995).
Selain al-Quran yang menjadi pengajian dasar, pendidikan Islam di Melaka terus
berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah,
Tasawuf dan Falsafah Islam sebagai kurikulumnya (Roslan &Tarmizi, 2011). Struktur
pendidikan dan kurikulum pada zaman ini, hanya menekankan aspek pembacaan,
penulisan, pengajian dl-Quran dan ilmu-ilmu asas agama.

Menurut Abdullah (1995), selain Melaka yang terkenal sebagai pusat pengetahuan
agama dan pendidikan Islam, negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Jambi, Kampar,
Bangkalis, Bentan dan Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang lain turut mendapat tempat
dikalangan penduduk tempatan terutama pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1459-1477). Sistem pendidikan Islam masih menjadi tumpuan para pelajar.

Perkembangan Pendidikan Islam Pada Zaman Penjajahan Barat

Ada ibu bapa yang sanggup mempertingkatkan lagi tahap pengajian anak
mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar ke luar negeri seperti

4|Page
Pattani, Mekah, Mesir dan negara-negara yang lain. Apabila mereka telah tamat
pengajian dan kembali ke Tanah Melayu, golongan inilah yang meneruskan sistem
pendidikan Islam dengan meluaskan lagi sistem yang sedia ada dengan membuka
institusi-institusi pengajian yang lebih tinggi tarafnya yang dikenali sebagai “Pondok”

Pengajian pondok bermula dan berkembang daripada aktiviti pengajaran di masjid yang menjadi
rumah Allah dan tempat pertemuan masyarakat Islam. Pelbagai aktiviti dan kegiatan keagamaan
dilaksanakan di pondok bagi mendedahkan masyarakat tentang segala permasalahan dalam Islam
seperti hukum hakam, akidah, dan masalah-masalah lain yang bersangkut paut dalam soal agama
Islam.50 Bertitik tolak daripada sistem pondok, pendidikan Islam diperkemaskan lagi melalui sistem
madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi dengan infrastruktur dari segi bangunan sekolah,
asrama, kemudahan rekreasi dan pejabat pentadbiran.51 Institusi ini lahir semasa gerakan islah di
Timur Tengah sedang rancak berlaku. Kesan gerakan islah di sana turut membawa perubahan di
Tanah Melayu apabila pelajar-pelajar yang belajar di Universiti al-Azhar, Mesir kembali ke Tanah
Melayu membawa bersama perubahan ini. Mereka berusaha untuk mengubah sikap orang Melayu
supaya memahami Islam dalam bentuk yang lebih lengkap. Salah seorang tokoh yang terlibat dalam
usaha untuk mengubah sistem pendidikan yang lebih sistematik ialah Syed Syeikh al-Hadi. Beliau
telah menubuhkan sebuah madrasah di Bukit Mertajam, Seberang Prai pada tahun 1906. Madrasah
tersebut dikenali dengan nama al- Madrasah al-Misriyah.52

Seterusnya pada tahun 1907, ditubuhkan pula madrasah di Singapura yang dikenali dengan nama
Madrasah Iqbal dan Madrasah al-Hadi pada tahun 1917 di Banda Kaba, Melaka.53
Pada tahun 1952, satu ordinan pelajaran telah digubal yang dinamakan sebagai Ordinan Pelajaran
1952. Dalam ordinan tersebut diadakan peruntukan Seksyen 70 mengenai pelajaran agama Islam dan
menjadikannya sebagai sebahagian kursus-kursus pelajaran di
sekolah bantuan kerajaan.54 Pelajaran Agama Islam terus mendapat perhatian yang wajar daripada
kerajaan apabila Syor Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) mencadangkan agar
mana-mana sekolah yang jika murid-muridnya tidak kurang
daripada 15 orang yang beragama Islam, maka pelajaran agama yang diberikan kepada mereka
hendaklah di bawah peruntukan oleh kerajaan.55 Cadangan tersebut diterima oleh kerajaan dan
dimasukkan dalam Seksyen 49, Ordinan Pelajaran 1957. Selain itu, turut ditetapkan bahawa sekolah
yang mempunyai murid Islammelebihi 15 orang diwajibkan mengadakan kelas agama Islam.
Peruntukan masa juga ditetapkan untuk kelas agama Islam isitusekurang-kurangnya dua jam
seminggu.56

5|Page
6|Page
7|Page
2. b Perincikan akta bagaimana 1996 dapat mencapai
hasrat membentuk warga malaysia yg bersatu padu
6.0 Peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam
Pembentukan Perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan
pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah untuk mencari
formula bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang
bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dalam keadaan rukun damai serta mempunyai
kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat
Malaysia.

8|Page
Peranan pendidikan penting dalam memupuk integrasi
dan perpaduan kaum. Dalam konteks Malaysia, hakikat
bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Oleh itu, menerusi Dasar Pendidikan
Kebangsaan,beberapa langkah telah diambil dalam usaha
ke arah mencapai matlamat ini. Untuk mencapai matlamat
tersebut, beberapa strategi telah disusun dan dilaksanakan
dalam membentuk perpaduan di negara kita.

Antara strategi-strategi pelaksanaan ialah menjadi bahasa


kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,
mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan
pelajaran yang seragam dan sistem peperiksaan yang
seragam,mewujudkan Sekolah Wawasan serta pelbagai
program pendidikan yang menggalakkan integrasi kaum

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam


sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini dinyatakan
dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152
Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu
Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa
kebangsaan 1967 telah menetapkan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa rasmi negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan
Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat

9|Page
untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama adalah satu prinsip Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat
bahawa Bahasa Kebangsaan bertindak sebagai tali
penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan
rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa
pengantaraan antara masyarakat kita yang berbilang kaum.
Malah, Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya
sebagai bahasa rasmi di negara kita. Selaras dengan
kedudukan serta peranannya, Bahasa Melayu merupakan
sebagai salah satu matapelajaran wajib yang perlu diajar di
semua peringkat serta jenis sekolah di Malaysia. Dalam
Akta Pendidikan 1996, telah menjelaskan bahawa
kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama hanya untuk sekolah kebangsaan sahaja dan
sekolah jenis kebangsaan dibenarkan menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar sekolah.

Meskipun sekolah jenis kebangsaan diwajibkan untuk


mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai subjek utama,
namun, perbezaan bahasa pengantar ini sebenarnya masih
menambahkan jurang antara kaum kerana kurangnya
interaksi pelajar dengan kaum yang lain. Masyarakat
Malaysia seharusnya sedar bahawa usaha untuk
membangunkan negara ini adalah usaha bersama iaitu
tanggungjawab setiap kaum yang merupakan rakyat
Malaysia. Kesedaran tentang kepentingan bahasa amat
penting kerana melalui perkongsian satu bahasa, kita
dapat berkomunikasi dengan lebuh berkesan .Penggunaan
bahasa yang seragam jugacmampu membantu
menghilangkan perasaan prasangka dan menigkatkan
kefahaman budaya sesuatu kaum tentang budaya kaum
10 | P a g e
yang lain. Sikap saling memahami ini akan mewujudkan
sikap hormat menghormati yang seterusnya akan
membantu memupuk integrasi kaum dan juga perpaduan.

Mewujudkan Kurikulum Yang Sama

“ The Minister shall prescribe a curriculum to be known


as the national Curriculum which subject to subsection (3)
shall be used by all schools in the National education
system (Education Act 1996,Sec. 18)”. Penyataan ini, jelas
menunjukkan bahawa kurikulum merupakan satu
rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya
segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah
menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari
segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan


sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet
pada tahun 1979: “ Dengan tujuan untuk mewujudkan
keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan
supaya pendidikan yang diberi kepada semua murid
hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah hendaklah
menggunakan sukatan pelajaran yang sama. (Perakuan
33)”

11 | P a g e
Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah adalah
sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum
Kebangsaan merupakan satu lagi ciri Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan
keperibadian ke arah pembentukkan perpaduan kaum di
negara kita. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) digubal dengan bertujuan untuk membangunkan
modal insan yang berilmu pengetahuan disamping
menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik
dan sikap saling menghormati. Bagi pendidikan sekolah
menengah yang masih menggunakan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, ia merupakan
kesinambungan kurikulum sekolah rendah yang
menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu.
Melalui kurikulum yang sama, asas perpaduan dapat
dipupuk semenjak dari alam persekolahan lagi.
Pendedahan awal ini mampu memupuk semangat
patriotisme yang tinggi terutamanya melalui subjek
Sejarah ataupun Sivik/Kewarganegaraan. Dari
keseluruhannya, analisis terhadap kandungan kurikulum
setiap peringkat menyimpulkan bahawa setiap aspek
perpaduan sangat di utamakan. Kurikulum juga tidak
menunjukkan unsur bias atau memihak kepada setiap
etnik. Budaya setiap etnik perlu diterima sebagai budaya
Malaysia. Oleh karena itu, dirumuskan bahwa kurikulum
pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan membayangkan
konsep bangsa Malaysia yang diharapkan wujud pada
masa depan yang akan datang. Dalam konsep ini tidak ada
budaya etnik yang akan dipinggirkan malahan semuanya
perlu ditonjolkan. Melalui pendidikan civic dan
kewarganegaraan kemungkinan suatu hari nanti rakyat

12 | P a g e
Malaysia akan lebih liberal atau bersifat terbuka, termasuk
dalam hal-hal berkaitan dengan agama.

Melaksanakan Sistem Peperiksaan yang Seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum


di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan
mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sekatan pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila
terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong
proses untuk menyatupadukan pelajar berbilang kaum di
samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan merupakan satu langkah yang


diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam
mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib
baik dari kawasan luar bandar ataupun pedalaman tanpa
mengira bangsa. Dengan itu, diharap semua kaum akan
mendapat menikmati kemudahan yang sama dalam
pendidikan. Di samping itu, alat-alat serta kemudahan yang
dibekalkan di sekolah-sekolah juga adalah seragam tanpa
13 | P a g e
mengira jenis sekolah iaitu sama ada sekolah kebangsaan
ataupun sekolah jenis kebangsaan. Dengan ini, tidak
timbul perbezaan kemudahan diantara jenis-jenis sekolah.

Selain itu, pelajar-pelajar dari kalangan pelbagai kaum


tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di
negara kita. Mereka diberi kebebasan untuk membuat
pilihan masing-masing. Ini kerana walaupun sekolah-
sekolah ini berbeza dari segi bahasa pengantar , namun
sukatan, buku teks, peperiksaan dan jadual waktu
diselaraskan secara berpusat.

Hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk mempelajari


bahasa dan kebudayaan kaum masing-masing tetap
dihormati dan diberi perlindungan sewajarnya. Diharap
dengan semangat toleransi dan hormat-menghormati ini,
usaha memupuk perpaduan dapat dicapai sepenuhnya.

Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan

Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk


mengeratkan perpaduan yangsudah sedia terjalin kukuh di
kalangan rakyat Malaysia. Penekanan semangat perpaduan
dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu dibangku
sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana kanak-
kanak ibarat kain putih yang bebas daripada sebarang
pemikiran negatif. Selain itu, tujuan penubuhan Sekolah

14 | P a g e
Wawasan juga adalah untuk menghayati tujuan Penyata
Razak 1956 yang di antaranya hendak menyatukan murid-
murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran.

Sekolah Wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang


berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan
pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa Melayu. Ini kerana
penguasaan murid-murid SJKC masih lagi lemah akibat
kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam Bahasa
Melayu di sekolah dan di rumah. Oleh itu, melalui
perkongsian kawasan dan kemudahan seperti kantin,
perpustakaan dan pelbagai kemudahan lagi, pelajar-pelajar
akan berpeluang untuk berinteraksi dengan kaum yang
lain.
Namun, pelaksanaan Sekolah Wawasan ini kurang
mendapat sokongan daripada masyarakat Cina khasnya
kerana bimbang identiti sekolah Cina akan terhakis.
Pemikiran sebegini merupakan faktor yang boleh
menggagalkan usaha memupuk perpaduan. Justeru itu,
rakyat Malaysia seharusnya tidak terlalu memikirkan
kepentingan diri dan mula berfikir untuk kebaikan semua
dalam mencapai matlamat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

15 | P a g e
Menggerakkan Semula Program RIMUP

Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)


adalah hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj
Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi
Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal,
pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah
rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum
serta sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum.
Namun, penekanan tidak diberikan tentang kefahaman
konsep aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2003-2010),
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan
semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih
segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan
pelajar dari sekolah yang terdiri daripada satu kaum untuk
berinteraksi dengan pelajar kaum yang lain dari sekolah
yang lain. Penglibatan masyarakat setempat, pentadbiran
sekolah,guru dan pelajar sekolah dalam kegiatan khas
bersama telah memperkukuhkan lagi konsep RIMUP.
Program RIMUP mempunyai 3 komponen utama iaitu
akademik,kokurikulum dan sukan, serta e- integrasi dan
akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam bidang
berikut :aktiviti kecemerlangan akademik, aktiviti
kesukanan dan permainan, aktiviti kokurikulum ,aktiviti
khidmat masyarakat, aktiviti meningkatkan patriotisme
serta aktiviti virtual melalui e- integrasi.

16 | P a g e
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan


masyarakat Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Justeru,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan
kaum dan integrasi nasional dapat dicapai. Salah satunya
ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010.Salah satu
fokusnya ialah meperkasakan Sekolah Kebangsaan.Tujuan
pelaksanaan program ini adalah agar Sekolah Kebangsaan
dapat menjadi salah satu teras pelaksanaan RMKe-9 bagi
merealisasikan Sekolah Kebangsaan sebagai tempat
memupuk perpaduan kaum dan pusat kecermelangan
pendidikan dalam bidang akademik dan bukan
akademik.Dasar Memperkasakan SK bertujuan supaya SK
kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Ini
kerana dengan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan,
diharap rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang
bangsa dapat memilih untuk menempatkan anak mereka di
satu sekolah di mana pelajarnya dapat berinteraksi dan
bergaul dengan kaum yang lain. Usaha ini diharap dapat
memupuk integrasi dan menjalin perpaduan kaum di
peringkat persekolahan lagi.
Namun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya
sekolah-sekolah yang terdapat di negara ini iaitu Sekolah
Kebangsaan yang sedia ada ataupun Sekolah Jenis
Kebangsaan masih lagi berpegang kepada kepentingan
kaum masing-masing. Ini kerana masih terdapat sekolah-
sekolah yang masih mengekalkan identiti vernakular
seperti yang terdapat pada zaman penjajahan British

17 | P a g e
dahulu. Pemikiran sebegini seharusnya dibuang, kerana
di era teknologi maklumat dan globalisasi ini, pendidikan
lebih bersifat global. Pelajar-pelajar harus didedahkan
dengan kemahiran untuk berinteraksi dan bekerja sama
dengan kaum yang terdiri daripda pelbagai latar belakang
agar dapat menyiapkan diri mereka untuk menghadapi
alam pekerjaan suatu hari nanti. Cabaran bagi menapai
Wawasan 2020 sebenarnya terletak di tangan masyarakat
Malaysia khasnya ibubapa dan pendidik untuk mencorak
pemikiran pelajar bagi memenuhi aspirasi nasional untuk
mencapai perpaduan kaum.
Oleh itu, adalah penting untuk kita semua membuka
minda dan lebih terbuka dalam isu yang membabitkan
pendidikan anak-anak agar dapat melahirkan generasi
yang mempunyai jati diri,nilai-nilai serta semangat
toleransi yang tinggi.

18 | P a g e
3 a. Jelaskan elemen memperkembangkan potensi indv yg
dihasratkan dalam FPK (BUKU JQAF MS 36)
- JERIS

19 | P a g e
3b Jelaskan peranan guru dalam menjayakan kurikulum di
sekolah

Falsafah Pendidikan Perguruan (FPG) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan
dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”

20 | P a g e
Berdasarkan FPG ini, terdapat 6 elemen penting yang menjadi teras pembentukan
guru-guru di Malaysia iaitu: Pertama, guru haruslah bersahsiah mulia. Kedua, guru haruslah
berpandangan progresif dan saintifik iaitu berkembang mengikut peredaran masa dan
sentriasa berusaha supaya tidak ketinggalan dalam bidang professional. Ketiga, guru
hendaklah bersedia menjungjung aspirasi negara iaitu dengan menyumbang secara
maksimum ke arah pencapaian negara. Keempat, guru hendaklah menyanjung warisan
kebudayaan negara dengan menyemai sifat patriotism. Kelima, guru haruslah menjamin
perkembangan individu yang iaitu guru berperanan memperkembangkan diri dan pelajar
secara menyeluruh. Keenam, guru perlu memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Tuntasnya, baik Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mahupun Falsafah


Perguruan Kebangsaan (FPG), kedua-duanya dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah Barat.
Namun begitu,pengaruh yang kita terima, tidak menjejaskan sedikit pun identiti serta jati diri
kita sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan nilai keagaamaan, kesopanan dan
ketatasusilaan. Pemimpin kita yang bijaksana telah mengadaptasikan aliran-aliran falsafah
Barat ini sesuai dengan peredaran zaman, agama, nilai dan budaya masyarakat berbilang
kaum di Malaysia.

-SUMBER: ASSIGNMENT UFO

4a Jelaskan langkah2 dalam model taba


Langkah 1: Diagnosis Keperluan
• Memerlukan proses mereka bentuk
kurikulum dengan mengenalpasti
keperluan pelajar iaitu mereka yang
menjadi target kurikulum yang dirancang.
• Mewujukan kesedian belajar dengan
merancang isi pelajaran mengikut
kebolehan pelajar serta susunan yang
sesuai.
Langkah 2: Membentuk Objektif
• Selepas mengenalpasti keperluan yang
diambil perhatian objektif untuk kurikulum
perlu dibentuk.
21 | P a g e
• Contoh:
• Di akhir pembelajaran pelajar boleh
menerangkan ciri-ciri setiap jenis promosi.

Langkah 3: Memilih Isi Kandungan


• Objektif yang dipilih atau yang dibentuk
adalah berdasarkan mata pelajaran dan
kandungan kurikulum.
• Berdasarkan Huraian Sukatan
Pembelajaran.

Langkah 4: Menyusun Kandungan


• Perancangan kurikulum tidak hanya
memilih isi kandungan, tetapi mesti
mengaturnya secara tersusun dengan
mengambil kira kemantangan pelajar,
percapaian pelajar dan minat pelajar.

Langkah 5: Memilih Pengalaman


Pembelajaran
• Isi kandungan mesti disampai kepada pelajar
dan isi kandungan perlu menarik perhatian
pelajar. Kaedah pengajaran guru mesti
melibatkan pelajar dengan isi kandungan.
• Dengan menggunakan pengalaman pelajar atau
pengetahuan sedia ada untuk mengaitkan
dengan pelajaran baru seperti topik yang lalu,
pengalaman harian yang pelajar lalui.
• Pengetahuan dan pengalaman ini harus ada
kaitan dengan topik yang akan diajar.

22 | P a g e
Langkah 6: Menyusun Pengalaman
Pembelajaran
• Isi kandungan perlu teratur dan tersusun.
Begitu juga dengan aktiviti pembelajaran.
Tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
pembelajaran.
• Menggunakan pengalaman pelajar, teknik
generalisasi.

Langkah 7: Menentukan Apa dan


bagaimana Menilai kurikulum
• Perancangan kurikulum perlu
mengenalpasti apakah objektif yang
dicapai. Prosedur penilaian perlu
diperuntukan oleh guru dan pelajar.
• Penilaian boleh dinilai dengan memberi
kuiz atau ujian.

23 | P a g e
4 b Huraikan faktor yg mempengaruhi perkembangan
perubahan kurikulum (M/S 180 BUKU FALSAFAH)
- politik,sosial, masyarakat
Faktor-Faktor Mempengaruhi Perubahan dan Perkembangan
Kurikulum Kurikulum bersifat dinamik dan sentiasa berubah
mengikut perkembangan semasa. Faktor yang mempengaruhi
perubahan dan perkembangan kurikulum adalah seperti
berikut:
Prospek Baharu
Kurikulum menawarkan prospek baharu dalam membangunkan
sumbangan Manusia melalui penerokaan dan penguasaan
pengetahuan dan ke mahiran terkini serta nilai-nilai hidup yang
menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat umum.
Progresif, Dinamik dan Seimbang Kurikulum hendaklah
seimbang dari segi akademik dan bukan akademik, ilmu
pengetahuan, teori dan aplikasi dalam kehidupan dan tempat
kerja, fleksibel mengikut kebolehan dan keupayaan murid serta
memenuhi keperluan dan perkembangan masa.
Pasaran dan Industri
Kurikulum yang menawarkan pengetahuan dan kemahiran
yang mempunyai kebolehpasaran dan mempunyai nilai tambah
sesuai dengan dengan matlamat menyediakan guna tenaga
Manusia yang berketrampilan dalam menghadapi perubahan
negara perindustrian tinggi dan ekonomi pasaran. Peningkatan
Kualiti Pendidikan Kurikulum yang mengambilkira kepentingan
Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran,
persekitaran pembelajaran yang menyeronokan, kemudahan
pembelajaran dan kualiti pendidikan guru

24 | P a g e
Ketatanegaraan dan Patriotisme
Kurikulum dapat mengukuhkan unsur-unsur dan nilai-nilai
ketatanegaraan bagi meningkatkan komitmen indidvidu
terhadap masyarakat dan negara. Kurikulum terarah kepada
pembinaan masyarakat madani seperti masyarakat berintegriti,
berdisplin, setia, bertanggungjawab, mempunyai jati diri,
berwawasan dan memainkan peranan aktif dalam memajukan
bangsa dan negara.
Sains dan Teknologi
Kurikulum yang memberi penekanan dalam bidang sains dan
teknologi untuk merealisasikan matlamat Malaysia sebagai
negara maju yang berteraskan teknologi tinggi. Modenisasi
Modenisasi membawa kepada transformasi pemikiran dan cara
hidup yang lebih berkualiti. Seiring dengan perubahan yang
diinginkan, kurikulum perlu menekankan perubahan nilai,
pemikiran sarwajagat dan ideology yang positif, dinamik dan
progresif sebagai asas mengubah cara hidup, membebaskan
belenggu pemikiran dan fahaman tradisional yabng menyekat
Kemajuan dan perubahan masyarakat.
Globalisasi
Kemajauan teknologi canggih dalam era komunikasi global
menghasilkan ledakan maklumat pelbagai aspek pengetahuan,
ekonomi, sosial, politik yang bersifat tanpa sempadan.
Kemahiran-kemahiran mengakses, mengendali, memilih,
menilai dan menggunakan maklumat secara efisien dan bijak
perlu dikuasai.

25 | P a g e
Pekerja Berilmu
Kurikulum seharusnya berupaya menghasilkan pekerja berilmu
yang inovatif dengan menjana segala kekuatan dan kuasa
minda secara optimum dan berkesan Pendidikan Agama dan
Akhlak Pengukuahn kepada pegangan agama beserta dengan
penerapan nilai-nilai murni di peringkat awal agar dapat
membendung fahaman dan amalan yang bercanggah dengan
nilai kehidupan yang mulia Pengukuhan Kemahiran Asas 3M
dan Kemahiran Abad ke-21 Penguasaan Kemahiran Asas 3M
yang merupakan asas kepada pembelajaran seumur hidup.
Pengukuhan terhadap 3M memberi ruang dan peluang untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang
penting pada masa akan datang misalnya Kemahiran Abad ke-
21 Kesinambungan Pendidikan Perancangan kurikulum dibuat
dalam konteks menyeluruh dari peringkat prasekolah sehingga
ke peringkat pengajian tinggi supaya kesinambungan
penerusan dan penjajaran kurikulum yang tersusun, mantap
dan berkualiti dapat dirangka.
Sumber: Dasar Pembangunan Kurikulum Kebangsaan, KPM,
2014

26 | P a g e
Bahagian B:

1. Terangkan faktor yg mempengaruhi perubahan dalam


satu kurikulum

27 | P a g e
2. Sejauh mana pelaksanaan KSSM memberi implikasi
terhadap pendidikan di Malaysia
 

OCT

29

IMPLIKASI TERHADAP PERUBAHAN KURIKULUM (KSSR)

            Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada tahun lepas sedikit
sebanyak memberikan beberapa imlikasi terhadap pendidikan negara dari segi
perkembangan murid-murid di sekolah, cara pengajaran dan pembelajaran, bahan dan
sokongan kurikulum, prasarana sekolah, dan penerapan nilai-nilai yang murni ke dalam diri
setiap rakyat.

            Murid-murid mempunyai tahap perkembangan mereka masing-masing mengikut


peringkat umur. Murid-murid yang mempunyai daya fikir yang tinggi amat menepati
matlamat KSSR dan mereka perlu dilatih oleh guru-guru khas. Dari segi perkembangan
kognitif, perubahan dari semasa ke semasa akan di nilai dan dibuat penambahbaikkan. Hal
ini akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan di negara kita.
Mereka tidak lagi didedahkan dengan pelajaran lama iaitu mereka sekaran didedahkan
dengan dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap kognitif mereaka akan lebih cepat
berkembang beserta dengan dorongan guru-guru.

            Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berubah. Hal ini
adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru meyediakan modul
pengajaran yang sesuai di sekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa bagi
mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu bijak dalam
mengajar murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, mempelbagaikan gaya pengajaran.
Guru-guru tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks, malah mereka mengeluarkan
dan mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk pengajaran di dalam kelas. Murid-
murid juga digalakkan memberi idea dan pendapat semasa pembelajaran di dalam kelas.

            Seterusnya, perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan sokongan
kurikulum. Dalam perubahan ini, dokumen standard bagi semua mata pelajaran disediakan
mengikut wajaran masa yang telah ditetapkan oleh kementerian. Hal ini bermakna, guru-

28 | P a g e
guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut ketetapan peruntukan
masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

            Sejurus selepas transformasi kurikulum dilakukan oleh kementerian, permintaan


prasarana dari pihak sekolah meningkat dan bilangan prasarana akan mula bertambah di
setiap sekolah. Hal ini kerana  beberapa subjek yang ditambah atau ditambahbaik
meningkatkan prasarana. Sebagai contoh, Dunia Sains dan Teknologi. Ia memerlukan
prasarana seperti komputer dan peruntukan pembinaan kawasan pembelajaran komputer
seperti makmal komputer. Selain itu, Dunia Kesenian juga memerlukan prasarana yang
mencukupi seperti alatan seni visual dan  alatan muzik di setiap sekolah.

            Akhir sekali, penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap individu di negara kita.
Nilai-nilai kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam sekeliling dapat diterap melalui
pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, nilai-nilai
kepercayaan dan kesetiaan beragama dapat dipupuk melalui Pendidikan Agama Islam iaitu
pendidikan yang penuh dengan nilai-nilai holistik. Hal ini akan melahirkan rakyat yang
berjiwa murni dan sosial di negara kita akan terjaga daripada ancaman gejala sosial.

            Kesimpulannya, kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen


menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus
kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah baru ini tidak akan memberikan impak yang positif jika tidak mendapat kerjasama
daripada semua pihak.

29 | P a g e
Kesan Perlaksanaan KSSR dan KBSR
 Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan
yang adil dan saksama
 Memperkasakan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa
ilmu
 Memantapkan perpaduan dan integrity nasional
 Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan
budaya
 Meneruskan program pendidikan yang mempunyai
impak tinggi bagi memupuk perpaduan dalam
kalangan murid
 Meningkatkan semangat patriotic dengan memastikan
Rukun Negara dipelajari dan dihayati bermula
peringkat persekolahan

3. Bincangkan tanggungjawab profesional guru secara


terperinci

30 | P a g e
31 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai