Anda di halaman 1dari 32

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

1.0 PENGENALAN

Sebelum berlakunya proses pengindiaan di Asia Tenggara, sememangnya sudah pun wujud
perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara. Perhubungan ini dikatakan berlaku
sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala di mana bukan sahaja orang India menjelajah
ke kawasan Asia Tenggara bahkan orang Melayu juga turut sampai ke India. Pengaruh
agama Hindu dan Buddha diterima secara umum sebagai antara agama terbesar dunia. Pada
masa yang sama, berdasarkan bukti-bukti sejarah termasuk tinggalan-tinggalan arkeologi,
pengaruh tamadun India ini tersebar ke sebahagian besar kawasan di benua Asia terutama
Asia Tenggara dan Asia Timur. Namun begitu, pengaruh dan kesan Indianisasi ini lebih jelas
kelihatan dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Apa yang dikatakan sebagai “pengindiaan” itu bukanlah bermaksud “menjadikan


India” dalam erti kata kebudayaan di Asia Tenggara ini berubah menjadi kebudayaan India
seluruhnya kesan daripada kedatangan budaya India tersebut. Akan tetapi apa yang
sebenarnya dimaksudkan adalah dengan pengindiaan itu ialah unsur-unsur budaya India
telah meresap masuk ke dalam budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara
dua budaya itu. Ini bukan bermakna budaya tempatan itu hilang langsung dan digantikan
dengan budaya India kan tetapi hanya sebahagian ciri-ciri India diserap masuk ke dalam
budaya tempatan mengikut kepada kesesuaian dan menerima apa yang sesuai sahaja dan
menyelaraskannya dengan kehendak dan keadaan tempatan.

‘Indianization’ atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama Hindu-


Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran
kesusasteraan Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu-
Buddha. Dari segi istilahnya, konsep Indianisasi digunakan dengan pengertian luas iaitu
pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India1. Menurut Brian Harisson, sifat-
sifat budaya Hindu-Buddha yang meliputi unsur yang didapati dari India melalui aspek
politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera. Sementara itu, Coedes juga
berpendapat bahawa Tanah Besar telah memainkan peranan yang penting dalam
penyebaran agama dan kebudayaan India di Asia tenggara2. Proses Indianisasi ini berlaku
disebabkan perluasan India di sebelah Timur. Menurut George Coedes lagi, beliau

1 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Islam, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003, hlm.5.

2 G.Coedes Walter F. Vella (Ed),The Indianizd States Of Southeast Asia (Terjemahan Susan Brown Cowing), Kuala
Lumpur: University Of Malaya Press, 1968, hlm.10.

1
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

menyatakan bahawa sarjana pengajian epigrafi dan penulis subjek moden pertama,
Indianisasi dikembangkan melalui cara tersendiri di Asia Tenggara untuk menghasilkan karya
seni yang sangat asli. Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa sarjana pengkhususan
epigrafi dan penulis subjek moden yang pertama, proses Indianisasi berkembang dengan
cara yang tersendiri di Asia tenggara untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli dan
bermutu3.

Berbeza pula dengan sarjana Quartrilh Wales. Beliau menyatakan bahawa proses
Indianisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan orang India ke atas Asia Tenggara tetapi
proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara adalah satu proses kebudayaan dan agama
Hindu yang sesuai dengan keadaan tempat lahir diserap masuk kedalam kehidupan tempat
yang telah menjadi satu bentuk tamadun yang baru4. Selain daripada itu, menurut Casparis
pada tahun 1983 pula mencadangkan prinsip awal Indianisasi untuk menggantikan corak
perhubungan berkekalan antara benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau mungkin
pemahaman berkaitan Indianisasi digantikan oleh perhubungan yang rumit diantara pelbagai
daripada dua buah rantau.

Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan
berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di
dalam proses Indianisasi, pelbagai aspek kehidupan dari India dibawa masuk ke Asia
Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha.
Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran Sindharta Gautama Buddha. Agama ini pada
awalnya telah berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka
seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara
amnya terbahagi kepada dua fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman
Hinayana. Agama Hindu pula mendapat tempat daripada golongan bangsawan dan raja-raja
kerana di dalam agama Hindu, terdapat konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan
bangsawan dianggap mulia dan dianggap mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Ekoran
daripada itulah, agama Buddha telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf
ataupun hierarki sosial.

3 Thieery Zephir, Khmer Lost Empire Of Cambodia, London: Themes and Hudson ltd, 1998,hlm.98.

4 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka, 1981,hlm.53.

2
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Penggunaan istilah ‘penghiduan’ (indianization) dan perkembangan kebudayaan


Hindu (expansion of Indian culture) telah digunakan oleh sarjana-sarjana Barat bagi
memperlihatkan kesan pengaruh Hindu ke atas Asia Tenggara. Coedes pula menganggap
negeri-negeri yang beroleh kemajuan hasil daripada pengaruh Hindu sebagai les etats
hindouises. Walaupun begitu, agama Buddha juga memainkan peranan penting dan agama
Buddha Theravada menjadi anutan sebahagian besar penduduk-pendududk Burma, Arakan,
Thailand dan Kemboja. Unsur-unsur Hindu-Buddha ini sememangnya berkisar daripada
pengaruh India yang dijadikan sebagai ideology moral dan politik. Menurut Professor Yoneo
Ishii, sehingga tahun 1975, Buddhisme dijadikan sebagai agama rasmi di Kampuchea dan
Laos sementara di Siam agama ini dianggap sebagai agama rasmi dari segi pengalaman.
Melalui perbincangan dalam soalan ini akan menerangkan bagaimana proses indianisasi ini
berlaku di Asia Tenggara yang dilakukan oleh egen-egen penyebaran budaya India dan
kesan serta pengaruhnya dalam sistem sosial, politik dan ekonomi masyarakat Asia
Tenggara.

Malahan, menurut sarjana Kulke menyatakan bahawa hubungan sosial yang akrab di
antara masyarakat di kedua-dua belah pihak Teluk Benggala berbanding dengan jarak sosial
antara kuasa agung India dan orang Asia Tenggara telah menjadikan India sebagai rujukan
untuk menarik Asia Tenggara. Di tambah lagi dengan definisi Casparis yang menyatakan
prinsip awal Indianisasi untuk mengantikan corak perhubungan yang kekal antara benua
Kecil India dan bahagian Maritim Asia Tenggara atau mungkin penjelasan yang berkaitan
dengan proses Indianisasi ditukarkan dengan perhubungan yang rumit diantara pelbagai
bahagian daripada dua buah rantau ini5.

2.0 GELOMBANG PROSES INDIANISASI

2.1 Pemerintahan Dinasti Gupta (Abad ke 4-6 M)

Empayar Gupta sedikit sebanyak telah merancakkan semula perkembangan tamadun India
yang agak malap ratusan tahun sebelumnya. Empayar yang menguasai bahagian tengah
India ini telah diasaskan oleh Chandragupta I. Tempoh pemerintahan empayar Gupta
dikenali sebagai Zaman Klasik dalam Tamadun India kerana pencapaiannya yang tinggi
dalam bidang kesusasteraan Hindu, seni bina kuil, perkembangan Sains dan perkembangan

5 Michael Jacq Hergoualch, Translated Victoria Hobson, The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk
Road. ( 100 BC-1300AD), Boston: Brill, 2002, hlm.74.
3
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

lain-lain. Dalam bidang seni, Empayar Gupta didapati merupakan pelopor kepada pembinaan
kuil Hindu yang mempunyai nilai seni keindahan yang tunggal dan kemudiannya disebarkan
ke seluruh India.

2.2 Pemerintahan Pallava (Abad KE-4-9M)

Bahagian Selatan India pernah menyaksikan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang
berasingan. Perkembangan tamadun India di sebelah Selatan ini dikenali sebagai Zaman
Sangam kerana sumbangan terhadap kesusasteraan dan mengadakan perdagangan dengan
Eropah serta Asia Tenggara. Dalam kerajaan Pallava ini sudah menunjukkan bibit permulaan
penyebaran budaya dan pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara melalui hubungan
perdagangan yang dijalinkan ketika itu. Keadaan ini sudah pasti melibatkan golongan vaisya
yang berfungsi dalam aspek perdagangan pada masa itu. Kedatangan golongan Vaisya ke
Asia Tenggara telah membina petempatan-petempatan perdagangan India di Asia Tenggara
sekaligus memudahkan interaksi di antara penduduk tempatan dan menyebarkan
kebudayaan Hindu-Buddha.

2.3 Pemerintahan Pala (Abad Ke 8-12M)

Kerajaan Pala menyebarkan fahaman agama Buddha Mahayana bukan hanya di Tibet pada
abad ke-7 tetapi juga pada abad ke-8 di Jawa. Walaupun fahaman Mahayana sudah tidak
ada di Jawa, namun pengaruhnya dapat dilihat pada candi Borobudur sebagai salah satu
karya seni manusia yang megah. Di sana pada 772 pendiri dinasti Sailendra mendekorasi
bukit dalam sebuah stupa yang memperlihatkan visual dunia mitologi dan metafizik
Mahayana. Situasi ini menggambarkan kewujudan pengaruh ajaran Hindu-Buddha melalui
kesenian telah diasimilasikan ke dalam hidup masyarakat.

2.4 Pemerintahan Chola (Abad Ke 9-13M)

Kerajaan Chola wujud antara tahun 300 sebelum Masihi sehingga 300 Masihi. Semasa
pemerintahan kerajaan Chola, pengaruh tamadun India tersebar dengan meluasnya ke Asia
Tenggara khasnya dibawah pemerintahan Rajendra Chola yang dapat membentuk Srivijaya
di Asia Tenggara. Kerajaan Chola telah meluaskan kekuasaan sehingga ke seberang laut iaitu
ke Asia Tenggara. Pada kerajaan Dinasti Chola, arkitektur candi India gaya timur mencapai
kemuncaknya. Walaupun pada hakikatnya kerajaan Chola gagal bertahan lama namun
mereka mewariskan monumen abadi khusunya dalam unsur-unsur seni seperti yang terdapat
pada Angkor Wat dan Borobudur.

4
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

3.0 PROSES DAN PERDEBATAN INDIANISASI

Beberapa teori telah dikemukakan mengenai cara-cara kedatangan pengaruh dan


kebudayaan India di Asia Tenggara. Antara teori-teori tersebut ialah, Ksyatria merupakan
tentera dari India yang datang ke Asia Tenggara untuk meluaskan kekuasaan mereka dan
tanah jajahan mereka melalui cara ini proses Indianisasi dapat dibawa masuk ke dalam Asia
Tenggara.6 Walaubagimanapun toeri ini disangkal oleh Brian Harrison. Manakala golongan
Brahmin juga dikatakan memainkan peranan yang besar dalam proses penerapan agama
Hindu dan kebudayaan India. Golongan ini telah menjalankan kegiatan penyebaran agama
Hindu pada masyarakat tempatan di Asia Tenggara contoh seperti di Bali Indonesia yang
mengamalkan ajaran Hindu sehingga terdapatnya candi-candi yang dibina contoh candi
Borobudur yang menunjukkan bukti wujudnya proses Indianisasi di Asia Tenggara7.

3.1 Perpindahan Masyarakat India di Asia Tenggara

Terdapat dua teori yang menerangkan gelombang penghijrahan orang-orang India salah
satu daripadanya adalah perpindahan tersebut disebabkan keadaan kacau-bilau di India. Hal
ini menyebabkan ramai orang India melarikan diri mencari tempat kediaman di seberang
laut. Kekacauan tersebut disebabkan oleh penaklukan kejam kalinga oleh Maharaja Maurya
iaitu Asoka pada abad ke-3 S.M. Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang menyokong
teori tersebut kerana pengaruh India hanya terdapat di Asia Tenggara pada beberapa abad
kemudian.

Teori seterusnya ialah perpindahan tersebut adalah disebabkan oleh desakan


serangan-serangan Kushan ke atas India dalam abad pertama. Namun begitu, tidak terdapat
bukti yang menunjukkan penaklukan Raja Kushan telah menyebabkan orang India lari ke
seberang laut. Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa pelarian keluar orang India
adalah akibat daripada serangan-serangan Samudragupta padahal ia merupakan satu
perkara yang tidak mungkin berlaku pada bahagian awal kedatangan pengaruh India ke Asia
Tenggara.

6 Robert L. Brown, The Dvarati Wheels of The Law And The Indianization of South East Asia, Leiden: BRILL,
1996, hlm.187.

7 J. Stephen Lansing, The Indianization Of Bali,Journal of Southeast Asian Studies 14, no.2, 1983: 421

5
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

3.2 Teori Penyebaran Hindu-Buddha di Asia Tenggara

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa orang ahli sejarah mendapati bahawa
kedatangan atau penyebaran Hindu- Buddha di Asia Tenggara tidak dapat dipastikan
kesahihannya. Hal ini kerana para sarjana tidak dapat mengenal pasti teori penyebaran
agama Hindu- Buddha secara tepat. Namun demikian, terdapat beberapa pendapat atau
pandangan daripada para sarjana yang boleh diguna pakai walaupun kesahihannya belum
dapat dipastikan. Perkara sedemikian adalah berdasarkan teori `trivamsa` yang mana teori
ini menekankan peranan yang sangat penting terutamanya golongan Brahmin, Ksyatria atau
Vaisya yakni golongan berpengaruh dalam sistem Kasta8. Antaranya;

3.2.1 Teori Ekonomi

Teori ekonomi atau teori Vaisya ini diperkenalkan oleh sarjana barat iaitu N.J Krom dan
disokong oleh sejarawan lain seperti G.Coedes9. Dalam teori ini mengatakan bahawa
penyerapan kebudayaan India berlaku ke Asia Tenggara secara damai (penetration
pacifique) kerana peranan yang cukup besar dimainkan oleh orang India itu sendiri. Teori
ekonomi merupakan teori yang tertua diperkenalkan dan berdasarkan teori ini jugalah yang
telah membawa kepada kebanjiran serta galakkan kepada para pedagang India datang ke
Asia Tenggara sejak awal abad masihi lagi. Begitu juga pendapat Coedes, dalam
bukunya The Indianised States of Southeast Asia telah menyebut tentang perkembangan
kebudayaan India di Asia Tenggara ini berlaku kesan daripada hubungan perdagangan. Para
pedagang ini terdiri daripada kasta Vaisya merupakan penyebar budaya India melalui
perhubungan mereka kepada penduduk tempatan10. Perkara sedemikian bukan sahaja
tertumpu kepada prinsip para pelaut dan pedagang India itu sendiri iaitu mencari emas dan
rempah. Hal tersebut berlaku adalah kerana India telah memperoleh emas melalui jalan
darat di Siberia sejak sebelum masihi lagi.

Walau bagaimanapun, ianya telah terhalang kerana disekat oleh orang- orang di Asia
Tengah. Lantaran itu menyebabkan mereka terpaksa mengimport mata wang dari Rom,

8 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distrubutor Sdn.Bhd, 2000. hlm.54.

9 Ahmad Jelani Halimi. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. 2008. Hlm.68.

10 Ibid,.hlm.69.

6
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

namun ianya tidak berkekalan. Pada masa yang sama, telah berlaku sesuatu yang baru di
mana pada masa tersebut timbulnya alasan untuk mengembara ke Asia Tenggara yang
dianggap sebagai `Survanabhumi` (Bumi Emas), `suvarnadhipa` (Semenanjung Emas),
ataupun turut dikenali sebagai `Golden Khersonese`. Hal ini terbukti dalam karya Jataka
yang mana mengandungi kisah- kisah kegiatan para pedagang dari India yang berdagang di
Asia Tenggara untuk mencari kekayaan seperti emas. Para pedagang India tersebut bukan
saja menetap secara tetap, malah ada di antara mereka yang telah berkahwin dengan
penduduk tempatan lalu memperkenalkan kebudayaan India secara beransur ansur.

3.2.2 Teori Politik

Teori politik atau teori Ksyatariya pula diperkenalkan oleh sarjana barat iaitu C. C
Berg11.Sejajar dengan maksud Ksyatariya itu sendiri iaitu pahlawan, teori ini adalah
berlawanan dengan teori pertama tadi iaitu teori ekonomi. Hal ini kerana teori Ksyatariya ini
menekankan penyebaran keindiaan itu secara kekerasan atau penaklukan dan ianya bebeza
dengan teori ekonomi yang mengatakan bahawa penyebaran keindiaan tersebut adalah
secara damai. Teori politik ini terdapat dua versi iaitu akibat kekacauan politik di India dan
penjajahan yang dilakukan oleh putera raja atau hulu balang.

Berdasarkan versi pertama, kekacauan politik di India telah menyebabkan sesuatu


destinasi mengalami keruntuhan yang mana akhirnya telah menyebabkan golongan raja dan
bangsawan telah lari dan mencari kawasan perlindungan di Asia Tenggara. Lantaran itu juga
telah mendorong mereka untuk membina sebuah kerajaan baru. Manakala versi kedua pula
ialah berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa para putera dan hulu balang telah
melakukan penaklukkan ke kawasan tertentu di sekitar di Asia Tenggara. Sebagai contoh,
terdapat seorang putera asing yang bergelar Kusyana Canda telah Berjaya merampas
pemerintahan kerajaan Funan pada abad ke 4 sepertimana yang tercatat dalam catatan
tahunan China (Chinese Anal).

Hal sedemikian memungkinkan penyerapan teori ini pada tahun 1926 yang mana
golongan sarjan India yang bersemangat Nasionalisme telah menubuhkan The Greater India
Society yakni satu gerakkan intelektual yang menganggap bahawa Asia Tenggara
sebagai Lesser India iaitu kawasan jajahan India pada masa lampau. Antara tokoh yang
bersetuju dengan pendapat sedemikian adalah P. N Bose, R. Mookerji, dan R. C Majumdar.

11 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.55.

7
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

3.2.3 Teori Agama

Melalui teori agama ini pula, dikatakan ianya adalah hasil peranan yang amat penting
dimainkan oleh tokoh- tokoh agama Buddha. Menurut Bosch, pengindiaan kawasan ini telah
dimulakan oleh mubaligh agama Buddha12.Hal ini adalah kerana ajarannya yang bersifat
universal. Sebagai contoh, peranan yang dimainkan oleh pemerintah beragama Buddha
seperti Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya sekitar tahun 330 hingga 180 S. M yang mana
dikatakan bahawa beliau telah menghantar sami ke Ceylon, alam Yunani dan juga nusantara.
Bukan itu saja, terdapat juga lagenda mengatakan bahawa beliau juga turut menghantar
dua orang sami iaitu Sona dan Utara ke Suvanna-Bhumi (Bumi Emas) yang berkemungkinan
Burma. Perkara tersebut membuktikan bahawa sami- sami Buddha telah sampai ke Asia
Tenggara sekitar tahun 3 masihi. Penyebaran agama Buddha ini diteruskan lagi oleh
beberapa pemerintah walaupun setelah berakhirnya pemerintahan empayar Maurya seperti
Kanishka (78 masihi), Raja Harshavardhana (Abad ke 7)13. Sebagai mubaligh yang
bertanggungjawab menyebarkan agama Buddha, mereka bukan hanya berdakwah kepada
orang kebanyakan malah mereka memasuki istana-istana raja dan memujuk mereka supaya
memeluk agama Buddha14. Penggunaan tulisan dan bahasa Sanskrit telah digunakan untuk
mengajar kitab-kitab agama kepada pihak agama15. Berdasarkan perkembangan ini, telah
ramai penduduk tempatan menganut agama ini dan ada antara mereka yang telah
mengembara ke India untuk melanjutkan pelajaran mereka tentang agama Buddha16.

12 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd, 2008, hlm.31.

13 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam: Karisma
Publication, 2006, hlm.16.

14 Ahmad Jelani Halimi, Op.Cit, hlm.32.

15 Abdul Rahman Hj Abdullah, Op.Cit, hlm.14.

16 Abdul Rahman Hj Abdullah, Op.Cit, hlm.15.

8
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

3.2.4 Teori Penduduk Asia Tenggara

Bagi J.C.Van Leur pula, perkembangan kebudayaan ini adalah berpunca dari masyarakat
tempatan sendiri yang menjalankan perdagangan dan pelayaran ke India17. Pengambilan
aspek kebudayaan India yang menarik kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat
tempatan untuk diamalkan. Campuran antara unsur tempatan dengan pengaruh dari India
dapat dilihat pada candi Borobudur, candi Angkor watt, dan candi Lembah Bujang. Apabila
kembalinya mereka dari India, mereka sendiri yang cuba untuk menyebarkan kebudayaan
India kepada masyarakat tempatan. Teori ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan ahli
arkeologi yang mengatakan terdapat penyesuaian di antara pengaruh kebudayaan India
dengan pengekalan tradisi tempatan.

Masyarakat di Asia Tenggara hanya mengambil beberapa aspek daripada beberapa


aspek kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan yang sedia
ada. Pendapat dikukuhkan lagi dengan bukti bahawa masyarakat Asia Tenggara merupakan
golongan pelaut, pelayar, pedagang yang hebat dan telah meneroka laut yang luas untuk
menjalankan aktiviti perdagangan. Penglibatan masyarakat Asia Tenggara dalam aktiviti
perdagangan dan pelayaran disokong pula oleh kemahiran dan pengetahuan mereka dalam
ilmu pelayaran di samping pengetahuan dalam pembuatan kapal dagang atau lebih dikenali
sebagai jong. Penganutan Agama Hindu–Buddha oleh raja-raja di Asia Tenggara telah
menyebabkan golongan raja atau pemerintah sendiri menjemput golongan Brahmin datang
untuk mengiktiraf atau mengesahkan peranan mereka sebagai raja.

Golongan Brahmin telah diberi kedudukan tinggi dalam susun lapis masyarakat di
Asia Tenggara kerana pengetahuan yang mendalam dalam soal agama, adat-istiadat, bahasa
Sanskrit dan lain-lain. Raja-raja di Asia Tenggara telah menggunakan golongan Brahmin dari
India untuk menonjolkan kebesaran mereka dan ini telah mengangkat status atau martabat
raja di Asia Tenggara pada kedudukan yang tinggi dalam susun lapis masyarakat di Asia
Tenggara kerana mempunyai pengalaman yang mendalam dalam soal-soal agama, adat
istiadat, bahasa Sanskrit dan lain-lain.

17 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam ,
Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2003, hlm.57.

9
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

4.0 AGEN-AGEN PENYEBAR PROSES INDIANISASI DI ASIA TENGGARA

Hubungan Tamadun India dengan Asia tenggara telah bermula sejak dahulu lagi sehingga
kebudayaan India dicampurkan dengan kebudayaan tempatan. Kemasukan pengaruh India
dapat dikesan pada abad pertama kurun masihi lagi18. Pelbagai teori telah diketengahkan
tentang proses Indianisasi di Asia Tenggara. Menurut pendekatan tradisi, terdapat teori
‘trivamsa’ yang menekankan peranan tiga kasta tertinggi iaitu Brahmin, Ksyatriya dan Vaisya.
Manakala menurut pendekatan moden, disebabkan oleh faktor-faktor politik, sosial, ekonomi
dan agama. Walau bagaimanapun, peranan orang India dan penduduk tempatan memainkan
peranan penting dalam proses Indianisasi. Dalam proses Indianisasi di Asia Tenggara, dapat
dikesan bahawa proses perkembangannya bersifat dua hala atau timbal balik. Hal ini
disebabkan oleh penyebaran pengaruh India di Asia Tenggara adalah bukan hanya
melibatkan peranan orang-orang India sahaja malahan penduduk-penduduk tempatan di
Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam proses penyebaran budaya India ke seluruh
kawasan Asia Tenggara.

4.1 Golongan Vaisya

Penyerapan budaya India ke Asia Tenggara berlaku secara damai (penetration pacifique) dan
bukannya melalui paksaan atau kekerasan. Menurut N.J Krom, orang-orang India yang mula
menetap di Nusantara adalah golongan saudagar iaitu faktor ekonomi telah menggalakkan
kedatangan para pedagang India ke Asia Tenggara sejak awal abad Masihi. Kumpulan
saudagar atau vaisya ini dianggap sebagai perintis jalan ke Asia Tenggara berikutan
berlakunya kemajuan dalam teknologi perkapalan. Para pedagang India ini telah menduduki
beberapa penempatan di Asia Tenggara dan terus mengadakan hubungan baik dengan
orang tempatan melalui kegiatan perdagangan mereka. Terdapat juga saudagar-saudagar ini
yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dari lapisan masyarakat yang berpengaruh.

Menurut seorang ahli sejarawan Georges Coedes (1886-1969), perhubungan di


antara wilayah Mediterranean dengan India diikuti oleh penubuhan empayar-empayar
Maurya dan Kushan telah membawa kepada satu perdagangan yang penting dalam barang-

18 R. Rajakrshan & M Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Sdn.Bhd, 1994,
hlm.179.

10
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

barang mewah di antara Timur dengan Barat. Coedes juga menyatakan bahawa
perkembangan kebudayaan India merupakan hasil daripada kegiatan perdagangan India
dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Petempatan-petempatan perdagangan
India telah berkembang di pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara dan keadaan ini
memudahkan kedatangan puak-puak yang lebih berpendidikan seperti sami-sami dan ahli-
ahli persuratan untuk mengembangkan kebudayaan India. Dengan cara ini kebudayaan India
telah disebarkan kepada masyarakat di Asia Tenggara.

Coedes mengemukakan empat corak unsur-unsur kebudayaan yang didatangkan dari


India ke Asia Tenggara antaranya ialah konsep diraja yang bersifat Hindu atau Buddha,
penulisan sastra yang menggunakan bahasa Sanskrit, kepercayaan yang dipetik dari Hikayat-
hikayat Ramayana dan Mahabharata, cerita-cerita Purana dan buku-buku Sanskrit yang
mengandungi tradisi diraja dan salasilah keturunan keluarga-keluarga diraja di daerah
Ganges dan pengalaman Dharmasastra, hukum-hukum agama Hindu terutamanya Manava
Dharmasastra atau undang-undang manu.

4.2 Golongan Ksyatriya

Selain daripada golongan Vaisya, penyebaran Indianisasi juga dilakukan oleh golongan
Ksyatriya berdasarkan teori politik atau teori Ksyatriya yang dikemukakan oleh C.C Berg.
Menurut Berg, teori Ksyatriya menekankan proses penyebaran secara kekerasan dan
penaklukan berbanding teori Vaisya yang menyarankan penyebaran kebudayaan India
secara damai. Penaklukan yang dilakukan ke atas petempatan-petempatan awal di Asia
Tenggara contohnya seperti menyebabkan mereka mendesak dan memaksa penduduk
tempatan Asia Tenggara supaya menerima dan mengikuti serta mengamalkan kebudayaan
dan agama yang mereka bawa dari India ke Asia Tenggara di Jawa Indonesia, Kemboja dan
Kedah Tua.

Teori Ksyatriya yang dikemukakan oleh C.C Berg itu mengatakan bahawa berlaku
kekacauan politik yang membawa kepada keruntuhan sesuatu dinasti di India, yang telah
mendorong golongan raja dan bangsawan mencari perlindungan di tempat lain, termasuklah
Asia Tenggara dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan baru di Asia Tenggara. Selain
itu, teori ini juga mengatakan terdapat juga golongan putera raja atau hulubalang India
yabg datang menjajah ke kawasan-kawasan tertentu di Asia Tenggara. Sebagai contoh,
seorang putera bangsa asing yang bergelar Kusyana Canda telah merampas takhta kerajaan
Funan pada abad ke-4 dan juga dikatakan bahawa Raja Rajendra Chola telah menyerang
Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1023
11
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Di samping itu mereka dikatakan telah keluar dari India untuk mencari tanah-tanah
jajahan baru kerana perebutan kuasa dalam negeri mereka sendiri. Oleh itu, bersama-sama
dengan pengikut-pengikut mereka telah belayar ke Asia Tenggara untuk berkelana dan ada
yang menjadi lanun. Di kawasan ini dikatakan mereka telah mengalahkan pembesar-
pembesar tempatan dan menguasai negeri mereka sekaligus putera-putera India telah
berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan mendirikan kerajaan-kerajaan bercorak

Golongan yang turut menyumbang kepada penyebaran kebudayaan India adalah


Golongan Brahmin. Kedatangan golongan Brahmin ini dikatakan adalah disebabkan oleh
saudagar-saudagar India yang telah berkahwin dengan wanita tempatan yang mempunyai
kedudukan berpengaruh. Selain itu, kedatangan golongan Brahmin juga adalah atas
jemputan raja-raja dan melantik golongan Brahmin sebagai penasihat Raja. Sebagai contoh
raja orang Indonesia yang berusaha memakai nama-nama Hindu dan mengundang orang-
orang Brahmin dari India sebagai konsultan yang dapat memperkenalkan peradaban
intelektual dan kesusasteraan Hindu di istananya.

Raja menganggap dengan adanya golongan Brahmin, Raja dapat memperoleh


legitimasi dalam kerajaan kerana bagi golongan Brahmin Raja merupakan jelmaan Tuhan
dan harus ditaati perintahnya. Golongan Brahmin telah datang ke istana-istana Raja
contohnya di Indonesia mengajar agama Buddha, menarik Raja-raja dan keluarga memeluk
agama Buddha dan melantik beberapa orang sami di Indonesia. Golongan Brahmin turut
berfungsi dalam upacara-upacara agama terutamanya di Istana-istana dan masih
diamalakan sehingga hari ini contohnya seperti Burma, Thailand dan Kemboja. Oleh itu, raja
telah mengambil golongan Brahmin untuk mengkuduskan mereka sebagai dewaraja
mengikut fahaman dan istiadat India lama.

4.3 Golongan Mubaligh Hindu-Buddha

Menurut Bosch, pengindiaan kawasan ini telah dimulakan oleh mubaligh agama Buddha.
Teori agama dikatakan sebagai faktor pendorong dalam penyebaran kebudayaan India di
Asia Tenggara. Dalam hal ini, tokoh-tokoh buddhalah yang memainkan peranan dalam
penyebaran ajaran agama Buddha kerana ajarannya dikatakan bersifat universal. Golongan
mubaligh Buddha ini juga merupakan golongan yang terawal datang ke kawasan Asia
Tenggara. Dari segi sejarahnya, golongan raja yang beragama Buddha iaitu Maharaja Asoka
dari Dinasti Maurya (330-180 S.M). Beliau bukan sahaja mengirim para sami Buddha ke
Ceylon bahkan dikatakan juga ke alam Yunani.

12
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Di samping itu ramai mubaligh Buddha telah dihantar dan dikirim ke serata dunia
oleh Maharaja Asoka, pemerintah kerajaan Maurya (330-180 Masihi) iaitu Sona dan Uttara
ke Suvanna-Bhumi atau dikenali sebagai Bumi Emas yang kemungkinannya ialah Burma.
Antara mereka telah sampai ke Asia Tenggara dan menyebarkan agama itu di kawasan ini.
Sebagai mubaligh, mereka bukan hanya berdakwah kepada orang kebanyakan malah
mereka memasuki istana-istana raja dan memujuk mereka supaya memeluk agama Buddha.
Pendeta-pendeta Buddha ini kemudian telah mengajar pihak istana tentang kitab-kitab
agama itu yang tertulis dalam bahasa Sanskrit.

4.4 Penduduk Tempatan

Peranan masyarakat tempatan turut menyebabkan pengaruh Hindu-Buddha ini tersebar di


Asia Tenggara. Menurut Mohd Dahlan Mansoer dalam Sejarah Melayu “ Satu Kajian daripada
Aspek Pensejarahan Budaya, pelayar tempatan telah mengembara sehingga ke Madagaskar
sebelum kedatangan pengaruh Hindu ke Nusantara”. Justeru itu, ada kemungkinan mereka
singgah di India semasa dalam perjalanan pulang dan membawa budaya India bersama
mereka. Beliau menyatakan bahawa terdapat pelayar Melayu yang sudah belayar jauh untuk
mengembara hingga ke Yaman serta Afrika dan Madagascar lalu menetap di sana, terdapat
juga pelayar Melayu ini yang sampai ke India. Oleh itu, setelah mereka sampai ke Asia
Tenggara mereka telah menyebarkan kebudayaan India yang mereka perolehi semasa
belayar itu, sama seperti kehadiran para pelaut dan pedagang India ke Asia tenggara pada
zaman yang sama. Perluasan kegiatan perdagangan yang berlaku sekitar abad ke-5 dan ke-6
masihi membawa kepada kemunculan kerajaan Srivijaya kemudiannya itu tidak lain
merupakan peranan masyarakat tempatan sendiri, dan bukannya pencapaian orang India.

J.C. Van Leur pula menekankan kepentingan peranan penduduk tempatan walaupun
dalam bentuk peranan yang terhad. J.C Van Leur merupakan tokoh awal yang menekankan
kepentingan penduduk tempatan walaupun dalam bentuk dan peranan yang terbatas.
Sumber arkeologi sendiri banyak menunjukkan unsur-unsur local genius atau penyesuaian
antara penerimaan pengaruh kebudayaan India dan pengekalan tradisi sendiri. Hasil
daripada peranan timbal balik antara orang India dan penduduk tempatan sendiri, maka
berkembanglah agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Mereka telah menyaring
peradaban India yang datang ke Asia Tenggara untuk disesuaikan dengan tuntutan dan
suasana tempatan sehingga agama dan kebudayaan India tidak lagi dalam bentuk yang asal.
Misalnya, orang Indonesia belajar agama Hindu-Buddha dan pergi berziarah ke India
kemudian mereka menyebarkan agama tersebut setelah kembali ke negara asal.

13
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Secara ringkasnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah penduduk-penduduk Asia Tenggara
telah mengambil unsur-unsur kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke Asia
Tenggara dan meresapkannya ke dalam kebudayaan tradisi mereka, sambil
menyesuaikannya mengikut kehendak dan pandangan mereka sendiri.

4.5 Golongan Pedagang

Seterusnya agen yang turut menyebarkan pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara iaitu
melalui peranan golongan pedagang. Golongan pedagang pula merupakan golongan kedua
selepas golongan mubaligh. Hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal sebelum era
Indianisasi adalah lebih kepada aktiviti perdagangan dan hubungan ini juga telah berlaku
sejak awal abad Masihi lagi. Melalui faktor ekonomilah membawa kepada kemasukan
pengaruh India di Asia Tenggara. Pada masa itu, kemajuan dalam ilmu dan teknologi
perkapalan telah mengalakkan kedatangan mereka ke Asia Tenggara. Selain itu, terdapat
beberapa pandangan sarjana telah berpendapat bahawa, kedatangan masyarakat India ke
Tanah Melayu juga bermula sejak awal lagi. Penghijrahan mereka adalah berkait rapat
dengan perdagangan di negeri Melayu Tua seperti di Gangga Negara, Beruas dan Melaka.
Penempatan awal mereka di Melaka dan kini dikenali sebagai Tanjung Keling. Mereka pada
awalnya adalah pedagang yang berkahwin dengan orang tempatan dan kerana itu wujud
satu golongan India campuran Melayu yang berdasarkan agama iaitu India Muslim.
Kemasukan mereka secara besar-besaran pula kemudiannya juga dipengaruhi oleh faktor-
faktor di negeri mereka dan Tanah Melayu sendiri pada ketika itu.

Hubungan antara pedagang India dengan Asia Tenggara termasuk Semenanjung


Tanah Melalyu pada abad-abad awal Masihi sebahagian besarnya adalah untuk tujuan
perdagangan. Emas dan bahan-bahan wangian menjadi tumpuan para pedagang dan
peniaga dari Barat. Kawasan emas yang utama di kawasan Semenanjung Tanah Melayu
ialah di Raub, Pahang, lanjutan dari Patani dan kelantan melalui kawasan Barat Pahang dan
kawasan timur Negeri Sembilan ke Melaka. Selain itu, emas juga boleh di perolah dari sungai
di Semenanjung Tanah Melayu. Sebelum ini tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan
beberapa jenis hasil hutan yang sukar diperoleh seperti kayu gaharu. Walau bagaimanapun,
keperluan mereka yang pertama ialah untuk mencari tempat berlabuh yang selamat.

Mulai awal era Kristian terutama pada zaman Maharaja Claudius (41-54 M), wujud
perdagangan antara Empayar Romawi dan India. Wujud hubungan perdagangan laut secara
langsung ketika itu. Di Alexandria, pusat perniagaan India ditubuhkan untuk menjalankan
perniagaan, manakala di Mandala di India terdapat satu koloni pedagang Romawi. Dalam
14
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

kedua-dua abad sebelum era Kristian, India telah kehilangan sumber importnya yang utama
iaitu besi apabila pergerakan golongan nomad menyekat jalan Bactrian ke Siberia. Oleh itu,
India mengimport besi dari Empayar Romawi. Walau bagaimanapun, Maharaja Vespasian
(69-79 M) melarang pengeksportan bahan besi yang sangat bernilai itu daripada Empayar
Romawi, jadi pedagang India yang biasanya memperoleh kebanyakannya bekalan emas dari
Rom mengalihkan pandangan ke Asia Tenggara, terutama Semenanjung Tanah Melayu
sebagai alternatif untuk mendapatkan emas. Selain emas, pedagang-pedagang India juga
memperoleh rempah, kayu yang wangi, bijih timah, gading, kapur barus, sumbu badak,
tanduk dan sebagainya. Sebagai balasan, mereka membawa manik dan azimat untuk
ditukarkan dengan bahan yang disebut tadi.

5.0 IMPAK PENGARUH INDIA KEPADA KERAJAAN DAN MASYARAKAT AWAL.

Menurut Himansu Bhusan Sarkar pada tahun 1970 dalam Some of India the Ancient
Civilization of Indonesia and Malaysia, interaksi atau proses indianisasi yang berlaku kira-kira
2 ribu tahun yang lalu telah banyak memberi kesan terutamanya dalam aspek ekonomi iaitu
aktiviti perdagangan sebagai teras utama kepada indianisasi. Selain itu, indianisasi tersebut
juga turut memberi kesan dalam aspek politik serta sosial di Asia Tenggara dan seterusnya
impak kepada kerajaan dan masyarakat awal di asia tenggara.

5.1 Politik

Kedatangan pengaruh india ke Asia Tenggara telah membawa impak yang besar keatas
sistem politik dan pentadbiran terutamanya terhadap pentadbiran kerajaan-kerajaan yang
wujud di kawasan asia tenggara. Proses indianisasi ini telah memainkan peranan besar
dalam setiap aspek yang diamalkan oleh pemerintah. Sebagai contoh, jika mengambil kira
keadaan kerajaan awal asia tenggara sebelum kedatangan pengaruh india ini. Ia lebih
banyak mengamalkan sistem masyarakat yang hidup secara berkelompok mengikut puak
masing-masing, namun dengan meresapnya pengaruh india tersebut, masyarakat di asia
tenggara telah mengamalkan sistem pemerintahan yang lebih sistematik dan berupaya untuk
membentuk masyarakat “bernegara” yang kuat19. Walaupun sistem berasaskan
pemerintahan beraja telah wujud di asia tenggara pada asalnya, namun demikian, ia tidaklah
sehebat yang wujud semasa berlakunya proses indianisasi tersebut.

19
Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan sesudah Pengaruh Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000.hlm.62.
15
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Jika melihat kepada kerajaan awal yang wujud di india, raja-raja yang memerintah
dianggap memiliki sifat kedewaan kerana peranan mereka sebagai pelindung serta penjaga
kebajikan penduduk. Kuasa mutlak yang dimiliki oleh pemerintah tersebtu menyebabkan
mereka mudah dianggap sebagai tuhan ataupun dewa. Oleh yang demikian, dengan
kedatangan pengaruh india, golongan pemerintah di asia tenggara telah mengambil
beberapa unsur daripada konsep raja india untuk memperkukuhkan taraf mereka sebagai
pemerintah. Aspek ketuhanan yang diamalkan oleh golongan pemerintah di india telah
dijadikan asas oleh pemerintah kerajaan di asia tenggara dengan mengaitkan mereka
sebagai jelmaan dewa Visynu. Keadaan ini juga membolehkan wujudnya pengaruh konsep
Devaraja di Asia tenggara20.

Kesan pengaruh india ini juga amat ketara jika mengaitkan kewujudan nama-nama
kerajaan awal yang wujud di asia tenggara. Sebagai contoh, kerajaan Funan yang dikatakan
berasal daripada sebutan cina bagi istilah khmer bnam yang bermaksud gunung. Gunung
yang dikaitkan dengan kerajaan Funan adalah gunung suci Ba Phnom yang merupakan
simbol bagi kekuasaan kerajaan tersebut. Namun demikian, pengaruh india boleh dilihat
dalam penggunaan konsep ini dimana konsep sedemikian menyamai gelaran ‘sailaraja’ di
india21. Funan yang pada asalnya mengamalkan corak bermasyarakat yang berdasarkan suku
kaum (tribal-Society) telah berubah kepada sistem berkerajaan yang telah membentuk
empayar kuat di Asia tenggara selepas menerima pengaruh india ini. Malahan kerajaan awal
funan juga merupakan sebuah kuasa maritim di Asia tenggara yang berkuasa selama
beberapa abad iaitu pada kurun pertama hingga kurun ke-6 masihi.

Penggunaan konsep devaraja raja juga merupakan suatu kesan yang sangat penting
dalam melihat kesan pengaruh hindianisasi ini. Masyarakat india mempercayai bahawa
pemerintah mereka memiliki kuasa luar biasa kerana dianggap sebagai penitisan dewa
(avatar) Siva atau Visnu. Salah satu sifat yang menonjol bagi seseorang raja india adalah
peranan mereka sebagai perantara antara kuasa alam semulajadi dan masyarakat yang
diperintah. Oleh itu, mereka menganggap raja mereka mempunyai sifat-sifat kedewaan yang
harus dipuja, ditakuti dan disembah. Unsur-unsur yang diamalkan di india telah diadaptasi
oleh pemerintah kerajaan yang wujud di Asia tenggara pada masa tersebut. Oleh itu, untuk
menggambarkan raja sebagai seorang manusia istimewa yang memiliki kuasa luar biasa,
kerajaan bercorak hindu-buddha di asia tenggara telah mengaitkan raja dengan gunung

20 M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm.147.

21 Ibid,.hlm.61.
16
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

ataupun bangunan suci yang bertingkat-tingkat melambangkan gunung suci Mahameru, iaitu
tempat menetapnya aspek ketuhanan dalam tradisi agama hindu22.

Kesan akibat kedatangan pengaruh india ini juga menyebabkan raja yang menjadi
pemerintah di kerajaan asia tenggara akan dibebani tugas-tugas keagamaan yang berat. Ini
adalah disebabkan peranannya sebagai tokoh yang melambangkan pusat alam semesta.
Raja-raja yang memerintah telah dihubungkan dengan penjelmaan dewa-dewa agama hindu
berdasarkan mazhab yang diamalkan di dalam kerajaan tersebut. Misalnya, di kerajaan yang
menganut aliran Siva, maka pemerintahnya akan dianggap sebagai penjelmaan dewa Siva
manakala begitu juga sebaliknya23. Keadaan ini telah menyebabkan raja yang menaiki tahkta
kerajaan akan berdepan dengan pelbagai adat istiadat penabalan yang berdasarkan tradisi
hindu-buddha sendiri. Upacara penabalan raja ini akan dijalankan oleh golongan Brahmin
yang mempunyai pengetahuan tentang upacara-upacara tertentu sesuai dengan tradisi
hindu-buddha di India.

Pengaruh india juga telah membawa masuk konsep Mandala (Circle of king) yang
mana difahami sebagai aspek tambahan kepada raja yang memerintah. Ini iaitu simbolik
kepada bulatan yang merupakan lingkungan kekuasan raja. Secara fizikalnya negara
ataupun kerajaan yang wujud di asia tenggara tidak mempunyai sempadan yang jelas dan
juga tidak tetap tetapi ia bergantung mengikut raja yang berkuasa. Konsep ini dikenali
sebagai Mandala yang membawa makna “bulatan raja-raja”24.

Selain itu, kesan daripada kedatangan pengaruh hindu-buddha ini juga telah
mewujudkan konsep daulat dalam sistem politik negara. Kedaulatan raja tersebut
sebenarnya dianggap sebagai sifat asli raja itu sendiri yang merupakan titisan dewa.
Bagaimanapun untuk meneguhkan kepercayaan rakyat tentang konsep daulat ini,
adakalanya ditambah dengan kekuatan dan kesaktian melalui pemilikan barang-barang
pusaka yang melambangkan kedaulatan pemerintah itu sendiri25. Konsep daulat ini telah
menjamin ketaatan rakyat terhadap pemerintah dan telah memberikan manfaat yang sangat
penting kepada kesinambungan pemerintahan raja dalam sesebuah kerajaan di asia

22 M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm.152.

23 Koentjaraningrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta: Balai Pustaka, 1994,hlm.40.

24 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.179.

25 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia , Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,2003,
hlm.24.
17
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

tenggara, ini disebabkan melalui konsep tersebut, rakyat telah menumpahkan seluruh
kesetian mereka kepada raja yang memerintah.

5.2 Sosial

Kesan kedatangan pengaruh agama hindu-budhha ke asia tenggara sebenarnya tidaklah


membawa banyak perubahaan dalam sistem kepercayaan masyarakatnya. Walaupun pada
asasnya berlakunya pertukaran sistem kepercayaan daripada animisme kepada ajaran
agama hindu-budhha.walau bagaimanapun perkembangan agama hindu ini sebenarnya lebih
tertumpu kepada golongan atasan. Manakala golongan bawahan pula masih cenderung
kepada kepercayaan lama26. Keadaan tersebut mempunyai kaitan dengan sebuah konsep
iaitu Great Tradition dan Little Tradition. Dalam konsep ini, kesan proses indianisasi ini boleh
dilihat dalam pengamalan kepercayaan yang telah membawa perubahan terhadap sistem
kepercayaan masyarakat. Ini disebabkan situasi pada zaman tersebut yang berkaitan dengan
ketaatan terhadap pemerintah membawa kepada polisi ‘agama raja adalah juga agama
rakyat’.

Kemasukan pengaruh hindu-buddha juga telah membawa kepada pemelukan agama


ini oleh penduduk asia tenggara. Hal ini mempunyai kaitan dengan pendapat yang
diutarakan oleh M. rajantheran yang menyebut selepas sahaja pemerintah kerajaan di asia
tenggara menganut agama tersebut. Mereka telah bertindak dengan mengistiharkan agama
hindu atau budhha sebagai agama rasmi kerajaan mereka sesuai dengan kepercayaan yang
dianuti oleh raja tersebut27. Sebagai contoh kerajaan Dvaravati yang mencapai tahap
kegemilangan pada abad ke-6 masihi telah diperintah oleh Raja Anawrahta telah memeluk
agama budhha mazhab Theraveda dan seterusnya mengistiharkan budhha sebagai agama
rasmi kerajaan tersebut. Kesannya, semenjak zaman tersebut, agama buddha tetap menjadi
agama rasmi kerajaan Burma. Kesan kemasukan pengaruh india ini telah menyebabkan
agama hindu dan Buddha telah berkembang dengan meluas di asia tenggara tanpa
tentangan daripada mana-mana pihak. Agama hindu telah diamalkan di serata asia
tenggara. Walaupun agama yang mereka anuti kelihatan bercampuraduk dan beerlakunya
sinkritisme dengan agama pribumi, namun ia telah disesuailkan dengan konsep agama
hindu.

26 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia , Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,2003,
hlm.157.

27 M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1999,hlm.50.
18
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Dalam hierarki masyarakat asia tenggara selepas kemasukan pengaruh india pula,
tidak dapat dinafikan konsep kekastaan sememangnya wujud walaupun tidak diamalkan
secara langsung mengikut seperti sistem kasta yang diamalkan di india. Pengaruh sistem
kasta ini boleh dilihat buktinya melalui pengamalan di jawa amat jelas melalui penggunaan
perkataan chaturvarna dan kekerapan rujukan kepada golongan Brahman, ksyatriya, dan
sudra. Unsur-unsur pengkastaan ini merupakan kesan daripada pengaruh hindu-buddha
yang dibawa masuk dari india.

Dalam aspek kesenian pula, kemasukan pengaruh hindu-buddha ini telah membentuk
pengaruh seni yang sangat berkait dengan tradisi hindu. Semasa proses ini berlaku,
pembinaan candi-candi, patung dan arca telah berkembang dengan pesat. Ini berlaku kerana
peranannya yang berfungsi sebagai tempat penyembahan dan pemujaan roh nenek moyang
bagi agama hindu. Monumen tersebut telah menjadi warisan pengaruh hindu-buddha yang
masih wujud hingga hari ini. Candi-candi yang masih wujud sehingga pada hari ini seperti
candi Borobudur dan Angkor yang menjadi lambang kepada keagungan kerajaan awal asia
tenggara. Pembinaan monumen-monumen tersebut adalah disebabkan kesan pengaruh
agama hindu yang telah menyebabkan pihak pemerintah sentiasa memandang tinggi
pembinaan bangunan kuil-kuil dan candi, hal ini mempunyai kaitan dengan kepentingan
agama itu kepada kerajaan mereka28.

Dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan pula, terdapat dua unsur penting
yang membawa kepada perbezaan antara sistem pendidikan yag diamalkan dalam oleh
pemerintah. Corak pendidikan yang diamalkan oleh pengaruh hindu lebih cenderung kepada
golongan atasan sahaja berbanding dengan agama Buddha yang bercorak kerakyatan.
Namun demikian pendidikan telah berkembang dengan pembelajaran formal dijalankan
melalui penggunaan medium bahasa yang menggunakan bahasa Sanskrit dan tamil. Corak
pendidikan formal yang dimaksudkan disini ialah pengajian tentang agama hindu atau
Buddha. Pengaliran bahasa Sanskrit ini telah menyebabkan wujudnya karya sastera di alam
asia tenggara. Ini dapat dilihat daripada penemuan arkeologi terhadap inskripsi dan kitab-
kitab lama29.

28
M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1999,hlm.156.

29
Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003,
hlm.28.
19
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

5.3 Ekonomi

Dalam aspek ekonomi pula, akibat kedatangan pengaruh india yang meresap dalam corak
pemerintahan kerajaan di asia tenggara. Corak ekonomi pada masa tersebut terbahagi
kepada dua iaitu kerajaan agrarian dan kerajaan maritim. Kerajaan agrarian ini merupakan
kerajaan yang mengamalkan sektor ekonomi bercorak pertanian, penternakan dan
pemungutan hasil hutan. Pada asasnya ia terbentuk di lembangan sungai yang subuh.
Manakala kerajaam maritim pula ialah kerajaan yang mengamalkan ekonomi bercorak
perdagangan. Kesan penting daripada kewujudan kerajaan maritim adalah munculnya
hubungan perdagangan diantara kerajaan di asia tenggara dan kerajaan lain seperti china
dan hubungan perdagangan dengan dunia Arab.

Selain itu, kesan proses indianisasi ini juga menyebabkan hubungan perdagagan
antara india dan kerajaan-kerajaan di asia tenggra menjadi lebih pesat. Ini berlaku ekoran
pedagang luar seperti daripada arab, parsi dan china datang ke asia tenggara untuk tujuan
berdagang. Masyarakat terlibat secara langsung dalam pelbagai bentuk perusahaan seperti
yang terdapat di bali, Indonesia. Rakyat bali terlibat secara langsung dalam perusahaan
seperti mengukir arca serta patung dewa-dewa hindu yang digunakan didalam kuil. Pada
zaman khmer, kuil-kuil menjadi kaya disebabkan pemberian daripada para pembesar atau
penaung-penaung mereka. Ini membolehkan bantuan dan pembiayaan untuk kegiatan
kebajikan dapat dijalankan30.

Walau bagaimanapun, sebelum kedatangan pengaruh hindu-buddha ini, corak


ekonomi masyarakat bergantung kepada pemberian alam seperti kegiatan memburu
binatang, memungut hasil hutan dan bercucuk-tanam. Oleh itu, seperti aspek lain, ekonomi
juga membawa perubahan serupa kerana turut mengalami pengaruh yang berlaku secara
langsung dan tidak langsung. Namun pengaruh india terhadap sektor ekonomi ini tidaklah
membawa perubahan yang besar kerana kegiatan-kegiatan ekonomi masyarakat asia
tenggara sebelum proses indianisasi tetap berlaku walaupun pengaruh india telah meresap
dalam masyarakat asia tenggara. Kedatangan pengaruh hindu-buddha ini malahan telah
memantapkan lagi kegiatan ekonomi tersebut31.

30 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.185.

31 Ibid,. hlm.186.
20
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

5.4 Aspek Bahasa, Kesusteraan dan Kesenian

Bahasa Sanskrit membawa maksud “bahasa yang sempurna” dan ciri-cirinya amat bebeza
dengan bahasa prakrit. Di Alam Melayu misalnya menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang
membantu bahasa melayu melalui tahap evolusinya yang pertama. Banyak perkataan
Sanskrit yang diterima masuk dalam bahasa melayu memperkatakan pelbagai aspek
kebudayaan dari India dan tentang hal yang belum pernah diperkatakan dalam bahasa
melayu. Antara contohnya ialah bahagian tubuh badan, agama dan ilmu pengetahuan.
Dengan kedatangan pengaruh India, bahasa Melayu terus mencapai kemantapannya
walaupun aksara telah digantikan dengan aksara Pallava dari India Selatan. Ekoran daripada
itu, Bahasa Melayu mula membentuk asas yang kukuh dalam tradisi tulisannya di Nusantara,
seperti yang dapat dibuktikan pada prasasti Kedukan Bukit Palembang (683 M), Talang
Tuwo, Palembang (684 M), Kota Kapur, Bangka (686 M), dan Prasasti Kedu, Jawa Tengah
(832 M) yang ditulis dengan tulisan Nagiri dari India Utara.

Pengaruh bahasa Sanskrit turut membawa kesan dalam kesusasteraan sehingga


wujudnya dua buah epik yang terkenal iaitu Ramayana dan Mahabharata. Pengaruh kedua-
dua epik ini sangat besar pengaruhnya di Asia Tenggara. Misalnya di Thailand, terdapat
adaptasi epik Ramayana yang dikenali sebagai Ramakien atau Ramakirti hasil nukilan Rama
I. Selepas itu, Rama II pula menulis versi Ramayana dalam bahasa Siam. Akibat daripada
pengaruh yang mendalam terhadap epik tersebut di Thailand, maka wujudnya enam
daripada raja Thailand yang bernama Rama. Sementara di Kemboja, terdapat versi
Ramayana dalam bahasa Khmer yang bertajuk Reamker. Di Laos pula, cerita Rama
disebutkan dalam Rama Jataka yang dipengaruhi oleh Dasarata Jataka.

Kesenian merangkumi aspek-aspek binaan arkitektur, candi, patung, arca dan ukiran-
ukiran yang memperlihatkan ciri-ciri keseniannya. Corak-corak kesenian India tidak ditiru
oleh penduduk tempatan yang sememangnya kaya dengan keseniaannya yang tersendiri.
Walaupun begitu, motif keseniaan India terutamanya berkaitan ketuhanan adalah berasal
dari India. Contohnya motif yang terdapat pada ukiran-ukiran pada candi-candi dan patung.
Tinggalan seni yang terpenting di Sumatera ialah patung-patung Hindu-Buddha. Misalnya di
Sungai Musi, Palembang, terdapat patung Buddha dan patung Bodhisatwa, pecahan Kala
dan Makara di samping patung Siva dan Vishnu. Kesemua ukiran ini memperlihatkan unsur-
unsur Hindu-Buddha dan menunjukkan sifat patung Bhairava di samping Ganesa dan
patung-patung Buddha dan di Acheh sendiri terdapat kepala patung Lokeshvara. Kesenian
21
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

dan seni bina Jawa dan Kemboja yang berasal dari India jelas menunjukkan pengaruh
kebudayaan India di Negara tersebut dengan pujukan raja-raja ke wilayah tersebut.

Ukiran-ukiran di candi-candi menunjukkan penguasaan pengaruh Hindu-Buddha yang


telah meresap ke dalam sesebuah kerajaan. Pembinaan candi bukan sahaja sebagai tempat
beribadah tetapi juga merupakan medium dalam kesenian Hindu-Buddha yang memaparkan
corak kehidupan dan peradapan Hindu-Buddha yang terdapat di sesebuah kerajaan ketika
itu. Perubahan kepada sistem tulisan dan bahasa juga merupakan salah satu kesan daripada
proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara. Penggunaan bahasa sankrit menunjukkan
bahawa pengaruh Hindu-Buddha telah berjaya membawa satu perubahan yang baik
terutamanya dalam mewujudkan satu prakata untuk digunakan dalam berkomunikasi.

Sistem tulisan juga menerima pengaruh Hindu-Buddha, contohnya sistem tulisan


yang digunakan oleh masyarakat Siam ketika ini merupakan adaptasi sistem tulisan India.
pengaruh Hindu-Buddha juga terdapat dalam kesusasteraan. Antara pengaruh Hindu-Buddha
dalam kesusasteraan ialah dalam tarian dan juga wayang kulit. Tarian dipersembahkan
dalam perayaan dan juga ritual-ritual, tarian yang ditarikan lebih bersifat simbolik kepada
agama dan penyerapan berlaku dengan kemasukan agama Hindu-Buddha itu sendiri ke
dalam masyarakat yang merubah sekali bentuk tarian yang mirip kepada tarian tradisional
India. Wayang kulit juga merupakan salah satu kesan terhadap masyarakat di Asia
Tenggara. Wayang kulit yang dipersembahkan mengambarkan kisah pengambaraan Rama,
sita, Hanuman yang terdapat dalam kitab Ramayana dan Mahabrata. Pengaruh Hindu dalam
kesusteraan begitu kuat dalam masyarakat di Asia Tenggara yang merangkumi keseluruhan
kesusasteraan yang menerima pengaruh Hindu.

5.5 Aspek Keagamaan dan Kepercayaan

Penyebaran agama Hindu-Buddha merupakan agen terpenting yang menyebabkan


berlakunya Indianisasi di Asia Tenggara. Pada abad ke-3 Masihi iaitu pada zaman
pemerintahan Asoka, agama Buddha telah mula disebarkan ke negara-negara berhampiran
termasuk Myanmar dan Sri Lanka. Masyarakat tempatan telah beralih daripada anutan
animisme kepada konsep Tuhan iaitu Hindu-Buddha. Umumnya sebelum proses Indianisasi
berlaku di Asia Tenggara, masyarakat ketika itu mengamalkan konsep kepercayaan
animisme dalam kehidupan seharian, kedatangan para mubaligh dari India telah membawa
agama mereka ke Asia Tenggara sekaligus meyebarkan agama ini kepada masyarakat
tempatan ketika itu. Mereka juga percaya kepada konsep bun (pahala) dan bab (dosa) dan

22
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

dikaitkan dengan karma di mana seseorang akan dilahirkan semula dalam pelbagai bentuk
mengikut bun dan bab si pelaku.

Penyebaran agama Hindu-Buddha telah membawa kepada pembinaan candi-candi


besar yang berfungsi sebagai tempat ibadat dan juga tempat kerohanian. Pembinaan candi-
candi ini menunjukkan bahawa agama Hindu-Buddha telah diterima dengan baik oleh
masyarakat tempatan ketika itu. Kewujudan candi-candi ini menjadi bukti bahawa agama
Hindu Buddha pernah bertapak di Asia Tenggara dan candi-candi ini masih boleh dilihat
hingga ke hari ini. Sebagai contoh pengaruh agama Buddha-Mahayana di Jawa Tengah
dapat dikesan melalui bukti-bukti arkeologi seperti candi dan prasasti, contohnya candi-candi
Syiwa di pergunungan Dieng.

5.6 Pengenalan Kepada Konsep Dewaraja, Cakravartin dan Mandala

5.6.1 Dewaraja

Pemerintah sesebuah kerajaan yang tertarik dengan agama Hindu-Buddha telah membawa
masuk orang Brahmin India ke dalam negara untuk mempelajari agama Hindu-Buddha dan
hal ini telah membawa kepada penyebaran agama Hindu-Buddha yang bermula daripada
pemerintah Kerajaan-kerajaan Di Asia Tenggara, seterusnya tersebar di kalangan rakyat .
Konsep dewaraja telah diperkenalkan dalam kerajaan dan raja dianggap sebagai utusan
Tuhan oleh masyarakat. Dewaraja ditakrifkan sebagai suatu bentuk hubungan antara alam
semesta iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu dihormati oleh setiap rakyat.

Di sini dapat kita lihat bahawa corak unsur-unsur kebudayaan yang telah
dipengaruhi oleh India ke Asia Tenggara. Coedes melalui D.G.E. Hall dalam buku beliau
yang berjudul Sejarah Asia Tenggara, 1979, mengemukakan empat corak kebudayaan yang
telah dikembangkan iaitu konsep diraja yang bersifat Hindu atau Buddha, penulisan sastera
yang menggunakan bahasa Sanskrit, kepercayaan yang dipetik daripada hikayat-hikayat
Ramayana dan Mahabharata, cerita-cerita Purana dan buku-buku sanskrit lain yang
mengandungi beberapa banyak tradisi diraja dan salasilah keturunan keluarga-keluarga
diraja di Ganges, dan pengalaman Dharmasastra hukum-hukum agama Hindu dan terutama
sekali Manava Dharmasastra atau Undang-Undang Manu32.

32 O.W. Wolters, Early Southeast Asia: Selected Essays , United State of America: Cornell Southeast Asia
Program, 2008,hlm.13-15.

23
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Konsep Dewa Raja merupakan sebuah konsep yang menyamakan kedudukan raja
dengan dewa-dewa33.Dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan, konsep dewaraja
menekankan raja sebagai pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak dan rakyat tidak boleh
mempersoalkan kedudukan raja. Raja dibantu oleh Brahmin dan pembesar dalam
melaksakan pentadbiran kerajaan. Raja bertanggungjawab dalam menjatuhkan hukuman,
namun raja tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman dengan sewenang-sewenangya. Agama
Hindu-Buddha melalui konsep dewaraja telah membantu dalam menyeimbangi kuasa raja
daripada bertindak sewenang-wenangnya. Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Hindu-
Buddha yang menjalankan konsep dewaraja sebelum kedatangan Islam ke Melaka.

5.6.2 Cakravartin

Indianisasi di asia tenggara juga telah membawa kepada konsep Cakravartin dalam
sesebuah kerajaan. Konsep Cakravartin merupakan peringkat tertinggi dalam martabat raja
dan membawa maksud pemerintah cakrawala atau raja alam. Dalam Kosmologi Hindu-
Buddhisme, raja dianggap sebagai lambang kuasa dan kedudukan yang tiada tandingan dari
aspek fizikal dan moral.

Konsep Cakravartin telah menjadi daya penggerak kepada institusi kerajaan di Asia
Tenggara sejak awal masihi dan pada pertengahan abad ke-18. Antara kerajaan awal yang
mengamalkan konsep cakravartin ialah Kerajaan Dinasti Konbaung di Burma dan dinasti
Cakri di siam. Mengikut konsep Cakravartin, raja sepatutnya memaparkan ciri-ciri kebaikan
kerana Konsep Cakravartin amat menekankan Hukum Karma atau takdir , di mana seseorang
raja haruslah mempunyai nilai-nilai yang murni supaya dapat menjaminkan kerohanian,
kemakmuran, dan kedamaian sesebuah kerajaan.

5.6.3 Mandala

Dalam bidang politik, pengaruh India diiringi oleh kebangkitan entiti politik baru , yang
mana sebelum kedatangan kuasa barat ianya dikenali sebagai Mandala. Pengertian Mandala
secara literal bermaksud ‘pusat’ atau titik tengah kerajaan atau kuasa. Menurut Tambiah,
1976, melalui Abu Talib Ahmad dalam buku beliau yang berjudul Sejarah Tanah Besar Asia
Tenggara, 1991, Mandala adalah satu bentuk sistem pentadbiran yang telah pun wujud di
Tanah Besar pada zaman klasik. Perkataan tersebut adalah bermaksud bulatan-bulatan
yang mempunyai pusat yang sama dan kebiasanya jumlah bulatan itu adalah tiga. Gambaran

33 Konsep Dewaraja, http://kritisfrombali.blogspot.com/2011/07/konsep-dewa-raja-di-bali.html , Di akses pada 01


November 2014.
24
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

bahawa rupa Mandala adalah berbentuk bulat juga menurut beberapa pendapat oleh
beberapa sarjana. Misalnya, menurut Jakob Sumardjo, Mandala adalah lingkaran atau
bulatan.

Susunan seperti itu dapat dilihat pada zaman Ayudha dan awal Bangkok dalam
bentuk yang dinamakan politi galaktik yang mempunyai pusat yang sama. Di pusat bulatan-
bulatan itu terdapat ibu kota dan di tengahnya pula adalah istana raja. Bulatan pertama
adalah merupakan kawasan ibu kota di mana ia telah dikelilingi oleh wilayah diraja yang
dikuasai secara langsung oleh raja dari istana baginda. Dalam bulatan yang kedua pula iaitu
di empat sudut utama iaitu timur, barat, selatan, dan utara terdapat ruang atau daerah yang
telah diperintah oleh anak-anak raja ataupun keturunan mereka.

Dalam Buddhisme dan Hinduisme, Mandala merupakan satu susunan geometrik


dalam suatu kawasan yang suci yang membentuk ruang di mana mereka yang alim boleh
bertapa, dan dilindungi dari roh yang jahat. Mandala juga mewakili sebuah unit politik
tertentu namun kurang stabil dan luas kawasan yang samar-samar tanpa garis sempadan
yang tetap. Setiap Mandala mengandungi beberapa orang raja vassal yang apabila wujudnya
peluang untuk meluaskan pengaruh sempadan, mereka akan menolak taraf negeri
tributarinya serta cuba untuk menubuhkan sebuah kumpulan raja vassal di bawah naungan
mereka sendiri. Bagi pendapat penulis lain pula seperti Heidhues S. M., dalam buku beliau
yang berjudul Southeast Asia A Concise History, 2000, menjelaskan bahawa Mandala ini juga
boleh mewakili sebuah susunan politik bangsa. Misalnya, matlamat sesebuah kerajaan yang
melarang masuk sebarang ancaman dan juga pengaruh jahat. Beliau juga menyatakan
bahawa pusat Mandala adalah dikuasai oleh raja, dan dikelilingi oleh jabatan-jabatan tinggi
raja. Menurut beliau juga Mandala ini adalah sebuah tempat yang suci dan dilindungi
daripada kuasa jahat. Kepercayaan tersebut telah dikaitkan dengan Buddhism dan Hinduism.

Menurut rekod-rekod lama, semua pusat besar rantau Asia Tenggara selalu
mengumumkan Mandalanya sendiri untuk menunjukkan pengaruh penguasaan terhadap
sesebuah kawasan atau wilayah. Contohnya, Raja Alaungpaya mengumumkan dirinya
sebagai pemerintah Myanmar dan pemerintah Siam sejak tahun 1584. Konsep Mandala
dalam kerajaaan Hindu-Buddha di Asia Tenggara merupakan kesan daripada Indianisasi dan
mewakili perkembangan sosiopolitik di rantau Asia Tenggara.

25
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

5.7 Kemunculan Kerajaan Hindu-Buddha

Kerajaan Hindu-Buddha Kecil pada awalnya diperintah oleh pemimpin-pemimpin bernama


Sanskerta, Mereka sudah muncul sejak abad ke-2 Masehi34. Kemunculan kerajaan-kerajaan
Hindu Buddha Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan awal di Tanah
Besar seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu
dapat dilihat melalui Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit,
Singhasari dan Mataram. Bukti kewujudan dapat dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak
arkeologi. Sumber Cina, Funan wujud pada 3 Masehi awal di Asia Tenggara. Data arkeologi
Funan wujud 3M ialah melalui bukti jumpaan seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya
dipengaruhi langgam Amaravati di India. Kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha ini membuktikan
Hinduisme dan Buddhisme telah berjaya mempengaruhi perkembangan sesebuah kuasa dan
kerajaan.

5.7.1 Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah
Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut
sebagai Cheh-Cha. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal,
sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindahkan ke Lembah Bujang.

Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu,
pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di
Lembah Bujang. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu
nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang
melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik
minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini.
Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang
membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu.
Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang
mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.35

34 George Coedes, Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha, Paris: Editions E. de Borccard, 1964,hlm.67.

35 Lembah Bujang http://www.memori-kedah.com , Di akses pada 01 November 2014.


26
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

5.7.2 Kerajaan Srivijaya

Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan Maritim yang terletak di Sungai Musi, Sumatera.
Kerajaan ini berkembang pada kurun ke-7 dan diasaskan oleh Dapunta Hyang Cri Yacanaca.
Rakyat terdiri daripada orang laut dan pelbagai golongan lain. Srivijaya mempunyai
Pelabuhan strategik di tengah laluan timur dan barat di Selat Melaka. Agama utama yang
menjadi agama anutan ialah Hindu dan juga Buddha.

Memegang konsep dewaraja dan cakravartin. Srivijaya juga menjadi pusat kepada
penyebaran agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara yang kemudiannya dilihat sebagai
penaung kepada agama Hindu-buddha di rantau Asia Tenggara. Penyebaran proses
Indianisasi ini bukan sahaja digalakkan oleh raja itu sendiri,tetapi juga digalakkan oleh
masyarakat tempatan.36

5.7.3 Kerajaan Angkor

Kerajaan Angkor diasaskan oleh Raja Yasovarnam pada abad ke-9 dan mencapai
kegemilangan sehingga abad ke-15. Kerajaan ini terkenal dengan seni bina Angkor Wat yang
memgambarkan ciri-ciri seni bina Hindu-Buddha yang mengagumkan. Kerajaan ini juga
merupakan sebuah kerajaan yang bergantung kepada pertanian terutama pertanian padi
untuk kegunaan sendiri dan juga dieksport.

Pencapaian luar biasa Kerajaan Angkor ialah pembinaan kuil-kuil pelbagai saiz yang
merentasi ratusan batu selain memakan masa yang lama untuk disiapkan. Pembinaan kuil
adalah salah satu kesan yang penting dalam menunjukkan kesan Indianisasi yang begitu
kuat di Asia Tenggara. Kesan indianisasi sangat ketara kerana penggunaan konsep dewaraja
yang dapat memperkukuhkan kekuasaan raja pada masa itu

5.7.4 Dinasti Sailendr

Merupakan sebuah Dinasti yang muncul sekitar abad ke-8 dan dinasti ini dipercayai berasal
dari Kalingga, India selatan. Pengasas kepada dinasti ini ialah Sri Maharaja Syailendrawangsa
Sarwarimadamathana. Dinasti ini merupakan sebuah kerajaan Buddha Mahayana dan

36 K. K. Beri, History and culture of South-east Asia, New Delhi: Sterling Publishers Private Limited, 1994,hlm.3.

27
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

memengang konsep dewa-Raja, iaitu kepercayaan bahawa raja mempunyai kuasa sebagai
wakil tuhan. Pertembungan budaya antara Hindu Buddha hasil daripada perkahwinan antara
Samaratunga dan Puteri Dewi Tara srivijaya telah berjaya mengembangkan agama Hindu-
Buddha ketika itu.

Pembinaan candi-candi di sekitar Wilayah Jawa dan Sumatera yang membawa


kepada perkembangan peradaban Hindu-buddha. Contohnya, Candi Borobodur merupakan
candi yang terbesar pada abad ke-9 yang memaparkan perkembanagan agama Buddha dan
menunjukkan tahap kemajuan masyarakat ketika itu.

6.0 ANALISIS

Kedatangan pengaruh India ke dalam Asia Tenggara telah dibincangkan dalam pelbagai
perspektif terutamanya berkaitan dengan agen-agen penyebaran agama Hindu-Buddha
sama ada dari golongan Brahmin, Vaisya, Ksatrya mahupun penduduk tempatan itu sendiri.
Setiap teori yang dikemukakan mempunyai alasan masing-masing. Oleh itu, adalah kurang
tepat jika kita hanya menerima satu teori sahaja dan menolak yang lainnya sedangkan teori-
teori tersebut mempunyai kepentingan tersendiri.

Contohnya, teori yang diutarakan oleh Coedes menyatakan bahawa kegiatan


pedagang India ke Asia Tenggara yang menyebabkan tersebarnya pengaruh India.
Sementara bagi Van Leur, peranan golongan Brahmin yang menyebabkan pengaruh budaya
India tersebar ke Asia Tenggara, Professor C.C Berg pula mengemukakan teori Ksatrya dan
Vaisya bagi menerangkan penyebaran kebudayaan India. Walaupun terdapat pelbagai teori
dan pandangan berkaitan penyebaran pengaruh India namun pada hakikatnya, kesemua
sarjana ini membincangkan skop yang sama iaitu penyebaran kebudayaan India di Asia
Tenggara.

Di samping itu, proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara dapat dilihat
bahawa proses yang berlaku adalah melalui dua gelombang di mana, gelombang pertama
adalah secara tidak langsung dan gelombang penyebaran kedua adalah secara langsung. Hal
ini kerana, pada peringkat awal dapat dilihat bahawa penyebaran budaya India adalah
secara tidak langsung iaitu melalui aktiviti perdagangan. Pedagang-pedagang dari India
terutamanya telah melakukan hubungan perdagangan dengan negeri di kawasan Asia
Tenggara. Dalam masa yang sama, golongan pedagang ini telah menyebarkan kebudayaan
mereka sendiri. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa, para pedagang ini ada yang
28
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal terus di Asia Tenggara bersama keluarga
yang dikahwininya.

Manakala, gelombang kedua pula dapat kami nyatakan apabila golongan agama
seperti golongan Brahmin dan Mubaligh Hindu-Buddha ingin melakukan peranan dan
tanggungjawap mereka dalam menyebarkan anutan agama Hindu-Buddha mereka.
Walaupun dikatakan bahawa terdapat kitab yang melarang golongan Brahmin ini keluar
untuk menyebarkan anutan Hindu-Buddha, namun disebabkan oleh perasaan
tanggungjawap yang seharusnya perlu dilakukannya, golongan ini terus belayar di kesemua
tempat termasuk Asia Tenggara untuk menyebarkan agama Hindu-Buddha. Oleh itu, dapat
kami simpulkan bahawa gelombang kedua dalam proses Indianisasi adalah dengan secara
langsung iaitu penyebaran oleh egen-egen penyebar Indianisasi.

Akibat daripada proses Indianisasi ini telah banyak memberi kesan dan pengaruh
kepada penduduk tempatan di Asia Tenggara dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Walau
bagaimanapun, apa yang kami dapati bahawa pengaruh ini tidak semuanya diterima pakai
oleh penduduk tempatan dan hanya sebahagian sahaja yang diterima pakai tetapi
disesuaikan dengan adat tempatan. Oleh itu, pengindianisasian di Asia Tenggara
sememangnya telah mendapat perhatian daripada ramai sarjana dan membincangkan
perkaitan di antara pengaruh dan kesannya ke atas masyarakat itu sendiri.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara dua ribu tahun yang dahulu telah
meninggalkan kesan terhadap sistem sosial, politik ,dan ekonomi di Asia Tenggara serta
kepada kerajaan dan masyarakat awal. Kesan-kesan Indianisasi begitu jelas dengan
pembuktian melalui bidang arkeologi mahupun antropologi yang menjalankan kajian
terhadap tinggalan artifak daripada masyarakat-masyarakat lampau seperti jumpaan
tembikar, kuil, candi serta pelbagai lagi artifak yang boleh membuktikan bahawa Indianisasi
telah berlaku di Asia Tenggara. Bukti lain yang boleh menunjukkan Indianisasi di Asia
Tenggara juga masih boleh dilihat sehingga sekarang ialah Candi Borobudur, Angkor Wat
temple, Tapak Candi lembah Bujang, dan lain-lain candi yang banyak terdapat di Asia
Tenggara. Kebanyakan tapak-tapak ini masih berdiri utuh dan menjadi satu tempat
bersejarah yang terkenal dengan kisah-kisah zaman kegemilangan kerajaan lampau.
29
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

Selain daripada tinggalan candi-candi dan artifak, kewujudan Indianisasi masa lampau
telah meninggalkan kesan dan telah meresap ke dalam masyarakat tempatan hingga ke hari
ini. Antara kesan Indianisasi yang meresap dan menjadi sebahagian masyarakat tempatan
hingga ke hari ini ialah dari segi kosa kata, bahasa, agama, adat, tulisan dan pelbagai lagi.
Sistem tulisan masyarakat Siam pada hari ini adalah kesan dari Indianisasi yang pernah
berlaku di Thailand abad yang lampau yang telah mengambil sistem tulisan hindi yang
diubah kepada sistem tulisan yang masih digunakan hingga ke hari ini. Agama Buddha dan
Hindu juga adalah kesan yang nyata dan sememangnya adalah dari Indianisasi yang pernah
berlaku di Asia Tenggara ketika itu. Sememangnya Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara
telah mencorak hampir keseluruhan kawasan Asia Tenggara dan berjaya menguasai Asia
Tenggara dengan ideology, budaya, dan falsafah dari asalnya Indianisasi iaitu Negara India.

Di samping itu, proses indianisasi adalah berasaskan kepada unsur-unsur dan budaya
masyarakat India yang diserap dalam kehidupan oleh sesebuah masyarakat dan menjadi
sebahagian daripada kehidupan mereka. Proses Indianisasi ini sememangnya bertiitk tolak
daripada agama Hindu-Buddha dan akhirnya menjadi unsur-unsur yang berkisar daripada
pengaruh India yang dijadikan sebagai ideologi moral dan politik. Secara ringkasnya, apa
yang sebenarnya berlaku ialah penduduk-penduduk Asia Tenggara telah mengambil unsur-
unsur kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke Asia Tenggara dan
meresapkannya ke dalam kebudayaan tradisi mereka, sambil menyesuaikannya mengikut
kehendak dan pandangan mereka sendiri.

30
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

8.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2003 & 2000. Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah
Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah
Alam: Karisma Publication.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 1981. Sejarah Dan Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pena.

Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

D.G.E Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.

George Coedes. 1964. Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha. Paris: Editions E. de Borccard.

George Coedes Walter F. Vella. (Ed). 1968. The Indianizd States Of Southeast
Asia (Terjemahan Susan Brown Cowing). Kuala Lumpur: University Of Malaya Press.

Ismail Hussien. 1995. Tamadun Melayu Jilid 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

J. Stephen Lansing. 1983. The Indianization Of Bali. Journal of Southeast Asian Studies 14
no.2.

K. K. Beri. 1994. History and culture of South-east Asia. New Delhi: Sterling publishers
Private Limitted.

Koentjaraningrat. 1994. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka.

Konsep Dewaraja. http://kritisfrombali.blogspot.com/2011/07/konsep-dewa-raja-di-bali.html.


Di akses pada 01 November 2014.

Lembah Bujang. http://www.memorikedah.com. Di akses pada 01 November 2014.

Michael Jacq Hergoualch. 2002. The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road
(100 BC – 1300 AD). Translated Victoria Hobson. Boston: Brill.

M. Rajantheran. 1999. Sejarah Melayu: Kesan hubungan Kebudayaan Melayu dan India.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
31
SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903) 2014

O.W. Wolters. 2008. Early Southeast Asia: Selected Essays. United State of America: Cornell
Southeast Asia Program.

R. Rajakrshan & M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Sdn.Bhd.

Robert L. Brown. 1996. The Dvarati Wheels of The Law And The Indianization of South East
Asia. Leiden: BRILL.

Thieery Zephir. 1998. Khmer Lost Empire Of Cambodia. London: Themes and Hudson ltd.

Vijay Sakhuja. 2011. Asian Maritime Power In The 21st Century: Strategic Transactions:
China, India, Southernn Asia, Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies.

32

Anda mungkin juga menyukai