Anda di halaman 1dari 2

Kerangka Penyediaan Kertas Kerja Ringkas Projek

Pengenalan
Kerja menyediakan kertas kerja kadangkala adalah rumit dan kompleks.
Dalam usaha memperincikan setiap data dan aktiviti projek bersama ini
disertakan kerangka ringkas untuk memandu tugasan penyediaan kertas
kerja.

LATAR BELAKANG PROJEK


 Memberikan keterangan ringkas berhubung projek dan penerangan
ringkas berhubung projek atau produk yang di cadangkan (mulakan
dengan apa masalah yang timbul serta memotivasikan penyelesaian
melalui projek dan penciptaan produk)
 Perincikan Misi, Visi dan objektif atau matlamat projek.

PENYATAAN MASALAH

 Pernyataan masalah adalah bahagian permulaan yang kritikal dalam


usaha melaksanakan projek atau langkah mitigasi untuk menyelesaikan
sesuatu masalah
 Proses utama adalah mengenalpasti apa masalah yang berlaku dan
kaitan dengan atau yang memberikan impak kepada proses yang lain
 Cth: Persekitaran yang kotor menyebabkan ramai kakitangan jatuh sakit
dan mengambil cuti
Duplikasi kerja menyebabkan kekangan penyiapan kerja serta
produktiviti Jabatan menurun

DESKRIPSI SISTEM

 Menerangkan secara ringkas berhubung projek atau penciptaan yang


dilaksanakan .
 Cth : Projek Aplikasi Sistem - ini akan berfungsi untuk
mengintegrasikan semua laporan, tugas dan tugas khas termasuk
operasi dan lain-lain perkhidmatan di bawah bidang tugas Jabatan.
SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
 Menerangkan kepentingan signifikan pemilihan proses menambah baik
atau projek yang dijalankan.
 HUbungkan dengan perkaitan selaras dengan misi dan visi Jabatan

 Contoh:

Membudaya tatacara bekerja baharu menggunakan kemajuan teknologi


dalam merekod dan memperincikan tugasan dan aktiviti harian.

CADANGAN PENYELESAIAN
 Senaraikan cadangan dan idea untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi iaitu melalui perubahan tugas mahupun proses bekerja.

PEMBUKTIAN PROJEK
 Pembuktian melalui uji cuba dan beberapa analisis. Lebih menarik
dibuat dalam ilustrasi gabungan teks dan grafik (carta alr dsb)

Anda mungkin juga menyukai