Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa


asal usul sejarah atau titik pembinaan. Ianya adalah hasil gabungan daripada
beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului peradaban Pribumi Alam
Melayu , kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban
India , Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini
akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh ‘peradaban globalisasi’ yang
merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha
mewujudkan negara bangsa , didahului oleh pembinaan negara bercirikan satu
wilayah , satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan, Negara mewujudkan
beberapa institusi utama seperti system birokrasi negara , Pelan Pembangunan
Lima Tahun dan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan . Pembangunan ekonomi
mendahului pembinaan bangsa. Oleh itu , pembinaan bangsa menyusul , antaranya
melalui institusi system politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah
wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia .
Usaha membina peradaban berindentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu
dikupas dan didebatkan.
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Sebelum kita mengecapi kemerdekaan dan era moden kini, adalah perlu
untuk kita memahami sejarah peradaban Alam Melayu terlebih dahulu. la telah
wujud hasil keterlibatan masyarakat di pelbagai rantau, antaranya ialah Nusantara
yang melibatkan zaman prasejarah bermula empat dekad sebelum masihi. Di zaman
prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik atau sempadan negara bangsa yang
dikenall sebagai Tanah Melayu mahupun Malaysia. Namun ia telah pun mempunya
sebuah unit geografi yang dikenali sebagai alam nusantara (Syed Hussein Ali,
2017).

Sehubungan itu, dalam konteks binaan bangsa Malaysia, adalah perlu untuk
dalami perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi memahi etos budaya
rantau Melayu sebagai teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Rantau
alam Nusantara dalam catatan India disebut dalam bahasa Sanskrit sebagai
Suvamabhumi atau Tanah Emas (Sailendra & Nath Sen, 1988).

Perkembangan sejarah peradaban di Nusantara dan Malaysia moden ini dapatlah


dibahagikan kepada beberapa zaman sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

Pertama : Zaman Prasejarah Kedua : Zaman Protosejarah


Zaman Paleolitik Kewujudan Kerajaan Purba/ Kerajaan
Zaman Mesolitik Awal : Langkasuka
Zaman Neolitik Kedah Tua
Zaman Logam/ Gangsa Besi Phang-Hang
Chih-Tu
Funan
Srivijaya

Ketiga : Zaman Pensejarahan Keempat : Zaman Pembentukan


Negara Bangsa
Kerajaan Melayu di Alam Melayu Malayan Union 1946
Pattani Kemerdekaan 1957
Kelantan Persekutuan Malysia 1963
Pahang Perpaduan – Penyatuan
Brunei Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa
Melaka Malaysia
Aceh
 Peradaban Pribumi Alam Melayu

Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat
yang berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri
daripada pelbagai kerajaan kuno. Tamadun tersebut terus berkembang dan kini
menjadi beberapa negara moden dan maju.
Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara,
khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo,
Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil daripada
Kampuchea sehingga ke Vietnam). Mereka bertutur dalam keluarga bahasa
Melayu-Indonesia.
Ciri seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa
Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia
Tenggara berkenaan. Kesimpulannya tamadun Melayu adalah tamadun yang
dibina, dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur
dalam keluarga bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat
dan budaya Melayu Tetah mengalami perubahan khususnya terhadap
pengembangan bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai
imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai
kawasan stategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan dan pusat aktiviti
keagamaan. Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku adalah sesuatu yang
positif apabila hasil daripada pertembungan ini memperlihatkan kecenderungan
dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka bertakulah penyerapan
kosa kata pinjaman daripada pelbagai Bahasa dan budaya. Antaranya Bahasa
Inggeris , Arab , India , Cina , Portugis , Belanda dan lain-lain.
 Peradaban Asia (India , Cina , Timur Tengah)

Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan


negara di Malaysia . Hubungan antara pedagang India , Cina dan Timur Tengah
sejak sekian lama telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan
agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini
namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diperkukuhkn
setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai