Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Malaysia Ketujuh

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7: 1996-2000)

RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7
disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan
membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan
strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh
masyarakat dan ekonomi.

RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana


di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan
secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan
adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input
yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong
oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala
besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.

RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang


latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan
teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan
peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara.
Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996),
namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah
menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.

Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997.
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga
kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN)
pada 23 Julai 1998.akian Ke Puncak Emas

Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan


peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang. Dengan

persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang baru muncul bagi mendapatkan
sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan, tumpuan RMK-7 adalah untuk
mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif
sektor swasta. Penekanan yang khusus akan diberi kepada usaha meningkatkan
kemahiran, mendalamkan modal dan membangunkan teknologi. Aspek yang penting
adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti penggunaan sumber yang akan
memperkukuhkan daya saingan negara.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)

Pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)
(1998-2010) yang menentukan hala tuju pembangunan sektor pertanian

negara. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah
menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan
makanan menjelang tahun 2010 melaluiPlan Tindakan BOT (Balance Of Trade). Dasar
Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) bertujuan untuk

meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan


antarabangsa. Di antara matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga

(DPN3) (1998-2010) adalah untuk:

 Meningkatkan food security negara melalui transformasi modus operandi pertanian


yang berorientasikan komersial

 Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui permindahan


teknologi

 Merapatkan rantaian di antara sektor pertanian dengan sektor lain

 Mewujudkan sumber pertumbuhan baru mengguna dan memulihara sumber


semulajadi secara lestari.

Strategi dan Pelaksanaan RMK-7

Dalam tempoh RMK-7, pengurusan ekonomi makro diberi tumpuan kepada mengekalkan
pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi memudahkan pencapaian
objektif sosioekonomi dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. KDNK
mengikut nilai sebenar dijangka tumbuh dengan pesat pada kadar purata 8.0 peratus
setahun dengan kadar inflasi yang rendah.

Usaha memerangi inflasi diteruskan melalui dasar fiskal dan kewangan yang bersesuaian
serta langkah pentadbiran dan penyesuaian penawaran. Usaha juga ditumpukan untuk
mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5 peratus manakala kemiskinan di kalangan
golongan termiskin akan dapat dibasmi sepenuhnya menjelang tahun 2000. Dalam
hubungan ini, program membasmi kemiskinan termasuk Program Pembangunan Rakyat
Termiskin (PPRT) akan ditumpukan kepada pengurangan kemiskinan di kawasan dan di
kalangan kumpulan yang kadar kemiskinannya tinggi.

Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan RMK-7 ini. Cabaran utama
yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan
transformasi ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada
pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan
faktor buruh dan modal serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan
kemahiran, mendalamkan modal di samping memajukan pengurusan dan
keusahawanan.

Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah:-

 Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi


terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan
tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa.

 Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan


pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara
serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada
hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT.

 Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih


tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang
bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.

 Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan


dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi
yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir
sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada
pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika
masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.UN

Kerajaan terus berusaha mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta pengurusan
ekonomi yang cekap bertujuan menyediakan persekitaran yang baik bagi mencapai
pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama sejajar dengan matlamat DPN. Usaha
mewujudkan ekonomi yang lebih seimbang, mempunyai asas yang luas, berdaya tahan
dan berdaya saing di peringkat antarabangsa tetap penting bagi menyediakan asas yang
lebih kukuh untuk mencapai pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam proses
peralihan ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai