Anda di halaman 1dari 77

penghayatan etika dan peradaban

TOPIK 5
PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 1


penghayatan etika dan peradaban

SINOPSIS
• Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia
yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
• Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti
peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah), dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya,
peradaban ini disambut oleh ‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
• Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957
melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara (State)
bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan.
• Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan
Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya.
• Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan bangsa
menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks
ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha
membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan
didebatkan.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 2


penghayatan etika dan peradaban

Objektif:

• Memahami proses pembinaan negara bangsa Malaysia


melalui kepelbagaian peradaban.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 3


penghayatan etika dan peradaban

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan proses pembentukan negara bangsa di


Malaysia
2. Menganalisis negara bangsa Malaysia dari perspektif
peradaban

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 4


penghayatan etika dan peradaban

SEJARAH
PETA
SOSIAL MINDA
PERADABAN
MAJMUK
NEGARA BANGSA

NEGARA BANGSA
IDAMAN
BANGSA

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 5


penghayatan etika dan peradaban

Membincangkan sejarah sosial pengaruh


peradaban dunia dalam pembinaan negara
bangsa

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 6


penghayatan etika dan peradaban

 Malaysia sebuah negara unik dengan kepelbagaian yang


mewarnai masyarakat:

Etnik
Agama
Bahasa
Budaya
Dan sebagainya

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 7


penghayatan etika dan peradaban

 Kepelbagaian perlu dilihat secara positif, diakui dan dihormati sebagai:

Lambang jati diri


Identiti diri
Bukan satu masalah

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 8


penghayatan etika dan peradaban

5.1 PEMBINAAN PERADABAN DAN KEPELBAGAIAN TELAH MELALUI


BEBERAPA FASA SEJARAH YANG MERANGKUMI PERSEKITARAN POLITIK,
EKONOMI DAN SOSIAL
Bermula sejak 15,000 SM – kajian Wan Hashim (1997) tentang
asal usul Melayu.

Analisis De Silva (1981) ke atas bahan arkeologi yang ditemui


sahkan tarikh tersebut telah wujud peradaban di Alam Melayu.

Pandangan ini selari dengan kajian analisis oleh Stephen ke atas


DNA, arkeologi dan etnologi – Asia Tenggara sebagai pusat awal
peradaban dunia yang dinamakan Sundaland sekitar 16,000
tahun lalu.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 9


penghayatan etika dan peradaban

 Hasil kajian Wan Hashim, mendapati bahawa 26 etnik yang ada


dikawasan Indochina tiada satu pun yang menyerupai
masyarakat Melayu.

 Teori-teori ini menolak teori popular yang menyatakan


peradaban di Alam Melayu berasal dari kawasan Indochina.

 Namun masih sukar mengubah fakta sejarah yang sebenarnya


walaupun dibuktikan melalui analisis DNA yang tidak boleh
dimanipulasi.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 10


penghayatan etika dan peradaban

 Tiada kepelbagaian bahasa, agama, budaya dan adat resam di


Tanah Melayu sebelum abad ke-18 dan ke-19.
 Kesan mutlak dari kolonialisme pada pertengahan abad ke-19
telah membawa kepada kepelbagaian bahasa, agama, budaya
dan juga adat resam.
 Faktor politik, ekonomi dan sosial serta dasar pecah perintah
penjajah telah membentuk kelompok masyarakat yang
dikenali sebagai ‘masyarakat majmuk’.
 Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan akomodasi
bagi meraikan kepelbagaian yang telah wujud.
 Semua etnik bersatu di atas satu ikatan kerakyatan, di bawah
satu sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan.
pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 11
penghayatan etika dan peradaban

 5.2 PERADABAN ASIA (INDIA, CINA DAN TIMUR TENGAH)

• Sebelum kehadiran penjajah, nusantara atau alam Melayu sudah ada


peradabannya yang tersendiri.
• Wujud beberapa kerajaan maritime seperti Kedah Tua (abad 5),Chih Tu
(abad 6), Santubung (abad 7), Gangga Negara (abad 11), Temasik (abad
14) dan Bruas (abad 15).
• Aktiviti yang dijalankan adalah perikanan, pelabuhan, industri
pembaikan kapal dan tempat pemunggahan barang.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 12


penghayatan etika dan peradaban

• Aktiviti-aktiviti ini menjadikan migrasi merupakan sesuatu yang lumrah


di kawasan ini.
• Wujudlah kepebagaian etnik, budaya, agama dan Bahasa di Tanah
Melayu.
• Kalangan komuniti pedagang yang dating adalah dari China dan India
dan Timur Tengah.
• Kerajaan awal lain di Nusantara ialah Funan, Champa, Srivijaya. Angkor,
dan Majapahit.
• Peradaban kerajaan Melayu Nusantara adalah sezaman dengan
peradaban dunia yang lain.
• Funan sezaman dengan peradaban Empayar Rom, Parsi. Kushan dan
Dinasti Han.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 13


penghayatan etika dan peradaban

• Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan kerajaan Abbasiyah,


Byzantine, Dinasti Tang dan kerajaan Chola.
• Majapahit seiring dengan zaman kemasyhuran peradaban Empayar
Monggol, Turki Uthmaniah dan Kesultanan Delhi.
• Tidak hairanlah kerajaan-kerajaan di Nusantara ini mempunyai
hubungan timbal balik dalam perdagangan, keagamaan dan diplomatik
dengan peradaban dunia lain, khususnya China dan India.
• Kemunculan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400
yang diasaskan oleh Parameswara, telah mengembalikan semula
kegemilangan peradaban Melayu di Nusantara.
• Sebelum ini, kerajaan yang ada telah merosot disebabkan oleh
peperangan merebut kuasa antara wilayah ataupun serangan pihak luar.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 14


penghayatan etika dan peradaban

• Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa,


pusat perkembangan ilmu pengetahuan khususnya dalam pendidikan
Islam.
• Melaka menjadi kerajaan yang terkuat di Nusantara menjelang abad 15.
• Peradaban Alam Melayu khususnya di Melaka masih terpelihara
walaupun terdapat kepelbagaian budaya, bahasa, agama, bangsa dan
etnik yang datang.
• Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingguafranca.
• Hubungan masyarakat tempatan dengan pendatang asing menjadi lebih
pesat berkembang sehingga menjadikan pluraliti masyarakat di
Nusantara lebih rencam.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 15


penghayatan etika dan peradaban

• Perbendaharaan Bahasa Melayu menjadi lebih kaya melalui penyerapan


bahasa asing seperti Sankrit, Arab dan Portugis.
• Berlakunya asimilasi budaya yang membentuk satu budaya baharu dan
unik di Nusantara.
• Proses sosialisasi dan asimilasi ini berlaku tanpa paksaan.
• Tiada berlaku konflik seperti mana lazimnya berlaku dalam masyarakat
majmuk.
• Kedatangan Islam ke Melaka telah membawa perubahan dan kesan
yang besar kepada masyarakat Melayu.
• Kehidupan didasari dengan nilai dan ajaran Islam.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 16


penghayatan etika dan peradaban

• Di laksanakan dalam sistem pentadbiran, pemerintahan dan undang-


undang.
• Pemakaian gelaran ‘sultan’ kepada raja yang memerintah.
• Wujud institusi Islam seperti kadi, imam dan sebagainya.
• Ketaatan kepada sultan tidak bersifat mutlak seperti sebelum
kedatangan Islam.
• Melaka telah meletakkan asas yang subur bagi perkembangan
peradaban Islam di Tanah Melayu.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 17


penghayatan etika dan peradaban

5.3 PERADABAN BARAT

• Bermula apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada bulan Ogos 1511.
• Alasan serangan adalah untuk membebaskan rombongan dagang yang
ditahan di Melaka.
• Sebenarnya, penaklukan Portugis ke atas Melaka adalah lanjutan
daripada perlaksanaan perjanjian Tordesillas antara Portugis dan
Sepanyol yang ditandatangangi pada 7 Jun 1494.
• Perjanjian ini membahagikan dunia luar kepada duapoli iaitu Portugis
dan Sepanyol.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 18


penghayatan etika dan peradaban

• Wilayah pelayaran Barat diberikan kepada Sepanyol.


• Wilayah pelayaran Timur diberikan kepada Portugis.
• Kedua-dua kuasa ini memiliki keupayaan armada laut yang cukup kuat
jika dibandingkan dengan kuasa Eropah yang lain.
• Tujuan utama ekspedidi pelayaran adalah untuk menguasai
perdagangan yang dibahagikan antara mereka.
• Misi perdagangan telah bertukar kepada penaklukan dan penjajahan ke
atas wilayah-wilayah baru serta penyebaran agama Kristian (katolik).
• Misi ini kenali sebagai 3G iaitu gold, gospel dan glory.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 19


penghayatan etika dan peradaban

• Kejatuhan Melaka bermakna hasrat dan tujuan Portugis menjadikan


Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal perdagangan di Pulau Hindia
Timur tercapai.
• Juga berjaya memecahkan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh
pedagang Islam dengan cara mendiskriminasikan pedagang-pedagang
Islam.
• Melaka dijajah oleh Portugis selama 130 tahun.
• Pada 1641 Melaka jatuh pula kepada penaklukan dan penjajahan
Belanda selama 183 tahun.
• Banyak kesan yang ditinggalkan oleh Belanda khususnya berkaitan
dengan aspek seni bina seperti Stadhuys Melaka dan Kota Belanda
(Dutch Fort) Pualau Pangkor.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 20


penghayatan etika dan peradaban

• Perebutan untuk menguasai negeri-negeri di tanah Melayu yang kaya


dengan hasil bumi dan hutannya juga menjadi cita-cita pihak Inggeris.
• Pelaksanaan dasar kolonialisme Inggeris ke atas Tanah Melayu adalah
untuk mencapai tujuan tersebut.
• Melalui satu perjanjian antara Belanda dan Inggeris pada 1824,
pentadbiran Melaka diserahkan secara sah kepada Inggeris.
• Kesan daripada perjanjian ini ialah Kepulauan Melayu telah dibahagikan
kepada dua entity yang berasingan dan menjadi asas kepada
persempadanan Indonesia-Malaysia hari ini.
• Campur tangan Inggeris telah merebak ke Sabah dan Sarawak.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 21


penghayatan etika dan peradaban

• Faktor politik, ekonomi dan juga sosial menjadi pendorong kepada


Inggeris untuk campur tangan dengan lebih meluas di Tanah Melayu.
• Pelaksanaan dasar kolonialisme dan imperialisme Inggeris perlu
diperluaskan dan dipertahankan.
• Tanpa kawalan ketat akan memberi ruang kepada kuasa-kuasa lain
seperti Perancis, Italy, German dan Rusia yang juga mengintai peluang
untuk menguasai wilayah Nusantara ini.
• Kehadiran Inggeris telah membawa perubahan dalam aspek
pembangunan dan perbandaran melalui perubahan sistem ekonomi,
sosial, politik dan pendidikan.
• Mereka juga menyebarkan agama Kristian.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 22


penghayatan etika dan peradaban

• Pembukaan kawasan penempatan baru, kawasan perindustrian,


perladangan dan perlombongan bijih timah menyebabkan sistem sosial
di Tanah Melayu mengalami perubahan.
• Kemasukan imigran cina dan India secara besar-besaran sebagai buruh
telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
• Dasar pecah dan perintah digunakan oleh penjajah Inggeris untuk
mengawal etnik-etnik yang berbeza ini.
• Sistem pendidikan yang diperkenalkan Inggeris telah menyebabkan orang
Melayu kekal dalam tradisi kehidupan yang sedia ada iaitu miskin dan
ketinggalan.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 23


penghayatan etika dan peradaban

• Inggeris merendahkan martabat bangsa Melayu sebagai kelompok


bangsa yang tidak bertamadun dan primitif.
• Pandangan ini dilontarkan oleh Frank Swettenham, Residen British di
Selangor melalui penulisan beliau dalam The Real Malay dan The Malay
Sketch.
• Pandangan atau kenyataan ini kemudiannya dinafikan oleh Gullik
bahawa bangsa Melayu bukanlah bersifat statik seperti yang
digambarkan. Mereka cukup dinamik dalam arus perubahan semasa
termasuklah ketika Inggeris menjajah.
• Ini membuktikan bahawa kerajaan Melayu Tradisional dan Bangsa
Melayu di Nusantara adalah bangsa yang sudah memiliki peradaban
tersendiri dan maju.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 24


penghayatan etika dan peradaban

5.4 PERADABAN GLOBALISASI

• Tiga persoalan dalam topik ini;


1. Berkaitan dengan makna dan konsep globalisasi itu sendiri serta
dimensinya.
2. Sejarah globalisasi yang melanda dan mempengaruhi masyarakat
dunia hari ini.
3. Kesan yang dibawa oleh globalisasi kepada peradaban.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 25


penghayatan etika dan peradaban

• Secara umumnya definisi dan konsep globalisasi adalah kurang jelas.


Tiada kesepakatan dalam kalangan para sarjana dalam isu ini.
• Lyman (2000), globalisasi didefinisikan sebagai “rapid growth of
interdependency and connection in the world of trade and finance”.
Disebalik definisi ini beliau sendiri juga berpandangan bahawa
globalisasi tidak boleh dibatasi kepada fenomena perdagangan dan
pengaliran wang semata-mata. “There are other trends driven by the
same explosion of technological capability that have facilitated the
financial changes. Globalization of communications is one such trend.”
• Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi (CSGR) Universiti Warwick,
England berpendirian bahawa kefahaman tentang globalisasi perlu
mengambil pelbagai dimensi iaitu politik, ideologi, ekonomi dan
budaya.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 26


penghayatan etika dan peradaban

• Secara komprehensifnya, globalisasi ialah satu himpunan proses


pengaliran global pelbagai perkara yang ada hubungan dengan aktiviti
manusia, sama ada dari aspek fizikal atau bukan fizikal. Ia boleh dilihat
dan diterima dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusia atau system
(Osman, 2008).
• Globalisasi boleh dikesan kewujudannya sejak era tamadun Islam
menguasai dunia suatu ketika dulu.
• Namun, fikiran kita seolah-olah dipaksa menerima bahawa tamadun
Baratlah yang mencetuskannya.
• Akibatnya, sudut pandang globalisasi dan dimensinya oleh masyarakat
dunia hari ini lebih berpihak kepada perspektif Barat.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 27


penghayatan etika dan peradaban

• Terdapat beberapa isu dalam hubungan antara globalisasi dan


peradaban.
• Perlu kita melihat semua dimensi globalisasi kontemporari sebagai
relevan dan penting kepada masyarakat dan negara kita.
• Antara dimensi tersebut ialah ekonomi, politik, kebudayaan dan
keagamaan, keilmuan dan maklumat.
• Juga penting dilihat dimensi demografi yang merujuk kepada migrasi
manusia yang berlaku sehingga merubah pola demografi sesebuah
negara.
• Malaysia pernah alami dimensi demografi ini semasa zaman kolonialisme
Barat. Kesan dari migrasi telah mewujudkan masyarakat majmuk di
negara ini.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 28


penghayatan etika dan peradaban

• Landskap peradaban negara telah berubah wajah dan corak, dan


terpaksa melalui proses pembentukan semula.
• Sebagai sebuah negara majmuk, isu-isu yang lebih pokok sifatnya seperti
isu nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan
institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya
perlu diutamakan.
• Perspektif peradaban pula perlu mengutamakan pembentukan budaya
yang sihat, baik budaya politik mahupun budaya intelektual.
• Fakta yang jelas bahawa peradaban Islam adalah teras kepada
peradaban Malaysia perlu diambil kira ketika menilai implikasi globalisasi
kontemporari ke atas proses pembentukan peradaban negara ini.
• Gelombang dan gerakan globalisasi kontemporari merupakan cabaran
terbesar dan terkuat yang melanda dunia.
pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 29
penghayatan etika dan peradaban
Perkembangan Sejarah Alam Melayu
1) Zaman Pra Sejarah 2) Zaman Proto Sejarah
- Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal
• Zaman Paleolitik • Langkasuka
• Zaman Mesolitik • Kedah Tua
• Zaman Neolitik • Gangga Negara
• Zaman Logam / Gangsa Besi • Chih-Tu
• Lo-Yueh
• Tan-Tan

3) Zaman Pensejarahan 4) Zaman Sejarah Moden


• Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka • Merdeka 1957
• Bermula pembentukan masyarakat • Perpaduan – penyatuan
kepelbagaian - perdagangan • Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia
• Kedatangan kuasa penjajah
o Portugis
o Belanda
o British

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 30


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban
Melayu

Peradaba
(teras)
Peradaban Pembentukan
Peradaban
n Cina India

Peradaban Peradaban
Majmuk
Peradaban
Timur Acuan Inggeris
Tengah
Malaysia

Peradaban
Global Peradaban
Belanda
(terkini)
Peradaban
Portugis

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 31


penghayatan etika dan peradaban

Transformasi Sosial Ke Arah Peradaban Acuan Malaysia

1970-an kemiskinan & ketidaksamarataaan

1980-90-an Pembangunan, Industri & Penghijrahan

2000s perbandaran & kelas menengah


Dari masyarakat majmuk, pelbagai
etnik ke ketamadunan payung anak
2010-an watan yang membina peradaban
Ke Arah Negara Maju acuan Malaysia

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 32


penghayatan etika dan peradaban

PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI


A. Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL
i. Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri
ii. Dari miskin ke kelas menengah
iii. Dari perdesaan ke kosmopolitan
B. Transformasi Sosial melahirkan KERENCAMAN
SOSIAL berpaksikan BUDAYA MODERNITI DAN
KEPELBAGAIAN
i. Perkongsian nilai sejagat
ii. Persamaan pendapat awam
iii. Batas etnik nipis
iv. Tingkah laku horizontal bukan vertikal; hubungan
sosial rentas etnik dan agama

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 33


penghayatan etika dan peradaban

IMPAK KERENCAMAN SOSIAL


NORMA SEJAGAT
• BUDAYA POLITIK BARU
Kebebasan Bersuara, Berpersatuan, Akses Maklumat,
Demokrasi, Penglibatan
• NILAI POLITIK
Amanah-Integriti, Keadilan, Akauntabiliti, Transparensi,
Keterangkuman
• ISU
Rasuah, Salah Guna Kuasa, Keterangkuman Jentera Dan Dasar
Awam, Tadbir Urus Baik, Federalisme

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 34


penghayatan etika dan peradaban

Menjelaskan konsep negara dan bangsa

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 35


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

PENGENALAN
• Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 merupakan asas kemunculan peradaban
bangsa-negara.

• Usaha mewujudkan bangsa-negara perlu sentiasa diperkukuhkan.

• Pihak berwajib memainkan peranan dalam memastikan ruang pemecah belah


perpaduan dihapuskan.

• Pembinaan identiti negara bangsa

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 36


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP NEGARA
• Negara : masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan ada kerajaan memerintah.

• Konsep negara : kerajaan yang merdeka, dan memiliki kedaulatan politik serta
pentadbiran yang diiktiraf negara lain.

• Rakyat setiap negara diikat dengan tanah air, perlembagaan dan kerakyatannya.

• Elemen terpenting bagi negara ialah penduduk atau rakyat memandangkan rakyatlah
yang mencorakkan negara.

• Rakyat juga yang akan membentuk bangsa bagi sesebuah negara.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 37


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP NEGARA
• Marx (1818-1883) dan Weber (1864-1920) memperincikan ciri-ciri utama
pembentukan sesebuah negara merangkumi adanya penduduk, sempadan, kerajaan
dan kedaulatan (Moten & Islam 2006).

• Bagi Marx, “…the state is the product of class contradictions and class struggle and is
controlled by the economically-diminant class...” (Moten dan Islam 2006: 64).

• Sementara itu bagi Weber, “…the state is a human community that (successfully) claims
the monopoly of the legitimate use of physical violence in a given territory...” (Moten &
Islam 2006: 64).

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 38


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP NEGARA
• Dahl (1983) yang terpengaruh dengan Weber mendefinisikan negara sebagai satu sistem
politik yang didirikan oleh sekumpulan manusia yang menetap dalam sesebuah wilayah
dan membentuk kerajaan sah yang memerintah wilayah tersebut.

• Giddens (1987) - negara sebagai sebuah organisasi politik yang berkuasa memerintah
sesebuah wilayah tertentu dan boleh menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan
cara kekerasan bagi mengekalkan sesuatu peraturan.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 39


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP BANGSA
• Kumpulan manusia yang membentuk bangsa biasanya memiliki hubungan darah dan
keturunan, etnik, bahasa, agama dan wilayah

• Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan


(Mahayuddin, 1998).

• Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif
bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 40


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP BANGSA
• Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk bangsa ialah perasaan
kebersamaan atau ‘belonging together’.

• Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang
mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah negara.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 41


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP NEGARA BANGSA


• Negara bangsa adalah di mana budaya majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan
identiti nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih
dengan sempadan politik wilayah negaranya.

• Idealnya, sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu kumpulan etnik
dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain.

• Negara bangsa adalah hanya satu idea di mana bangsa sama dan ditadbir urus oleh
negara berdaulat mereka sendiri.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 42


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia


KONSEP NEGARA BANGSA
• Moten dan Islam (2006: 67) - negara-bangsa sebagai sebuah institusi politik yang
merujuk kepada sebuah negara yang dihuni oleh sekumpulan manusia yang
memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa atas landasan perkongsian budaya,
sejarah, bahasa, etnisiti dan faktor-faktor lain.

• Penrose (2009) - negara-bangsa sebagai “…a geopolitical entity whose legitimacy – claims
to sovereignty and political power – is based on its capacity to represent a distinctive
nation…” (2009: 223).

• Godwindan Wahlke (1997) - negara bangsa sebagai, “... one nation in the area covered by
the state to include most of the people who consider themselves part of that national
culture”
pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 43
penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

1. Bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan atau diskriminasi kaum.

2. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh. Melalui


Ciri-ciri simbol keutuhan ( bendera Malaysia, lagu kebangsaan, rukun
negara negara).
bangsa
3. Semua bangsa berkongsi pegangan kepada satu ideologi politik.
adalah :
4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan
penuh terhadap sistem pemerintahan & undang-undang negara

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 44


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

• Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik asal yang membina


dinasti, empayar dan negara bangsa mereka.

Bentuk • Namun begitu, dengan penghijrahan, perkembangan kapitalisme


dan penjajahan, geo-politik negara telah mengalami perubahan
Negara melalui perjanjian dan penaklukan semenjak abad ke 16.
Bangsa:
• Dalam pergolakkan geo-politik dunia ini, dua bentuk negara
bangsa dapat dikenal pasti, iaitu, negara bangsa tamu dan negara
bangsa settler (Wimmer dan Feinstein 2010).

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 45


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

• Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United Kingdom,


Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka,
Brunei, Filipina, Malaysia dan sebagainya, wilayahnya diduduki oleh
Bentuk kumpulan etnik asal (Karolewski dan Suszycki 2011).
Negara
• Hegemoni politik menjadi amalan adalah di mana anak watan
Bangsa: diperakui dan diterima. Walaupun negara ini memiliki komuniti
migran dari negara-negara lain, mereka akan bernaung di bawah
payung anak watan di situ.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 46


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

• Manakala dalam bentuk negara bangsa settler seperti Amerika


Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan
sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara itu telah
meminggirkan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada yang
Bentuk menghapuskan anak-anak watan asalnya (Delora 1998, Wolfe
Negara 2006).

Bangsa: • Dengan pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik oleh


komuniti settler ini, kedudukan anak watan tidak diperakui dan
diterima dan hegemoni politik diganti dengan kumpulan etnik yang
menguasai ekonomi dan politik seperti WASP, Anglo-Celtic,
Perancis, Cina dan sebagainya.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 47


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia

KONSEP KEWARGANEGARAAN
• Kewarganegaraan adalah perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara
• Kewarganegaraan membawa maksud kerakyatan, rupa bangsa, bangsa seseorang (Zainal
Abidin, 2003)
• Setiap negara mempunyai penduduk yang diiktiraf berdasarkan undang-undang negara
berkenaan dan membentuk sebuah komuniti politik
• Ini bermakna kewarganegaraan adalah suatu bentuk kerakyatan atau kedudukan sah
yang mengikat seseorang individu dengan negaranya
• Melalui kedudukan sah tersebut, seseorang warganegara mendapat perlindungan, hak-
hak istimewa dan pelbagai lagi

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 48


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia


Pembentukan
Negara Bangsa
• Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, apa yang lahir ialah
sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa (Abdul Rahman Embong, 2001).
• Apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa yang wujud ialah
negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia (Abdul Rahman Embong, 2001).
• Struktur sistem negara-bangsa memerlukan promosi kepentingan sendiri sahaja
tanpa melibatkan kepentingan pihak lain (Moten & Islam 2006).
• Bagi aliran yang berfahaman liberal dan sosialis, negara-bangsa adalah satu usaha
untuk membentuk kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurna, manakala bagi
fahaman konservatif dan nasionalis pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik atau
satu bentuk perpaduan organik (Heywood 2000: 253).
pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 49
penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia


Pembentukan
Negara Bangsa
1. Satu bangsa satu negara (one state one nation)
• Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan
melahirkan satu negara.
• Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa
Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk negara
German.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 50


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia


Pembentukan
Negara Bangsa
2. Bangsa tanpa negara (nation without state)
• Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa
mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri.
• Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai
identiti bangsa tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang Thai.
• Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk
wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta
dunia.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 51


penghayatan etika dan peradaban

Peradaban Beridentitikan Malaysia


Pembentukan
Negara Bangsa
3. Negara tanpa bangsa (state without nation)
• Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang diperakui
kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina.
• Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia
lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan
etnik yang mengekalkan identiti masing-masing.
• Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 52


penghayatan etika dan peradaban

Membincangkan konsep dan pembentukan


negara bangsa dalam acuan Malaysia

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 53


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

• Sebuah negara etno berpasakkan anak watan


dalam masyarakat kepelbagaian
NARATIF NEGARA diintegrasikan di plantar perlembagaan dan
tersulam ruang sivik dalam governan dan
BANGSA MALAYSIA pembangunan dengan keadilan,
keterangkuman dan demokrasi dalam
membina negara bangsa Malaysia

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 54


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

Sistem Pendidikan Kebangsan


• Pendidikan kebangsaan
menggunakan satu kurikulum
kebangsaan yang sama untuk
semua jenis sekolah. Bentuk
penilaian dan peperiksaan seragam
juga dilaksanakan

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 55


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

• Agenda pemerkasaan sekolah


kebangsaan menjadi teras pelaksanaan
dasar negara. Ini bagi merealisasikan
matlmaat dan memupuk perpaduan kaum
dan pusat kecemerlangan pendidikan.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 56


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

Penerapan nilai jati diri

• Budi bahasa, jati diri dan


seni budaya dimasukkan
dalam komponen kurikulum
dan matapelajaran sistem
pendidikan Malaysia.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 57


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

Matapelajaran berkonsepkan negara bangsa


• Matapelajaran berkait dengan negara dan bangsa
diperkenalkan untuk setiap peringkat pendidikan
bertujuan beri kesedaran kepada generasi muda.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 58


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

Aktiviti berteraskan patriotisme


• Aktiviti seperti perhimpunan bulanan,
sambutan bulan kemerdekaan, hari
pahlawan serta kibaran Jalur Gemilang
diterapkan dalam diri rakyat sejak dari
kecil. Ini bertujuan membina rasa
cintakan negara.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 59


penghayatan etika dan peradaban

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


D A L A M A C U A N M A L AY S I A

Pupuk semangat perpaduan


• Menerapkan perpaduan antara
kaum melalui komunikasi di
sekolah, penglibatan pelbagai
kaum semasa aktiviti sukan
dan k o - kurikulum. Komunikasi penting dalam mewujudkan
rakyat yang harmoni .
pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 60
penghayatan etika dan peradaban

Menjelaskan kepelbagaian Idea “Bangsa


Idaman” dan perbahasan

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 61


penghayatan etika dan peradaban

Idea
Kepelbagaian Idea
“Bangsa Idaman”
• Shamsul AB (1996) melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah
negara bangsa adalah a project work in progress dan sentiasa berlaku contestation
bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak
terbina seperti di Malaysia.
• Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas
merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri
Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan konsep
masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 62


penghayatan etika dan peradaban

Idea
Kepelbagaian Idea
“Bangsa Idaman”
• Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh
pihak British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949
(Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.
• Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu
konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti nasional sepunya.
• Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika
tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam
persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir
Mohamad).

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 63


penghayatan etika dan peradaban

Idea
Kepelbagaian Idea
“Bangsa Idaman”
• Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-
konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.
• Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for
Sarawakian.
• Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini
dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah
popular dalam konteks yang lebih umum.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 64


penghayatan etika dan peradaban

Idea
Kepelbagaian Idea
“Bangsa Idaman”
• Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak
mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural
society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-
parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.
• Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia
Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-
ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 65


penghayatan etika dan peradaban

Idea
Kepelbagaian Idea
“Bangsa Idaman”
• Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu
yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-
perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi
sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 66


penghayatan etika dan peradaban

Idea

Apa itu bangsa idaman ?


• Sebuah harapan, idaman, malah impian dalam mencapai
perpaduan antara kaum di Malaysia yang menjadi satu bangsa
satu negara.

• Namun idea tersebut menjadi impian malah yang wujud adalah


negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia
(Shamsul Amri Baharuddin, 2011)

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 67


penghayatan etika dan peradaban

Idea

Bilakah idea 'Bangsa Idaman' tercetus?


• Hasrat wujudkan ' bangsa idaman' wujud sebelum merdeka,
melalui gerakan nasionalisme.
• Setiap bangsa ketika itu berjuang untuk dapatkan
kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman (sesuai dengan
kehendak budaya masing-masing)
Shamsul Baharuddin, 2019

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 68


penghayatan etika dan peradaban

Idea

3 jalur ' Bangsa Idaman'

• Kelompok 1 : ' Melayu Raya' --> kelompok strategik kiri Melayu

• Kelompok 2 : Negara Islam' --> kelompok berorientasikan Islam

• Kelompok 3: ' Masyarakat Majmuk Pimpinan Melayu' --> kelompok


tiga rangkai etnik yang diterima oleh British ketika itu.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 69


penghayatan etika dan peradaban

Idea

'Bangsa Idaman' pasca merdeka

• Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, konsep '


Malaysian Malaysia' didokong oleh kelompok
strategik Singapura (1960 -an) diperkenalkan.

• Dasar Ekonomi Baru (DEB ) diperkenalkan dan


beberapa idea untuk wujudkan ' bangsa idaman; juga
diperkenalkan oleh pemimpin negara

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 70


penghayatan etika dan peradaban

Idea

Slogan ' Bangsa Idaman'

• Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020 hasil cetusan idea Tun


Mahathir Mohamad antara usaha beliau dalam mewujudkan
bangsa idaman.
• Gerakan 1 Malaysia adalah idea Perdana Menteri ke-6 iaitu
Datuk Seri Najib Razak.
• Borneo wujud konsep ' Sabah for Sabahan' dan ' Sarawak for
Sarawakian'.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 71


penghayatan etika dan peradaban

Idea

'Bangsa Idaman' pasca PRU-14


• Tiada perubahan ketara. Kepimpinan Tun Mahatihir mengekalkan
konsep " Malay-led plural society".
• Bangsa idaman diangkat dari parti-parti politik seperti Bersatu,
UMNO dan PAS.
• Konteks Malaysia Baharu beri penekanan kepada hubungan antara
kaum (inter-ethnic) dan meminggirkan hubungan dalam kaum (intra-
ethnic)

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 72


penghayatan etika dan peradaban

Idea
• Perkataan etos ini telah mula digunakan sejak zaman Greek lagi, iaitu berasal daripada
perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan atas sesuatu
Etos Bangsa: perkara (Mansor et al. 2006: 291), yang boleh dikatakan satu konsep umum tanpa
definisi yang formal (Bar-Tal 2000).
Etnik,
• The Oxford English Dictionary (2000) - etos sebagai “…the characteristic spirit, prevalent
Nasionalisme tone of sentiment, of a people, or community…” (2000: 137).
dan Bangsa • Mansor et al., “…etos bermaksud pandangan hidup yang khas suatu golongan sosial yang
didasarkan kepada sifat, nilai adat-istiadat yang memberi watak dalam masyarakat…”
(2006: 291).
• Etzioni (2009: 336), - istilah etos bangsa merujuk kepada nilai-nilai khas, tradisi, identiti
dan wawasan masa depan (atau takdir) sesebuah bangsa.
• Oren (2009: 2), etos bangsa adalah “…a particular configuration of central societal
beliefs, attitudes and values, that are enduring and shared by most members of society
and that focus on the society’s present and future…”.
pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 73
penghayatan etika dan peradaban

Idea

• Dalam konteks Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) telah


mengemukakan etos bangsa sebagaimana berikut:
• Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic,
religious, cultural and geographical backgrounds is something more than just
fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves the
fostering of (1) shared historical experiences, (2) shared values, (3) a feeling of
common identity, (4) shared destiny that transcends ethnic bounds without
undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and (7) an emotional
Etos attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos.

Nasional • Etos nasional adalah ‘ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang
individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat rakyat dengan negara’
melalui perkongsian nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti
bersama (Mohd Mahadee Ismail, 2015).

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 74


penghayatan etika dan peradaban

Idea

• Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos bangsa


Etos dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya adalah sulit dan hanya dapat
dipantau bentuk dan intensitinya di negara itu.
Simbolisme • Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam jangka
Bangsa pensejarahan panjang seperti bendara, bahasa, pakaian, makanan,
muzik, tarian, arkitek bangunan, batu nisan, kerabat diraja, pahlawan,
Malaysia buku sekolah dan keselamatan negara, dan sebagainya sebagai asas
bangsanya (Smith 2009, Mansor Akept 2017).

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 75


penghayatan etika dan peradaban

Idea
KESIMPULAN
• Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban yang menyerap
masuk ke dalam peradaban Melayu
• Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan
• Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan ketatanegaran, komuniti politik
• Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian
budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah
negaranya.
• Negara bangsa idaman - Malay-led plural society
• Etos nasional - ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat individu

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 76


penghayatan etika dan peradaban

KESIMPULAN Idea
• Pra Penjajah - Peradaban majmuk
• Penjajahan - Masyarakat Majmuk
• Pasca Kolonial
i. Masyarakat majmuk
ii. Tahun 2000 ke atas Masyakat Kepelbagaian: Kerencaman sosial, Batas etnik nipis, hubungan
horizontal buka berdasar dimensi etnik & agama
• Peradaban Acuan Malaysia
i. Pribumi Melayu + peradaban Asia, timur Tenah & Barat
ii. Melayu, Sabah, Sarawak dan Islam
iii. Etnik-etnik lain
iv. Peradaban kacukan global
• An etno-nation that is influenced by different civilisation influences and embedded with civic ethics through
democratic, good governance, social justice and inclusive development practised.

pembinaan peradaban majmuk di malaysia topik 5 77

Anda mungkin juga menyukai